Sunday, July 5, 2009

Takut darah?

bismIllah...


Korang takut tengok darah? Feeling nauseated or nak muntah bila tengok darah? Are you one of those people yang macam tu?

Okey, kalau orang lelaki yang macam tu aku tak kisah sangat... (sangatlah tak macho okey)
Yang aku pelik ialah bila orang perempuan takut and fobia tengok darah. Yer, aku sangat pelik dan tak paham kenapa boleh geli dan nak muntah bila nampak darah.

Nak tahu kenapa??

Sebab...

Hello!! Jika anda seorang perempuan, seharusnya lah anda akan 'berdarah' setiap bulan kan??

So... aku nak tanya, anda muntah ke setiap kali cuci pad? Pengsan ke setiap kali tengok pad berdarah? Or ko memang jenis tak cuci pad and main lempar je pad ko dalam tong sampah?? Or worse, flush je dalam toilet?!! (tak baik woi! sila bace buku bertajuk 'Wanita dan Darah' di perpustakaan berhampiran)

Sorry for being too blunt. Tapi aku memang dah meluat tahap maksima dengan ke'drama queen'an sesetengah wanita bila berdepan dengan situasi 'berdarah'. Meluat giler sampai kena tulis entry. Muahahahah...

Seriously...

Kononnya habis sensitif dan delicate la ko ni kan? Tengok darah pun takleh. Macamlah ko tak berdarah. Habis setiap bulan ko berdarah tu, ko tak tengok pad ke? Tak cuci pad ke? Orang lain plak cuci pad ko? huh? huh?

Kalau nak termuntah tengok darah yang berlambak macam darah orang accident or mati dibunuh tu understandable la kot to be a bit nauseated... (walaupun aku still tak paham tapi takpela kot cos selalu tengok kat tv ramai je orang fobia tengok darah banyak-banyak). Cos darahnya dalam volume yang banyak.

Ni tak... Kena splinter kat jari, terkena pisau and ade kuar darah sikit pun bising nak termuntah. Tapi tak muntah pun.

Kalau ade lelaki, lagilah menggeletis bising kata nak pitam la ape la. Blah la ko. Menyampah aku.



Aku: Tak fobia tengok darah. Fobia kena cucuk dengan jarum je :)




p/s: Dah abis bace entry ni baru aku perasan aku macam emo sangat. Abaikan. Just nak lepas geram jer. Menyampah dengan seseorang...



alhamdulIllah...

Friday, July 3, 2009

Bella's Lullaby and my current feelings

bismIllah...


It's 11.15 pm. And I'm feeling lonesome.

Today I suffered from serious stomachache. Kept going to the toilet. Yeah, I tweet about it and one of my followers mocked me. He tweet-ed "kenapa awek comel suka tweet "aku nak berak" "aku tercirit 8 kali masuk tandas" "buntut ku sakit", ok leh buat tajuk entry silakan".

Hampeh. Memang terkena sebijik la kat aku cos I just tweet about going to the toilet for the 8th times seconds before that. Huh! Whatever la. Just updating my status jer. :D

And tonight, I got a fever. My body is hot all over. But it isn't serious. I think I'll get better in the morning. It's just that, I was too weak to go out to buy a panadol. And Mr Chubby Cheek has gone to Johor for Dillah's wedding (sword barrel)! :(

So I slept and slept... for I was also suffering period pains. Oh yes, I have already ironed my stomach tqvm. hehe.. (hopefully bakar lemak-lemak di perut juga. :P)

Right now, I am listening to Bella's Lullaby... to relax my mind. Cos baru je dapat sakit kepala plak. Ni la aku kalau sakit. Macam-macam benda... Takde painkiller langsung dalam simpanan lak tu.. adehhhh.

Suka giler ngan Bella's Lullaby nih. Dah repeat dekat 10x kot. Maybe sebab just melody jer.. takde suara-suara orang nyanyi... It's very soothing. :)

Bila dah layan melody yang sayu-sayu camni, mulalah aku nak emo. Emo siot. Rase nak nangis la ape la... cam bodo. Mr Chubby tak call aku tanya khabar pun makan hati. Padahal dia mesti penat drive. Then aku nak call orang tapi takleh cos dia tengah sms ngan awek dia pun nak terasa. Ntah ape-ape. Ni aku maleh kalo bulan mengambang ni. Jadi Panda Jadian tak pasal-pasal. Emo melampau. Tapi takpe lah... alhamdulillah dilahirkan sebagai seorang perempuan yang lembut hati... cehhh saiko diri sendiri. mueheheheh

So, dari aku layan perasaan nak menangis aku tu, baiklah aku update blog. Boring-boring leh luahkan gak ape yang terbuku di hati.

Aku rasa sunyi sebenarnya...
Uhuk uhuk...

***

1) Esok nak buat ape? Larat ke nak balik Beruas dengan motor? Hmmm...

2) Aku nak pergi Popular Bookstore atau Novelhut... nak beli novel... Kena pergi Ipoh. Jauh. Nak ke Mamito pergi Ipoh Ahad ni ek? hmmm...

3) Aku ni larat ke nak pergi kerja sok ni? Sakit kepala... arghhhhh...



I need a hug... :'(




alhamdulIllah...

Thursday, July 2, 2009

Kekadang aku memang innocent bab-bab itu...

bismIllah...


Aku tak tahu la ape yang aku buat sampai rase letih beno nih... Even pagi tadi kat ofis, aku duduk lama-lama sambil mengecop invois etc pun aku leh rasa letih. Well, takdelah letih sangat-sangat (ek eleh, pagi-pagi dah letih ape jadahnye kan?)... tapi kaki aku dan lutut aku lenguh ler jugak. Haihh... dah tua ke aku ni? -_-"

Then today, Kak Yantee ajar aku pakai eyeliner. Yer, aku takde eyeliner. Dulu ade, time diploma ke... tapi dah ke mane aku humban tah. So, aku memang tak pakai. Tak pakai cos tak reti nak pakai serta tak berapa berkenan mata aku bercelak. Nampak gothic siot. huhuhu (jakun)

So petang tadi time dah takde kerja sangat dan aku mengusya Kak Yantee men'touch-up' muka, aku pun tanya ar camne dia pakai. Oh, aku memang tak dikelilingi oleh kawan-kawan yang pakai mekap yer... so memang aku tak reti.

Then Kak Yantee pakaikan eyeliner kat mata kiri aku. Suruh aku dongak atas and jangan kelip-kelip mata. Dia letak eyeliner betul-betul kat atas line yang... errr... ala, memang nak kena bijik mata ar... Berair dan merah bijik mata aku dibuatnyer! Huhuhu... Perak sikit (baca: peghak-->jakun)

Pastu aku blaja la letak sendiri... pakai eyeliner Kak Yantee ar. Maybelline rasenya. Bila aku cakap aku tak reti bab-bab solek ni semua, abis kena syarahan dengan dia. Serius weh, aku tau pakai lipstick ngan buh bedak kat muka jer. Semua gambar-gambar aku yang ade aku amik memang bare dari eyeliner, mascara dan blusher. Eyeshadow pun tahu guna satu warna jer.. warna tanah. Brown. Pakai ke tak pakai tak nampak sangat pun. Tak reti la aku nak bereksperimen ngan warna nih. Kang jadi rupa burung jampuk, buat kena gelak je.

Mascara pun takde. Dulu ade and memang aku suka main calit-calit kat bulu mata. Tapi dulu la... ade 2 maskara tak pakai lame sangat so aku dah buang.

Blusher pun takde. dulu ade... tapi since aku masuk uitm shah alam dulu, semua dah campak ke mane. Malasssssss... and tak reti. Leceh pun ada.

So... ape lagi... aku kena ceramah ngan Kak Yantee. Isteri orang yang ada anak 2 tu... (umur dia 28 tahun)

"Tak reti blaja laaa... ko nak Abg Tapa ko cari lain ke?"

Aku diam. Kerut-kerut dahi.

"Kenala bergaya sikit kadang-kadang... belajar la mekap. Kita bukan selamanya muda wehh"

Angguk-angguk.

"Nanti kan Ana, takut nanti bebila Kak Yantee ngan Kak N jenjalan... tetiba nampak la ade pompuan ni selekeh jer... isy isy isy... bila dekat, rupanya kamu! Kamu nak macam tu??"

Aku bantai gelak.

Adehhhh. Hampeh betul. tapi betul jugak kan? Bukan selamanya muda... ermmm... selama ni aku malas nak mekap-mekap ni semua cos nampak macam dah dewasa sangat. Oh... sangatlah tak sedar diri yang aku ni dah 24 tahun 17 Ogos nanti. Okeylah, nanti aku belajar lah.

Hmmm aku suka kawan ngan Kak Yantee... macam-macam benda aku belajar dari dia. Dah macam kakak sendiri. Ilmu tentang rumahtangga, petua nak jaga kesihatan, petua itu, petua ini... hehehehehehe... Aku sengih dan dengar je kalo masuk bab-bab orang dah kahwin ni. Stended ar kan... gelak je manjang.... mueheheheh

Klah, mau tido. Daaaa...

Salam.

p/s: Entry takde gambar cos takde gambar baru yang diambil. Lagipun dah bersepah sangat muka aku kat blog ni. Hehehe

p/p/s: Dah usya penulisan kreatif aku menggodam blog Chokilala di entry ini? XP



alhamdulIllah...

Wednesday, July 1, 2009

Perempuan bercinta dengan lelaki muda. Salahkah?

bismIllah...


Tetiba nak tulis tentang ni. Bukan ape, aku ni kan perasan muda. So, pernah jer suka kat boys yang muda dari aku. Sekadar suka jelah. Mueheheheh...

Masalah ke kalau orang perempuan bercinta dengan lelaki yang lebih muda? Aku terpanggil menulis tentang ni sebab aku ade la kenal dengan seorang wanita ni. Kita namakan dia Syaza (bukan nama sebenar). Dia wanita bekerjaya. Belum berkahwin dan usianya 36 tahun. Pernah juga orang nak kenalkan dia dengan lelaki-lelaki single yang okey dan mahu berkahwin tapi kebanyakannya direject dengan alasan lelaki-lelaki tersebut muda darinya. Ada yang muda setahun, muda 2,3 tahun... semua habis. Reject!

Okey, maybe la sebab belum jodoh dia lagi bla bla bla... tapi... fokus aku di sini, salahkah kalau bercinta dengan lelaki lebih muda?

Pengalaman aku sendiri, kakak aku iaitu Yong telah berkahwin dengan lelaki yang muda 2 tahun dari dia. Iaitu sebaya aku. Takde masalah lah. Takde sape nak kisah pun rasanya. Tua atau muda, asal boleh hormat satu sama lain, rasenya ok lah.

Aku sendiri pernah la suka dengan seseorang yang muda setahun dari aku. Takde masalah lah. Leh jer aku suka. Kehkehkeh. Asalkan jangan panggil aku 'Akak' dari mula kenal sudeyyyy... Kalau tak memang aku akan rase awkward giler ah. huhu.

Bergantung kepada kematangan lelaki itu jugak la... cos aku suka lelaki yang matang. Bukan dari rupa jer, tapi pemikiran dan tingkah laku. This guy yang aku pernah suka giler ni walau muda dari aku tapi aku sangat admire kematangan dia. Well, hidup seseorang tu memainkan peranan juga kan...

Ermmm...
Ala, even artis-artis kawen ngan lelaki lagi muda pun rilek jer. heh.

Ntahlah... aku ada gak sepupu yang kata dia takleh gi ngan lelaki lagi muda. Cos rase macam bercinta ngan kawan adik lelaki sendiri (sebab ade adik lelaki). Heheheh.

Lain orang, lain gayanya.

Adakah perempuan yang tak suka bercinta dengan lelaki muda ni sebab nak elak dari berdepan dengan perangai tidak matang lelaki itu?

Atau, adakah perempuan tak nak bercinta dengan lelaki muda sebab tak suka lelaki manja? (kalo lelaki muda memang kebanyakannya kebudak-budakan ckit)

eh. tapi manje ar best ape. kehkehkeh.

Mmm adakah kerana tak mahu nampak tua bila jalan seiring sejalan dengan lelaki itu? Ni aku akui memang tamparan hebat gak laa... huhuhu

Ataupun... adakah lelaki muda direject sebab nanti orang akan kata-kata pompuan nih??

Bagaimana pula dengan lelaki, nak ke dengan perempuan yang lebih tua usianya?

Weh aku tanya ni! Jawab la!

Usia setimpal ngan muka la kan... heh
ke.. aku nampak lagi muda?
hek hek



alhamdulIllah...

Tuesday, June 30, 2009

Tag budak comel dan hensem

bismIllah...


Aku kena tag ni dari makhluk berbulu bernama Marzuki. Bangga sekejap cos di'consider' comel untuk ditag. Tapi kalau tengok gambar di bawah, memang tak comel pun...


Tak comel langsung.
Nak pout tak reti.. hahahah

Takpelah. Orang kata comel kan, haruslah aku jawab... So layan...

01. Bekas kekasih saya adalah : Mempunyai huruf Z, I, M pada nama penuh mereka. :)
02. Saya sedang mendengar : Akak roommate ketap-ketap gigi walaupun dia tengah tidur
03. Mungkin saya patut: Tutup komputer dan tidur
04. Saya suka : Tidur dengan kehadiran insan istimewa di sisi. Gatal siot!! haha Dapat makan makanan sedap-sedap bersama mereka-mereka yang best.

05. Sahabat-sahabat baik saya : Dah bawak haluan sendiri. Sibuk. Ada yang sedang bersedih. Aku pun rasa sedih juga...
06. Saya tak paham : Kenapa orang suka nak meniaya orang
07. Saya kehilangan : Dompet BUM berwarna biru. Pemberian pertama Mr Chubby Cheeks :'(
08. Ramai yang berkata : Saya comel bila tengok gambar tapi berkata sebaliknya bila berjumpa saya. Tahulah aku gemok, sebab tu cover2 ngan amik gambar muka je. Hahahah!
09. Makna nama saya : Haruman/wangian/fragrance
10. Cinta itu adalah : blur... erm... penting sangat2 dlm hidup manusia? err... tak reti ah

11. Di suatu tempat, Seseorang sedang : Layan twitter. Heheh
12. Saya akan cuba : Tidur selepas buat tag ni
13. Ayat SELAMANYA membawa maksud : sampai bila-bila. takde kesudahan. infiniti.
14. Telefon bimbit saya : Ade 2. walkman ngan flip. yang flip kena tukar bateri dah tu
15. Bila saya terjaga dari tidur : Saya akan korek-korek mata untuk buang taik mata.

16. Saya paling meluat apabila : Orang suka berlagak.
17. Pesta/Parti adalah : Tempat bersosial dan makan2
18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah : Anak kucing
19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah : Sekarang. will be 24 next August 17
20. Hari ini : First time aku makan durian bersama pulut dan santan.

21. Malam ini saya akan : Dah takde malam dah... dah 3.30 pagi nih!
22. Esok pula saya akan : Ajak encik kat tempat kerja hang out kalo dia free
23. Saya betul-betul inginkan : Seseorang menemani saya tidur sekarang
24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini : "Makin hitam muka aku"
25. Pusat membeli-belah atau arked permainan : Bookstore.

26. Makanan Barat atau Jepun : Malaysian.
27. Bilik yang terang atau gelap: Yang sederhana gelap... baru romantik. hehehe
28. Makanan segera adalah : Makanan yang cepat siap
29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang? "Bye."
30. Tag ini datang dari : Pakwe Suhaila yang hensem tapi cekeding aka Marzuki


Aku nak tag:

- Ashraf Komplen
- Lady Awin
- Naqiubex
- Portgas D Ace
- RenzoCross
- Zelo55


Sekian. heheh.


Monday, June 29, 2009

Macam-macam

bismIllah...

Location: SSE Admin Office
Time: 9.29 am
Mood: Feeling weird


Whenever I see his face, my heart skipped a beat

Whenever I look into his eyes, I can feel myself melting

Whenever I hear his voice, I feel calm.


Oh, Mr MDTB eh silap silap... Mr Chubby Cheeks... I like you!! Muahahahah





alhamdulIllah...

Saturday, June 27, 2009

Wallpaper HOT minggu ini

bismIllah...


Aku bosan (lagi). Bila aku bosan mulalah aku nak menukar-nukar wallpaper..Kat bawah ni gambar wallpaper aku sekarang..


tapi aku dah naik boring... boring ngan muka sendiri masa kecik yang masam jer. hehehe...

So... aku nak tukar ngan gambo mamat hensem yang aku sangat-sangat suke... which is...

ZAC EFRON!!!

"Hensemnye!! Comelnyer!!
Suke sangat!! Ahhhhhhh!!" jeritku lagi.


So... aku pun mulalah mencari gambar-gambar dia yang macho, sexy dan hensem. Penuh dengan gaya, mutu dan keunggulan. Kira memang meroyan la aku mengusya kehenseman dia nih. Subhanallah... cantik betul ciptaan Tuhan.

Aku nak buat jadi wallpaper... tapi pening lak nak letak pics mane satu untuk jadi wallpaper...

Yang ni ker... (macho giler ah)


Yang ni ker...



Or yang ni? Ade kaler sikit. sexy pun ada gak. hehehe


Mueheheheh...

Apsal gatal sangat nih ek?

Ni la jadinya kalo bosan tahap dewa. Malam kang baru ada date ngan Anwar. Aku maleh nak kuar siang-siang ni. Panas.

Berbalik kepada wallpaper, akhirnya aku decide untuk combinekan semua pics.



Drool...(dengan air meleleh dan mata yang tak berkelip)

Klah, nak tengok desktop aku yang cun dan hot gila nih.

Daaaa...



alhamdulIllah...

 
template by suckmylolly.com but edited by Ryehana