Monday, March 17, 2008

Kursus Intersesi

Bismillah~~

Tadi selepas Lab Dynamics, aku pegi amik borang short course/intersesi...
Sebenarnya masih ragu2 sama ade nak buat short course ni ke tak...
Ecah (my friend yang sekelas and selevel) pun dah xjadi nak buat cos financial problems. Aku pun ade masalah kewangan jugak... Tapi, macam yang aku dah deal dengan mak yang mak kenala tanggung aku dalam sebulan tu cos mana aku nak cekau duit kalau bukan dari mak. Duit loan tinggal sikit jer...cukup2 untuk abis semester ni dan bayar duit short course je kot. Nasibaik kos xnaik...still RM200 per subject.huhu...

Amik subjek yang agak susah... Fluids Mechanics... Ramai orang fail subjek ni. And aku dapat rasa, kalau aku xbuat short course and amik subjek ni sem dpn, sure naya jgk... So, daripada duduk rumah membesarkan badan (cos aku for sure xkan keje punyer), i think it's better for me untuk amik short course... Target aku nak lulus dengan okey... cos aku xlarat dah nak carry2 paper ni... penat sesangat...

Nampaknya, cuti panjang yang menyusul lepas final exam ni akan aku penuhi dengan kursus intersesi, insya Allah (cos duit pon xbayar lagi nih!)... Nini plak akan ade praktikal... So, okla kot. Hmm, alhamdulillah roommate aku, Kak Nor pun nak buat short course jugak... Bolehla aku menyibuk2 and mengekor dia nak menginap di mana... cos aku still blur lagi ttg mcmane nk stay di kolej time short course. So, lega sesangat cos Kak Nor ader...

Okeylah, tutup citer short course...

Aku baru sahaja dinasihati oleh seseorang supaya jangan malas2... Aiseh la... Aku ni mmg xsuke orang bagi nasihat. Lagi2 kalau orang yang bagi nasihat tu, aku ade problem ngan dia.... Pulak tu, nasihat aku time aku tengah moody (period) ni... Memang wrong timing laaa...
Aku tahu la ape aku perlu buat... Memamg dah tau tapi xbuat (yer...dah tau tu)... Kalau aku xsedar tentang kemalasan aku, xkanla aku boleh luahkan tentang kerisauan aku tentang ape yg berlaku pada diri aku... Aku tgh nak bina semangat baru la ni... Janganla menyibuk2 bagi nasihat... Aku xsuke... Cakap sekali sudah la... Kalau aku dah cakap, "Sudahla...", then you better stop. Cos I got your point already... xpayah nak ulang2 benda yang sama berpuluh kali... Spoil mood aku jer... hisy!

Dahlah...mood aku dah xbest dah ni...
Bosan.
End of post.

Alhamdulillah~~

0 comments: