Tuesday, April 29, 2008

1 more paper to go!!


Bismillah...


Aku takde mood nak menulis pon sebenarnya...tapi macam bosan lak kalau bukak2 blog je nampak gambar aku kat top page...so, kalau ade post baru, gambar tu xdelah kat atas lagi. haha... bengong...

Aku dah abis 4 papers. Tinggal lagi 1 jer... Tu pon malas nak baca lagi... Boleh plak aku menengok dvd The Queen. Ahh 3,4 hari ni aku sibuk sangat2. And sekarang pon mood aku tak berapa baik. Malas. Nak on internet ni kalau bukan sebab Abang Tapa suruh, malas aku nak online.

Dah 3 hari aku tak tidur malam. Overnight kat McD Sek. 17 18... Dah nak azan Subuh baru balik. Semalam Nini join aku and Mizi study kat situ. Ade gak budak2 Edu. Kampus Sek. 17 kat McD tu... Ramai gak la... Aku and Mizi memang saje taknak study kat McD Sek. 3 cos kat situ terlampau crowded. Kat Sek. 17 18 tu okey... tak ramai sangat manusia cos McD tu kecik jer... Anyway, selepas paper Vector abis, aku terus tido sampai petang. Penat giler... Yelah, bayangkan 3 hari aku tak tdo malam... Siang sempat tido 2,3 jam sehari je... Ahh tension. Ini semua sebab jadual peperiksaan yang macam sial siot jer...

Komen aku dengan paper2 yang aku dah amik;

Hub. Etnik; Okey jela... just tak cukup masa sangat...

German Language II; Bolehla buat...cuma aku tak berapa okey kat bahagian esei je... huhu...

Mechanics of Materials II; Aku tak tahu lah boleh lulus ke tak... Even si Mash yang repeat paper tu pon [now the 2nd time] kata, "Macam fail lagi sekali jer..." Giler ah... aku pon tak boleh buat jugak... sedey...

Vector Mechanics & Vibrations; Ni paper pagi tadi. Aku study dari pukul 11 malam sampai subuh tadi and then terus pegi exams dengan keadaan yang tak tido2 tu... Alhamdulillah boleh jawab. Walaupon tak semua yang boleh jwb sgt, tapi ade 3 soalan yang aku agak confident [5 soalan semuanya]... Mudah-mudahan lulus lah... huhu...

Okey tu jer komen2 aku. Ade lagi satu paper je lagi...

::::
::
:

Aku tengah sakit perut dari tadi. Gastrik ke ape tah... Pedih je perut ni... Mizi lak mesej kata macam nak demam. Sian dia. Tak pasal-pasal tak tido malam sebab mengajar aku. Dengan kena layan kerenah aku yang seribu satu macam masa belajar lagi... Aku kalau study lama2 and tak break, mulala nak mengamuk. Mizi la yang jadi mangsa... Tapi nasib baik dia dah paham perangai aku macam mana, bile suara aku dah nak mula menengking and muka masam [cos tak dapat jawab and tak paham] je, terus dia suggest break and belikan aku makanan. Hehe...aku kalau dapat makan, angin terus okey. Haha... So, cube bayangkan... 3 malam di McD dan melepaak dari malam sampai subuh... Ape yang aku telan dalam jangka masa itu? Yaa... aku menjadi TERlebih chubby! Perut aku sakit malam ni cos tak dapat telan fresh fries kot... huhu...

Aku ade banyak gambar nak upload kat blog. Gambar2 yang diambil masa study... Nanti2 la aku upload. Internet tengah weng..hehe..

Alhamdulillah...

3 comments:

MM HaZiMiNN said...

mkn mcd free..sape tanak..

SukRuL_AzaM said...

assalamualaikum,
just nak ajak join ke group utem blogger, kalau nak tanya atau ade cadangan boleh pergi ke

http://www.utem-bloggers.blogspot.com/

harap sudi join,
terima kasih

Ryehanna said...

majin: Tahu xper...duit orang lain plak tu... hehehe...