Thursday, April 10, 2008

Gara-gara 1500 sms dari Hotlink/Maxis

Bismillah~~


Korang buat tak Hotlink Super Saver yang 1500 sms dengan caj RM1 tu? Aku tak buat pun. Sebab malas. Bukan tak ade kredit, padahal kredit ade RM20+ masa orang bagi sms suruh wat benda alah tu... Memang la untung kan, dapat 1500 sms! Tapi korang ingat tak dulu2 kan dah pernah ade macam ni? Time aku part 6 diploma. Tahun 2006 (fuiyo...ingat lagi!), ade gak promosi mcm ni, cumanya RM1 untuk 1000 sms dalam masa 1 hari. And 1 hari tu macam orang gila dok main sms jer kejenye. Tak buat benda lain dah. And aku pernah post jugak kat blog >>>(blog lama)<<< about this. So, aku malas dah nak wat. Lagipun, nak mesej sape byk2?? Hahaha... Pastu yang kelakarnya, setelah 2 hari buat benda ni, diorang kata kalau tak abiskan 1500 msg ni, nnt akan dicaj RM3!!! Hampeh x?? And disebabkan kawan2 yang buat 1500 sms ni nak abiskan jugak kredit sms diorang, mcm2 la sms yang aku terima 2,3 hari ni... Semuanya kelakar2 and tah ape2... Nak mengenakan orang jer.... Mari kita lihat:

1.
"Ada 4 ekor binatang buat concert. Kucing nyanyi Isabella, penonton tepuk tangan. Anjing nyanyi Enjit-enjit Semut, penonton happy tepuk tangan. Katak nyanyi Lompat si Katak Lompat, penonton tambah enjoy tepuk tangan dan sorak2. Tapi bila Babi nyanyi, semua orang marah dan lempar kerusi kat dia... Why? Pasal dia nyanyi lagu Kita Serupa... Ada ka patut! Hahaha..."
dari Wan.


2.
"1 hari seorang nyonya 1st time datang KL. Lepas kena loteri, dia check-in hotel mewah. Dia diiringi pelayan ke bilik penginapannya. Apabila pelayan menutup pintu, nyonya melihat sekelilingnya. Tiba2 dia menjadi marah lalu berkata, " SEKIUS MI, LU INGAT WA TUA, MALI KAMPUNG TALA TAU DUDUK HOTEL? LU KASI INI BILIK KA? KICIK! TADA TB, TADA LEMARI! KATIL TITUN PUN TADA! HAIYA, MAU TIPU OLANG KA??" Pelayan itu pun menjawab, " Sabar nyonya.......ini baru LIFT maa..."
dari Encik Hazairin.

3.
"Alkisah......Maka tersebutlah 1 kisah lebih kurang 50 tahun lalu kot.... Di sebuah kampung kecil sebelum merdeka (seminggu nak merdeka kot). Kisahnya bermula begini.... 10 budak hitam (member2 anak india kot) menjadi sahabat. 2 daripadanya ditembak mati akibat meminta susu lebih di kedai mamak... Tinggallah 8... 2 lagi nak pegi New Zealand cari susu, ntah mcm mane kapal terbang terhempas... Tinggallah 6... 2 lagi berhajat nak cari mayat, akhirnya mereka yang jadi mayat...(kapal terbang terhempas di laut Hindi, sampai mampos pun xjumpa)... Tinggallah 4... 2 pegi membawa dri ntah ke mana aku pun xtau. Tinggallah 2... 1 jadi orang terkenal... Sangat terkenal di mata dunie...Ananda Krishnan name diberi, tokei Maxis jawatan kini... Banyak duit tapi kedekut! Dah 1500 msg percume ade ke patut mintak 3 ringgit balik??... Sorang lagi mangsa adalah member sendiri tengah membaca mesej ini... Saje je melalut nak cukupkan 6 page... Harap2 dapatla abeskan 1500 msg nie. Hahaha =P"
dari Padi. Adi hantar msg ni sampai 2x. Haha... Hampeh giler msg ni.... kreatif lak tu boleh berhikayat plak dia...ngeh...ngeh...

4.
"Baris! Baris sedia! Yang comel di depan, yang tak comel di belakang! Comel dan tak comel bergerak! Kamu yang muka macam siput sedut jangan pura2 baca mesej! Masuk baris cepat! HAhaha..."
dari Encik Hazairin. Dia kan ngajor aku kawad zaman KRS dulu2..hahaha

5.
"Today is International Cute, Handsome and Good Looking People Day! So send this message to someone who looks cute and good looking. Please don't send back to me. I have already received 2, 869, 520, 000, 000, 000, 000, 000 messages!! I think this is the first SMS for you. Heheh"
dari Nyda. Cehh!

6.
"Sahabat umpama barang berharga, nilainya tidak terkira.... Oleh itu..... Izinkan saya..... Menjual awak! Saya dah xde duit ar.... Boleh ar.... Boleh ar.... Huhuhu... =P"
dari Nyda.

7.
"SMS ini hanya untuk orang yang cantik dan hensem sahaja. Disebabkan saudari menerima SMS ini, pihak kami meminta maaf di atas kesilapan teknikal yang sangatlah BESAR ini. Hahaha..."
dari Diyana a.k.a Debab.

8.
"Boy: It's not fair.
Girl: Wat is not fair?
Boy: TV advertisement.
Girl: Y?
Boy: For Fair&Lovely, they show the model's face, and for Eyemo, they show the model's eyes.
For toothpaste, they show the model's teeth. But for Kotex, they show nothing. Really not
fair!!
Girl: ????"
dari Yong.

9.
"6 FACTS on EARTH:
1st fact:- You can't touch all ur teeth with ur tongue.
2nd fact:- After reading this, all fools will try it.
3rd fact:- Now you will smile coz you have become a fool.
4th fact:- Now U want to fool ur friends.
5th fact:- Now U will forward it to all fools.
6th fact:- Fact #1 is false. Hahaha"
dari Yong.

10.
"1 mayat orang tua dikeluarkan dari bilik ais untuk dikebumikan. Setelah dikeluarkan, ada air mengalir di muka orang tua tersebut. Dengan rasa ketakutan, cucunya memanggil neneknya, "Nek, Atuk keluar peluh". Nenek menjawab, "Ooo...atuk kamu 1st time meninggal, mestilah nervous ckit"
dari Yong.


Cukupla tu TOP 10 sms yang aku dapat. Ade lagi tapi malas nak taip...
Takde keje tol korang kan?? HAHAHA....



Alhamdulillah~~

0 comments: