Sunday, April 6, 2008

What are you looking for?

Bismillah~~

Rupa. Wang. Harta. Iman. Kemahsyuran. Pengiktirafan. Kebijaksanaan. Ketaqwaan. Baik hati. Rajin. Kelakar. Amanah.

Yang mana satu pilihan anda? Apakah ciri-ciri yang anda cari dalam diri seseorang untuk anda jadikan teman hidup?

Rupa tu memanglah penting. Selalunya kita mesti nak tengok rupa seseorang tu dulu. Yelah, itu yang kita nampak dulu kan? Dari mata baru turun ke hati. Tapi, sejauh mana pentingnya rupa yang cantik itu? Sebab, rupa yang cantik tidak menjamin perangai yang baik. Aihh...tapi selalunya kita akan suka seseorang pertama sekali sebab kehenseman/kecantikan dia kan? Huhu... tapi bagi aku sendiri, aku takdela peduli sangat hal rupa ni. I mean, takdela compulsory teman hidup aku berwajah hensem. Sedarlah diri tu jugak, ko tu lawa sangat ke nak orang hensem2? Wakaka...Inilah ayat yang paling aku suka. Nak tahu kenapa? Aku pernah diminta tolong oleh kawan lelaki untuk mencarikan dia girlfriend. Yang aku menyampah tahap cipan tu, antara ciri2 yang dia nak ialah cantik and cun-melecun. Tak lawa, xnak. Eee tolongla… dahla dia tu tak hensem. Nak orang carikan yang lawa2. Tahap lawa pulak tu, yang memang tak padan langsung dengan dia! Tak kuasa aku nak layan. People can be so shallow… Lagipun tak fakir ke, dia tu cantik. Mesti ramai orang suka. Kalau aku la, xsuka sangat nak bercinta dengan orang hensem2 yang for sure ramai peminat. Xsuke…xsuke… **mengada...** Maybe cos aku xlawa beno. Insecure. Huhu… I wonder how Dr Sheikh Muszaphar's tunang must’ve felt when thousands of women admire/fell in love with her fiancĂ©. Oh no… I don’t wanna be in her shoes.

Wang dan harta. Sape dalam dunia ni tak nak duit sila angkat tangan? Kalau ko memang dari kecik dilimpahi kemewahan sampaikan dah muak dengan semua tu, maybe ko akan angkat tangan. Wang dan harta tak menjamin kebahagian. Tapi, pada pendapat aku, ia boleh membantu ke arah menuju kebahagiaan... Betul la kan? Even Islam pun suruh kita menjadi kaya. Boleh tolong orang lain dengan zakat, sedekah dan lain-lain. Dari pengalaman aku sendiri dan dari pemerhatian aku terhadap kisah2 teladan, duit tu memang penting. Kestabilan ekonomi sesebuah family tu penting. Yelah, takkan la ko dah kahwin tapi time nak beli susu anak, or time nak bayar bil and hutang kereta, kena pegi mintak kat orang plak. Berhutang sana sini. Sebab tu, orang lelaki jangan nak kata orang perempuan materialistik. Tak. Perempuan sekarang just realistik (dan bijak!) Huhu... Oh, aku memang pantang kalau orang lelaki guna duit perempuan. Kalau masa berdating/berpacaran, orang lelaki ni dah pandai guna duit perempuan, tak mustahil pas kahwin nnt pun dia akan buat mcm tu jugak (Takde duit, jangan dok gatai nak bermarka!) Time dah kahwin, kalau sama-sama spend xpe lagi. Yelah, sama-sama tolong-menolong (walaupun sepatutnya lelaki punyer kerja semua tu! )Tapi kalau asyik perempuan je yang bayar itu ini, memang ko lelaki tak guna. Elok kerat je anu tu tak payah jadi lelaki. Huh. <--- Cukup anti perkara sebegini. Tersangat2 lah anti.

Iman dan taqwa. Ape yang perlu aku tulis di sini? Semua orang nakkan ciri-ciri ini dalam pasangan masing-masing. Even sejahat-jahat mana seseorang tu, selalunya or paling tidak pun sekelumit rasa, mesti ada menyimpan impian mempunyai pasangan yang beriman. To guide him/her menuju jalan yang diredhai Allah. Ini yang paling penting dalam sesebuah famili. Kita tengok sekarang banyak sangat masalah yang timbul. Kebanyakan berpunca dari rumah. Kalau dah asas pendidikan agamanya kurang, tak payah terkejut la kalau seseorang itu turns up to be someone yang macam tak cukup didikan. Dah mak bapak tak pernah marah buat itu ini… tak pernah larang… So? Pandai2 la kita memilih. Ada orang nampak baik dan alim gila, tapi sebenarnya dialah bapak setan. Dah kahwin baru pecah tembelang. Yelah, masa bercinta tu berlakon jer… Heh. Aku sangat tahu tentang perkara ini. Jadi, jangan mudah menilai orang dari segi luaran. Nampak alim dan warak, tak semestinya dia begitu. And vice versa. Cara terbaik? Mohon panduan dari Allah SWT.

Ahhh... semoga berjaya dalam mencari insan yang terbaik untuk diri kita. May God Bless...

Manusia seringkali lupa. Kadang-kadang, kita buat perkara tanpa berfikir. Yang membezakan manusia dan makhluk Allah yang lain adalah akal. Manusia sepatutnya tahu membezakan antara benar dan salah, baik dan buruk. Tapi, kita selalu terlalu ikutkan perasaan. Dikawal dan digoda syaitan dengan senang. Siapa yang salah? Diri sendiri la... Tak payah nak salahkan orang lain. Diri kita sepatutnya kita yang kawal, jaga dan pelihara. Orang lain tak salah.

~~Ya Allah!Aku ini lemah,aku kadang kala melupakan-Mu tetapi Engkau wahai Maha
Pengasih, tetaplah padaku.~~

Luahan rasa pada pagi yang hening ni... 1.31 a.m, Sunday, March 6th.

zwani.com myspace graphic comments
Dahlah, banyak betul aku membebel malam2 begini. Patutnya study, dok gatai plak tangan ni nak menaip.

Salam.

Alhamdulillah~~

0 comments: