Saturday, May 17, 2008

Nasib malang yang menimpa

bismIllah...


Aku ade berita sedih nak bagitau. Well, sedih bagi aku jer la kot. Nak tahu ape dia? Hmmm... semalam aku gi jejalan ke Lumut ngan Mamito, Kodi [sepupu ku si Cotton Wool] and Abang Tapa, pas berenti kat masjid, barulah perasan yang... HANDBAG AKU HILANG!!

Sedihnyer Allah jer yang tahu. Handbag itu mengandungi purse aku [pemberian Abg Tapa masa first time kami jumpa], contact lens spare warna hijau and case dier, lipstick Maybelline warna pink, compact powder Maybelline yang murah jer, Uncang berisi duit syiling dan tisu.

Purse aku mengandungi dokumen2 penting...Antaranya ialah kad pengenalan, kad atm bankislam dan bsn, serta lesen memandu. Duit ader la jugak dalam RM 100 lebih. Huuuuuu....

Setelah mencari dan mencari, memang dah tak jumpa. Aku tawakal jelah. Kalau orang yang jumpa tu baik, dapatla balik semua tu. Lecehnya bukan aper, aku dah nak balik Shah Alam esok. Nak buat ic, lesen semua nih...mane la aku biase buat kat tempat lain selain tempat aku di Perak ni. Adehh laa...

Malam semalam jugak pergi wat report polis. Hmm... otak aku pening dan berserabut betul semalam. Tension sebab tak ade duit. Nak keluarkan duit [yang ade la sikit] dalam BSN pon susah cos kad dah takder.

Mizi lak marah cos handbag yang punyer besar pon leh hilang. Dahla handbag tu dia belikan. Tak sampai 3 bulan pon lagi rasenya. Aihh... Sorry ler... Bukan sengaja... Huhuhu...

Aku sedar, ade hikmahnya semua ni. Adalah petunjuk Allah nak bagi. Dan aku tahu, adelah benda-benda salah yang aku buat sampai dapat balasan begini. Perkara yang berlaku ade sebabnya kan... Hmmm, kenapa lah aku ni pelupa sangat. Nak kata cuai...hmm tak kot. Just lupa. Biaselah budak ganas cam aku ni memang tak suka dan jarang bawak handbag. Sebab tu aku lupe. Macam jugak aku hilangkan payung Abang Tapa bagi cos aku lupa. Jarang bawak, sebab tu lupa.

Ape-ape pun aku tetap bersyukur kerana handphone aku yang buruk ni tak hilang. Leh lak aku letak dalam poket jeans aku ek? Lagi...handphone nokia cabuk yang berisi simkad celcom aku pon tak hilang. Kebetulan charging kat rumah. Dan lagi... jam tangan yang aku baru beli ngan Mizi pon tak hilang. Sebab aku pakai. Cincin yang ade orang bagi pon tak hilang sebab mak simpan. Padahal barang-barang yang tertulis di atas memang aku humban dalam handbag jer... Aku bersyukur sangat-sangat. Alhamdulillah...

Moral dari insiden ini ialah; Perkara ini akan membuatkan aku untuk sentiasa berjaga-jaga dan ingat selalu tentang barang-barang yang penting. Fikirkan akibat kelalaian kalau terlupa.

Contohnya, nak buat IC baru kena denda seratus lebih, kan kena duit jugak tu. Nak pergi JPJ, wat lesen baru pun leceh. Kena duit gak ke ek? Alah...ape benda yang tak kena duit sekarang... even pergi report polis pun ke RM2. Aku sangat kesal dan berjanji untuk cuba tidak pelupa lagi...

Yaa, manusia memang pelupa. Tapi aku cuba untuk tidak "Pelupa ya amat..muda-muda lagi dah lupa"*quote dari Tiger*. Dan aku akan cuba elakkan minum/makan makanan/minuman yang ader semut. Selama ni aku memang ignorant tentang benda ni. Aku jenis tak peduli sangat. Tak nak membazir dan semua benda nak express jer. Main balun jer... Dah ade orang cakap, "Makan semut banyak sangat!!"*quote dari Abg Tapa*, so kenala aku jaga pemakanan aku sedikit. Huhu.... [or makan ape2 bnda yang leh wat aku lupa...] Ape-ape pon,to my Mamito, please forgive me!!!! [cos duit mak jugak ler yang abis...]---rase bersalah yang amat... T_T

Sekian sahaja entry hari ini. Doakan segalanya berakhiran dengan baik.



alhamdulIllah....

1 comments:

mr. izuan said...

i'm so sorry for your loss.. be careful next time!