Friday, June 13, 2008

Study Mode

bismIllah...


Hmm, hari ni kelas batal. Leh tak? Dahle kelas pukul 8.30 pagi. Maleh betul aku nak bangun time badan tak larat nih... Tapi bagus gak cos sempatla aku memahamkan soalan assignment En. H tu dengan tunjuk ajar Nani. @ulatbuku

Pandai betul budak Nani ni. Oleh kerana dia ni pun lone ranger macam aku jugak, senang je nak geng. We have lots of things in common...for instance, aku baru tau dia pun anak cikgu! Mak dia macam my Mamito gak la. Ngajar pun benda yang sama. Cikgu Kemahiran Hidup! Ngajor di sekolah menengah jugak. Heheh... yang tak sama just, mak dia ngajor sekolah lelaki semua and mak aku ngajar sekolah harian biasa. Dapat tau sama2 anak cikgu ni pun mase dia tumpangkan aku balik ke kolej [yela...kak Wana dah takleh nak tolong tumpangkan dah].

And dia ni macam aku jugak la sikit2. Kami ni takde kawan pompuan yang ramai sangat. Sebab same2 pernah terkena. Prinsip kami sekarang same jer... "Nak kawan, kawan jela. Jangan buat hal ngan aku sudah. " Dan kami jugak sekepala dalam hal, "takleh nak kawan rapat2 sangat". Hmmm, dah belajar dari pengalaman...huhu... Hari ni bonding ngan Nani. Okeyla dia ni. First time aku geng ngan girl yg muda 2 tahun dari aku. Maybe sebab dah ber'aku' 'engko'... Senang nak geng... takde gap. Betulla cakap Wan dulu... @jelir

Hmmm...
Exams lagi beberapa hari jer... tak sampai 2 minggu pun lagi! Budak-budak kelas semua tengah stress ngan studies. Assignment lagi...siap kena present le pulak. Adehla... tension tul kena wat literature review nih. Bosan...

Petang ni aku kena tido puas2 untuk stay up malam ni sampai subuh esok kat McD 24jam. Nak wat macam mane, tutor aku keroje lak siang2... free weekend jer. So, takleh buang masa lagi dah.

WIsh me luck for the coming exams!
~~orang lain sedap-sedap jer bercuti kat rumah...@nangih

alhamdulIllah...

2 comments:

Maximum Potterphreaque said...

oh a sweet pink blog! *^^*

Ryehanna said...

heheh...glad u like it...