Tuesday, June 3, 2008

Tentang denda kehilangan dokumen dan update rawak.

bismIllah...

Heh... berapa hari aku tak online ek? Banyak perkara nak ditulis tapi tak tahu nak mula dari mana. Aku tengah online dari library Tingkat 6 kat FKM. Aku tak pernah pun online kat sini tapi ikut Kak Wana. Patutnyer cari bahan untuk assignment Fluids aku nih... Tapi, sambil menyelam minum air ler... :p

Okey, last Thursday aku telah pulang ke Beruas untuk menyelesaikan perkara-perkara;
a) Buat kad pengenalan baru,
b) buat lesen baru.

Bagi yang tak tahu kenapa aku perlu buat semua ini, sila rujuk post aku di sini ; Nasib Malang Yang Menimpa

Aku ke JPN di Manjung pada pagi Jumaat. Pergi ngan Mamito [my Mom] cos she's my banker. Cos mesti kena bayar denda kan?? eheheh...

Aku pernah kehilangan purse mase tahun 2003 dulu...masa tu aku baru nak masuk diploma kat Uitm P.Pinang yang kampus lamanya bukan di tempat sekarang. Masa tu kat Permatang Pasir. Juga dikenali sebagai Sekolah Uitm. Muahaha...

eh dah melalut plak...
Ape aku nak cerita tadi? Oh yer... tentang denda kehilangan kad pengenalan.
Aku ni dok budget la yang hilang masa 1st time dulu tak kira cos dulu bukan pakai MyKad. Tapi sangkaanku meleset! Ikuti dialog di bawah... ;]

"Aii...adik ni umur baru 23 tahun tapi IC dah hilang sampai 2 kali..." kata akak kat kaunter tu.
"Erkkk?? Tapi dulu bukan MyKad..."
"Kira jugak...dalam jarak masa 12 tahun rekod ni dicatat..."
"Ooo....jadi kena RM 200 laa??"
"Yer... Kalau 2 kali hilang, RM200 la...campur kos perkhidmatan RM10, maka RM210 laa.."
"Takder diskaun ke??"
"Student lagi ke?"
"Ha ah!!" kataku dengan penuh excited.

"Bawa kad matrik tak?"
"Bawak! Bawak!" jawabku lagi dengan penuh excited.
"Okey...pergi fotostat dulu...Karang bagi kat saya..."

"Yes!"


Nasib baik la Mr. Chubby Cheeks a.k.a Abg Tapa ada datang...saje2 dropped by la kononnya... Tapi bagus jugak cos dia tolong fotostatkan kad matrik aku. Yeay.... Thanx ek!

Hehe... gambar Mr. Chubby Cheeks and my Mamito.

Maka, aku pun mendapat diskaun setelah di'intebiu' oleh pegawai kat situ untuk mensahihkan yang aku ni betul-betul student. So, dari RM210, aku dapat diskaun dan hanya perlu membayar RM110. Tapi tetap mahal giler ni weh!!

Nak tau caj dia macam mana??

KEHILANGAN

Pertama kali - RM100
Kali kedua - RM200

Kali ketiga dan seterusnya - RM300

*Caj perkhidmatan RM10.


Huhu...sian mak aku...dah bengkrap dibuatnyer... Dapat loan sem depan kena ganti balik! ;p
Aku akan cuba tak bagi hilang wallet lagi! Huhu...

Pas selesaikan hal IC, pergi JPJ plak untuk wat lesen. Kena denda lagi. Tapi nasibaik takdela cekik darah beno... Aku kena denda RM20. Campur caj renew lesen semua, aku kena bayar RM50. Itulah aktiviti aku Jumaat lepas. Terpaksa ponteng kelas Fluids cos nak selesaikan perkara-perkara tu. Setelah seminggu lebih aku tak ber'IC', Jumaat itu selesailah sudah kehidupan seorang 'pendatang'. Muahahaha...


Puding karamel!!!

Haaa... malam Sabtu lepas aku buat puding karamel. Well, boleh dikatakan aku buatla... heheh. kecuali karamel tu jer. Cos Mamito tak bagi aku buat. Dia takut aku 'hangit'kan gula instead of 'hangus'kan gula... ;P

I made it for Mr. Chubby Cheeks actually cos I've offended him in some ways... Sorry! ok...that is another story...

Siap bawak balik Shah Alam lagi cos buat sampai 2 bijik! Aku memang tak larat nak makan dah so puding ini dirotate ke bilik-bilik di Kolej Anggerik itu. Boleh tak one of my roommates tak makan puding ni?? Dia kata sebab lembik! Sabo jela aku... Hmmm... adeke puding yang keras?

hehe...tak kisahla...aku bagi kat budak2 bilik bertentangan ngan bilik aku dan bilik2 yang aku tengok banyak kasut. Kalau banyak kasut, maknanye ramai la orangnya kan? :P
Alhamdulillah...habis semuanya. Takde membazir and leh plak bagi orang hepi makan puding yang manis... :]

Okey...lastly, aku sangat bersyukur kerana mata aku tak buat hal lagi!

Mata dah okey!

Alhamdulillah...selepas aku tukar solutions untuk lens aku, dah takde lagi merah2 bijik mata setiap kali bangun tido... takde lagi selaput2 kat mata... lega sangat2...

Okey, that's it!

Hmm...ade lagi nak ditulis tapi macam tak cukup masa. Petang ni nak study cos esok aku ade test Fluids!!
Wish me luck!

Salam perkenalan to bloggers2 yang menziarah blog ini... ;]
Thanx for the links...leh gak ziarah2 semula...

Btw, I do think someone who tiptoed here should say 'Hi' to me... sebab... bacanya selalu, tapi tak pernah bagi salam pun.

Kenapa aku kata 'tiptoe'?? Sebab dia menyorok...menginvisiblekan diri dari Feedjit. Kalau appear kat Feedjit, aku xkisah sangat... Kenapa nak menyorok2 ek?? Aku pelik...

Mmm, you know who you are. I only know one person from where you're at. Oh, two actually...but I don't think the other one would want to read my blog.

Salam.


alhamdulIllah...

3 comments:

Tyra said...

sy rse denda beratus ringgit untk buat balik IC tu agak over dan tak relevan. terlalu mahal. kalau org yang tak mampu, susah la nak wat ic baru, even though bukan salah dia IC dia ilang (kena ragut, curi dsb.)

dah kalau takde IC, satu kasalahn undang2 plak. hish.. betul2 tak praktikal.

hehe.. sy teremo plaks. sbb dulu kwn sy kena rompak. dia terpakse bagi wallet dia or else perompak tu nk cederakan dia. then time nk wat ic tu dia xde duit... dia x dpt byr pastu balik cmtu je. tunggu sebulan lebih ade duit sikit br dpt wat IC baru.

Ryehanna said...

tula pasal...memang cekik darah nak mampos...mahal giler tu...

kesiannye ur friend...hmmm, walaupon mmg saya ni cuai tapi memang tak setuju jugak dengan caj yang gilababs tu!

nak kate security power pon x jugak! ade je org leh klon mykad tu...menyampah...

apex merc said...

sedapnye puding.........
nakkkkkkkk huhu