Sunday, June 15, 2008

Writing...and remembering...

bismIllah...


>>>ENTRY MENGENAI KEHIDUPAN SEORANG PELAJAR KEJURUTERAAN MEKANIKAL<<<
Final exams untuk kursus intersesi aku bermula pada 23hb Jun ini. Adehla... stress nyer [stress, strain, tension dan sebagainya]. I have to cover all that I've learned in a week! Arghh!!
:cry:

Semalam aku overnight kat McD cos nak study ngan tutor aku a.k.a Mizi. Hmm... tak tahulah aku boleh buat ke tak Fluids ni cos rase macam banyak sangat yang tak tahu. Alhamdulillah aku ada Mizi, private tutor yang setia dan sabar mengajar. Heh, mengajar aku ni bukanlah perkara yang mudah kerana aku ni tersangatlah banyak songeh. Dahlah tu, pemalas kurang rajin bukan main! Huhu...

Aku memang blur sikit kalau dalam kelas. Susah nak fokus sebab lectures yang kurang menarik perhatian. Aku ni memang jenis akan minat certain subjects bergantung kepada lecturer yang mengajar. And my current lecturer just biasa-biasa jer... Itu yang aku jadi macam ni. Ermm...[eleh, dah memang tak minat tu, byk lak alasannyer...hee]

Seingat aku, cikgu/lecturer yang best dalam hidup aku boleh dikira dengan sebelah tangan jer. Susah nak jumpa yang betul2 dedikasi dan ikhlas mengajar. Selama aku belajar dalam bidang kejuruteraan mekanikal nih, tak banyak subjek power yang aku dapat A. Tak macam Mizi yang selalu dapat A subjek2 killer macam Dynamics [aku penah fail masa Diploma], Calculus [aku xpernah dapat A dalam Calculus. Siap pernah fail Calculus I lagi ade la...], Thermo, Fluids, Strength of Materials [aku dapat cukup2 makan jer]...

Setakat ni, pencapaian aku yang best just subjek Thermodynamics jer. Masa diploma, aku dapat A untuk Thermodynamics [juga dikenali sbg Thermo I] dan Air Conditioning and Refrigeration [Thermo II]. Sem depan aku akan amik Heat Transfer a.k.a Thermodynamics untuk program degree. Aku tak tahulah macam mane agaknya... sapelah lecturer aku gamaknye...

Masa diploma dulu, yang aku boleh A subjek Thermodynamics ni cos lecturer yang mengajar aku tu tersangatlah best. First time amik subjek ni masa buat short course. Aku jer satu2nya perempuan dalam kelas tu. Tapi tak kisahlah cos nama pun amik mekanikal engineering kan? And frankly, aku tak kisah pon. Lecturer yang best mengajar kami ialah Prof. Madya Muhammad bin Abd Razak. First impression, aku rasa dia garang. Cuak jugakla cos ramai cakap Thermo ni susah. And my fellow classmates masa tu ramai yang budak repeaters. Tapi lepas lama2, barulah aku tahu lecturer aku ni best gila. Memang otai. Heheh. No wonder la ex-students dia yang dah jadi lecturer aku sekarang ni pun still memuji2 kebagusan Encik Mat Razak [nama mesra dia...nama Razak is included as there were other lecturers by the name of 'Muhammad' too].

Well, memang sesetengah orang tu dilahirkan untuk menjadi pengajar yang baik. Tak banyak orang macam ni. I just wish he can transfer to Shah Alam. Lehla aku amik Heat Transfer ngan dia! Tapi dia taknak. Aku teringat cerita dari Mizi tentang En. Mat Razak masa Mizi dalam kelas dia;

"Kalau diorang suruh saya tukar ke Shah Alam, tunggulah saya bersilat dalam bilik mesyuarat tu"

"Dulu masa mengajar di Arau, dapat beli rumah banglo kat Perlis. La ni, tukar ke Penang, dapatlah beli rumah teres 2 tingkat ja... Habis, kalau ke Shah Alam, ape yang saya dapat beli? Reban ayam?? Huh..."
:smoke:
hehehe...

Well... sekarang dia ngajar budak program diploma je cos dah takde budak2 program ijazah kejuruteraan mekanikal kat UiTM P.Pinang tu.

Aihh... tulis tentang Uitm Penang, teringat la plak kat sana. Aku rindu gila ngan zaman diploma di Uitm Penang. Teringat 1st time masuk ke 'uitm' P.Pinang... Kemasukan Jun 2003... Terkejut cos tak macam U pun. Bangunan sekolah. Batch aku adalah batch terakhir yang pernah ke Uitm Penang di Permatang Pasir tu. And time tu, Pengarah Kampus ialah Dato' Sahol Hamid. Kalau dulu2, mesti beratur ramai2 depan bus stand berhadapan SIRIM untuk naik bas uitm ke Permatang Pasir. Masa tu duduk kat Kolej Mutiara di Pangsapuri Idaman cos kampus baru tak dapat kelulusan untuk diduduki lagi. And on the way, aku tak jemu2 tengok sawah padi. Lagi2, dulu tengah time sawah menguning. Cantik betul.

Then, pas cuti mid sem, barulah kami berpindah ke kampus baru. Duduk dalam. Ditempatkan di Kolej Baiduri. Masa tu, tak ramai pun student uitm penang. Satu wing jer penuh. Sem seterusnya barulah dua2 wing berpenghuni. Bukan macam sekarang. Sekarang, Kolej Baiduri tu dah penuh manusia. Bilik yang sebelum ni bilik study pon dah jadi dorm. Hmm...

Yang aku takkan lupa tentang Uitm Penang adalah tentang 'chali'. Serangga berwarna hitam dan berbelang oren di bontotnya. Haha... Kenapa serangga ni famous? Sebab, kalau kena chali, bukan saja sakit dan pedih, tapi ade parut! Aku teringat tentang sorang senior yang kena chali nih. Muka dia ada satu celoreng berwarna hitam merentasi muka dia. Giler ah... budak perempuan sangat phobia dengan terkena chali. Aku pun pernah kena dan sampai sekarang parut tu ada lagi. Walaupun dah agak pudar, tapi still meninggalkan tanda.


Inilah serangga chali. hehe

Mesti pelik, 'kena chali' tu kena ape? Well, kena chali bermaksud 'terkena lintasan serangga bergelar chali'. Chali ni sejenis serangga yang terbang. macam kelkatu jer. tapi masalahnya, bila dia hinggap kat mana2 anggota badan, dia macam ade tinggalkan invisible 'liquid' yang akibatnya, tempat kena chali tu akan gatal, pedih dan sakit. Mula2 jadi merah, then naik macam gelembung2 berisi air bisa. Next, ia akan jadi kering dan hitam. Terbentuklah parut yang huduh.
Kena chali ini adalah perkara yang dipandang serius di kalangan kami pada ketika itu. Ianya sangat menyeksakan. Ada kawan aku, sampai tak pergi kelas berminggu2 sebab kena chali di seluruh badan.

Aku pernah juga kena chali tahap kronik. Rupa aku pada waktu sangatlah menakutkan sebab aku kena chali di muka. Yang paling teruk, aku kena di bahagian mata. Mata aku merah jer. Dan jadi gelembung2 berisi air bisa di kelopak mata. Dahlah tu, waktu tu aku tengah pergi trip anjuran Kelab Pelajar FKM. Sungguh tak enjoy. Aku teringat senior aku, 'Lan' pinjamkan spek dia untuk cover mata aku yang huduh ketika itu. @senyum

Yang aku heran tu, aku kena chali masa duduk hostel jer. Bila aku menyewa apartmen bersama kawan2 di Idaman, takde kena chali dah pon. Pelik.

Hmm...di bawah ni aku upload gambar uitm penang yang dirindui. Gambar di bawah ni diambil pada tahun 2005 kalau tak silap. Zaman aku tengah jadi kuli batak [setiausaha] Edment Fasyah yang merupakan Presiden Kelab FKM. haha...

Gambar pintu masuk ke Uitm Pulau Pinang. Gambar diambil dari seberang jalan. heheh.


Aku takde dalam pic. gambar ni diambil masa hari perbarisan sukan antara fakulti. Semua ni budak2 junior aku je nih... Oh, jaket budak mekanikal uitm penang masa ni warna ungu [kalau di uitm shah alam, warna ungu ni untuk fakulti kejuruteraan elektrik] taktau la sekarang dah ubah macam uitm shah alam ke belum. tapi, jaket meky dak shah alam semestinya lebih cun la...heheh...

Heheh...selongkar gambar lama2 yang ade dalam laptop cabuk aku nih...
Hmm...banyak pulak aku menulis. Teringat...kenalah catat. Name pun blog aku ni 'Remember When' kan? ahaks...

Lain kali aku teringat2 lagi...hehe

Salam...

alhamdulIllah...

11 comments:

Aina Ana said...

Teringat dulu-dulu masa masuk ziarah UiTM Pulau Pinang kat Permatang Pasir tahun 1997. Memang tak sangka tengah sawah ada U. Memang macam bangunan sekolah pun. Time tu akak ikut student2 ayah akak study visit ke Penang & Kedah. Dapat la masuk kilang AMD@Intel (processor punya kilang). Terus lepas tu tak minat nak ambik engineering terutama sekali electrical..hahaha...sudahnya jadila arkitek.

cybernetics mind said...

caner pun CM nak wish gud luck for ur coming exam...semoga kejayaan menjadi milik mu.

uikss....chali???? tingat gak masa CM kat ITM Melak dulu2, ada gak kes chali neh tapi thanks god CM tk penah kena...tapi yg pastinya saper yg kena teruk, kulit jadi macam terbakar pun ada, dah tu plak parut sure ada....aduihh jatuh saham wooooo...hiks.

cybernetics mind said...

heheheh...lupa nk tanya, gambar chali tak taruh ker...nk tengok camner ghoper chali tuh...pasal dh lama tk tengok..heheheheh.kl tk silap kt bontot dia tuh ada cam sengat skit.

Ryehanna said...

Ryehana to Kak Aina Ana: Tak minat sebab ape? Cam tak best ke jadi engineer? huhu...well,kalo tahun 97,mmg 'sekolah uitm' tu tak canggih pun.hahah..

Ryehana to CM: thank u. semoga lepasla fluids untuk short course ni.eh,kat uitm melaka pun ada chali gak ke? ingtkan kat penang je since org kata chali tu sbb ada sawah padi...ermm, takde simpan la plak gambo chali tu.and mmg betul, bontot dia ade sengat! tp dia bukan menyengat...dia lalu jer...huhu...memang jatuh saham dibuatnyer!

13may said...

chali tu binatang apa???

ada gambaq???

Ryehanna said...

ala...xdela pulak gambo chali nih...tp chali ni pernah masuk surat khabar ape...dlm paper Kosmo! kalo xsilap...hehe...rupe dia mcm kelkatu.warna hitam tp bontot dia ade belang oren and ade sengat.

padi~ said...

er..sbgai org yg pnah lepak uitm penang slame 2 taun,aku mmg masak ngn sume2 tu..tp ble da ader kat s.alam nih walopun takde chali,tp penang ttp gak pling bes..kat sane la sume2 bemule..aku knal idop kat sane wei..haha..knal intan pn kat sane..hmmm...

Ryehanna said...

ahaks...memang banyak kenangan kan....memang penang lg best dr shah alam walaupon shah alam xde chali.hahahaha.tak dapat dinafikan.hanya budak2 yang pernah dok penang lame2 je tau...

Aina Ana said...

Tak minat sebab banyak sangat kira-kira. Electrical lagi laa..pasal ayah akak lecturer electronic UiTM Shah Alam tu. Hari-hari tengok dia buat gambarajah litar. Bila dah selalu tengok dari darjah 3 sampai Tingkatan 5, jadi jemu..

Tapi jd arkitek ni, ada gak kira-kira especially bab mekanikal utk capacity air, sewage tank, electrical supply..tp x detail. sekadar basic je. Lain-lain M&E engineer yg punya kerja laa.

Anyway good luck in your coming exam..

Ryehanna said...

thanx...and selamat berhepi2 di ireland! jeles! haha

Fendy said...

good luck!