Tuesday, July 8, 2008

Back in Shah Alam

bismIllah…

Waa… aku sudah berjaya masuk ke rumah sewa baru pada Ahad lepas. Untuk makluman, semester ini aku tidak lagi tinggal di kolej di dalam uitm kerana tak dapat duduk dalam dan aku malas nak merayu. Sem depan kena buat perkara yang sama lagi. Dan lagi…so, baik aku dok umah sewa terus. Umah sewa sekarang ni aku tinggal bersama adik aku, Nini [yaa..adik aku yang muda dari aku setahun juga belajar di uitm s.alam ini.tapi tak sama course…dia amik Pengurusan Hartanah, bukan Mechanical Eng.] dan juga kawan-kawannya. Penghuni rumah ini berjumlah 9 orang. 3 bedrooms, 2 toilets. Harga RM800 sebulan. Yang bestnya, rumah ni hanya tingkat 1!! Hehe… takdela seksa naik tangga seperti mana yang pernah aku alami ketika duduk menyewa di Pangsapuri Idaman di Permatang Pauh, P.Pinang dulu… [kat Penang tu, rumah kitorang tingkat atas sekali…nak turun beli makanan pun bercinta!]

Aku duduk sebilik ngan Nini [of course le kan] di bilik yang paling kecik sekali. Huhuhu…

Master bedroom yang ade attached bathroom tu diduduki oleh 4 orang. Semuanya classmates Nini…

The other bedroom yang medium size diduduki oleh 3 orang. Budak2 Electrical Eng. Kawan kepada kawan Nini. So, memang aku tak kenal. Dan belum berkesempatan nak beramah mesra lagi… semua orang busy ngan kerja-kerja mengemas…

Yang tak best tentang rumah ni ialah; NO NETWORK COVERAGE!!!

Giler ahh… untuk orang seperti aku ni [yang takleh berpisah ngan handphones dan ade 2 handphones!], tersangatlah seksanya kalau nak call orang dan tunggu call masuk tak dapat. Close friends dah menyumpah seranah cos nak call susah. Aku pun bengang gak… Rase sunyi hidupku tanpa deringan lagu Rihanna yang menandakan ade orang call. Waaaaaaaaaa…………

Nak berinternet ngan broadband pun seksa… Maxis, Digi dan Celcom semuanya same jer…. Hampeh giler. Tapi semua ni maybe sebab rumah ni kat area belakang2 [Jalan Plumbum Y/7Y] Sek.7 ni… Kurang coverage. Aihh…sabor je ler…

Walau bagaimana pun, kami semua dah tahu di bahagian mana yang ade line kat dalam rumah ni. Iaitu; di tingkap di bahagian ruang tamu!!! Kat situ jer yang ade line! Makanya, handphones aku memang kat tingkap tu je la aku letak. Jadi awek tingkap dibuatnyer. Kalau aku dengar bunyi incoming calls, aku angkat le. Kalau tak dengar [time aku lepak dalam bilik/tido/toilet/dapur], so takde la nak angkat. Huhu… Hampeh!

Aku tak start pergi kelas lagi. Nak pergi mendenye…jadual pun aku takde. Susahnye takleh online. Ni pun aku gi cc jap, nak check jadual la ni.heheh… Maybe aku akan ke fakulti dalam minggu ni juga… takpe, rileks la…awal2 ni serabot ngan masalah jadual lagi. Hohoh…

Duit loan ptptn dah masuk. RM3K jer cos dah tolak yuran RM490. Aku dah buat kad atm bankislam yang baru. Cos yang lame kan dah hilang…[sila rujuk post bertajuk; Nasib Malang Yang Menimpa pada archive bulan Mei <-- kalo rajin ler…] Kena denda hilang kad RM8, kena itu, kena ini, bawak kuar duit sikit, so tinggal RM2K lebih jer. Huhu…sedihnye kehidupan seorang pelajar. Duit tu jela nak bertahan sepanjang semester ni. Mak aku takdenya nak masukkan duit tiap2 bulan. Adik2 ramai lagi. Semua tengah belajar… Semua nak pakai duit. And dapat loan ni,kena bagi mak RM500 cos ganti balik duit deposit rumah sewa dll. Aihh…lagi ckit la duit aku jadinya. Tapi takpe, ni backup gak. Kalau takde duit time hujung2 sem nanti, minta kat mak gak. Huahua…

Time duit loan aku masuk, Nini pun check gak. Rupenya duit loan dia tak masuk lagi. Hohoh..

Hmm, ape lagi nak diupdate….

Oh, aku memerlukan motor! Seksa la takde transport nak ke hulu ke hilir… Takkan la setiap masa Mizi nak amik aku ngan Kancil dia jer… Jenuh ar… Dahla kelas tak sama. Ni semua sebab my little brother nyer pasal la… Adik bongsu aku,Hanis yang tak bagi kitorang amik motor kat umah tu. Mak aku pun ikut je cakap dia. Geram tol aku! Ahh…aku kena ade motor gak. Masa kat Penang dulu pon aku amik motor. Memang seksa takde transport. Public transport macam siot. Semalam, dekat sejam tunggu bas!

Sekarang tengah dalam proses tengah pujuk mak. Sama ade beli motor 2ndhand kat cni, or angkut jugak motor kat umah tu ke cni. Semuanya amik masa. In the meantime, memang aku kena menapak la [jauhnye!!!!] jawabnye… Mintak2 la dipermudahkan segala hal…dan dimurahkan rezeki. Yela, aku bukan anak orang kaya… huhu…

Ermm…semester baru dah bermula.

Masa untuk belajar! Hoyeahh!

alhamdulIllah…

4 comments:

cybernetics mind said...

yeahhooo...selamat mghadapi semester baru....memang best rasanya.

dia punya semangat pun len macam jerk....awal2 ni laa...sok2 tk taw lagik....CM dah masak sangat laa :)

CM tingat balik masa doolu2 kt UiTM Melaka (masa tu ITM lagik), bila masuk sem baru jer..ker main masing2....hehehehe...hepi semacam

per2 pun CM ucapkan selamat s2dy. tnya skit...CM ni kengkadang slow skit....Anna sem baper sekarang erkkk???

Ryehanna said...

Semester 5! So dah tahun 3 dah... semuanya 8 semester...

mm,memang ar...tengah semangat la ni konon2nya...hehehe

gadez said...

ai..ekceli terklik link awk time view page chokilala..hee~~ terperasan plak..entry nie..hee~~ umah kte dkt jerk kOt..hee~~

Ryehanna said...

really??! hahaha