Friday, July 18, 2008

Contact lenses and me

bismIllah...


Kali ni aku nak bercerita tentang contact lens atau dalam bahasa Malaysia; kanta lekap.

Mata aku mula rabun semasa aku di semester 2 diploma. Tahun 2004. Tapi, time tu aku pakai cermin mata kadang-kadang je cos aku tak suka... tak biasa... Aku mula pakai cermin mata secara betul2 adalah masa semester 5, waktu short course. Sebab aku mula perasan kalau lecturer guna marker warna merah kat whiteboard, memang aku tak nampak. Nak mengendeng2 salin kat kawan pon serba salah cos semuanya lelaki [aku je the only girl dlm kelas time shortcourse/intersesi dulu... biase la budak mekanikal]

Anyway, lepas tu baru la buat cermin mata elok2 sikit cos time short course tu pakai spek*{spectacle} lama mak aku! [boleh bayangkan tak? Muahaha... nasib baik time short course tak ramai orang]. Tapi, setelah memakai spek, aku mendapati aku tak biase ngan limited vision... seksa betul. Rase tak puas nak melihat dunia.

Time aku semester 6 di uitm p.pinang, aku dapat tahu kawan aku yang selama ni pakai spek telah bertukar memakai kanta lekap. Nampak berbeza betul muka dia sebab selama ni memang dia hanya bercermin mata. Nampak cun woo... So, mula lah aku menggedik nak belaja2 pakai contact lenses. hehe...

Walau bagaimana pun, aku hanya mula memakai contact lenses [kejap2 kanta lekap, kejap2 contact lenses...ape la aku ni! Layan jela ek] semasa di semester 7. Extend satu sem. hahaha!
Aku start pakai lenses cos takde duit nak wat spek baru dan jugak sebab aku takde nafsu sangat nak pakai spek. hehe...

Mula-mula, aku just pakai kanta lekap Acuvue yang dok iklan kat TV time tu. Okla jugak. 3 pasang lenses untuk 3 bulan. Jenis transparent jer. Lame jugak la aku pakai lenses Acuvue ni.

Then, pas abis belajar diploma. Aku cuti kejap. Tak sambung blaja cos gatai2 tangan apply nak wat tesl padahal lepasan diploma engineering. So, walaupon muet aku dapat band 5 [cukup2 makan je, adela lebih dlm 4,5 markah untuk dikelaskan sbg band 5. haha], aku tak dapat la sambung. Wat degree mechy pon xdapat cos aku wat pilihan last sekali untuk degree mechy. Hehe... So, dok melepak kat rumah dalam satu semester [bg org yg dpt msk U time tu] dan aku jadik cikgu ganti di sekolah mak. Mengajar budak dari Form 1 sampai Form 5. Siap pegang kelas lagi. Jadi guru kelas budak Form 4. Nak tahu aku jadi cikgu ape??Akulah bekas guru ganti Pendidikan Seni Visual. [eh ape ke he aku melalut sampai ke sini? bkn ke nk cite ttg contact lens ke?? Ahh layan jer...]

Time mengajar nilah aku mula pakai contact lens berwarna. Bukan ape, time aku nak beli lens Acuvue kat Greentown Mall masa kuar ngan mak waktu tu, xde plak dijual lens tu. So, aku beli jela yg warna cos dh nk lapor diri sesangat dah. Aku nak warna brown je...tapi, mak a.k.a pembayar telah berkata, "Kalau nak pakai yang warna, biar le yang nampak terus! Kalau warna brown baik tak payah..." So, disebabkan ade galakan...maka aku pon pilihla kanta lekap berwarna 'Sky Blue' dari jenama Freshkon. Giler striking warna ni. Tak caye, tengok gambar di bawah:


Memakai kanta lekap berwarna Sky Blue dari Freshkon

That was when I was dubbed 'cikgu mata biru' at that school. And while being a teacher there, semangat aku nak menjadi guru telah hancur lebur. Aku dah serik dan taknak jadik cikgu. At least, tak nak jadi cikgu sekolah menengah! Belajar dari pengalaman ni...budak sekarang dah tak macam dulu... dan ade hikmahnye la aku xdapat wat tesl tu kan. aku bkn penyabar pon. hehe

Wearing 'Blue' contacts from Freshlook.


After that, aku try warna hijau lak. Kali ni aku try warna 'Groovy Green' dari Freshkon. Warna ni pon striking. Tapi takdelah sestriking warna biru sebelum ni. Muahaha... Sila rujuk gambar di bawah[kalo xnampak,klik gambar yer]:


Memakai kanta lekap berwarna 'Groovy Green' dari jenama Freshkon.

Selepas bereksperimen dengan jenama Freshkon, aku bertukar pula ke Freshlook. Jenama Freshlook ni direkomen ramai orang sebab warnanya agak natural. Takdelah striking beno. So, okey la kalau nak try...so, aku pon try. And of course warna pertama yang aku try is green. Gambar di bawah adalah ketika memakai lens warna 'Green' dari Freshlook.


Memakai kanta lekap berwarna 'Green' dari Freshlook. Natural je kan??

Hmm... udah macam model kanta lekap la plak...ahh layankan ajer... Lagipon, nak amik gambar muka je kan. Kalau sekali gambar badan, memang tak sesuai ahhh....Rosak lak gambar nanti.... hehehehe...

hah, amik ni plak. Ini warna coklat jer...saje nak try warna biase2 plak... hehe.


Memakai kanta lekap berwarna 'Pure Hazel' dari Freshlook. Biase je ...


Wearing 'Honey' colored contacts from Freshlook.


Dan sekarang, aku tengah pakai warna 'True Sapphire' dari Freshlook. Saje je aku pilih warna striking2 nih. Biar nampak pelik. Muahahaha...


Memakai kanta lekap berwarna 'True Sapphire' dari Freshlook.

Ape2 pon, kesimpulannya, jenama Freshlook lebih natural dari Freshkon yang memang famous ngan ke'strikingannya' [maaf...tak sengaja memberi perkataan pelik].

Ape2 pon, nak pakai lens ni agak sedikit leceh laa... bagi yang tak suka benda 'renyah' macam ni [especially org lelaki], tak payahlah nak pakai lens.


Warna-warna yang ditawarkan Freshkon. My favourite would be 'Groovy Green'

Di sini jugak nak share some facts/tips/precautions tentang pemakaian kanta lekap:

1. First and foremost, nak beli lens kena pastikan power korang berapa. harga lense dalam RM50-60 sekotak. Kalau takde warna[Acuvue transparent], selalunya dalam RM50 je. kalau berwarna, mahal dalam seketul dua.

2. Nak pakai lens, kena ade solution untuk rendam lens tu. Bekas nak letak lens selalu dapat free kalau beli solution. Boleh je mintak free... pandai2 la cakap.hehe...

3. BASUH TANGAN sebelum pegang lens. pastikan takde habuk melekat kat lens tu!

4. Don't nap with contact lenses on. Sleeping with contact lenses may cause lack of oxygen and induce corneal vascularization Consequence will be harmful to your eyes.

5. Prolonged use of contact lenses or computering may lead to dryness-related symptoms such as scratchy eyes [tell me about it!huhu...] and blur vision.

6. Even the cleanest contact lenses get grubby during the day. In addition with the protein build up on lenses, our eyes get uncomfortable frequently.

7. Appy cosmetics AFTER inserting lenses. Remove lenses BEFORE removing makeup. Contamination/damage on lenses will increase the chance of corneal infections.

8. Blinking which stimulates tears secretion is important in relieving dry eye symptoms.

9. Keep your nails clean and short. Long nails easily cause lens damage and contamination. It increases the chance of infections. Lucky me! My nails are very short!

10. Kalau tak pernah pakai lenses dan teringin nak pakai, pergila kat kedai and suruh optometrist tu ajarkan dan tolong. Aku dulu pergi England Optical kat Carrefour Seb. Jaya. Jenuh aku nak pakai lens. Seksa ya amat. tapi, mase mula2 je. Nasibaik bijik mata aku besar. tak payah tarik2 kelopak mata ngan tangan. Jegil je pon lens dah leh masuk. heehee... alhamdulillah...

Cukup ar sikit2... hehe...

esok ade modul nih. malasnye nak ke kampus pada hari Sabtu!! Hampeh!

alhamdulIllah...

11 comments:

yOnnA said...

ehe.. u are cute la :))

hee..er suke pakai lens kaler2 ke :p

13may said...

oh! tergugat kejap...

*wink wink*

Kamezaim said...

salam..wah,cantiknye mata dia..hehe comel juga rupanya dia..hehe nak mengorat boleh?hehe

EiNS said...

nie br tgk gambar full dia..

comey gak ehh :)

Ryehanna said...

Ryehana to Yonna: Cute ke? debab ade la...haha. thanx anyway, yonna...

yer...memang suka pakai lens warna2 nih...xdelah dull sgt. hehe...


Ryehana to 13may: *winking back* Hahaha... abaikan...


Ryehana to Kamezaim: Haha...mata tipu jer...


Ryehana to Eins: alhamdulillah... ;]

Dato G said...

pic second last tu mengingatkan dato kepada seseorg..huwaaa.. sebijik sih pic tuh..:weep:

izuan said...

i don't have the patience to wear contact lenses because:

1) leceh (banyak bende nak kena jaga e.g. solutions)

2) phobia takut tercucuk mata (nak guna eye-mo pun takut!)

i prefer pakai specs je because many people say i look better with specs. kalau tak pakai nampak garang hehehe.

Ryehanna said...

Ryehana to Dato G: Haa... teringat kat sape tu? ala..tak best la bgtau muka kita same ngan org lain nih! isyy...


Ryehana to Mr Izuan: Haha..biase la kalau org lelaki.. or, kalao xpakai spek nmpk garang? well, biasela..lain org,lain ragamnye. as for me, i dont look good wearing spectacles. huhu...

No One said...

huhu. ana, nie just bg pandangan je la. coz, my sis de ckap xelok sgt pkai contact lense kerap sgt. coz, mase akan dtg byk effect kat mata kite. coz, hani pon pakai contact lense gak, then dia marah. huhuh. coz dia nurse,maybe dia tau kot. xtau la. coz, kawan pon pernah kene operate mate sbb contact lense masuk dalam mata. dgr camtu je la. xtau la. hani pon same macam ana xsuke pakai spet.. look old women rite? hehehe

Ryehanna said...

well,mmg la risky pakai lens.even ana pon penah sakit mata cos solutions yang ana tukar tu xsesuai.but then,kena la jaga...kena hati2 laa

lens masuk mata??ana pon penah jgk kena mcm tu tp bukanke kita leh keluarkan balik? tutup mata dan urut2 bg lens tu turun...kan? itu terjadi cos tertido ms pakai lens. tu je skali...so,dh tau dh laa..kalo ngantok,mmg xpakai lens or cepat2 tanggal lens.

ermm...mmg xsuke pakai spek tp nak kena wat spek gak...[ermm..adela ckit macam 'old women'..haha!tapi sesetgh org pakai nampak cun!ana je tak fotogenik...]cos xkan nk pakai lens 24hr kan?ana pakai pergi kelas or time shopping jer[kang terlepas pandang benda best lak!].hehe...

Pu-3 said...

I was thinking of buying a new colour contactz tapi tak tahu what colour should i choose :) Thank you for your post :)