Tuesday, August 12, 2008

Open door at UiTM??

bismIllah...

[di sebelah kiri adalah keratan dari NST, page 14. Yang kanan, Warta Gabem m/s 5]
Click to enlarge photo

Hari ni...eh silap, semalam dalam surat khabor NST [News Straits Times], aku terkejut ngan berita nih... Tu ha....tgk kat atas tu... NST Versus Warta Gabem [Gagasan Badan Ekonomi Melayu]

Satu suruh Uitm dibuka kepada non-bumiputera... Satu lagi mempertahankan Uitm sebagai benteng bangsa Melayu.

Aku memang tak setuju la ngan persetujuan Menteri Besar Selangor supaya Uitm dibuka untuk non-Bumis. Sangat2 tak setuju.

"Shah Alam: Universiti Teknologi Mara should be opened up to all races although it was set up to produce Bumiputera professionals.

Selangor Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim said he agreed to suggestions that the university be opened to all, and further proposed that 10 percent of all new student intakes in Uitm be reserved for non-Bumiputeras and foreign students.

He said the move would be timely as it followed the changes in the education system. At the same time, it would give early exposure to Uitm students to be more friendly towards other races.

bla...bla...bla..." dipetik dari New Straits Times, Monday, August 11, 2008. Nak bace yang penuh, sila klik di sini.

Manelah aku nak sokong. Leh plak alasannye supaya students uitm ni diberi pendedahan awal supaya lebih 'friendly' terhadap kaum lain? Ape kejadahnye? NAk kata students Uitm or graduan Uitm ni racist ke?? Bab racist ni merata. Tak semestinya dr Uitm. Merepek tol. Abis tu, selama ni graduan Uitm tak 'friendly' ke? Kitorang ade jer foreign students... Okey je la! Sheesh...

Sebaliknya, aku sangat2 menyokong Naib Canselor Uitm iaituProfesor Dato' Seri Dr Ibrahim Abu Shah yang mempertahankan Uitm untuk bangsa Melayu dan bumiputera.

"Universiti Teknologi Mara [Uitm] adalah benteng terakhir orang Melayu. Jika roboh benteng Uitm, robohlah bangsa Melayu, tegas Naib Canselornya, Profesor Dato' Seri Dr Ibrahim Abu Shah.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk 'Pemerkasaan Modal Insan Melayu' pada Konvensyen Ekonomi Bumiputera 2008 [KEB08] di Pusat Dagangan Dunia Putra [PWTC]

Tegasnya, UiTM ialah sebuah institusi pengajian tinggi yang istimewa selaras dengan keistimewaan yang diberikan kepada orang Melayu.

"Sebab itu, Uitm khusus untuk Bumiputera di negara ini, dan tidak boleh diperluaskan kepada kaum lain. Sebagai institusi Bumiputera terutama bagi orang Melayu, keistimewaan yang ada pada Uitm itu harus dipertahankan sampai bila-bila.

Semua pihak bertanggungjawab memastikan identitinya tidak berubah supaya usaha melahirkan lebih ramai modal insan Melayu kelas pertama berjalan dengan baik.

Maka itu, Uitm tidak boleh dibuka kepada kaum lain seperti yang dilakukan kepada Maktab Rendah Sains Mara [MRSM], sekolah berasrama penuh dan kuota 45 peratus biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam [JPA] untuk pelajar bukan Bumiputera" katanya.

bla...bla...bla..." dipetik dari Warta Gabem, Bil. 7. Ogos 2008.


Pagi semalam, ade pengumuman di PA system Uitm. Ade perarakan protes ke kediaman Menteri Besar Selangor esok pagi [pagi ini] pukul 7a.m. Semua pelajar Uitm dijemput hadir.

Aku tak dengar pon announcement tu cos aku dah balik dah. Biase ar Monday ade satu kelas jek. Ni semua Mizi yang citer time dinner tadi...


Flashback selepas pengumuman diumumkan:

Perbualan antara Mizi dan Imah [bukan nama sebenar]. Disampuk oleh Din [bkn nama sebenar]
Lokasi: Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Uitm Shah Alam.

Imah: Ha Mizi, ko nak pergi tak protes esok pagi?

Mizi: Ala...pukul 7 la. Awal sangat. Baik aku tido kat rumah.

Imah: Ee...apelah ko ni. Eloklah pagi2... Cepat pergi, cepat selesai. Islam pun galakkan umatnya bangun awal-awal pagi... jangan tido lepas Subuh... murah rezeki. Ko plak nak tido!

Mizi: Eh sukati aku lah... lagipon, malas lah...

Imah: Eh ko ni...macam tak peduli je nasib orang Melayu. Nanti dah beranak pinak, nak hantar anak belajar kat mane kalau bukan uitm? Inilah satu2 nya universiti yang jaga hak orang Melayu... yuran murah... kemudahan banyak...

Mizi: Ala... ko ajar la anak ko pandai2... takyah masuk uitm. hantar luar negeri. habis cerita.

Imah: Hey ko ni! Senang je cakap... ko ni takde semangat kemelayuan langsung laa!

Mizi: Aku darah campur*

Imah: ......

Din: Eh ko ni Imah, dari tadi pung pang pung pang, esok ko pergi ke join protes??

Imah: Eh, aku tak pergi... hee...

Mizi dan Din: Laaaaa........................!!


*Mizi darah campur Melayu+Cina, his father kacukan Malay+Chinese and her mom plak Cina masuk Islam.


Kesimpulan:
Lu pikir la sendiri.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

UPDATED!!

Pautan berkaitan di blog kawan-kawan:

- 12 August 2008; Perhimpunan Uitm di hatiku
- Khalid perlu mohon maaf : PM bidas cadangan buka UiTM untuk bukan Bumiputera
- Gambar perhimpunan bantahan oleh para pelajar UiTM di Shah Alam



alhamdulIllah...

9 comments:

WaNa (BoRN To MaKe u HaPPy) said...

SaYe JuGe x SeTuJu !

Cik Choki said...

saya bkn bdk uitm..

tapi saya pun xberapa nak setuju..

khalid tu mcm nak mencapub(mencari publisiti murahan) je..

uhuk uhuk~

Rashid said...

Apa la punya pak menteri tu.. dah lalok kot!!!

ZAMZ said...

sume ada agenda tersendiri...uni pun nak dipolitikkan tak cukup lagi dgn benda2 lain ...ampessnya diorang ni...

Ryehanna said...

Ryehana to Wana: Good!! mmg tak patut setuju pon!

Ryehana to Cik Choki: orang melayu xkisah la student uitm ke x patut prihatin perkara ni sebab benda ni macam ni lah yang sikit2 akan menghilangkan keistimewaan melayu yang dah mcm nk hilang dh pon... hmm, aku pon rs dia nak mencarpub..

Ryehana to Cikgu Rashid: Lalok?? Lalok kuasa la kot!

Ryehana to Zamz: Memang hampess!! menyampah giler dgn bnda2 mcm ni!

cybernetics mind said...

Salam Ana.....

CM sebagai salah seorang x-student MAINSTECH (MARA Institute of Technology) pun tk baper setuju dgn statement MB Selangor tu....so sudah2 laaa jgn lagi dipanjang2kan dan dipolitikkan.

Xceli CM tk suka ngan politik...betul2 tk suka. Sebagai seorang super senior CM nk ingatkan adik2 sumer bahawa CM masih terluka hingga hari ini akibat Kerajaan BN membuka pintu 10% kemasukan non-Malay/non-Bumi ke MRSM few years back dan masih berlaku hingga hari ini but why tk der org yg bising2 pun.....pada CM sama jer kes ni and we as Malays kena protes gak hal ni. So, CM mintak kita sama2 fikir laa hal ni. This is not the first case....dah banyak dah but it happen to be accepted by all.....CM pun tak paham.

p/s : ITM / UiTM telah mendidik CM menjadi "orang". So, CM boleh berfikir dgn menggunakan aqal yg dikurniakan Allah....alhamdulillah

Ryehanna said...

yup. i believe so. tp ramai org setuju plak ngan kuota ten percent tu. well...semua ade pro dan kontra..tp demi uitm..rsnya biarlah uitm mcm ni...

MM HaZiMiNN said...

ntah ar..

jgn terikot sgt sentimen ketuanan ape2 tuh..tuh lagik nampak racist..

sumer org leh bercakap pasal mende tuh kan..cuma beza nye die MB selangor dan bukan dari pihak kerajaan..mrsm tu time mahathir bukak kouta, tadek sape mara bising..

ntah..dari korang dok protes baek korang wat mnde laen..

Ryehanna said...

yer encik..saya tidak terlibat pon dalam perarakan protes tu...dan ade sedikit tidak setuju jugak dengan perarakan dan demonstrasi yg diadakan.

entry ini just mengulas ttg petikan akhbar NST yang kata reason nak bukak kuota just because kitorg lebih 'friendly'.

yer encik...saya tidak akan mengulas ape2 berkaitan politik lagi.malahan,akan diam shj...

:p