Tuesday, September 16, 2008

15 Facts About Myself

bismIllah...


I've been tagged by Mr. Izuan to write 15 facts about myself.
So, here goes [aku ni memang tak suka peram tag lame2... ececeh...]



1. Fakta pertama, aku mempunyai parut di muka. Kat pipi. Berpunca dari accident yang lawak dan selalu menjadi bahan ketawa keluargaku. Accident berlaku ketika umur aku dalam sepuluh tahun, dan aku tergelincir atas sabut kelapa yang licin dan mukaku terhentak ke tin cat. Yes, you read it right. TIN CAT!!! hampeh...


2. Aku mempunyai tabiat buruk ketika kecil yang dah berkurangan sekarang. Tabiat buruk yang aku maksudkan ialah menggigit kuku. Aku cuba mengatasi tabiat buruk lagi huduh ini dengan tidak menyimpan kuku panjang... walau semilimeter pun!


3. Aku sukakan bayi. Bayi sangat comel dan mententeramkan. Buat aku sentiasa tersenyum kalau memandang. Tapi aku kurang gemar kalau bayi itu sudah membesar dan boleh bercakap serta berlari ke sana sini tanpa mengendahkan larangan yakni merungsingkan aku. <-- so cannot have a child of my own now.

4. Dulu aku kurus. Tapi sekarang aku dah gemuk. Dulu berat aku 56kg sahaja. Tapi sekarang dah naik 10 kilo. Huhu...sangat ingin kembali ke masa dahulu... di mana mak-mak saudara selalu memuji kelangsingan tubuh badanku. Waaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!:pandacloud_10:

5. Aku sangat suka menonton DVD atau ape-ape jelah filem yang best berbanding rancangan bersiri di televisyen. Aku sangat tidak tahu nak sembang ape kalau orang tanya tentang drama-drama di tv. Sebab aku kurang minat. Aku tak suka nak tertunggu-tunggu cerita tu abis. Plus, I seldom have the time. So, sebab tu la aku suka tengok dvd. Dan sangat gila mengumpul dvd2 cerita-cerita best.



6. Aku kurang pandai memasak. Mungkin kerana aku malas memasak. Yer, mungkin kerana itu. Hal ini demikian kerana aku sudah mempunyai ibu, kakak dan 2 orang lagi adik perempuan yang suka masak. So, watpe aku nak menyibuk2 kat dapur lagi? Wat semak jer... hehe. Tapi mereka malas mengemas rumah dan do other chores. That's where I come in. Hehe... hidup ini kena lengkap-melengkapi, bukan? Muahaha... Ya, aku tahu memasak itu penting. Aku akan berusaha untuk rajin memasak! Chayok2!


7. Aku tidak tahu berenang. Sape nak tolong ajar??? huhu...

8. Aku takut katak. I mean, sangat-sangat takut. Pernah masa sekolah dulu, ade kawan campak katak berhampiran kaki aku dan aku tak bergerak-gerak dari tempat aku berdiri. Then, bila aku gerak, katak tu melompat macam kejar aku!!! Heeee!!! Selain itu, ade banyak lagi peristiwa ngeri aku dan katak. Dahlah tu, sampai sekarang aku percaya cerita Opah, jangan main dekat katak, nanti buta kalau dia kencing kat mata kita. huhuhuhu...



9. Aku gilakan panda. Tarepanda khususnya. Yang background blog aku ni ler...

10. Aku pendiam. Dan pemalu. Anti sosial sikit. Aku sangat tak selesa berada di tempat yang crowded. There were times aku sanggup tak makan dari berebut-rebut beli makanan di kantin sekolah [dulu la... sekarang ni kalau lapar, datangla ribut taufan pun semua ku redah]



11. Adehh.... penat dah aku menaip ni... perut lak lapo. Ooops! hehe... fakta seterusnya, aku tidak makan REBUNG. Hmmm... memang aku kurang gemar.



12. Aku tidak minum lai chi kang mahupun air buah kundur.


13. Aku susah nak percayakan lelaki.

14. Aku tak suka dileter mahupun diarah-arah... tapi kalau aku yang melakukannya, tak pe laa... hehehehe...

15. Fakta terakhir, aku single but unavailable. Believe me, it's too bloody complicated you don't even wanna know.


Dah cukup... penat wo menaip nih... hehe...



Daaa... ngantok ahh... @upin01

alhamdulIllah...

10 comments:

izuan said...

Fact number 10 is soooooo me! I forgot to mention it in my entry.

I would rather be hungry in my office rather than berebut with students at the cafeteria.

Wah.. tag 8 orang lagi!!

Mr. Azman said...

aduhai kene lagi... ekekeke... ade mase saya jawab ok.... thanks sebab ingat kat saya.

chepsmore said...

adoiii..
makkkk,sy di tag ole akak panda..
akn ku langsai kan..
dushdushhh:)~

cybernetics mind said...

Panda??? uishhhh jgn cakap laaa, CM memang tringinnnnn sgt nak peluk Panda yg ori punya..*bila nk merasa erkkk, mimpi la kowtt

Ryehanna said...

Ryehana to Mr Izuan: eh, yeke? xsuke crowd gak? hoho.. leh geng ar! erm.. 8 kan nombor bertuah.. hehe

Ryehana to Mr. Azman: Yer, buatla bila2 free...memang teman sentiasa ingat mike... [buwekk!]

Ryehana to Chepsmore: haha.. jawab jangan tak jawab!dish!dish! :P

Ryehana to Cybernetics Mind: Hmm bila la nak merasa dapat peluk panda yang real...huhu.. teringin gilos! dah pikir banyak2, even kalo panda tu busuk pun xpe la...asal dapat peluk...Jom gi China,CM! :P

Mr PenyuBiru said...

aii?? aku pun kena gak! aduss.. okla,nnt ku tak buat.hehe..

bulan pose nie fact no 4 tu makin kurang la ek.jgn lepas raya makin worst dah le.hehe..

Ryehanna said...

haa..memang kena pon. entah kenapa,nak bgtau kat shoutbox mr penyubiru tapi asyik ade je problem...

berkenaan fakta no.4, mmm...memang setuju...

Azraie and The Blog-blog Factory said...

Nyahahaha, tag sudah dilangsaikn~!

Cik Choki said...

bes plak baca tag ko nie. disertai dgn pic yg berkaitan. n tersusun kemas serta ayat yg biasa2 je

ehhh! nape aku puji2 ko nie. mesti bkn aku yg type nie. aku mana leh puji ko. kita kan musuh ketat. apa yg ketat pun xtau la. spender kot. mmuahaha!

Ryehanna said...

spender ketat?????

bkn bra??

wakaka... sungguh tidak senonoh dikau ini.. aku lak dah menjangkit!