Tuesday, October 14, 2008

Aku nak tengok Mamma Mia!!

bismIllah...



Tau ke gambo tu gambo sape? Haaa... itulah gambar kumpulan ABBA. Aku sangat minat dan sukakan lagu-lagu dari kumpulan ABBA. 2 pasangan laki bini yang sangat aku minat. Aku dengar lagu diorang sejak kecik-kecik lagi cos Mamito pon suke ABBA. Mamito suke pasang lagu diorang sampai kitorang kecik-kecik lagi dah hafal lagu ni. Sampailah dah besar, minat aku pada kumpulan ABBA dan lagu-lagu mereka tak pernah pudar. Bagi aku, suara diorang best dan powerful. Muzik diorang pon tak membosankan di telinga aku. No wonder la jualan album mereka pernah menjadi eksport terbesar negara Sweden suatu ketika dahulu [mak aku cerita since kecik2 lagi tentang hal ni]. Mak aku jugak cerita yang kedua-dua pasangan ini bercerai akhirnya...

Aku memang suka muzik yang lama-lama. Yang evergreen. So, jangan terkejut lah kalau aku minat ngan ABBA, Anne Murray, John Denver, Olivia Newton John, Lionel Richie etc. That's why aku suka dengar Lite and Easy dan jugak Mix FM [tho sekarang dah lame giler tak dengar radio]. Leh ke wat conclusion yang aku ini sentimental dan jiwang orangnya? Wakaka...

Nak tau lebih lanjut tentang diorang ni, rujuk le kat sini dan sini yer...

So, that's why lah bila bace blog orang yang dah tengok movie Mamma Mia!, aku sangat jeles!! Aku nak tengok jugak!! Movie tu dah kuar lame dah kan? Tapi aku tak berkesempatan nak tengok... kena cari dvd cetak rompak jugak la nih... Waaa... nak tengok!!

Masa tengok trailer kat wayang sebelum-sebelum ni pon aku dah menjerit nak tengok... so, sungguh tak aci la orang len dah tengok tapi aku yang peminat ABBA sejak kecik tak tengok lagi... Ciss!

Takpelah, pasni aku akan memberontak la kat Mizi or Nini untuk gi carik dvd citer nih. Ade lagi ke tayang kat wayang eh? Cos Nini pon macam tak sabar nak tengok citer ni...cumanya keghairahan Nini lebih kepada filem High School Musical 3 yang bakal keluar 24 Oktober ni [kalo xsilap aku la...aku panggil Nini dia tak nyahut plak]. FYI, adik aku memang giler citer HSM. Aku dah naik pekak asyik dengar lagu-lagu HSM dari HSM1 sampai ke HSM2 yang dia asyik ulang-ulang pasang...

Aku pon suka gak HSM cos aku suke giler kat Zac Efron yang sangatlah hensem, macho, jambu dan beautiful di mataku... Vanessa Hudgens pon comey gak, tapi tahap minat aku pada Miss Hudgens dah menurun since kuar gambar naked dia kat tenet. Abis good girl image dia... Ape2 pon, layan... Selain itu, aku suka HSM cos lagu2 dia best la jugak. Dan jangan lupa watak Sharpay lakonan Ashley Tisdale yang gedik sangat best! Quote dari Nini, "Takde Sharpay tak best lah nak tengok filem ni.."

Kitorang satu family memang giler filem musical so...jangan peliklah... Menurun dari parents yang suka muzik dan suka menyanyi walaupon offkey dan lupa lirik. ekeke....

Waa...bila la aku nak tengok citer Mamma Mia! nih... dahle Meryl Streep ade berlakon... [aku suke dia!]




Citer HSM 3 ni plak tak sabo la nak tengok. Sebelum ni kat Disney Channel jer, sekarang udah kat wayang...bagus jugak cos umah sewa nih xde astro. Waaa.. cepatlah 24 Oktober!! tak sedar nak final... Muahahahaha.... [Nini macam xcaye jer...sebab aku selalu kutuk dia gile HSM] :P



Ensem giler Zac Efron!!!!
*meroyan sekejap

Okey...cukup2 lah tu ek...

Daa....

alhamdulIllah...

11 comments:

Riezal said...

all the best for u exam makcik..

Ryehana said...

makcik???

errm... tengkiu pakcik!

Mr PenyuBiru said...

aku malas nak tunjuk gambar aku beraksi cam Zac Efron ni. aku takut seme maroyan nanti.hehe

dayah@yasha said...

erkk??? minat dolu2 ekk?? lagu2 arwah p.ramlee x dek ke??

ngahahhha~

hsm?? nak tgk gak tapi x dek mase..
wei lu nyah! exam wei! dok sakan nak tgk pelem ja.. ish2~

mama mia?? #garu2 pala#

Ryehanna said...

Ryehana to Mr Penyubiru: Terima kasihla kerana tak berkongsi gambo tu...kang xpasal2 ramai pembace Penyubiru's Blog meroyan kang!
wakakaa...

Ryehana to Yasha@Dayah: Lagu arwah p.ramlee pon minat gak cume aku ade lagu yang lawak2 je...yang jiwang2 xde lak aku donlod.
err...tau la nk exam...[jgnla bg aku rs lebih guilty!]huhuhu

citer mamma mia tu cier musical yg ade lagu2 ABBA...heheh

Riezal said...

jgn laa letak gambo penyubiru.. aku risau kot semua nampak bulu dada....

makcik.. aku pun layan ABBA.. lagu dorang memang easy listening.. evergreen :)..dah tengok lom ni.. aku nak gi tengok cuti ni.. hehe .. cepat jeles cepat..

ChaiReeL AziZee said...

err...mamma mia...best ke citer tu?...erm...aku nak try donlod la..huhuhu..nnt aku bg sinopsis kat ko..ok x?..muahahahaha

Ryehanna said...

Ryehana to Riezal: Wakaka...ambik tu mr penyubiru! hahaha!
hah,nk tgk mamma mia??? xpe..kita tunggu yer...mlm ni nak gi usya kedai dvd. nak beli! lagi best leh tgk banyak2 kali! sila jgn jeles juga.:P


Ryehana to Chaireel Azizee: aku pon xsure best ke x.tp dr aku tgk kat youtube,mcm best la juga [dan kelakar nak mampos bila dengar suara Pierce Brosnan menyanyi!]
eleh...ko donlod la...aku akan beli dvd!!
:P

Rashid said...

Mamma mia?
Tengok gambar latar tu ceria je. terasa juga nak tengoknya.. bestke?

ch said...

hey.. sangat hensem la beliau!

chokilala said...

hey.. sangat hensem la beliau!

*aku tak abes type nama lagi tapi tertekan enter plak td haha*