Tuesday, November 4, 2008

Dugaan exams... Part II

bismIllah...


Actually, aku tak sangka pun akan ade entry 'Dugaan Exams Part II' nih. Tapi memandangkan insiden petang tadi di fakulti kejuruteraan mekanikal, maka aku terdorong untuk menulis perihal dugaan semasa exams ni...[apsal ayat skema nih? err..aku takde periksa Bahasa Melayu yer...]

Kalau ikut jadual peperiksaan aku dan kawan-kawan seangkatanku, patutnya petang tadi pukul 2.15 bermulalah paper 'Fourier Series & Laplace Transform' di Aras 6, Bangunan Fakulti Kejuruteraan Awam [FKA].

Namun, kita hanya merancang, Allah yang menentukan apabila tempat peperiksaan itu 'clash' dengan budak2 civil [bdk FKA la tu] yang amik periksa kat tempat yang sama... Giler ahh... serabut dibuatnya. Dengan cuak nak periksa lagi... Hisy... sabo jelah aku... dugaan... dugaan...


Tengah dok melepak tunggu keputusan nak amik exams katne...


Inilah first time kejadian sebegini berlaku time exams selama aku belajar di Uitm selama lebih 4 tahun [sejak diploma sampailah ke degree]

Patut start 2.15 petang, tapi dalam 2.30 petang barulah kitorang disuruh ke Dewan Kuliah. Dewan Kuliah tu weh!! Mane sesuai untuk exams! Dahlah tu, ade yang tak cukup tempat duduk sampaikan satu row leh dok sebelah2 tanpa berselang. Eiii...tu senang nak meniru tu...

Tengok sendiri lah macam mana... [btw, pihak fakulti dan minta maaf dengan kesilapan teknikal nih... tapi aku saje nak catat cos peristiwa ni sangat2 jarang berlaku]


Kelam-kabut dalam Dewan Kuliah


Pastu, oleh kerana Dewan Kuliah pun crowded giler, aku dan geng2 aku yang dok row belakang dan tak dapat kertas soalan lagi! dipanggil turun untuk ke tempat lain. Kitorang amik periksa kat kelas yang dah dibuka-buka... kira jadik la mcm hall periksa gak... huhu... tak dapatlah meniru...

Kelas-kelas yang transform jadi bilik peperiksaan

Hmm... tentang paper 'Fourier Series & Laplace Transform' aku tu, mmm tak taulah nak cakap camne... Bagi aku yang memang lambat pick up dan tak terer Maths ni, memang aku rasa susah la... Huhu... Sedey...



p/s: Ya, aku memang suka ambil gambar. Nak exams pun sempat lagi ambil gambar. Tak tahulah result paper Maths aku ni dapat ape...



alhamdulIllah...

5 comments:

Izuan said...

Yup, this case is definitely rare. Such things never happened in my faculty during my diploma and degree years in UiTM.

P/S: There's nothing wrong about taking pictures.. I love it too, and after all, it's for our own memories later on.. right?

yasha said...

uwaaaaaaaaa!!! memg dugaann!! pewhh!! nak amik peksa leh jadik cengitu?? giler la....

kalo da jarang jadik amik gambow tok kenangan ape salah.. tunjuk kat ank2 anti! wakakkaka! gud luckk!!! u can do it!!! yezzzahhh!! =p

deng said...

bagi aku la..
mmg cmbest la pengalaman ni..
tapi ko tak letak pon gamba aku..
huhuhuhu

deng said...

bagi aku la..
mmg cmbest la pengalaman ni..
tapi ko tak letak pon gamba aku..
huhuhuhu

aku mangsa situasi (deng) said...

lagi satu kan..
moral aku mmg da tahap signal satellite astro yang da merah dah mase ni..sume benda yang stadi seblom ni x berape nak datang mase jwb exam..sakit belakang o nak jwb exam ats kerusi kt DKB, ngn meja yang hanya sebesar separuh A4,tambah plak dengan soalan yang panjang gile pengiraan dia,ko bayang la,yangan kanan pegang pen,tangan kiri pegang kokolater,soalan aku letak atas peha,stationery lain kat atas lantai,mmg pressure gile r..nsb baik aku tak terbawa2 ngn pressure n sentiasa positif..
kalo x..abisla aku sem ni..ko best la dapat jwb atas meja standard..huhuhu