Monday, December 8, 2008

Demam di raya haji

bismIllah...


Tekakku sakit. Nak telan air liur pun susah. Ni mesti sebab banyak sangat minum air berais masa di umah Yong. Dan masa on the way balik Beruas plak, melalak-lalak lagu Abba dalam kereta dengan Yong. Mane tak sakit tekak... Selsema tu macam biase la... hari2 aku selsea. Telinga pun berdengung je nih. Ni tanda-tanda demam...or should I say, dah demam dah pun... ermmm...

Patutnya pagi tadi pergi umah Pak Ngah kat Panchor, Pantai Remis sebab Kak Ija bertunang. Tapi aku sorang je tak pergi. Tak larat. Dok melepak atas katil. Dah nak Zohor baru mandi... huhu...

Tak bestnyer sakit tekak ni... nak cakap pun susah. adeh...kepala aku dah mula sakit. Aiyak...
Tapi demam-demam aku, nak jugak nulis blog. Entah ape-ape...

Semalam aku delete sorang kawan kat friendster sebab aku mendapati bukan dia yang view aku selama ni. Tapi awek dia. So, bagi mengelakkan dari di'stalk' lebih lama, aku delete jer la. Tak pe ke ek? Aku bukan nak gaduh or marah kat kawan aku ni, tapi... aku tak suka awek dia 'stalk' aku. Nak kawan buat cara nak kawan beb... huahua... ermm pastinya period yang bakal tiba membuatkan aku moody dan macam cepat terasa. Ahh pedulilah... kalau aku nak kontek kawan aku yang aku delete tu pon tak susah kot cos kami share kawan-kawan yang sama... betul tak, Bedah? =P

Pagi tadi dapat call dari kawan lamaku, Yus. Lame giler aku tak dengar berita dari mulut dia sendiri. Selama ni kawan-kawan yang bagitau cerita dan update dari dia. So, bila dia call dan tanya samada mak aku mengajar budak main kompang lagi, aku dah agak ni mesti sebab dia nak pinjam kompang or hire orang men kompang kat kenduri kawin dia. Dia dah bertunang beberapa bulan lepas. AKu tak ingat bila. Cam aku kata tadi la, dia dah lame giler tak kontek aku. Well, dia merupakan manusia pertama yang noticed aku masa aku masuk high skool. 1st surat cinta yang aku pernah dapat pun dari dia la. Alahai... kenangan beb. Sayu plak bila ingat dia dah nak kawin dan aku ni calon pun macam tak tahu sape... huahua... Semoga berbahagia selalu hendaknya.

Pagi ni jugak dapat sms wish selamat raya haji dari Cikgu Pah. Dia pun dah lama diam jer. Aku pun sama gak cos aku jenis kalau call orang tak dapat/tak angkat, mulalah malas nak call lagi. Macam tu jugak ngan mesej. Tapi cam biase ar... Cikgu sibuk. Tadi mesej tanya bila mak free cos maybe nak mulakan aktiviti bergebang macam dolu-dolu. Aku pon rindu kat Cikgu. Cam lama jer tak bergossip. hehehe...

Tinggal tak sampai sebulan dah cuti semester ni... Hujung bulan dah nak mula semester baru dan kena pulang ke Shah Alam semula. Dan tak lupa juga, result periksa dah nak kuar dalam seminggu lagi... Adehh... cuak gilababi weh... Waa...

Erm lupakan sekejap hal tu... Hari ni aku nak wish Happy Birthday to Mr Chubby Cheeks yang ke 28 tahun! Selamat menjadi tua walaupun rupamu tak nampak tua.... yet. haha... Doaku semoga dikau bahagia sentiasa, dimurahkan rezeki dan panjang umur. Bila nak belanja buku cerita lagi?? kehkehkeh... aku memang kejam. =P

Hmm...for someone who is currently down with fever, entry kali ni agak panjang jugak ek... macam tak demam jer.haha.. tapi sakit tekak dan selsema tak hilang lagi... huhu...

The boys are playing PS2. Tak habis-habis ngan game bola. Getik aku menengoknyer...

Klah, that's all for now. Wassalam.





alhamdulIllah...

3 comments:

Izuan said...

Selamat Hari Raya Aidil Adha :)

So where will you be staying in Shah Alam after this? (I'm not a stalker hehehe)

Ryehanna said...

hahaha... not a stalker eh? yeah, i know u're not. :P
pasni dok umah sewa lain tp kat area pusat komersial sek7 tu jugak. baru dpt time cuti ni...ingtkan nk dok kolej je sblm ni...
selamat hari raya aidil adha to u too

yasha di alam wp!! said...

raya haji aku bangon kol12 tgh hari! lol.. hhaahahaa! mangon2 tgk gelap je... adeyh... hujan x benti satu hari tuh.. hagaggaga... tewok tol... t.t