Tuesday, June 24, 2008
bismIllah...
Yezzar! Petang ni nal balik Beruas!!:fatpanda:

Tapi...aku tak kemas ape pun lagi. Semua dok bersepah dalam bilik ni. Malas gila nak packing. Yer...itu adalah satu perkara yang aku sangat malas nak buat. Plannyer nak balik pas Maghrib kang. Sampai umah kul berapa la gamaknyer... Riso gak. Dahle umah aku ni kat kampung. And ade la jalan2 ke rumah aku tu yang agak 'keras'. Especially kat area jalan tak rata di Kg. Tengah tu. Dan jugak simpang ke Gelung Pepuyu tu. My brother's friends pernah kena kaco. Tapi... dia naik motor. Erm... insya Allah takde ape2 kot. Hee.... cuak gak ni!

Balik ni aku nak tido and tengok tv/dvd puas2. Hoho...Rindu giler nak tengok citer HOUSE and CSI! and maybe nak merayap-rayap melawat kawan-kawan.

And entah kenapa, aku rase rindu nak naik motor. Dah lame giler tak merempit jauh2... Aku ingat lagi, kalau dok kat Penang dulu, dah jadi rutin every 2 weeks or so, aku merempit balik Beruas. Bawak motor dari Permatang Pauh ke Beruas, Perak. Mesti stop kat area Bukit Merah untuk isi minyak. Aku akan kuar kot tol Changkat Jering. Kalau ade kwn2 nak balik Perak, konvoi sesame. Tapi aku pernah konvoi ngan Ajib jer. ngan org len xde kot.

Tapi...aku tak nah pun naik sorang2. Mak aku tak caye. and aku pon risau gak. Kang kena tahan ngan orang tengah2 jalan and jadi ape2 naye jer... Tak pon, jd perkara2 x diingini. Yelah, name pon naik motor. Heh...aku bukan org senang yang mak leh bagi sebijik kereta kat anak dia... Adik aku pernah datang Penang dari Terengganu[cos dia blaja kat Tenganu] semata2 nak teman aku balik ngan motor. Ade pengalaman kelakar dengan brother aku tu. Leh tak dia bawak motor tak tengok2 signboard? Kami pernah terbabas ke jalan nak nek Jambatan Pulau Pinang. Ntah ape2 jela adik aku tu. Heheh. Tapi selalunya kalau aku balik ngan motor, Mizi yang teman. Tapi kalau naik ngan Mizi, dia akan membonceng cos dia xde lesen motor. Ooops! Hahaha... and itu membuatkan aku selalu kena hon cos aku yg bawak guy. Sungguh menyampah. :P Tak baik la hon2 ni. Wat aku terkejut jer! Hampeh.

Sekarang xde le naik motor dah since Mizi dah ade Kancil dia. Aku lak kali ni yang dok menumpang jer... cos aku kurang suka nak drive. Maybe jugak sebab aku amik lesen kereta lambat kot. Hehe...lesen motor di amik mase part 3 diploma di uitm penang. lesen keta lak aku pada Mac 2oo7 masa aku jadi cikgu sementara kat sekolah Mak. And mak lak macam tak caye aku drive keta. So, merempit jelah keje aku...hoho...

Personally, I love riding a motorcycle than driving a car... Best wo... Thrill ckit. heheh. Yang tak best just kalau hujan, basah kuyup ler... Ahh ape2 pun, nek motor lagi best. heheh!

K lah, aku nak mengemas ape2 yang patut... ahh malas giler.....
Balik ni mesti jarang online. Malas ah aku nak gi cc... kalau pergi pon jenguk2 kejap2 jela... ala, seminggu jer pon...heheh...

Daaa...
:tareroll:
alhamdulIllah...
Monday, June 23, 2008
bismIllah...


Arghh... finally... Habis jugak exams. Aku tak tahu lah ape grade yang aku leh dapat. Risau giler. Masa nak pergi exams hari ni, berapa kali aku berulang-alik ke toilet untuk membuang isi perut. Aku memang begini. Penyakit darah gemuruh yang melampau. Dan selepas jawab exams, aku rase risau lagi cos aku rase aku tak buat the best. Arghh...

Anyway, malaslah nak ingat balik. Wat spoil mood nak berkemas balik kampung jer!!
Well, esok nak balik Beruas, Perak yang dirindui. Takpelah, walaupun Beruas tu tak ade ape yang best pon, aku still suke dok Beruas. Hohoho... esok petang nak balik. Yeay!!
:dancingpanda:

Hmm dan macam biaselah, aku tak dapat nak online balik kampung nanti cos adikku tengah praktikal kat Kuantan tu tak balik lagi. Modem ade kat dia. huhu...bosan...

Klah....
Selamat tinggal kursus intersesi.
Selamat tinggal Kolej Anggerik.
Selamat tinggal Uitm.
Selamat tinggal Shah Alam...


Tschüss erstmal... [maksudnyer; "Bye for now" ---> German]


Memori kursus intersesi>>study di McD 24jam>>study di KFC 24jam>>Makan dan makan...




alhamdulIllah...
Friday, June 20, 2008
bismIllah...

Aku ke toilet untuk merendam baju untuk dibasuh. Kemudian, mataku terpandang notis berikut:

Terpampang dengan innocentnyer...

Ni yang aku nak mengamuk ni!!
Ape kejadahnye? Dahla students nak final exams! Macamla tak boleh postpone ke next week! Next week semua orang dah balik dah. Dahle final 3 hari jer [23hb-25hb!]. Time orang nak sibuk2 exams and berkumpul kat kolej ni la diorang nak buat hal! Mengada-ngada betulla!
Geramnyer aku!!!!



Damn it!



alhamdulIllah...
I have a gay friend [err...bisexual actually...]
mane2 jelah...
and he posted this on bulletin board;

Subject:
Needing insights ~ new blog post!


Message:

Comment me b!tch!
I love u guys, so support me for good cause.
Support gay marriage and quit smoking as well for if you hate fags merely because your religions tell you to do so, then smoking only makes you the biggest hypocrite amongst people with religion.

Hrmm....
Definitely something that would piss someone off...
but... think about the underlined sentence.

btw, ignore je perkataan 'b!tch' cos dia mmg begitu orgnya...

Kesimpulan: Quit smoking.

Daaa....
Thursday, June 19, 2008
bismIllah...

Sam's Letters to Jennifer, A Walk to Remember & The Notebook.


Patutnya buku Fluids tu yang dibaca/faham/buat latihan... Tapi aku takleh ignore 3 buah buku yang dok menyengih di meja sebelah [roommate aku punyer]. Maka tewaslah aku petang itu dengan menghabiskan ketiga-tiga buku itu.
:tareflower: Aihh... Next week jer lagi... pastu leh balik Beruas. Tido puas-puas dan tengok dvd puas-puas. Boring2 leh pergi terjun Ulu Licin. Hehehe... [tak abis final dah berangan bukan2]


alhamdulIllah...
Sunday, June 15, 2008
bismIllah...


>>>ENTRY MENGENAI KEHIDUPAN SEORANG PELAJAR KEJURUTERAAN MEKANIKAL<<<
Final exams untuk kursus intersesi aku bermula pada 23hb Jun ini. Adehla... stress nyer [stress, strain, tension dan sebagainya]. I have to cover all that I've learned in a week! Arghh!!
:cry:

Semalam aku overnight kat McD cos nak study ngan tutor aku a.k.a Mizi. Hmm... tak tahulah aku boleh buat ke tak Fluids ni cos rase macam banyak sangat yang tak tahu. Alhamdulillah aku ada Mizi, private tutor yang setia dan sabar mengajar. Heh, mengajar aku ni bukanlah perkara yang mudah kerana aku ni tersangatlah banyak songeh. Dahlah tu, pemalas kurang rajin bukan main! Huhu...

Aku memang blur sikit kalau dalam kelas. Susah nak fokus sebab lectures yang kurang menarik perhatian. Aku ni memang jenis akan minat certain subjects bergantung kepada lecturer yang mengajar. And my current lecturer just biasa-biasa jer... Itu yang aku jadi macam ni. Ermm...[eleh, dah memang tak minat tu, byk lak alasannyer...hee]

Seingat aku, cikgu/lecturer yang best dalam hidup aku boleh dikira dengan sebelah tangan jer. Susah nak jumpa yang betul2 dedikasi dan ikhlas mengajar. Selama aku belajar dalam bidang kejuruteraan mekanikal nih, tak banyak subjek power yang aku dapat A. Tak macam Mizi yang selalu dapat A subjek2 killer macam Dynamics [aku penah fail masa Diploma], Calculus [aku xpernah dapat A dalam Calculus. Siap pernah fail Calculus I lagi ade la...], Thermo, Fluids, Strength of Materials [aku dapat cukup2 makan jer]...

Setakat ni, pencapaian aku yang best just subjek Thermodynamics jer. Masa diploma, aku dapat A untuk Thermodynamics [juga dikenali sbg Thermo I] dan Air Conditioning and Refrigeration [Thermo II]. Sem depan aku akan amik Heat Transfer a.k.a Thermodynamics untuk program degree. Aku tak tahulah macam mane agaknya... sapelah lecturer aku gamaknye...

Masa diploma dulu, yang aku boleh A subjek Thermodynamics ni cos lecturer yang mengajar aku tu tersangatlah best. First time amik subjek ni masa buat short course. Aku jer satu2nya perempuan dalam kelas tu. Tapi tak kisahlah cos nama pun amik mekanikal engineering kan? And frankly, aku tak kisah pon. Lecturer yang best mengajar kami ialah Prof. Madya Muhammad bin Abd Razak. First impression, aku rasa dia garang. Cuak jugakla cos ramai cakap Thermo ni susah. And my fellow classmates masa tu ramai yang budak repeaters. Tapi lepas lama2, barulah aku tahu lecturer aku ni best gila. Memang otai. Heheh. No wonder la ex-students dia yang dah jadi lecturer aku sekarang ni pun still memuji2 kebagusan Encik Mat Razak [nama mesra dia...nama Razak is included as there were other lecturers by the name of 'Muhammad' too].

Well, memang sesetengah orang tu dilahirkan untuk menjadi pengajar yang baik. Tak banyak orang macam ni. I just wish he can transfer to Shah Alam. Lehla aku amik Heat Transfer ngan dia! Tapi dia taknak. Aku teringat cerita dari Mizi tentang En. Mat Razak masa Mizi dalam kelas dia;

"Kalau diorang suruh saya tukar ke Shah Alam, tunggulah saya bersilat dalam bilik mesyuarat tu"

"Dulu masa mengajar di Arau, dapat beli rumah banglo kat Perlis. La ni, tukar ke Penang, dapatlah beli rumah teres 2 tingkat ja... Habis, kalau ke Shah Alam, ape yang saya dapat beli? Reban ayam?? Huh..."
:smoke:
hehehe...

Well... sekarang dia ngajar budak program diploma je cos dah takde budak2 program ijazah kejuruteraan mekanikal kat UiTM P.Pinang tu.

Aihh... tulis tentang Uitm Penang, teringat la plak kat sana. Aku rindu gila ngan zaman diploma di Uitm Penang. Teringat 1st time masuk ke 'uitm' P.Pinang... Kemasukan Jun 2003... Terkejut cos tak macam U pun. Bangunan sekolah. Batch aku adalah batch terakhir yang pernah ke Uitm Penang di Permatang Pasir tu. And time tu, Pengarah Kampus ialah Dato' Sahol Hamid. Kalau dulu2, mesti beratur ramai2 depan bus stand berhadapan SIRIM untuk naik bas uitm ke Permatang Pasir. Masa tu duduk kat Kolej Mutiara di Pangsapuri Idaman cos kampus baru tak dapat kelulusan untuk diduduki lagi. And on the way, aku tak jemu2 tengok sawah padi. Lagi2, dulu tengah time sawah menguning. Cantik betul.

Then, pas cuti mid sem, barulah kami berpindah ke kampus baru. Duduk dalam. Ditempatkan di Kolej Baiduri. Masa tu, tak ramai pun student uitm penang. Satu wing jer penuh. Sem seterusnya barulah dua2 wing berpenghuni. Bukan macam sekarang. Sekarang, Kolej Baiduri tu dah penuh manusia. Bilik yang sebelum ni bilik study pon dah jadi dorm. Hmm...

Yang aku takkan lupa tentang Uitm Penang adalah tentang 'chali'. Serangga berwarna hitam dan berbelang oren di bontotnya. Haha... Kenapa serangga ni famous? Sebab, kalau kena chali, bukan saja sakit dan pedih, tapi ade parut! Aku teringat tentang sorang senior yang kena chali nih. Muka dia ada satu celoreng berwarna hitam merentasi muka dia. Giler ah... budak perempuan sangat phobia dengan terkena chali. Aku pun pernah kena dan sampai sekarang parut tu ada lagi. Walaupun dah agak pudar, tapi still meninggalkan tanda.


Inilah serangga chali. hehe

Mesti pelik, 'kena chali' tu kena ape? Well, kena chali bermaksud 'terkena lintasan serangga bergelar chali'. Chali ni sejenis serangga yang terbang. macam kelkatu jer. tapi masalahnya, bila dia hinggap kat mana2 anggota badan, dia macam ade tinggalkan invisible 'liquid' yang akibatnya, tempat kena chali tu akan gatal, pedih dan sakit. Mula2 jadi merah, then naik macam gelembung2 berisi air bisa. Next, ia akan jadi kering dan hitam. Terbentuklah parut yang huduh.
Kena chali ini adalah perkara yang dipandang serius di kalangan kami pada ketika itu. Ianya sangat menyeksakan. Ada kawan aku, sampai tak pergi kelas berminggu2 sebab kena chali di seluruh badan.

Aku pernah juga kena chali tahap kronik. Rupa aku pada waktu sangatlah menakutkan sebab aku kena chali di muka. Yang paling teruk, aku kena di bahagian mata. Mata aku merah jer. Dan jadi gelembung2 berisi air bisa di kelopak mata. Dahlah tu, waktu tu aku tengah pergi trip anjuran Kelab Pelajar FKM. Sungguh tak enjoy. Aku teringat senior aku, 'Lan' pinjamkan spek dia untuk cover mata aku yang huduh ketika itu. @senyum

Yang aku heran tu, aku kena chali masa duduk hostel jer. Bila aku menyewa apartmen bersama kawan2 di Idaman, takde kena chali dah pon. Pelik.

Hmm...di bawah ni aku upload gambar uitm penang yang dirindui. Gambar di bawah ni diambil pada tahun 2005 kalau tak silap. Zaman aku tengah jadi kuli batak [setiausaha] Edment Fasyah yang merupakan Presiden Kelab FKM. haha...

Gambar pintu masuk ke Uitm Pulau Pinang. Gambar diambil dari seberang jalan. heheh.


Aku takde dalam pic. gambar ni diambil masa hari perbarisan sukan antara fakulti. Semua ni budak2 junior aku je nih... Oh, jaket budak mekanikal uitm penang masa ni warna ungu [kalau di uitm shah alam, warna ungu ni untuk fakulti kejuruteraan elektrik] taktau la sekarang dah ubah macam uitm shah alam ke belum. tapi, jaket meky dak shah alam semestinya lebih cun la...heheh...

Heheh...selongkar gambar lama2 yang ade dalam laptop cabuk aku nih...
Hmm...banyak pulak aku menulis. Teringat...kenalah catat. Name pun blog aku ni 'Remember When' kan? ahaks...

Lain kali aku teringat2 lagi...hehe

Salam...

alhamdulIllah...

Saturday, June 14, 2008
bismIllah...

Ini testing jer... tapi dah alang2 testing, post jelah. Thanx to Cik Chokilala yang sudi menjenguk blog teman untuk menolong memberi panduan cara2 menginstall smiley ini. SO cute laaaa!!! Weeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!
:pompom::pompom::pompom::pompom::pompom::pompom::pompom:<--- Cubaan pertama Wahh aku sungguh gumbira... Just, aku takde masa nak buang border pink kat emoticons nih semua. Mesti leh buang kan...ade orang nak tolong? [maleh nak gi search kat blogmenjerit]

:wink::flower::kiss::look::sleepy::laugh::dizzy:<--- Comel gila! Okeylah, terima kasih kepada Cik Chokilala for this cute smileys. Hope there will be more to come! hint: TarePanda smiley??? eheheh :laugh:

Kla....tu jer untuk kali ni. Daaa....:bye:


alhamdulIllah...

Friday, June 13, 2008
bismIllah...


Hmm, seperti yang dapat dilihat, saya dah tukar layout. Ok ke? Tapi yang pasti, a waaaay lot better than the old one. That's for sure kan? Huduh giler layout lame cos ade bunga2 yang bangang kat tepi [not that I hate flowers. But at a point, memang the old layout nampak ridiculous giler].

So I ditched the old Pyzam layout and came up with this. It's from Suckmylolly.com [nampak dari layout kakak mechanism]. Originally, layout ni berlatarbelakangkan Cherries 'n Stars... but I edited the background so that I can put cute pandas pictures on background. Comel kan Tarepanda dalam bunga2 pink tu? huhu...[sendiri perasan!] But then, aku memang giler Tare Panda. Ape2 pon comel jer bagi aku. heheh...

And thanx to BlogMenjerit, aku dah tukar favicon blogger dan tukar ngan gambar panda yang tengah berguling-guling! Hehehe... ni part paling aku suke mengedit! ~lalala~

Itu jela yang aku edit2...and of course, header pun dh tukar ngan gmbo mcm latarbelakang gak...
Warna pink ni jer aku xleh tukar cos tak jumpa layout lain yang sesuai ngan font berwarna putih. Sebabnya, sebelum2 ni posts2 aku ade je aku guna kaler putih...kalau tukar ngan layout putih, nanti tak nampak plak. And takde keje aku nak mengedit post2 aku yang lamer tuh... huhuh...

So, walaupun aku ni takdelah minat sangat warna pink, tapi layan jelah...
Nampak ok jugak...
heheh...

Daa...

alhamdulIllah...

bismIllah...


Hmm, hari ni kelas batal. Leh tak? Dahle kelas pukul 8.30 pagi. Maleh betul aku nak bangun time badan tak larat nih... Tapi bagus gak cos sempatla aku memahamkan soalan assignment En. H tu dengan tunjuk ajar Nani. @ulatbuku

Pandai betul budak Nani ni. Oleh kerana dia ni pun lone ranger macam aku jugak, senang je nak geng. We have lots of things in common...for instance, aku baru tau dia pun anak cikgu! Mak dia macam my Mamito gak la. Ngajar pun benda yang sama. Cikgu Kemahiran Hidup! Ngajor di sekolah menengah jugak. Heheh... yang tak sama just, mak dia ngajor sekolah lelaki semua and mak aku ngajar sekolah harian biasa. Dapat tau sama2 anak cikgu ni pun mase dia tumpangkan aku balik ke kolej [yela...kak Wana dah takleh nak tolong tumpangkan dah].

And dia ni macam aku jugak la sikit2. Kami ni takde kawan pompuan yang ramai sangat. Sebab same2 pernah terkena. Prinsip kami sekarang same jer... "Nak kawan, kawan jela. Jangan buat hal ngan aku sudah. " Dan kami jugak sekepala dalam hal, "takleh nak kawan rapat2 sangat". Hmmm, dah belajar dari pengalaman...huhu... Hari ni bonding ngan Nani. Okeyla dia ni. First time aku geng ngan girl yg muda 2 tahun dari aku. Maybe sebab dah ber'aku' 'engko'... Senang nak geng... takde gap. Betulla cakap Wan dulu... @jelir

Hmmm...
Exams lagi beberapa hari jer... tak sampai 2 minggu pun lagi! Budak-budak kelas semua tengah stress ngan studies. Assignment lagi...siap kena present le pulak. Adehla... tension tul kena wat literature review nih. Bosan...

Petang ni aku kena tido puas2 untuk stay up malam ni sampai subuh esok kat McD 24jam. Nak wat macam mane, tutor aku keroje lak siang2... free weekend jer. So, takleh buang masa lagi dah.

WIsh me luck for the coming exams!
~~orang lain sedap-sedap jer bercuti kat rumah...@nangih

alhamdulIllah...
Wednesday, June 11, 2008
bismIllah...


I want to write... but I can't. I'm too uncomfortable even to do that. It's that time of the month again... O_o

Urghh...

Siap ponteng kelas hari ni... Adehla...
Next week ade second test. Pastu presentation assignment.
Pastu FINAL EXAMS untuk kursus intersesi!!!

Waaaa.....


alhamdulIllah...

Monday, June 9, 2008
bismIllah...


PERINGATAN>>>>> INI ENTRY YANG SANGAT PANJANG.

Monday morning...macam biasa, aku ada kelas pukul 10.30 a.m. Dan macam biasa, aku akan sms Kak Wana [yang aku tumpang keretanya] untuk bertanya dia pergi kelas ke tak... Tapi, pagi ini aku dikejutkan dengan berita yang membuatkan diriku yang sememangnya tengah sedih, rasa bertambah sedih...

Aku: Salam. Pegi kelas x?ttg asgmnt, ana xsempat wat ape. komp kena virus. <--- sebab lecturer ada bgtau nk tgk progress asgmnt kitorg.

Kak Wana: Akak xkan pg kelas lg dah...akak dah bhenti..dismiss.

Aku: Hah? Laa...yeke... I'm so sorry to hear that... <--- actually aku terkejut tahap cipan and tak tau nak balas ape...aku terlupa nak tanya dia nak wat rayuan ke etc.

Kak Wana: Xpe..akak pun dah xlarat nak teruskan...

Aku just balas dengan 'ok...'.

Serius aku memang terkejut. Dan sedih gila. Sedih sebab kalau result dia ok, patutnya dia boleh habis dah semester depan. Aku suspect ada subject yang dia fail untuk kali ke-3. Sebab tu kena dismiss. Dan Kak Wana pun dah sepatutnya memang abis degree dah. Even tunang dia yang sama batch ngan dia pun dah jadi engineer setahun. Dia pernah tangguh satu semester. Minta cuti satu sem. Aku tak pasti kenapa. Ada orang kata sebab dia sakit. Dan memang dia sakit. Tapi, aku tak tahu sakit ape. Sebab...dia selalu kena gi jumpa doktor... Aku ni memang jenis tak mahu tanya banyak. Kalau orang cerita, aku dengar jela. Sebab, aku pernah tanya dia, dia sakit ke? Dan dia jawab 'ya'. Tu jela. Aku tak tanya plak sakit ape. Macam tak sensitif plak. Hmm...

Hmm... I can't help but feel so bad about her being dismissed. Ruginya masa 4 tahun...[sebab dia extend kan...]. Ruginya duit bayar kursus intersesi ni... Tapi itulah kehidupan. Dan mungkin juga, aku jer yang rasa rugi. Mungkin dia tak rasa macam tu. At least, ada juga diploma. Kalaulah budak lepasan matrik yang kena dismiss, macam mane agaknya??

Yang pasti, semua yang berlaku ada hikmahnya... Kak Wana pun didn't sound so sad about it. Well, mungkin lega jugak kot?? Ntahlah...tapi aku leh relate dengan perkara ni... Dan aku suka kawan ngan dia cos dia baik dan lemah-lembut je orangnya. Berbeza betul dengan aku. Hehe...

I admire her. I do. Oh...aku harap she's okay. At least, she still have her engineer fiance by her side. Whom she loves so much. And I know her fiance adores her. Kak Wana nak kawen hujung tahun ni. Semoga berbahagia hendaknya...

Hmm, sibuk cerita tentang peristiwa pagi ni...lupa nak catat bahawa result exam sem lepas dah keluar Jumaat lepas.

Petang Jumaat tu, tiba-tiba Mizi sms nak tahu nombor matrik. Aku bagi jela. Sambil dalam hati berdebar-debar nak tahu result. Aku cuak giler dengan 2 subjek yang aku rasa memang aku takleh buat sangat masa final aritu. Then, Mizi mesej; "Lulus semua"

Alhamdulillah...
Okey, setakat lulus jer mungkin bagi sesetengah orang itu perkara biase jer. No big deal, right? Tapi bagi aku, that's a blessing! Ape taknya, aku ingatkan aku fail subjek Mechanics of Materials dan Manufacturing Technology [sebab aku malas gila nak baca dan hafal dalam subjek Manuf. tu], tapi alhamdulillah...syukur sangat2 cos aku lulus walaupun hanya dengan cukup-cukup makan. Mechanics dapat C jer tapi Manuf. yang aku budget fail tu leh dapat B-!! Maknanye betulla ape yang aku tibai tu! Tak sia-sia la aku mengarang jugak walaupun tak berapa ingat. GPA aku naik ckit. Walaupun tak banyak, tapi dah cukup melegakan hati aku.

Tapi, walaupun lulus semua, aku ada sedikit tidak puas hati dengan gred untuk subjek Presentation Skills a.k.a BEL492. Seumur hidup aku yang akan berumur 23 tahun pada Ogos ini, aku tak pernah mendapat gred dalam subjek berkaitan English lower than B+ [aku dapat ni masa sem lps...subjek Report Writing], tapi kali ni lagi bawah dari B+. Sedih gila aku. Salah aku kah? Or lecturer? sebab kami memang sebulan takde lecturer...then bila ada, kelas kami tersangat ramai manusia iaitu dalam 40 students something... Sebab ramai sangat students sampai leh salah mark ke? Mulanya rasa macam nak recheck, tapi sebab subjek ni takde kertas atau benda bertulis, aku rasa macam buang duit aku je. Takpelah. Pasrah jelah. Look at the bright side, I passed ALL my subjects for last semester!! Alhamdulillah...

Aku tefon Ecah, dia pun lulus semua. Baguslah. Hmm...ramai kawan-kawan yang fail Mechanics of Materials a.k.a Strength. Fuhh...leganya aku lulus. Penat la nak carry paper. Dari diploma, sampai la ke degree... Serius tak larat. Sebab tu result sem lps ni sangat mengejutkan aku [in a good way!] dan aku rasa happy ckit nak belajar... :]

On the other hand, Mizi and my sister, Nini didn't do well.

Nini called aku dari Kuantan [dia tengah praktikal dan tinggal kat umah Mak Njang] dengan suara sedih. And when we spoke for a while, she started crying. Damn, I felt bad for her. Yelah, first time pointer bwh 3.00... Risau macam mane nak cakap kat Mamito. Ala, memang la mak akan terkejut. Tapi takdenya mak nak marah lah... Mmm, macam kelako plak. Cos just bawah 3.00 je. Not like she failed anything... Macam aku ni, memang dah biasa dah. Muahaha!

Mizi plak blamed me for his bad grades. Honestly, memang aku rasa bersalah gile. For the first time dalam hidup Mizi, dia dapat GPA yang lower dari 3.00. Dapat 2.97 jer...sebabnya? Industrial Management dapat C+! Dan takde A langsung... Aku tahu Mizi upset giler. And I know it's because of the breakup last sem. Takpelah, aku harap perkara tu tak berulang lagi. Aku harap dia akan lebih concentrate dalam study lepas ni. I'll try and make it up to him somehow. Sebab, aku boleh rasa betapa dia kecewa. Tambah pulak, aku lulus. Orang yang dia ajar, lulus dan naik pointer. Kawan-kawan dia, si Zubey and Faitul dapat Dekan. Mereka ni lah yang mintak tolong Mizi ajar...siap bawak awek suruh Mizi ajar jugak...dan mereka dapat result yang cemerlang... Aku tahu Mizi sedih. Sedih sesangat.

Dan itu jugaklah yang membuatkan hari Jumaat itu muram bila aku bersama dia. Nasib baiklah masa tengok cerita Kung Fu Panda tu dia gelak jugak. Tapi bila abis tengok, sedih balik... Hmm... Takpelah. Itu cerita last Friday. Sekarang Mizi dah okay. Aku harap dia tak sedih lagi...

Aku dah nasihat jugak...yela kan, ape2 pun, dia tetap lulus semua. Ok, memang la pointer cgpa turun giler tapi ada 2 sem lagi. Bagila naik. Sure okay. Ala, biasela kalau engineering student turun naik pointer nih. Lulus semua tu pon dah cukup baik tau... macam aku ni! :P

Ada orang yang lagi teruk dari kita. Janganlah jadi tak bersyukur.
- Ada kawan aku yang fail 3 subjek. Fluid, Strength dan Mate. Bila dah fail sampai 3 subjek, pointer gpa turun sampai bawah 2.00. Dan bila itu terjadi, pinjaman PTPTN akan disekat.
- Kak Wana sampai dismiss...
- Ada kawan aku yang dah repeat Strength dan sekelas ngan aku sem lepas, REPEAT lagi cos fail untuk kali kedua. Tinggal lagi 1 chance jer...
- Dan Mizi bagitahu aku memang ramai giler kawan2 yang fail subjek untuk kali kedua. Dah repeat pun fail lagi. Mostly subjek Fluid Mechanics II dan Strength laa...

So, bersyukurlah dengan ape yang kita dapat. Janganlah salahkan orang lain kalau result teruk. Semua salah berpunca dari kita. Even kalau lecturer hampeh, kita takleh salahkan beliau. Mesti ada salah kita kat mana-mana. Mungkin salah yang tak berkaitan dengan studies pun, tapi Allah nak bagi balasan kat kita. Dugaan supaya kita kuat. Dan supaya kita sedar... Hidup ini ada turun naiknya... It's okay to be angry. To feel sad. Nangis pun takpe [i do it all the time]. Tapi, janganlah lama-lama sangat. Takde manfaatnya. Life goes on...

hmm...pandai betul aku menulis...cess...hahahaha...
but it's true.

Hmm...penat gile aku menulis banyak-banyak ni. Upah ada tak?
>>>> Bed, ko kata xleh hidup kalo tak baca blog aku kan? NAk upah!!! heheheh!

Hmm, ada orang yang nyorok2 kat sini laaa... aku tak suke.
Read this again: <---cos mugkin sebab aku tulis kecik sgt aritu kot.

Btw, I do think someone who tiptoed here should say 'Hi' to me... sebab... bacanya selalu, tapi tak pernah bagi salam pun.

Kenapa aku kata 'tiptoe'?? Sebab dia menyorok...menginvisiblekan diri dari Feedjit. Kalau appear kat Feedjit, aku xkisah sangat... Kenapa nak menyorok2 ek?? Aku pelik...

Mmm, you know who you are. I only know one person from where you're at [which is in IA,US]. Oh, two actually...but I don't think the other one would want to read my blog.



Okey.
penat. nak tido jap.

alhamdulIllah...
Sunday, June 8, 2008
bismIllah...


I've been composing words to type here these past few days...
But never got the chance to go online.

And now I just don't feel like writing about the fuel price etc.

Recent incidents [???] made me feel so down.
Though I try so hard not to think about it...


Whatever will be will be...

It's in God's plans...


For someone who always been there for me when everyone else is leaving,
I'm sorry....

really sorry.... to hurt you...
but there's no other way...


I'll pray for you, dear Mr. R.



-i've got to be cruel to be kind.


Love,
Your R.


My wallpaper...a scene in 'The Notebook'.

alhamdulIllah...
Wednesday, June 4, 2008
bismIllah....


Aku baru abis test Fluid Mechanics tadi. Susahnyer! Sedih... Tula, malas lagi! Padan muka aku... huhu... T_T

.
.
.

Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.......................

banyak betul masalah melanda sekarang ni...


Sebab aku tension, aku online la kejap. Dah alang-alang dekat ngan library.

Hmmm...
Bosan...
Aku ade banyak benda nak tulis, tapi agak personal.
Cam tak best lak nak menaip di sini...
Nak kena taip kat Personal Thoughts ni...
Tapi....
Sejuk giler air cond ni...tangan aku beku. Tak sedap nak menaip. Nanti-nanti laa...

Aku nak cerita ape kat post kali ni ek?
Oh yer!! Aku sekarang tengah duduk kolej sementara nak abiskan kursus intersesi aku ni (lagi 2 minggu je lagi nak abis!). Roommates aku semuanya budak Bisnes. Ntah camne aku dak Engine sesat lak kat blok ni. Tapi tak kisah la tu...

Yang aku nak cerita, aku agak bengang ngan sinki-sinki di toilet yang tersumbat. Menyusahkan orang betul...

Nak tahu kenapa?
Sebab budak-budak ni memasak!
Well, kalau diikutkan, mane la boleh memasak kalau duduk kolej...tapi budak2 ni seludup rice cooker [aku nampak!] and memasak kat bilik... Bukan setakat rice cooker jer, hot plate pon ade gak... Yela kan, sape pulak nak pergi spotcheck? kelakar juga masa mula-mula tahu. Tapi, jadi tak best bila sinki-sinki tersumbat ngan sisa-sisa makanan yang mostly berpunca dari mereka ini. Heran laa... takleh ke buang dulu sisa2 makanan dalam tong sampah before basuh pinggan or periuk?? Tah ape2...

Dah name pon duduk sementara untuk short course, macam2 benda illegal yang berlaku. Kami ni dok sebulan jer, so takdela pengurusan kolej nak kisah sangat. Dahlah tu, aku ade cerita tak yang kami takde kunci bilik pun?? Kunci tak diberi. Until last weekend, kami memang biar je bilik tak berkunci 24 jam [kecuali time tido bila semua penghuni bilik dah ade]. Sedih kan??

Well, sebab tu la kot, macam-macam perkara dilarang dibuat!
Selain dari hal memasak, roommate aku sendiri ade bela pets!

Aku mulanya tak sedar pon... tapi bila dengar bunyi benda mencurigakan, aku pon jengukla kat bawah meja roommate aku nih... Nak tahu ade ape??

TADAA!!

Illegals!!

Ade sangkar berisi hamster 2 ekor!! Sabor jela aku menengok. Roommate aku beli masa pergi Kedah weekend lepas. Jauh berjalan hamster nih... dari Alor Setaq ke Shah Alam... Hahaha...
Tapi cambest lak aku nengok...kiranya tak boring ler sangat kat bilik cos leh layan karenah 'tikus-tikus' ini... Hehehe...

K la... tak larat taip. Lapo plak tu. Nak lunch. Pastu balik hostel. Basuh baju. Tido. Hehehe...


alhamdulIllah...
Tuesday, June 3, 2008
bismIllah...

Heh... berapa hari aku tak online ek? Banyak perkara nak ditulis tapi tak tahu nak mula dari mana. Aku tengah online dari library Tingkat 6 kat FKM. Aku tak pernah pun online kat sini tapi ikut Kak Wana. Patutnyer cari bahan untuk assignment Fluids aku nih... Tapi, sambil menyelam minum air ler... :p

Okey, last Thursday aku telah pulang ke Beruas untuk menyelesaikan perkara-perkara;
a) Buat kad pengenalan baru,
b) buat lesen baru.

Bagi yang tak tahu kenapa aku perlu buat semua ini, sila rujuk post aku di sini ; Nasib Malang Yang Menimpa

Aku ke JPN di Manjung pada pagi Jumaat. Pergi ngan Mamito [my Mom] cos she's my banker. Cos mesti kena bayar denda kan?? eheheh...

Aku pernah kehilangan purse mase tahun 2003 dulu...masa tu aku baru nak masuk diploma kat Uitm P.Pinang yang kampus lamanya bukan di tempat sekarang. Masa tu kat Permatang Pasir. Juga dikenali sebagai Sekolah Uitm. Muahaha...

eh dah melalut plak...
Ape aku nak cerita tadi? Oh yer... tentang denda kehilangan kad pengenalan.
Aku ni dok budget la yang hilang masa 1st time dulu tak kira cos dulu bukan pakai MyKad. Tapi sangkaanku meleset! Ikuti dialog di bawah... ;]

"Aii...adik ni umur baru 23 tahun tapi IC dah hilang sampai 2 kali..." kata akak kat kaunter tu.
"Erkkk?? Tapi dulu bukan MyKad..."
"Kira jugak...dalam jarak masa 12 tahun rekod ni dicatat..."
"Ooo....jadi kena RM 200 laa??"
"Yer... Kalau 2 kali hilang, RM200 la...campur kos perkhidmatan RM10, maka RM210 laa.."
"Takder diskaun ke??"
"Student lagi ke?"
"Ha ah!!" kataku dengan penuh excited.

"Bawa kad matrik tak?"
"Bawak! Bawak!" jawabku lagi dengan penuh excited.
"Okey...pergi fotostat dulu...Karang bagi kat saya..."

"Yes!"


Nasib baik la Mr. Chubby Cheeks a.k.a Abg Tapa ada datang...saje2 dropped by la kononnya... Tapi bagus jugak cos dia tolong fotostatkan kad matrik aku. Yeay.... Thanx ek!

Hehe... gambar Mr. Chubby Cheeks and my Mamito.

Maka, aku pun mendapat diskaun setelah di'intebiu' oleh pegawai kat situ untuk mensahihkan yang aku ni betul-betul student. So, dari RM210, aku dapat diskaun dan hanya perlu membayar RM110. Tapi tetap mahal giler ni weh!!

Nak tau caj dia macam mana??

KEHILANGAN

Pertama kali - RM100
Kali kedua - RM200

Kali ketiga dan seterusnya - RM300

*Caj perkhidmatan RM10.


Huhu...sian mak aku...dah bengkrap dibuatnyer... Dapat loan sem depan kena ganti balik! ;p
Aku akan cuba tak bagi hilang wallet lagi! Huhu...

Pas selesaikan hal IC, pergi JPJ plak untuk wat lesen. Kena denda lagi. Tapi nasibaik takdela cekik darah beno... Aku kena denda RM20. Campur caj renew lesen semua, aku kena bayar RM50. Itulah aktiviti aku Jumaat lepas. Terpaksa ponteng kelas Fluids cos nak selesaikan perkara-perkara tu. Setelah seminggu lebih aku tak ber'IC', Jumaat itu selesailah sudah kehidupan seorang 'pendatang'. Muahahaha...


Puding karamel!!!

Haaa... malam Sabtu lepas aku buat puding karamel. Well, boleh dikatakan aku buatla... heheh. kecuali karamel tu jer. Cos Mamito tak bagi aku buat. Dia takut aku 'hangit'kan gula instead of 'hangus'kan gula... ;P

I made it for Mr. Chubby Cheeks actually cos I've offended him in some ways... Sorry! ok...that is another story...

Siap bawak balik Shah Alam lagi cos buat sampai 2 bijik! Aku memang tak larat nak makan dah so puding ini dirotate ke bilik-bilik di Kolej Anggerik itu. Boleh tak one of my roommates tak makan puding ni?? Dia kata sebab lembik! Sabo jela aku... Hmmm... adeke puding yang keras?

hehe...tak kisahla...aku bagi kat budak2 bilik bertentangan ngan bilik aku dan bilik2 yang aku tengok banyak kasut. Kalau banyak kasut, maknanye ramai la orangnya kan? :P
Alhamdulillah...habis semuanya. Takde membazir and leh plak bagi orang hepi makan puding yang manis... :]

Okey...lastly, aku sangat bersyukur kerana mata aku tak buat hal lagi!

Mata dah okey!

Alhamdulillah...selepas aku tukar solutions untuk lens aku, dah takde lagi merah2 bijik mata setiap kali bangun tido... takde lagi selaput2 kat mata... lega sangat2...

Okey, that's it!

Hmm...ade lagi nak ditulis tapi macam tak cukup masa. Petang ni nak study cos esok aku ade test Fluids!!
Wish me luck!

Salam perkenalan to bloggers2 yang menziarah blog ini... ;]
Thanx for the links...leh gak ziarah2 semula...

Btw, I do think someone who tiptoed here should say 'Hi' to me... sebab... bacanya selalu, tapi tak pernah bagi salam pun.

Kenapa aku kata 'tiptoe'?? Sebab dia menyorok...menginvisiblekan diri dari Feedjit. Kalau appear kat Feedjit, aku xkisah sangat... Kenapa nak menyorok2 ek?? Aku pelik...

Mmm, you know who you are. I only know one person from where you're at. Oh, two actually...but I don't think the other one would want to read my blog.

Salam.


alhamdulIllah...