Thursday, July 31, 2008
bismIllah...


Aku rase dalam minggu ni jer dah 5 kali aku tengok kemalangan jalanraya. 1 kali dalam uitm, dan yang selebihnya di Seksyen 7 time on the way nak ke kampus, dan sekali di Sek. 17. Kemalangan ke-2 di dalam uitm yang berlaku dan meragut nyawa students tu aku tak tengok sebab takde kelas pagi. Mizi yang cerita ade motor student accident dengan bas uitm. Dekat selekoh merbahaya dekat ngan Fakulti Letrik tu kalo xsilap... Dan semalam lecturer dapat berita yang kemalangan tu meragut nyawa...

Dan pagi ni mase nak pergi kelas, ade accident lagi... Myvi langgar motor. Time tengah jam nak tunggu green light untuk masuk uitm. Bahaya betul bawak motor nih... Fobia lak aku...

Accident yang dalam uitm yang aku sempat tengok, antara motor dengan motor. Motor lagi...
Mamat tu terbaring jer... nasibaik bergerak lagi... betul2 berlaku depan Pusat Kesihatan.

Isy...bawak motor nih memang bahaya la... lagi2 kat shah alam nih... kalo kita tak langgar orang, orang yang langgar kita. Aku rase lega pula tak ade motor kat sini. Ade hikmahnya la yang Mak tak bagi aku amik motor kat umah. Sekarang ni just menumpang Mizi je la ke kelas...

HOpefully, jumlah kemalangan dapat dikurangkan... sebab aku tak larat nak sesak nafas setiap kali nampak accident. Pandu cermat, jiwa selamat.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Handphone baru??

Okey, mcm yang dicerita dalam previous post, I got a new handphone as an early birthday gift. Sebab hp baru ni jugak la yang aku bergaduh ngan teman aku. Dia jeles... ahaks!

So, saje nak menggedik nak post gambar handphone baru ku di sini... cos ade orang tanye kan aku dapat hp aper... hehe... gambar henpon lame pon letak jugak cos aku still simpan. Sayang wo... handphone feveret aku cos aku suka jenis clamshell!



W910i

So...ini la dia hp baru aku... mcm ni la rupenya sebijik. Walaupon aku bukan la jenis yang minat walkman phone dan hanfon bersaiz agak besar, tapi aku terima dengan hati yang gembira. Lebih penting, ini adalah hadiah. Dari seseorang yang tak dapat nak celebrate birthday aku same2... HUhu... thanx Mr. Chubby Cheeks!

Z610i

Ini plak handphone lama aku... Cun kan? Ahaks...puji sendiri plak. Yang paling aku terasa kehilangan ialah, handphone baru xde cermin! Kalo yang lame ni, permukaan luar tu cukup shiny dan cun untuk dijadikan cermin. Senang la nak betulkan tudung ker... nak pakai lens ker... hehe... aku harap leh repair gak nnt cos still nak guna hp ni for my other number. :]

Okeylah, aku ade lab pasni...nak blah...

Salam.

alhamdulIllah...
Friday, July 25, 2008

bismIllah…


It’s Friday morning and here I am… in front of my computer… typing the current events in my life. I have classes today, tapi tak pergi... I got a sore throat, running nose and a headache.

1. Someone give me a new mobile phone as an early birthday gift. GIler terkejut!

2. I still love the old mobile phone!! tapi dah rosak la pulak! skrin dah xnampak ape! HUhu!

3. I need to go to a clinic. The running nose is killing me. My eyes and nose are red from the constant blowing.[eh, betulke ayat nih? hahaha]

4. I lost someone last night. Putus lagi... harap2 baik balik... aihh...

5. Lost him again. And now I’m all alone without my bestest friend.

I’m sad.

I’m unhappy.

I’m stressed out.

:taresmall:

alhamdulIllah…

Monday, July 21, 2008
bismIllah...

**Edited: Photo has been changed due to comment by Mr. Izuan... heehee...

Baru pas melayan movie tengah2 hari buta ni... Cerita Georgie Rule [lakonan Jane Fonda, Lindsay Lohan dan Felicity Huffman] yang memang dah lame mahu ku tonton. Cerita lame Georgia Rule ni. Last year kalo tak silap. Tapi aku memang nak tengok sangat citer ni. Aku memang minat giler ngan Lindsay Lohan, that's why la... aku pedulik hape yang dia tu muka rehab and bermasalah, yang aku tau, memang aku suka dia! Suka dia since dia berlakon Parent Trap. Dan bila kuar 1st album dia, Speak aku memang terus beli. Aku suka suara dia yang serak-serak dan I think she's gorgeous despite the freckles yang aku tak suka tu.

Cerita ini mengisahkan perempuan2 bermasalah dalam family ni. Yang neneknya Jane Fonda. Mak ialah Felicity Huffman dan anak of course le Lindsay Lohan. Bagi aku dan adikku, Nini yang kononnya tengah bace novel [terus bangun bila aku pasang dvd], cerita Georgia Rule ni best. Aku suka lakonan diorang. Especially Lindsay Lohan sampai kadang2 rasa macam tak tahu nak percaya sape---> Lindsay Lohan tuduh bapak tiri dia rogol dia dan bapak tiri dia menafikan. Ditambah pula ngan perangai Lindsay Lohan sendiri yang bermasalah. So, memang best la cerita ni!! [pada pendapat aku la...maybe gak bias cos I love LiLo!!]




Pelakon utama filem Georgia Rule (2007)

As for Fool's Gold, yang pelakon utamanya ialah Matthew McConnaughey dan Kate Hudson, aku rase cerita tu takdelah best pon sangat. Biase2 jer cos dah pernah tengok cerita Into The Blue. So, jadi tak best la cerita ni. Ape2 pon, layan jela...

Dah. Cukup takat ni. Jom wat tutorial Maths.

alhamdulIllah...
Sunday, July 20, 2008

bismIllah…

Hmmm… aku suka Mate! Aku suka Mate! Erkk…

Aku tak tahu lah kenapa… minat aku terhadap bidang kira-kira ni sangatlah kurang sejak kecik lagi…

Aku tahu aku boleh buat, tapi aku tak minat sangat. Bila tak minat, kerja mula menjadi susah… perasaan pon tak gembira… Fobia pon ade juga. So, kenapa lah aku buat engineering? Hmm… Tanya soalan yang memang aku dah tahu jawapannya… ermm, that is another story.

Letih ar sem ni. Banyaknyer benda nak kena buat. Ade visits and for sure kena wat report. Then, ade lab. Report lab lagi. Presentation berlambak la pulak sem ni. Even lab pon ade intebiu2. Aiyakk…

Kelas Bahasa Jerman aku sem ni pon macam tak best seperti sebelum2 ni. Tak best bukan sebab lecturer. Tapi sebab classmates. Ramaila plak girls dalam kelas German semester ni. Ade dalam 8 orang termasuk aku [sem lepas 2 org je girls]. Tapi aku tak geng ngan diorang sangat cos diorang dak lepasan matrik and maybe jugak sebab diorang jenis riuh. Aku ni diam je. So, tak berapa nak masuk geng… Aku bising tu bising gak. Tapi tengok situasi ler.

Sem ni first time lecturer bahasa Jerman aku seorang wanita. Sebelum2 ni lecturer lelaki yang mengajar. The most unforgettable experience ialah masa German I cos lecturer yang mengajar tu best gila. Dekan Akademi Pengajian Bahasa himself. Prof. Hj. Noh bin Nyata. He’s awesome!! And thanks to him, aku menjadi sangat minat dalam subjek ni walaupun aku takdela terer pon. Tapi minat tu penting kan?

So, last Friday adalah first time aku attend kelas german untuk sem ni. Best jugak lecturer aku. Kira okey laa… but I was surprised when she asked all of us to stand up and give us questions to answer. Sape dapat jawab, baru leh duduk. Then, bila dah nak abis kelas, wat camtu lagi. Sape dapat jawab, boleh balik awal. Rase macam mase zaman sekolah tak?? Serius aku rase mcm budak sekolah. Déjà vu giler2. Haha… tapi best gak cos dah lame tak alami benda2 camni. Secara tak langsung, kelas tu ceria dan dinamik je. Sampai kawan aku yang tengah kelas bahasa Arab di sebelah leh tanya kenapa kelas kitorang bising sangat.[ye ar…berebut2 nak jawab! Heehee…]

To those who don’t know, students degree uitm diwajibkan mengambil subjek bahasa ketiga. Pilihla bahasa2 yang ditawarkan. Ade Bahasa Arab, Bahasa Jepun, Bahasa Mandarin, Bahasa Jerman, Bahasa Perancis, Bahasa Thailand, Bahasa Korea… [tapi aku tak sure yang bahasa Thailand tu. Ade ek? Housemate aku yang kata ade. Aku taknah jumpa pon dak yang amik bahasa siam and korea nih]. Tapi, most of engineering students ambil Bahasa Mandarin, Arab dan Jerman jer. Bahasa yang lain2 tu kat fakulti lain. Belajar dari semester 3 sampai semester 5. Tapi depends on faculty gak. Contohnye, budak Civil Engineering ambik 3rd language masa semester 5 sampai semester 7.

Aku paling suka subjek bahasa ketiga sebab subjek ni la yang dapat tolong pointer pun. Alhamdulillah, German I dan German II dapat A. Harap2 nyer semester ni A jugak. Tapi ramai yang kata kalau level 3 susah. Huhu… wish me luck! Selain dari tolong pointer, aku rase memang best kalau tahu bahasa ketiga. It’s very cool. Bagus kan uitm buat camni? Universiti lain ade ke wat camni? Maybe ade. Tapi tak diwajibkan kot? Oh, uitm di hatiku. Heheh…

Mari belajar bahasa Jerman:

Auf Wiedersehen! Maksudnya ‘goodbye’. Tapi ni perkataan skema/formal.

Tschüss! Maksudnya ‘goodbye’ jugak. Inilah perkataan informal yang selalu digunakan.

And of course, ayat favourite; Ich liebe dich. Maksudnya ‘I Love You’.

Sebutan untuk perkataan2 dlm bahasa Jerman agak susah la jugak. Tergeliat lidah gak nak sebut. Tapi mostly just sebut macam dieja dalam bahasa melayu.

Okeylah… cukup2 la takat ni.

Tschüss!!:tareroll:

alhamdulIllah…

Saturday, July 19, 2008

bismIllah…

Hari ni ade modul* kat fakulti. Geramnye aku tak dapat rileks di hari Sabtu. Cukup malas aku nak bangun bersiap2 ke kampus di pagi Sabtu…

*Modul: Program pembangunan pelajar… nak improve soft skills students. Ade aktiviti ceramah, Latihan Dalam Kumpulan bla bla bla…

Aku same group ngan kawan2 aku. Okeylah jugak. Tapi aku rase tak best macam sem lepas. Tak best dari segi tak happening sangat laa…

Tapi walaupon benda2 ni macam menyusahkan [yela…mls gile nk dtg time weekend. Dan benda ni diwajibkan pulak tu], tapi aku tahu usaha murni uitm nak melahirkan graduan-graduan yang bukan sahaja excel academically, but also has good soft skills. Kena cakap kat depan, berlakon, kreatif hasilkan sesuatu etc.

Public speaking memang agak menggerunkan [bagi aku la!], tapi kena la buat jugak kan. Untuk mase depan… Bab berlakon macam biase, ntah ape2 je jadinya. Ni memang time gelak la… Then, task kitorg arini kena hasilkan produk dr sekeping manila kad yang diberi pada setiap kumpulan.

Selain dari itu, program2 macam ni la yang merapatkan lagi silaturrahim di samping menambah kenalan baru. Dan ini semua akan menjadi kenangan untuk kami semua. Macam yang terpamer kat slideshow gambar di bawah ni… haha…


**my group nyer produk yang kotak kuning tu...kononnya almari untuk display brg2. the other 2 tu konon2nya selipar yang boleh bertukar menjadi kasut dan miniature kapal untuk letak makanan [aku pon kurang pasti...haha]

Salam.

alhamdulIllah...

Friday, July 18, 2008
bismIllah...


Kali ni aku nak bercerita tentang contact lens atau dalam bahasa Malaysia; kanta lekap.

Mata aku mula rabun semasa aku di semester 2 diploma. Tahun 2004. Tapi, time tu aku pakai cermin mata kadang-kadang je cos aku tak suka... tak biasa... Aku mula pakai cermin mata secara betul2 adalah masa semester 5, waktu short course. Sebab aku mula perasan kalau lecturer guna marker warna merah kat whiteboard, memang aku tak nampak. Nak mengendeng2 salin kat kawan pon serba salah cos semuanya lelaki [aku je the only girl dlm kelas time shortcourse/intersesi dulu... biase la budak mekanikal]

Anyway, lepas tu baru la buat cermin mata elok2 sikit cos time short course tu pakai spek*{spectacle} lama mak aku! [boleh bayangkan tak? Muahaha... nasib baik time short course tak ramai orang]. Tapi, setelah memakai spek, aku mendapati aku tak biase ngan limited vision... seksa betul. Rase tak puas nak melihat dunia.

Time aku semester 6 di uitm p.pinang, aku dapat tahu kawan aku yang selama ni pakai spek telah bertukar memakai kanta lekap. Nampak berbeza betul muka dia sebab selama ni memang dia hanya bercermin mata. Nampak cun woo... So, mula lah aku menggedik nak belaja2 pakai contact lenses. hehe...

Walau bagaimana pun, aku hanya mula memakai contact lenses [kejap2 kanta lekap, kejap2 contact lenses...ape la aku ni! Layan jela ek] semasa di semester 7. Extend satu sem. hahaha!
Aku start pakai lenses cos takde duit nak wat spek baru dan jugak sebab aku takde nafsu sangat nak pakai spek. hehe...

Mula-mula, aku just pakai kanta lekap Acuvue yang dok iklan kat TV time tu. Okla jugak. 3 pasang lenses untuk 3 bulan. Jenis transparent jer. Lame jugak la aku pakai lenses Acuvue ni.

Then, pas abis belajar diploma. Aku cuti kejap. Tak sambung blaja cos gatai2 tangan apply nak wat tesl padahal lepasan diploma engineering. So, walaupon muet aku dapat band 5 [cukup2 makan je, adela lebih dlm 4,5 markah untuk dikelaskan sbg band 5. haha], aku tak dapat la sambung. Wat degree mechy pon xdapat cos aku wat pilihan last sekali untuk degree mechy. Hehe... So, dok melepak kat rumah dalam satu semester [bg org yg dpt msk U time tu] dan aku jadik cikgu ganti di sekolah mak. Mengajar budak dari Form 1 sampai Form 5. Siap pegang kelas lagi. Jadi guru kelas budak Form 4. Nak tahu aku jadi cikgu ape??Akulah bekas guru ganti Pendidikan Seni Visual. [eh ape ke he aku melalut sampai ke sini? bkn ke nk cite ttg contact lens ke?? Ahh layan jer...]

Time mengajar nilah aku mula pakai contact lens berwarna. Bukan ape, time aku nak beli lens Acuvue kat Greentown Mall masa kuar ngan mak waktu tu, xde plak dijual lens tu. So, aku beli jela yg warna cos dh nk lapor diri sesangat dah. Aku nak warna brown je...tapi, mak a.k.a pembayar telah berkata, "Kalau nak pakai yang warna, biar le yang nampak terus! Kalau warna brown baik tak payah..." So, disebabkan ade galakan...maka aku pon pilihla kanta lekap berwarna 'Sky Blue' dari jenama Freshkon. Giler striking warna ni. Tak caye, tengok gambar di bawah:


Memakai kanta lekap berwarna Sky Blue dari Freshkon

That was when I was dubbed 'cikgu mata biru' at that school. And while being a teacher there, semangat aku nak menjadi guru telah hancur lebur. Aku dah serik dan taknak jadik cikgu. At least, tak nak jadi cikgu sekolah menengah! Belajar dari pengalaman ni...budak sekarang dah tak macam dulu... dan ade hikmahnye la aku xdapat wat tesl tu kan. aku bkn penyabar pon. hehe

Wearing 'Blue' contacts from Freshlook.


After that, aku try warna hijau lak. Kali ni aku try warna 'Groovy Green' dari Freshkon. Warna ni pon striking. Tapi takdelah sestriking warna biru sebelum ni. Muahaha... Sila rujuk gambar di bawah[kalo xnampak,klik gambar yer]:


Memakai kanta lekap berwarna 'Groovy Green' dari jenama Freshkon.

Selepas bereksperimen dengan jenama Freshkon, aku bertukar pula ke Freshlook. Jenama Freshlook ni direkomen ramai orang sebab warnanya agak natural. Takdelah striking beno. So, okey la kalau nak try...so, aku pon try. And of course warna pertama yang aku try is green. Gambar di bawah adalah ketika memakai lens warna 'Green' dari Freshlook.


Memakai kanta lekap berwarna 'Green' dari Freshlook. Natural je kan??

Hmm... udah macam model kanta lekap la plak...ahh layankan ajer... Lagipon, nak amik gambar muka je kan. Kalau sekali gambar badan, memang tak sesuai ahhh....Rosak lak gambar nanti.... hehehehe...

hah, amik ni plak. Ini warna coklat jer...saje nak try warna biase2 plak... hehe.


Memakai kanta lekap berwarna 'Pure Hazel' dari Freshlook. Biase je ...


Wearing 'Honey' colored contacts from Freshlook.


Dan sekarang, aku tengah pakai warna 'True Sapphire' dari Freshlook. Saje je aku pilih warna striking2 nih. Biar nampak pelik. Muahahaha...


Memakai kanta lekap berwarna 'True Sapphire' dari Freshlook.

Ape2 pon, kesimpulannya, jenama Freshlook lebih natural dari Freshkon yang memang famous ngan ke'strikingannya' [maaf...tak sengaja memberi perkataan pelik].

Ape2 pon, nak pakai lens ni agak sedikit leceh laa... bagi yang tak suka benda 'renyah' macam ni [especially org lelaki], tak payahlah nak pakai lens.


Warna-warna yang ditawarkan Freshkon. My favourite would be 'Groovy Green'

Di sini jugak nak share some facts/tips/precautions tentang pemakaian kanta lekap:

1. First and foremost, nak beli lens kena pastikan power korang berapa. harga lense dalam RM50-60 sekotak. Kalau takde warna[Acuvue transparent], selalunya dalam RM50 je. kalau berwarna, mahal dalam seketul dua.

2. Nak pakai lens, kena ade solution untuk rendam lens tu. Bekas nak letak lens selalu dapat free kalau beli solution. Boleh je mintak free... pandai2 la cakap.hehe...

3. BASUH TANGAN sebelum pegang lens. pastikan takde habuk melekat kat lens tu!

4. Don't nap with contact lenses on. Sleeping with contact lenses may cause lack of oxygen and induce corneal vascularization Consequence will be harmful to your eyes.

5. Prolonged use of contact lenses or computering may lead to dryness-related symptoms such as scratchy eyes [tell me about it!huhu...] and blur vision.

6. Even the cleanest contact lenses get grubby during the day. In addition with the protein build up on lenses, our eyes get uncomfortable frequently.

7. Appy cosmetics AFTER inserting lenses. Remove lenses BEFORE removing makeup. Contamination/damage on lenses will increase the chance of corneal infections.

8. Blinking which stimulates tears secretion is important in relieving dry eye symptoms.

9. Keep your nails clean and short. Long nails easily cause lens damage and contamination. It increases the chance of infections. Lucky me! My nails are very short!

10. Kalau tak pernah pakai lenses dan teringin nak pakai, pergila kat kedai and suruh optometrist tu ajarkan dan tolong. Aku dulu pergi England Optical kat Carrefour Seb. Jaya. Jenuh aku nak pakai lens. Seksa ya amat. tapi, mase mula2 je. Nasibaik bijik mata aku besar. tak payah tarik2 kelopak mata ngan tangan. Jegil je pon lens dah leh masuk. heehee... alhamdulillah...

Cukup ar sikit2... hehe...

esok ade modul nih. malasnye nak ke kampus pada hari Sabtu!! Hampeh!

alhamdulIllah...
Thursday, July 17, 2008
bismIllah...

Last weekend, went home to Beruas, Perak. Aku sebenarnya malas nak balik, tapi balik jugak la sebab birthday mak Sabtu tu [12 Julai]. And adik bongsu aku, Hanis yang Form 4 tu pon July babies gak...so, balik la kampung...

Sebelum balik dah shopping hadiah for them and for Mizi [lahir bulan Julai jugak]... So, malam Sabtu tu [malam Sabtu versi melayu,bukan omputih] kami melantak kek. Bukanla kek macam dalam gambar... actually, it was Chocolate Indulgence cake from SR... bought by Mr Chubby Cheeks. Debab la kami semua malam tu...

Esoknya hari Sabtu, we went to Pizza Hut, Sitiawan. Nini belanja tapi guna duit aku cos loan dia tak masuk lagi time tu. haha... Ade amik2 gambar but tak sempat nak upload. I'll upload later laa. nanti ade jela kat bwh post nih...hehe...

The July babies: Mamito and Aneh.


Well, the upcoming birthday would be Mizi's. I do hope he'll love the gift I bought him. hehe...

~~Mmmm.... today is 17th July... My birthday is a month away... [hint]

HAHAHA
+++++.....

I've been so busy lately. Ade 3 kelas yang kena buat presentation. Huhu...ingatkan dah takde BEL ni, xdela nak kena ber'soft skill' lagi [ade ke ayat cmtu??], tapi nampak gayanyer... busy gila laa aku sem ni. And the fact that I suck at public speaking doesn't help a bit! Darn.

Oh btw, I am so much heavier this semester!!
FYI, tinggi aku ialah 165cm.
Dulu, berat aku masa zaman muda-muda just 56kg [dan ni mmg berat ideal aku]
Next, masa zaman akhir2 diploma, berat aku mencecah 63kg something....
Dan sekarang ni, berat aku selalunye around 65kg jela...turun naik kat situ jer....

Tetapi...

Semasa aku pulang ke rumah baru2 ni dan menimbang berat, ku lihat beratku dah meningkat ke 68kg! Gilos tu wey...dah nak 70kg tu! Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.................

And of course, my 'fat look' invites unwanted comments from friends;

"Eh Ana...dah berisi la aku tengok..." Huh!

"Aku ingatkan mak tadi...." Kuang ajo!!

"Laa...ko ke tu? Ingatkan sape tadi. Beso beno aku tengok. Hihi..." Bontot ayam betul.

Oh nooooooooooooooooooooooo!!!!
Tolong! Tolong!

*Ko jangan menyengih bace entry ni, mecHanism

alhamdulIllah...

Thursday, July 10, 2008
bismIllah...

bace tajuk post ni mesti curious kan? Aku dah lame nak tulis tentang ni...sejak bace post macam ni kat blog Akak Musyuk. Sekarang ni aku tengah free, so aku nak menulis la...hehe...

Hmm...bukan ape, macam tak best bila orang bace blog kita tanpa tinggalkan ape-ape kesan. Kalau datang sekali dua je dan buat macam tu xpela kot. Ala...blog aku bukan best pon kan. Semua coretan budak sekolah tak abih belajar lagi... tapi, kalau orang tu hari2 datang kat blog kita tanpa pernah nak bagi salam atau teguran, aku rasa sangat tak best. Dahlah tu, in my case, ade orang tu siap main nyorok-nyorok lagi... Haa, jangan tak tau... orang tu lek pikiaq macam mane nak invisible dari Feedjit Live Traffic tu etc... Supaya tak kuar la kat page aku yang dia ade datang melawat. Tempat dia tu unik. bukan kat malaysia. dan aku kenal la certain people yang ade kat situ... so, leh agak le sape yang dtg melawat kan?

Yang aku tak paham, kenapa nak buat macam tu? Sebab kitorg pernah ade 'something' dan memang tak rapat mcm dulu dh ke? ataupon teman baru 'dia' ke yang dok jenguk2 aku nih?? Aku sangat2 tak paham. Nak berkawan biarlah ikhlas. Aku takde nak marah nye laa... dari menyorok2 macam tu, lagi la aku ingat niat 'orang tu' macam tak baik je...

Cuba macam kawan2 bloggers yang datang melawat nih... Setiap kali datang, at least ade jugak tinggalkan something kat shoutbox[ke tagboard/shoutmix?] aku tu. kira ok la kan...mane yang leh dikesan, pergi la jengah balik. kalau ade chemistry, leh jd kawan di alam maya ni... So, ape plak nak sekodeng2? Sungguh aku murka! Hahaha...

Actually, yang buat aku pikir banyak tentang hal sekodeng blog aku nih since aku bgtau mak aku yang ade 'orang tu' macam bace2 blog aku diam2... MAk aku suruh aku stop menulis. Katanya, "Buat ape kamu menulis... nanti dia tahu hal kamu"
Actually, aku tak kisah pon orang tahu hal aku...yela kan...memang blog ni tempat aku menulis updates dan berita terkini tentang aku. untuk diri aku juga supaya dalam masa akan datang, aku boleh tengok balik ape yang aku pernah lalui... catatan hidup aku... suka duka aku...
~Remember When~ . Dan dalam masa yang sama, boleh kongsi semua cerita dengan kawan-kawan yang sudi jenguk blog ni...

Yang aku terkilan just, kenapa nak menyorok2?? tambahan lagi, even bila aku dah bagi hint yang aku tahu dia bace blog aku, orang tu leh terus diam je... haihh...mcm2 hal...

Okey, stop cerita tentang sekodeng blog.

Aku nak cerita tentang sekodeng di rumah sewa plak. HUHUHU!!
Rumah kitorang ni 1st floor. Umah apartment. Yang tak bestnya, layout rumah ni macam bagi orang senang nak sekodeng kami je. Especially kat tingkap dapur. Stress wo...

Balik Beruas weekend ni nak angkut langsir lagi la jawbnye... nasib baik la setakat ni tak ramai tenants... Hmm...hopefully xde ape2 masalah di rumah sewa ni...

K lah...bubye!

Scheduled post. Cos aku takleh online selalu... Rumah ni punyer network coverage macam hampeh!!!


alhamdulillah...
Wednesday, July 9, 2008
bismIllah...

Haaa...ni nak edit fakta sedikit. Dari entry Bercerita dengan gambar yang aku ade post beberapa hari lepas, aku tersalah fakta sikit.

Budak Aleeya tu bukan kena timpa durian. Rupa-rupanya dia terjatuh atas durian. Aku pun tak tahu la macam mane cos aku takde masa kejadian [berlaku kat rumah dia laa]. heheh...

Budak ni memang takleh dok diam sikit. Walau macam mane pon aku still cayang dia gile babs... sebab dia montel dan debab. Comel lak tu. Budak ni baru umur 3 tahun tapi badan besar macam budak 5,6 tahun. heheh... baru dia seorang dalam family... tahun depan baru dapat adik. Yang uniknya tentang budak ni, dia cakap tak pelat langsung. Jarang nak jumpa budak2 baya dia cakap tak pelat. Tapi dia memang awesome. Cuma bunyi orang Perak cakap la...hohoho...

" Adik lapo laa...." Kihkihkih...

alhamdulIllah...
bismIllah...

Well, I've been tagged by Arina. Kawan kepada kawan baikku, Aznyda. Hehe...nampaknye dah bertambah kawan Nyda yang aku kenal. Bagus nyer blogosphere nih. Dahla aku ni memang jenis tak ramai kawan...so, salam kenal untuk kwn2 yg baru kenal nih. Di sini aku nak tunaikan 'tag' dari Arina. Panjang giler wehh tag nih!! Takpelah, aku wat gak la...bosan lagipon. hehe..

---------------------------------------------------------------------------------------------------

RULES:
1. The rules of the game get posted at the beginning.
2. Each player answers the questions about themselves.
3. At the end of the post the player then tags 5 people and posts their names, then goes to their blogs and leaves a comment, letting them know they got tagged and to ask them to play and read your blog.


Name: Nor Raihana Mohd Rashid
Sisters: 3...sorang kakak. 2 adik.
Brothers: 2 little brothers. yang bongsu form 4.
Shoe size: Kalao kasut lady, saiz 8 atau 9. Kasut sneakers, size 7.
Height: 165cm
Where do you live: Beruas, Perak.
Favourite drinks: Yang ada coklat dan susu.
Favourite breakfast: Nasi lemak.

HAVE YOU EVER ....
been on a plane: No. Sedih kan? Uhukkk!!
Swam in the ocean: Berenang tak pernah. cos tak reti. Berendam ade la. Heheh
Fallen asleep in school: Definitely. Aku memang kuat tido dalam kelas.
Broken someone’s heart: Well... heheh...
Fell off your chair: Tak pernah rasenya
Sat by the phone all night waiting for someone to call : Yes. Sampai tertidur dibuatnye.
Saved e-mails: Mesti laa...
What is your room like: Simple
What’s right beside you: Windows.
What is the last thing you ate: Kuetiow tomyam yang pedas nak mampos.
Ever had Chicken pox: Pernah kot. Hoho...aku pon xtau!
Sore throat: Kalau kurang minum air masak
Stitches: No.
Do you believe in love at first sight: Mmm... entah!
Like picnics: Love picnics!!
Who was the last person you danced with: My sister, Nini
Last made you smile: I read someone's blog. Kan ramai je kwn2 bloggers yang funny2...hehe
You last yelled: A few hours ago. To Nini. Suruh dia amik barang kat dapur.

TODAY DID YOU…

Talk to someone you like: Yes
Kissed anyone: Hrmm...xdok!
Get sickness : Yes... stomach cramps. It's that time of the month again...
Talked to an ex: NO.*Smirk*
Miss someone: Yes...ramai
Best feeling in the world: Menang...menang dalam belajar. dalam menangani masalah etc.
Do you sleep with stuffed animals: Yes! With Mr. Pinky!
What’s under your bed: Under my tilam cos aku xde katil. Stail Jepun je. Bawah tilam ade karpet. huhuhu...
Who do you really hate : Emm...tak baik...tak baik...
What time is it now: 1 am ish...

RANDOM…

Q: Is there a person who is on your mind right now: NO.
Q: Do you have any siblings: Yes.
Q: Do you want children : Yup. Definitely.
Q: Do you smile often: Hmm... I guess...
Q: Do you like your hand-writing: Yes!
Q: Are your toenails painted: NO. Tak hingin pon aku!
Q: Whose bed other than yours would you rather sleep in: Tak kesah...asalkan bersih. aku suke tido juga! So aku tak cerewet tentang tempat nak tido. Tapi mesti bersih la...
Q: What colour shirt are you wearing: Pink. Hoho...
Q: What were you doing at 7:00pm yesterday : Sleeping. Cos I don't feel well.
Q: I can’t wait till: I can finish studying so that I can work and get married!
Q: When did you cry last: A few hours ago during dinner. Sedey takde transport. Ala, biasela time tengah 'vulnerable' nih. Emosi tak stabil. Benda kecik pon nak nangis. Menci!!
Q: Are you a friendly person: Hmm... ntah. NOt really, I think.
Q: Do you have any pets: Currently, none. But I will when I have my own house!
Q: Where is the person you have feelings for right now?: In Malaysia.
Q: Did the last person you held hands with mean anything to you now?: Yes.

Have you ever crawled through a window?: Of course. Ketika sekolah rendah.
Can you handle the truth?: I think so.
Are you too forgiving?: No. I'm not.
Are you closer to your mother or father?: Mother. Definitely.
Who was the last person you cried in front of?: Mizi. During dinner tadi laaa...
How many people can you say you’ve really loved?: Ramai. Family.
Do you eat healthy?: TAk. Kalau tak, mesti aku tak debab macam ni! huhu!
Do you still have pictures of you & your ex?: Huh? Aku pon tak ingat. Takde kot.
Have you ever cried because of something someone said to you?: Yes.
How often do you go to church?: I don't go to church! I go to mosque! :p
If you’re having a bad day, who are you most likely to go to?: My bed and Mr. Pinky.
Are you loud or quiet most of the time?: Quiet.
Are you confident? : No. Not really.

5things i was doing 10 years ago..

> Belajo. Buang masa. Bergayut kat telepon. Tengok tv. Bace buku cerita.

5 things to do today..

> Pergi kelas. Beli barang. Kemas barang. Tido. Lepak.

5 snacks I enjoy..

> Cakes [dr Secret Recipe slalunya]. Ais krim. Popia goreng/basah. French fries. Cucur udang.

5 things I would do if I were a billionaire

> Melabur. Beli rumah. Beli kereta. Pergi umrah dan haji. Melancong.

5 of my bad habits

> Gigit kuku [tapi dah kurang since dah dewasa ni...and i try to avoid it by keeping very short fingernails]. Panas baran. Kurang sabar. Suka cakap benda tak elok kalau mengamuk [swearing la tu]. Suka tido.

Walau bagai mana pun, aku sedang menangani bad habits aku ini. Dan alhamdulillah... walau tabiat tak elok ni masih ade, but I'm better now than I was 4 years ago.

5 places I have lived in

> Beruas, Perak. Permatang Pauh, Pulau Pinang. Shah Alam, Selangor. That's just it.

5 jobs I’ve had

> Only two; Student dan Cikgu Pendidikan Seni Visual di SMK Changkat Beruas [cikgu ganti]. Hahaha...

5 people i tagged

> Abang Popeye. Raja Honey. Izzah Chokilala. Cybernetics Mind. mHarisuddin.

Kalo taknak wat pon xpela cos tag ni panjang gila. Buatla kalau ade masa free yer...heheh. Nak jugak bace ape yang dijawab.

Hmm...penat menaip...

:taresmall:

alhamdulIllah...

Tuesday, July 8, 2008

bismIllah…

Waa… aku sudah berjaya masuk ke rumah sewa baru pada Ahad lepas. Untuk makluman, semester ini aku tidak lagi tinggal di kolej di dalam uitm kerana tak dapat duduk dalam dan aku malas nak merayu. Sem depan kena buat perkara yang sama lagi. Dan lagi…so, baik aku dok umah sewa terus. Umah sewa sekarang ni aku tinggal bersama adik aku, Nini [yaa..adik aku yang muda dari aku setahun juga belajar di uitm s.alam ini.tapi tak sama course…dia amik Pengurusan Hartanah, bukan Mechanical Eng.] dan juga kawan-kawannya. Penghuni rumah ini berjumlah 9 orang. 3 bedrooms, 2 toilets. Harga RM800 sebulan. Yang bestnya, rumah ni hanya tingkat 1!! Hehe… takdela seksa naik tangga seperti mana yang pernah aku alami ketika duduk menyewa di Pangsapuri Idaman di Permatang Pauh, P.Pinang dulu… [kat Penang tu, rumah kitorang tingkat atas sekali…nak turun beli makanan pun bercinta!]

Aku duduk sebilik ngan Nini [of course le kan] di bilik yang paling kecik sekali. Huhuhu…

Master bedroom yang ade attached bathroom tu diduduki oleh 4 orang. Semuanya classmates Nini…

The other bedroom yang medium size diduduki oleh 3 orang. Budak2 Electrical Eng. Kawan kepada kawan Nini. So, memang aku tak kenal. Dan belum berkesempatan nak beramah mesra lagi… semua orang busy ngan kerja-kerja mengemas…

Yang tak best tentang rumah ni ialah; NO NETWORK COVERAGE!!!

Giler ahh… untuk orang seperti aku ni [yang takleh berpisah ngan handphones dan ade 2 handphones!], tersangatlah seksanya kalau nak call orang dan tunggu call masuk tak dapat. Close friends dah menyumpah seranah cos nak call susah. Aku pun bengang gak… Rase sunyi hidupku tanpa deringan lagu Rihanna yang menandakan ade orang call. Waaaaaaaaaa…………

Nak berinternet ngan broadband pun seksa… Maxis, Digi dan Celcom semuanya same jer…. Hampeh giler. Tapi semua ni maybe sebab rumah ni kat area belakang2 [Jalan Plumbum Y/7Y] Sek.7 ni… Kurang coverage. Aihh…sabor je ler…

Walau bagaimana pun, kami semua dah tahu di bahagian mana yang ade line kat dalam rumah ni. Iaitu; di tingkap di bahagian ruang tamu!!! Kat situ jer yang ade line! Makanya, handphones aku memang kat tingkap tu je la aku letak. Jadi awek tingkap dibuatnyer. Kalau aku dengar bunyi incoming calls, aku angkat le. Kalau tak dengar [time aku lepak dalam bilik/tido/toilet/dapur], so takde la nak angkat. Huhu… Hampeh!

Aku tak start pergi kelas lagi. Nak pergi mendenye…jadual pun aku takde. Susahnye takleh online. Ni pun aku gi cc jap, nak check jadual la ni.heheh… Maybe aku akan ke fakulti dalam minggu ni juga… takpe, rileks la…awal2 ni serabot ngan masalah jadual lagi. Hohoh…

Duit loan ptptn dah masuk. RM3K jer cos dah tolak yuran RM490. Aku dah buat kad atm bankislam yang baru. Cos yang lame kan dah hilang…[sila rujuk post bertajuk; Nasib Malang Yang Menimpa pada archive bulan Mei <-- kalo rajin ler…] Kena denda hilang kad RM8, kena itu, kena ini, bawak kuar duit sikit, so tinggal RM2K lebih jer. Huhu…sedihnye kehidupan seorang pelajar. Duit tu jela nak bertahan sepanjang semester ni. Mak aku takdenya nak masukkan duit tiap2 bulan. Adik2 ramai lagi. Semua tengah belajar… Semua nak pakai duit. And dapat loan ni,kena bagi mak RM500 cos ganti balik duit deposit rumah sewa dll. Aihh…lagi ckit la duit aku jadinya. Tapi takpe, ni backup gak. Kalau takde duit time hujung2 sem nanti, minta kat mak gak. Huahua…

Time duit loan aku masuk, Nini pun check gak. Rupenya duit loan dia tak masuk lagi. Hohoh..

Hmm, ape lagi nak diupdate….

Oh, aku memerlukan motor! Seksa la takde transport nak ke hulu ke hilir… Takkan la setiap masa Mizi nak amik aku ngan Kancil dia jer… Jenuh ar… Dahla kelas tak sama. Ni semua sebab my little brother nyer pasal la… Adik bongsu aku,Hanis yang tak bagi kitorang amik motor kat umah tu. Mak aku pun ikut je cakap dia. Geram tol aku! Ahh…aku kena ade motor gak. Masa kat Penang dulu pon aku amik motor. Memang seksa takde transport. Public transport macam siot. Semalam, dekat sejam tunggu bas!

Sekarang tengah dalam proses tengah pujuk mak. Sama ade beli motor 2ndhand kat cni, or angkut jugak motor kat umah tu ke cni. Semuanya amik masa. In the meantime, memang aku kena menapak la [jauhnye!!!!] jawabnye… Mintak2 la dipermudahkan segala hal…dan dimurahkan rezeki. Yela, aku bukan anak orang kaya… huhu…

Ermm…semester baru dah bermula.

Masa untuk belajar! Hoyeahh!

alhamdulIllah…

Saturday, July 5, 2008
bismIllah...
Well, berjaya juga aku untuk tidak online hampir 2 minggu rupenya... hahaha... sape kata aku takleh?? ngeh ngeh...
Banyak benda nak ditulis tapi tak dapat nak tulis banyak2 cos aku kat cyber cafe...[ape kejadahnye nak mengarang kat sini kan....heheh]... So, aku letak gambar. And citer jelah ckit2...


Sticker motor yang adik aku tampal kat motor mak aku

Aku pulang ke Beruas pada 24hb Mei. Dan sejak itu, takde la ape2 aktiviti2 berfaedah yang aku wat selain tidur dan makan dan tengok tv...



LAta Ulu Licin, Beruas, Perak. 2nd pic; Mirul and Aleeya
Macam biase jugak laa...dah balik kampung, terjun lata...hehehe...

Jalan-jalan kat Teluk Batik...

Four Screen Cinema di Sitiawan


Aktiviti masa cuti juga meliputi pergi tengok wayang kat cinema baru di Sitiawan... Actually, memang dah lame ade cinema kat situ tapi selalu dulu2 selalu tayang cerita Tamil je. Sekarang dah renovate baru dan baru la ade cerita best2... hahaha... Layan jer... takde cinema terdekat. Kalau dulu2, nak tengok wayang kena pergi Ipoh le jwbnyer... Aku dah tengok cerita Made of Honour, Wanted dan Hancock di sini [in that order]. hehehe... Semua citer tu best!!!


And of course....aku juga telah berjumpa dentist untuk menampal gigi geraham kananku yang sudah berlubang... Nasib baik leh diselamatkan lagi.... melayang RM80...

----------------------------------------------------------------------------------------------

ACCIDENT DI KAMPUNG!!!


Aleeya yang luka di betis...

Aleeya ni anak Cikgu Wati. Cikgu Wati is my mom's colleague. Anak jiran la kiranya dak ni... Sian aku tengok kaki nya luka macam tu. Meraung gila-gila budak ni dibuatnya...



A closer look... Sian kan? huhu... [Sila klik gambar kalo xnampak.]


NAk tahu kena ape???


Sila rujuk gambar di bawah:



Punca kepada luka di kaki Aleeya... kena timpa durian weh! HAHAHAHAHA!!


Dan oleh kerana itu, Cikgu Wati dan suami telah memberi buah durian tersebut kepada kami... Tak lalu nak makan buah yang telah melukakan kaki Aleeya kot...
Dan kami dah makan! Hehehehe...



Okeylah...tu jela update. Esok dah nak balik Shah Alam. Semester baru akan bermula. Aihh... chayok2!!

alhamdulIllah...