Sunday, August 31, 2008
bismIllah...


31 Ogos


Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka



Teringat masa zaman sekolah, semangat betul kalau menyanyi lagu ni...
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-51!!

:pandaGeli_07::pandaGeli_07::pandaGeli_07:

semoga kita sentiasa merdeka...



alhamdulIllah...
Friday, August 29, 2008

bismIllah...



I lost a friend today.
because of death...
I can't believe he's gone...
I knew him since diploma.
He was an active and a very nice guy...


Yang menyebakkan aku ialah bila aku tahu dia keseorangan ketika mautnya tiba... keseorangan di padang... sedang berjogging... tak siapa sedar hinggalah tengah hari.

Berjogging untuk menyertai megathon sempena Megaday [anjuran FKM] Berjogging untuk menyertai perlawanan futsal pada malam ini...

As for your shoutout in your friendster profile, there is nothing for me to forgive for... Ternyata, ajal maut di tangan Tuhan... tak siapa yang tahu...
i can't stop the tears from falling down...
may you rest in peace, dear friend...

Al-Fatihah...

alhamdulIllah...

Thursday, August 28, 2008
bismIllah...


You…
I don’t know why I think of you
I try not to
But lately, you’re always on my mind
Especially when I met good men
And I envy their children
For I never had the chance to really know you
Never had the chance to love you
Because your actions, words and attitude...
Made me feel so far from you
I never felt loved by you
You never seem to care...

You always said all the bad things
You made me hate you
I know I shouldn’t
Since we shared the same blood
But… I just can’t forgive you for what you did
And I got the feelings that you never really care about us
Why are we like this?
Why…

Why can’t I have you in my life?
Why can’t I share all my ups and down with you?
Why can’t we laugh when you’re around?
Why do I have this phobia of your presence?
Why…

Actually… I know why.
Because I remembered most of all the things you did
And what you said about us
I remember the fights so well
The shouts
The cries
The pain
Everything…

Remember when...?

And I don’t know whether I can forgive all that
Maybe I will… after all, you’re you…
Der Vater…
But I know they will never be forgotten…

It’s been more than a year since you left us
We have no idea where you are
It’s painful for her to explain when people asked about you
It’s painful for her to hear what people said about us
It’s painful for her to know you said a lie to other people about your absence

You hurt her
The most important person in our lives
You hurt me too
But I was glad I hurt you too
Though I shouldn’t have…
But I guess I inherit your temper :]

Well…
I do hope you’re okay where ever you are…
I don't know why I keep thinking of you lately...

Thinking out loud,
Ryehanna
August 2008.

"The most important thing a father can do
for his children is to love their mother."
~~Author Unknown



btw, this is my 100th entry. who would've guessed it'll be about mein Vater...


alhamdulIllah...

Sunday, August 24, 2008
alhamdulIllah...

Hello!
:pandaGeli_36:

I'm back with pictures I promised to upload. heheh...
Malas nak menulis panjang2 tentang ape yang daku buat ketika di kampung...
Tapi, diharap gambar2 yang diupload ini dapat menceritakan aktiviti2ku masa cuti...
Ala, aku upload lima keping gambar jer...
Jangan malu2 nak klik kat gambar utk tumbesaran berganda*
Thanx to tips dari Cik Chokilala, kita leh view gambar dengan lebih senang bila bace blog!
heheh...

So here goes...

This is my birthday cake. Di'sponsor' oleh Mizi... :D
Simple jer...
ala, dah tua2 xpayah nak yang fancy2! ekeke...



Haaa.. inilah envelope yang tiba pada 18th August yang lepas...
Kiriman CM. Thanx tau! Sangat terharu...




Aktiviti di masa cuti 1: Ngadap TV sambil bedal jeruk buatan sendiri
Ngadap TV bukan tengok cerita sangat pon...
selalunya layan my brothers main game... jadi tukang tengok...
Jeruk tu mak yang buat, cos banyak mempelam telur kat rumah...
Ape lagi, makan jeruk tak ingat!
Habis la satu bekas jeruk tu sepanjang me and siblings berkumpul kat rumah...




Aktiviti di masa cuti 2: Pergi Ulu Licin bersama rakan
Aku berkesempatan jugak melawat Lata Ulu Licin time cuti lepas...
Actually, aku tak plan pon...
Tapi bila dah melepak rumah kawan, mula la idea nak merayap tu timbul...
Went here with my old friend, Idayu dengan menunggang motorsikal mak
Lame giler aku tak datang lata ngan motor, cuak jugak
Mane tak nye, dahla pegi bukan time weekend
Aku fobia kalau2 ade babi hutan melintas... bukan tak pernah!
huhu...

ermm...gmbr kedua tu kena blur ckit kat tengahnya
cos aku nmpk gemuk pelik...
:pandaGeli_28:

Daaa....

alhamdulIllah...

Friday, August 22, 2008
bismIllah…


So, 17th August has passed. I am now 23 years old! Alhamdulillah… I made it this far. I’m grateful to have lived these long and experienced many things that have made me ME. Some said I have matured beyond their expectations. Some said, I am a matured girl compared to some men who are 4, 5 years older than me. Well, whatever… as long as I know who I really am.


When I looked back, I am sure I have no regrets. Life is hard. Life is unfair. But, I always tell myself, if you feel like the worlds are closing in to you, and you’re feeling so miserable no one could possibly understand you, just remember that there are people less fortunate than you… There are people who don’t have any family in this world. Some don’t even have their own money and have to work since they were a child. Thus, I am grateful. Thank you, Allah.
Well, of my birthday....It was a simple celebration. There was a cake Mizi bought me (Chocolate Indulgence from SR lagi....) And my mom made mi hailam. Delicious!


Presents?? Hmm, I got cards, Anna Sui’s perfume and a handbag... and of course, I got a birthday present by ‘post express’ the following day! Guess from who? No other than Bro Cybernetics Mind himself! Waaa… sungguh terharu. Thanx CM!! [i\ll post the pic in d next entry]

Plus, I got birthday gifts from Maxis and Celcom too. I got to call to any maxis numbers on 17th August for free! Tapi sehari tu jelah. That’s why I’ve been harassing people even when I know they’re already asleep. Sorry!! Hehe. As from Celcom, I got to call other celcom users that I have added in my 8pax list for free. Yang bestnya, seminggu! Bukan sehari. Hehehe… Then, after 17th August, tetiba lak I got 500 free sms from Hotlink. Layan lagi… Waa…asyik godek2 hp jelah… =)


Hmm… lame tak berupdate blog. Nak wat cmner, kat kampong xde internet connection kat rumah. Wait till I start working la kot. Huhu… My mom takde nye nak buang duit bayar something yang dia tak pakai. =P


I’ll be heading back to Shah Alam tomorrow. Tiket bas takde hari Ahad, so terpaksa lah balik hari Sabtu. Mm… Mizi dah janji nak beli Big Apple Donut before picking us up [Nini and me] tomorrow. Waaa…mengidam! ~air liur meleleh2~
Okeylah, adios amigos.


Gonna post the pics later cos I didn’t even bring my laptop home. Xleh nak edit pic using my sis’s laptop.


alhamdulIllah…
Saturday, August 16, 2008
bismIllah...

Click image to enlarge

Terimalah kek curik dr internet dariku...
sbb tu xleh paste url blog dekat kek!



Sesungguhnya ketahuilah wahai si Izah sengal bahawa daku tuliskan entry ni khas untuk dikau. Hari ini genap lah Cik Chokilala berumur 21 tahun iaitu 2 tahun muda dariku.

Sape sangka yer, melalui internet dan blogosphere ini, satu talian persahabatan telah terjalin. Bermula dari pertanyaan demi pertanyaan mengenai tutorial mencantikkan blog, beliau secara tiba-tiba telah menjadi kawan aku di alam maya ini. Aku belum lagi berkesempatan hendak bersua dengan beliau. Tengoklah nanti yer, ade jodoh kita jumpa.

Di sini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Ulangtahun Kelahiran yang ke-21 pada Cik Chokilala. Sekarang ko baru cukup umur!

Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Teruskanlah usaha-usaha murni menolong orang mencantikkan blog. Walau bagaimana pun, sila kurangkan lawak-lawak lucah dari ko oke!

Satu lagi fakta tambahan, beliau tidak kelihatan seperti berumur 21 tahun. Sifat beliau yang ceria dan riang menampakkan wajah yang muda seperti belasan tahun. (sambil senyum2 sumbing dan mengkerdipkan mataku ke arah Cik Choki)


Akhir kata, terima lah secebis pantun dari saya:

"Dua tiga ekor panda berlari,

Mana nak sama Cik Choki sorang,

Hari ini ku ucap Selamat Harijadi,

Tanda ingatan moga takkan hilang."

ececeh...


**Scheduled post; di kala menaip entry ini, masih ade 22 jam sebelum 16 Ogos. Nasib ko la birthday ko dekat2 ngan aku... dan pastinya ketika post ini dipublish,aku baru smpai rumah di kampung gamaknyer...

Erkk... erkk... kenapa aku rase macam nak muntah pas bace balik penulisan entry ini??
Adehh!! Urgh...

:tareflower:


alhamdulIllah...

Thursday, August 14, 2008
bismIllah...


Salam...entry kali ini hanyalah penyelesaian hutang tag dari Puan Azza - Sedetik Hati.
Aku ni jenis nak peram lame2 hutang tag orang... heehee... Tapi, to Kinghoney yang ade tag diriku ini, your latest tag tu ana dah pernah buat la... dalam blog lame ana... so, maleh nak buat dah yer.. hehe [yang lame2 tu xleh buat cos agak personal bebeno...]

Dan tak lupa juga, sebab nak gantung award yang baru dapat dari Kamezaim - Sekadar seorang insan. Award Brilante Weblog. Terima kasih la sgt2. ingt juga kanda kepada dinda... [uwekK!] Walaupon aku tak tau lah ape yg 'brilliant'nyer blog aku nih. Ah bior ler... org bagi ambik!

So, here goes...

1. When you buy greeting cards, are the words or the picture more, important to you?
The words laa… kalo nak beli kat kawan, takkan la nak beli kad yang bertulis “Happy Mother’s Day” kot!

2. What's your favorite kind of cake?
Cheesecake!!! Chocolate cake!! AAaaa…lapo la plak… jom sesape blanje I kek secret recipe!

3. Do you ever make gifts for people, if so what, or do you buy them?
Oh.. buat ‘hadiah’ tak pernah rasenya… tapi kalo kad, pernah la… suatu ketika dahulu…lame dah tak wat. For the late 3,4 years ni beli jer… xde mase dan nafsu nak buat dah.

4. What's your favorite holiday?
Cuti Hari Raya dan of course holiday sempena cuti semester. Ngeh ngeh ngeh

5. Are you going on holiday this year? If so, where?
Yes. Di kampong. :P

6. What was the best party you've ever been to?
Party? Party ape ek… ermm… birthday party diriku sendiri laa rasenya…

7. If you are married, describe your wedding. If not, what should your ideal wedding be like?
Aku bujang trang tang tang lagi! Ideal wedding? Hmm… rahsia!

8. What's the most romantic thing that's ever happened to you?
Ermm… dapat sesuatu yang aku mmg teringin giler pada keadaan yang mengejutkan. Oh, I do love surprises! More so if it's a pleasant one!

9. What's your favorite girl's name?
Oh? Suka nama aku la… Raihana. Maksudnya wangian/haruman. Bagi aku, kalau ape2 nama yang sedap didengar dan bermakna elok2, memang aku suka. Favorite semestinya nameku sendiri. Ngeh ngeh

10. What's your favorite boy's name?
Haikal! [pokok yang segar dan subur] Tak taulah kenapa. Aku suka nama nih…

11. Which celebrity would you like a dream date with?
Jude Law patutnya…tapi sebab dia dah nak botak, aku nak tukar la… nak kuar ngan Zac Efron!! kahkahkah!

12. Which female celebrity do you find beautiful?
Charlize Theron. A cheeky beauty. drools...

13. Which male celebrity do you think is attractive?
Johny Depp!!

14. What is your best character trait?
Quiet?

15. What is your worst habit?
Panas baran.


Who do you want to tag?

Aku maleh nak tag sape2… cukup2 la berenti kat sini. Lagipon ade ‘orang’ tu yang dah di’tag’ xbuat2 pon lagi… jangan terase lak… HAHA!

------------------------------

Okey, dah selesai bahagian tag, mari kita tengok ape award yang aku dapat dari Kamezaim nih:


Here are the rules to follow :

  • Put the logo on your blog.
  • Add a link to the person who awarded you.
  • Nominate at least 7 other blogs.
  • Add links to those blogs on yours.
  • Leave a message for your nominees on their blogs.

Giler keji bukan? maleh aku nak bagi award kat orang lain. Kahkahkah!
[eleh,akui la yang korang maleh jugak kalo dapat award and nk kena tag2 org nih!]

lagipon, orang yang aku nak bagi award ni mmg rasenya maleh nak gantung award. So, biar aku sapu sorang2!! Muahahaha!

Ape2 pon, thanx yer Kamezaim cos sudi anugerahkan award to me!



Peace y'all! FKM forever...
[baju mahupon jari di dalam gambar bukan milikku... aku hanya photographer shj]



alhamdulIllah...
Tuesday, August 12, 2008
bismIllah...

[di sebelah kiri adalah keratan dari NST, page 14. Yang kanan, Warta Gabem m/s 5]
Click to enlarge photo

Hari ni...eh silap, semalam dalam surat khabor NST [News Straits Times], aku terkejut ngan berita nih... Tu ha....tgk kat atas tu... NST Versus Warta Gabem [Gagasan Badan Ekonomi Melayu]

Satu suruh Uitm dibuka kepada non-bumiputera... Satu lagi mempertahankan Uitm sebagai benteng bangsa Melayu.

Aku memang tak setuju la ngan persetujuan Menteri Besar Selangor supaya Uitm dibuka untuk non-Bumis. Sangat2 tak setuju.

"Shah Alam: Universiti Teknologi Mara should be opened up to all races although it was set up to produce Bumiputera professionals.

Selangor Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim said he agreed to suggestions that the university be opened to all, and further proposed that 10 percent of all new student intakes in Uitm be reserved for non-Bumiputeras and foreign students.

He said the move would be timely as it followed the changes in the education system. At the same time, it would give early exposure to Uitm students to be more friendly towards other races.

bla...bla...bla..." dipetik dari New Straits Times, Monday, August 11, 2008. Nak bace yang penuh, sila klik di sini.

Manelah aku nak sokong. Leh plak alasannye supaya students uitm ni diberi pendedahan awal supaya lebih 'friendly' terhadap kaum lain? Ape kejadahnye? NAk kata students Uitm or graduan Uitm ni racist ke?? Bab racist ni merata. Tak semestinya dr Uitm. Merepek tol. Abis tu, selama ni graduan Uitm tak 'friendly' ke? Kitorang ade jer foreign students... Okey je la! Sheesh...

Sebaliknya, aku sangat2 menyokong Naib Canselor Uitm iaituProfesor Dato' Seri Dr Ibrahim Abu Shah yang mempertahankan Uitm untuk bangsa Melayu dan bumiputera.

"Universiti Teknologi Mara [Uitm] adalah benteng terakhir orang Melayu. Jika roboh benteng Uitm, robohlah bangsa Melayu, tegas Naib Canselornya, Profesor Dato' Seri Dr Ibrahim Abu Shah.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk 'Pemerkasaan Modal Insan Melayu' pada Konvensyen Ekonomi Bumiputera 2008 [KEB08] di Pusat Dagangan Dunia Putra [PWTC]

Tegasnya, UiTM ialah sebuah institusi pengajian tinggi yang istimewa selaras dengan keistimewaan yang diberikan kepada orang Melayu.

"Sebab itu, Uitm khusus untuk Bumiputera di negara ini, dan tidak boleh diperluaskan kepada kaum lain. Sebagai institusi Bumiputera terutama bagi orang Melayu, keistimewaan yang ada pada Uitm itu harus dipertahankan sampai bila-bila.

Semua pihak bertanggungjawab memastikan identitinya tidak berubah supaya usaha melahirkan lebih ramai modal insan Melayu kelas pertama berjalan dengan baik.

Maka itu, Uitm tidak boleh dibuka kepada kaum lain seperti yang dilakukan kepada Maktab Rendah Sains Mara [MRSM], sekolah berasrama penuh dan kuota 45 peratus biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam [JPA] untuk pelajar bukan Bumiputera" katanya.

bla...bla...bla..." dipetik dari Warta Gabem, Bil. 7. Ogos 2008.


Pagi semalam, ade pengumuman di PA system Uitm. Ade perarakan protes ke kediaman Menteri Besar Selangor esok pagi [pagi ini] pukul 7a.m. Semua pelajar Uitm dijemput hadir.

Aku tak dengar pon announcement tu cos aku dah balik dah. Biase ar Monday ade satu kelas jek. Ni semua Mizi yang citer time dinner tadi...


Flashback selepas pengumuman diumumkan:

Perbualan antara Mizi dan Imah [bukan nama sebenar]. Disampuk oleh Din [bkn nama sebenar]
Lokasi: Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Uitm Shah Alam.

Imah: Ha Mizi, ko nak pergi tak protes esok pagi?

Mizi: Ala...pukul 7 la. Awal sangat. Baik aku tido kat rumah.

Imah: Ee...apelah ko ni. Eloklah pagi2... Cepat pergi, cepat selesai. Islam pun galakkan umatnya bangun awal-awal pagi... jangan tido lepas Subuh... murah rezeki. Ko plak nak tido!

Mizi: Eh sukati aku lah... lagipon, malas lah...

Imah: Eh ko ni...macam tak peduli je nasib orang Melayu. Nanti dah beranak pinak, nak hantar anak belajar kat mane kalau bukan uitm? Inilah satu2 nya universiti yang jaga hak orang Melayu... yuran murah... kemudahan banyak...

Mizi: Ala... ko ajar la anak ko pandai2... takyah masuk uitm. hantar luar negeri. habis cerita.

Imah: Hey ko ni! Senang je cakap... ko ni takde semangat kemelayuan langsung laa!

Mizi: Aku darah campur*

Imah: ......

Din: Eh ko ni Imah, dari tadi pung pang pung pang, esok ko pergi ke join protes??

Imah: Eh, aku tak pergi... hee...

Mizi dan Din: Laaaaa........................!!


*Mizi darah campur Melayu+Cina, his father kacukan Malay+Chinese and her mom plak Cina masuk Islam.


Kesimpulan:
Lu pikir la sendiri.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

UPDATED!!

Pautan berkaitan di blog kawan-kawan:

- 12 August 2008; Perhimpunan Uitm di hatiku
- Khalid perlu mohon maaf : PM bidas cadangan buka UiTM untuk bukan Bumiputera
- Gambar perhimpunan bantahan oleh para pelajar UiTM di Shah Alam



alhamdulIllah...

Monday, August 11, 2008
bismIllah...


Yes, I know I said/typed I was busy. So busy la kononnye kan? hehe..
But I just couldn't resist buying a new DVDs for this month [I am a movie freak!]
So, last night we headed to the nearest 'ehem2' store and bought 2 dvds. Got one dvd for free as the membership card is full... [if u have bought 10 dvds from 'them', you can get one free...]

So, what did I choose?

1. Sex And The City The Movie
2. The Street Kings
3. Blonde Ambition
[got it for free]

Ignore the last choice cos I just grabbed what I thought would be funny... Tapi tak best langsung! Tulah, tak sempat lagi usya2 sypnosis... aku tergoda dgn Jessica Simpson...nk wat cmne... huhu

As for the 1st choice, which was Sex and The City dvd, my sister [Nini] and I loved it!!!
Kelakar giler seyh...
Tapi sedih pon ade jugak...
Ape2 pon memang aku terhibur gila tengok cerita nih...
Honestly, aku tak pernah langsung tengok siri Sex and The City nih...
Masa dulu2 kuar kat ntv7 tak tengok pon cos Mak tak bagi...
Yelah kan... tajuk pon ade perkataan Sex. of course ler...
Aku pun bukanlah jenis yang stay up to date with fashion...
nor do I the kind of woman who is obsessed with designer labels
Just biase2 jer... sape xsuke kan? tapi...kena tau limit diri la..
Ape2 pon, aku suka giler tgk citer mcm ni... Layan!



Tapi kali ni aku beli cos byk giler reviews yang kata citer nih best! So, I just couldn't help it...
By the way, dah cukup umur dah... heehee...
Amik yang keruh, buang yang jernih...
Love their friendship!
Love their love!
Ohh... aku suke giler citer ni...
I was so touched when Carrie was jilted by Big on their wedding...
hampir menangis aku dibuatnyer... hampir jer...oke...

Ermm...citer Street Kings tu dah pernah tengok dah kat wayang...tapi aku beli jugak dvd nyer cos aku kan collector...hehe...
lagipon Nini tak tengok lagi...
Cerita tu mesti tonton as Hugh Laurie's in it. [We're big fan of Dr. House!!]
Tapi sekarang citer tu ade kat Mizi cos Mizi nak tengok...
Bior la...duit dia lagipun... :P

Okeylah...sakit tengkuk lak lame2 depan laptop nih...

Daaa...

p/s: btw, do you like the new pandas' emoticons on my shoutbox?? So cute kan? hehe... thanx to Cik Chokilala for finding them...
:fatpanda::fatpanda:

alhamdulIllah...

Sunday, August 10, 2008
bismIllah...

Click image to enlarge it

Aku ni memang jenis lambat ber'update' skit. And kadang2 aku tak kisah sangat hal orang dan sekeliling... hehe... sampaikan aku terlepas la tarikh yang best dan takkan datang lagi...

Aku cakap tentang tarikh ape? Owh semestinya 08-08-08 yang dah leaps tu. Dikenali jugak sebagai 8 Ogos 2008. Tapi okey gak cos pada tarikh tu aku ade post entry gak kan? hahaha...

Bile bace paper 9hb Ogos, barulah perasan yang tarikh tu banyak dibuat tanda peringatan mcm majlis nikah, kahwin, etc. Hoho.. Mungkinkah kerana nombor 8 tu dianggap nombor tuah? Orang cina yang beranggapan begini kan?

Anyway, aku rase tarikh yang lagi best adalah beberapa hari selepas birthday aku tahun nih... iaitu pada 20 Ogos nanti. Kan ke akan jadi 20-08-2008??? atau, 20082008?? Heh... lagi cantik ape nombor tuh...

Actually, aku baru peh test Mate pagi tadi. Yaa, di hari Ahad yang sepatutnya hari berehat telah diadakan test. Test Mate lak tu! Semalam sempat la study ngan Mizi kat McD Sek.18 lagi... Test tadi tu nak kata leh buat, tak tau la nk cakap... aku bukan tak reti, tapi gelabah semacam. Menyampah tol la ngan perangai aku nih! Ape taknya, test pukul 9.30 pagi, aku bgn since 6 am dan dari pukul 6 pagi sampai 8.45 am tu, 2x aku ke tandas sebab sakit perut. Kenape ek aku mcm ni? pelik la....sejak dulu2 lagi...darah gemuruh melampau.

:tareflower:

Tak sabarnye nak tunggu 16hb Ogos! Cuti mid sem akan bermula!!! Nak balik rumah dan celebrate birthday with my family! Nak suh mak masak mi/kuetiow hailam sedap2!! Huhu... beshnyer... Semua ade lak tu... My brother [adik] Nan pon balik cos cuti sekolah kan... so,maktab pon cuti. Yess!

Tapi nak menunggu tarikh best itu, ade banyak halangan yang perlu ditempuhi... Selasa ni Test 1 System Dynamics! Khamis nih kena hantar Lab Report Thermo - Combustion! Waaa....

Cepatlah hari Sabtu... Jumaat tu xleh balik cos ade kelas German plak petang tu dari 3pm till 5pm. Aku xleh monteng cos last week aku dh ponteng! heee....

:dancepanda:
alhamdulIllah...
Friday, August 8, 2008
bismIllah...

TOP 10 LOVE SONGS (and lyrics)

:dancepanda:

Rase macam nak mengulas tentang lagu-lagu yang aku suka. Terpanggil nak mengomel tentang lagu bila baca lirik lagu post di blog Kreuger minggu lepas...

Ape lirik lagu yang anda suka? Yang mengingatkan anda tentang orang yang tersayang atau kepada orang yang pernah anda sayang? Ececeh.. poyo je ayat.

Aku lebih tertarik dengan lagu omputih/Inggeris. Cos kalau dengar lirik bahasa melayu macam tersangat jiwang. Terlampau. Tak sesuai ngan aku. Ahaha…

Anyway, di bawah ini ade list of my favourite love songs. Siap bagi lirik sekali… [sila klik lagu tu kalo nak lirik yer]


  1. I Love You by Celine Dion ~ aku sangat suka lagu ni oke! Lagi2 plak dinyanyikan oleh Celine Dion. Bagi aku inilah ‘the song’. Pernah emel lagu ni kat 1st love… wow...the memories… aihh… too bad, perasaan tu dah lame tak dirasa. Ade byk lg lagu Celine yg aku suka. Too many. But this one yg meninggalkan kesan. Dan sangat meaningful to me.
  2. My Baby You by Marc Anthony ~ what can I say? Almost everyone yang pernah dengar lagu ni akan suka giler ngan lagu ni!! Another song by Marc Anthony yang aku suka would be I Need You. Love it!
  3. When You Tell Me That You Loved Me by Diana Ross ~ OMG… I really2 love this song!! Same gak ngan lagu Endless Love nyanyian Diana Ross and Lionel Richie.. klasik!
  4. Hopelessly Devoted To You by Olivia Newton John [soundtrack filem Grease] ~ well, aku mmg suka lagu omputih lame2. dan aku suka soundtracks filem best2…mcm lagu ni…tersangatlah suka mase first time dengar. Suke giler suara Olivia yang merdu tu…
  5. To Where You Are by Josh Groban ~ OMG… lagu ini sangat sedih oke! Aku suka giler lirik dia. Of lost love… terharu giler ngan lirik lagu ni. Ditambah ngan suara Josh yang sangatlah best…huhu
  6. As Long As You Love Me by Backstreet Boys ~ so cheesy kan lirik lagu nih. Tapi takleh nafikan yang lagu ni sangat best! Aish..teringt zaman muda2…ekeke..lagu BSB yang lain yang aku suka would be I’ll Never Break Your Heart dan Spanish Eyes.
  7. That’s When I’ll Stop Loving You by N’SYNC ~ FYI, I really really really love N’sync! So, leh kata SEMUA lagu N’Sync aku suka. Tapi ni my favorite! [ermm..yeke? tak jugak cos semua lagu dia favorite aku! Heheh] No wonder la cos lagu di composernya Diane Warren yang banyak hasilkan lagu2 popular. Setakat ni, tak pernah aku tak suka lagu2 yang dihasilkan Diane Warren.
  8. When Your Eyes Say It by Britney Spears ~ Haa…ni lagi satu hasil karya Diane Warren. Cube usya lirik lagu ni. Sangat best! And aku adelah kipas-susah-mati Britney! Lantakla org nk kutuk dia ke ape…but she used to be great! Aku sangat sukakan lagu2 Britney. Semuanya! Tapi ni favorite! Lagu ni sangat best bagi aku! [eleh…actually, semua lagu Brit favorite aku]
  9. You’ve Got A Way by Shania Twain ~ Mula-mula, aku terpikat dengan video klip lagu ni yang juga soundtrack movie Notting Hill. Tapi lame2 aku jatuh cinta dengan lagu dia yang sangatlah best ini. Aku suka juga dengan lagu From This Moment nyanyian Shania Twain. Best!
  10. I Want To Spend My Lifetime Loving You by Marc Anthony and Tina Arena ~ adeke orang yang tak suka lagu ni?? Huhu… aku suke giler! (walaupon tajuk lagu sangat panjang!). LAgu soundtrack cerita The Mask Of Zorro yang mendayu2 giler… tapi chorus dia yang best… lirik yang mencairkan. Sukenya! Hihi…

Okey…itu saje review untuk kali ni.

Selamat menyanyi dan bercinta. Hahahaha…:sittingpanda:


alhamdulIllah...
Thursday, August 7, 2008


sila klik gambar. ade kelainan tak?

*di godeh codingnya oleh chokilala. psst, tuan tanah xde tp dia bg access suh pasang ajax nie, tu yg leh buat kacau kat sini tu. mmuahahaha
Wednesday, August 6, 2008
bismIllah...

Aku memang tersalah perhitungan semester ni… Jadual kelas aku macam hampeh. Nak tukar group, asyik kelas penuh. Time kelas dah tak penuh kang, jadual bertindih la plak… Cett!

Kelas aku sem ni banyak yang sampai kul 12.30 tengah hari. Pastu, ade lagi kelas pukul 2 petang till 4 petang. Aku ni dah le kalau tengahari suka mengantuk! Sem lepas kelas aku kalau pagi hanya sampai pukul 10.30 pagi jer. Leh tido and pas Zohor, pergi kelas pukul 2. Ahhh kenapa la jadual sem ni mcm ni. Stress!

Dahla tu, sekarang ni aku tak tinggal dalam kolej [dalam uitm]. So, aku menumpang Kancil Mizi ke kelas. Yang tak bestnya, kalau dia ade kelas pukul 8.30 pagi, aku pon kena bersiap awal jugak walaupon aku punyer kelas pukul 10.30 atau 11.30 pagi. Damn!

Semalam…


Aku: Aku rasa macam nak ponteng je Thermo nih. Tak larat la. Ngantok giler…
Dia: Ko nak ponteng ke? Ala…kalo ko ponteng pon, takpe… ko tu tak pegi kelas pon lulus gak…
Aku: Huh? Yeke? Aritu Vector aku fail aper…
Dia: Tapi ko repeat, lulus kan? Dahla sem lepas ko asyik tak pergi kelas jer… ade orang tak puas hati ko lulus, Rai…
Aku: Laa…mcm tu plak? Aku taknah terfikir plak. Aku mmg kuat monteng kelas sejak diploma lg… apsal lak tak pueh hati nih?
Dia: Yela…ko lulus…ade orang pegi kelas tak ponteng2 tapi fail lagi…
Aku: Isy, itu rezeki la… ade lak pikir gitu. Aku taknah terfikir pon yg tak pergi kelas, xpe or leh lulus… ikut usaha masing2 la… dan rezeki Allah nak bagi…


Jadi, semalam aku tetap pergi kelas Thermo.

Tapi aku tertidur dalam kelas…


:tareflower:

alhamdulIllah...

Sunday, August 3, 2008
bismIllah...


Haa... aku nak menulis tentang pertandingan yang dilancarkan oleh BRAND'S dalam Berry Beautiful Eyes Search. Dah lame dah iklannyer kat tv. Dah nak tarikh tutup dah pun tapi aku baru berkesempatan nak menulis tentang ni.

Bukan ape, masa first time pertandingan ni diiklankan kat tv, ada seorang kawan sms aku suruh join. Katanya, bila tengok je iklan ni terus dia teringatkan aku. hehe.. Takleh la plak nak tulis sms nyer di sini cos handphone lame takleh buka langsung. Anyway, the point dia sms aku adalah untuk suruh aku join contest tu. Aku dah tergelak besar dah. Yerla, aku tau la dia ingat kat aku cos aku suka letak gambar mata... tapi, gambar-gambar mata aku tu tak ori. hahaha... most of the pictures yang ade semuanya dengan berkanta lekap. Lagipun, aku ni bukanlah jenis suka join contest. Malehlaa... tak layak juga cos mata aku tak sihat. Aku tak amik pon Brand's Innershine nih.

Tapi, currently aku amik Brand's Essence of Chicken. Bukan aku yang beli. Ada orang yang belikan dan suruh aku makan, so aku ngap jelah. Walaupun rasa nya macam hape lagi!!! serius aku nak termuntah oke! tapi aku bedal jelah cos dah orang beli... tak sampai hati lak nak buang... Lagipon takde sape nak bila aku offer! Kenapalah tak bagi yang kapsul je?? Yang liquid form ni punyer taste tersangatlah menyeksakan! oh baru aku teringat, masa beli tu tak kuar lagi yang kapsul punyer... huhu...

Aku dok belek-belek jugak mata aku nih... [kot-kot la cukup 'bersinar' untuk join contest - berangan laa...] Tapi ternyata mata aku ni tak cukup bersinar. So, tak payah la aku nak join. [lagipon tarikh tutup contest 5 Ogos ni daa].

Korang rase, kalau aku hantar gambar di bawah ni, leh menang tak??


Ape tengok-tengok haaah??*


HAHAHAHAHAHA!!!!

Saje menggedik...


* Mata di dalam gambar telah dilekapkan dengan contacts Groovy Green dari Freshkon.

alhamdulIllah...