Thursday, September 25, 2008
bismIllah...

Petang tadi, aku sempat ke Kompleks PKNS Shah Alam untuk usya-usya barang nak beli bawak balik kampung. Ramai betul orang... Mentang-mentangla baru masuk gaji ek [untuk orang keje gomen]... Aku pergi ngan Nini and Mizi. Beli telekung untuk Opah. Nini beli baju kurung 2 pasang... then, beli kueh raya sikit... Aku? Aku beli kerongsang jer.. and Mizi belikan juga kerongsang nak bagi mak... Hujung sem duit dah kering. huhu...

Plan kitorang yang kononnya nak balik subuh Jumaat dah berubah since Mizi kata dia maybe ngantuk pagi-pagi... So, kitorang akan balik pada petang Khamis hari ni...pas aku abis kelas Thermodynamics II. Berbuka puasa maybe singgah kat mana-mana kedai makan on the way to Perak. Yes, tak sabar nak balik umah! Doakan perjalanan kami selamat.

Actually, entry kali ni nak tempek kad raya untuk korang semua yang rajin singgah kat blog ni. Sorila kalau lately kewujudanku di blog kalian agak berkurangan. Nak exams wehh...
Risau ni banyak lagi tak cover... <--- blajo maleh gak

So, terimalah kad raya dariku:


Contact lens paling latest: Honey by Freshlook. :P


Simple je kad nih... tak reti la aku nak ngedit bagi lelawo... asal ade cukup ar ek. Lagipon jaki betul aku nengok orang len dok menempek gambo cenggini. So, aku pon nak wat gak. Heheh...

Don't worry, ini bukanlah tag ke hape ke... tak payah kena tampal2 kat blog korang semua... [ape kes letak pelaris aku kat blog korg...heh!]

:minimo_16:

Okey... that is all... den nak menjenguk blog-blog orang lain jap...
Salam aidil fitri semua... bye...

p/s: sorryla kalo ade tag dan award tak berkutip. Jangan mara ek...

Oh Berueh, here I come!!

alhamdulIllah...

Wednesday, September 24, 2008
bismIllah...


Entah kenapa, mood aku untuk menulis dan menulis dan menulis a.k.a berblogging sudah makin menurun...

Actually, aku tahu kenapa...

Menulis di blog yang pada mulanya hanya untuk suka-suka dan untuk mengimbas kembali kenangan lama sudah menjadi sesuatu yang lain... aku sendiri tak tahu dah jadi apa. Yang pasti, aku jadi tak selesa untuk menulis sesuka hati aku... Aku jadi was-was untuk bercerita lebih-lebih tentang diri aku bila aku tahu ada orang yang membaca. Ahh pelik bukan?

My first entry untuk blog adalah pada May 2005 [archives blog lama di sini]. Waktu tu, aku tak pernah terfikir pun yang blog akan dibaca oleh orang... sangat-sangat aku tak sangka... but now, macam-macam benda dah leh buat dengan blog. Nak mengutuk orang, nak buat duit, nak buat informasi tipu... semua boleh laa.. haih...

Aku bertukar ke .blogspot ni pun sebab nak bagi cantik sikit blog ni... sampaila boleh kesan rupa-rupanya ade jugak orang yang tak aku sangka-sangka membaca blog aku... Well, aku tak kisah sangat nak baca blog aku. Bacalah... tapi, kalau anda selalu blog hop atau berjalan-jalan membaca blog, adab kena ada juga. At least, tegur la owner blog tu... lebih2 lagi kalau owner tu yang berkehendakkan begitu. Selalu kita jumpa blog yang mintak dikomen entry nya atau mintak kita tinggalkan jejak... So? Tinggalkan la jejak. Kalo xkomen pon, tulis kat shoutbox pon jadi laa...

Ade sesuatu yang aku kurang suka dengan fenomena berblogging sekarang ni. Aku dapati ade blogger yang link aku tapi bila aku trace dan nak pegi kat blog beliau, blog dia diprivatekan pulak. Add aku tapi aku takleh view dia?? Huh? Wtf?

:pandaGeli_10::pandaGeli_10::pandaGeli_10:

Seriously, I don't mind people reading my blog, but sharing is caring... So, share yours plak then!

Aku pun ada my other blog yang aku privatekan... Tapi kat situ memang aku xde link sesape rasenya. Reader blog tu pon sorang je. And aku jarang update. Lagipun benda-benda personal yang tak boleh dikongsi... heheh...
:minimo_04:

Ape-ape pun, aku jadi tak best bila nak berblog bila perkara macam ni berlaku. Rasenya macam nak je aku privatekan blog ni. But then, I don't really know much of my fellow bloggers email to invite. And bila pikir2 balik, macam bengong jer nak layan benda-benda ni...kan? [adekah kerana aku dalam keadaan moody maka perkara ini pon menyebabkan aku menyampah?]

So, what would it be? Let the stalkers stalk? Kes nya aku tahu bukan sekali dua blog ini dijengah... Tapi selalu! Rasenya semua archives aku 'beliau' dah khatam. Kalau nak kawan atau kenal, kawan la betul-betul. Oh well... I do pity their/his/her pathetic life. Memang dah takde life sangat la tu kot?Aku, kalo nak kawan, aku bagitau kata nak kawan... Sebab ade sesetengah blog yang aku minat bace and I let the owners know about it. So, ape cerita main nyorok2 dan sekodeng2 nih... tak best ar... xsuke...

Menyampah.:minimo_24:


alhamdulIllah...

Tuesday, September 23, 2008
bismIllah...


Hari ni dah hari Selasa... Aku balik Perak hari Jumaat. Wah, lagi berapa hari je lagi. Tak sabarnye! Aku nak rilek2 dan release tension memandangkan kebelakangan ni aku tension giler ngan studies... huhu...

Tension giler bila ingat balik... I have a bad feeling about this semester. Aihh..
Dan aku jugak tension sebab nak mencari rumah untuk disewa sem depan... Housemates aku semua nak keluar dari umah ni, so... tinggal aku dan Nini jer... kena ar cari rumah lain... Bosan.

Hmmm... minggu yang stress... sampai berbuka puasa pon aku hilang selera. Dah 3 hari dah... [tapi xkurus pon!]. Dah 2 hari Nini buat yong tau fu. Yang 1st day, sedap jer... tapi hari kedua dah kurang sedap kuahnyer... [aku tukang makan dan komen jer...eheheh].

Aih... xtau nak update ape sebenarnya... Kepala otak serabut... tapi sebab nanti bila dah balik kampung, sure aku tak online... Hmm, dah dekat sangat nak final exams... Tapi preparation macam hampeh [yeke ade prepare???]

Okeylah...
guess this is all...

I miss Regit... so much it hurts...
Will he ever contact me again?
His voice... his laughter... they haunt me...

:minimo_14:


alhamdulIllah...

Sunday, September 21, 2008
bismIllah...

Pagi semalam...

9.30 a.m di examination hall...

Test Math.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


"Courage is going from failure to failure without losing enthusiasm."
Winston Churchill.



:minimo_25::minimo_07:
:minimo_29:.... Sigh.


alhamdulIllah...
Thursday, September 18, 2008
bismIllah...


Aku kesibukan... Maaflah tak dapat nak menjenguk rumah-rumah lain... Aku kena siapkan macam-macam benda...

Padan muka aku... buat last minute lagi... huhu...

So, oleh kerana aku akan hilang dalam radar [dalam erti lain: MAYBE aku tak update, komen2 blog org, kutip tag mahupon terima award atau hadiah etc] dalam sementara waktu, ni aku upload gmbo kot2 kome rindu kat teman...

ekekeke...

@upin02Lokasi: McD Sek. 18
Mood: Tension study...
Updated** Yer, aku xpakai contact lens dalam gambar ni...
Xnampak ke muka ngantuk tu... mane leh pakai lens...
heheh... [cun gak ek mata ori aku?]
:bofu_36:

p/s: Korang pernah tak bace blog yang buatkan korang rase insaf dan sedar secara tiba-tiba? I did... and I must say, it is a true wake up call eventho the blogger himself didn't intend it that way... ini bukan blog kaunselor, motivator etc. Blog yang aku maksudkan sangat biasa.

p/p/s: And that is why I must stay offline for awhile... kang xjadi keje...


alhamdulIllah...


Wednesday, September 17, 2008
bismIllah...

Thanx to Puan Azza - Sedetik Hati for this award...



Daku jarang nak post tentang award cos selalunya lupe tentang msg2 kat tagboard/shoutbox aku tu... sori ar ek...

Terima kasih sekali lagi untuk anugerah ini... di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih untuk teman-teman fellow bloggers yang selalu memberi komen-komen sekaligus menaikkan mood untuk berblog... ekeke... poyo jek ayat

Maka, di sini saya mahu menganugerahkan pula award ini kepada:

Azraie [kerana saya memang mengenali dan berkawan dengan beliau melalui internet ini]

Chokilala [sama juga... kenal dari blogosphere... and i am truly glad i can call u my friend...xpela.. aku tau hang xkan gantung award ni tapi aku nak bagi gak... ]

Sekian, terima kasih.

UPDATED: I just found out that Kreuger gave me this award too. So, thanx Kreuger a.k.a Mr Azman!
@upin02

alhamdulIllah...
Tuesday, September 16, 2008
bismIllah...


I've been tagged by Mr. Izuan to write 15 facts about myself.
So, here goes [aku ni memang tak suka peram tag lame2... ececeh...]



1. Fakta pertama, aku mempunyai parut di muka. Kat pipi. Berpunca dari accident yang lawak dan selalu menjadi bahan ketawa keluargaku. Accident berlaku ketika umur aku dalam sepuluh tahun, dan aku tergelincir atas sabut kelapa yang licin dan mukaku terhentak ke tin cat. Yes, you read it right. TIN CAT!!! hampeh...


2. Aku mempunyai tabiat buruk ketika kecil yang dah berkurangan sekarang. Tabiat buruk yang aku maksudkan ialah menggigit kuku. Aku cuba mengatasi tabiat buruk lagi huduh ini dengan tidak menyimpan kuku panjang... walau semilimeter pun!


3. Aku sukakan bayi. Bayi sangat comel dan mententeramkan. Buat aku sentiasa tersenyum kalau memandang. Tapi aku kurang gemar kalau bayi itu sudah membesar dan boleh bercakap serta berlari ke sana sini tanpa mengendahkan larangan yakni merungsingkan aku. <-- so cannot have a child of my own now.

4. Dulu aku kurus. Tapi sekarang aku dah gemuk. Dulu berat aku 56kg sahaja. Tapi sekarang dah naik 10 kilo. Huhu...sangat ingin kembali ke masa dahulu... di mana mak-mak saudara selalu memuji kelangsingan tubuh badanku. Waaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!:pandacloud_10:

5. Aku sangat suka menonton DVD atau ape-ape jelah filem yang best berbanding rancangan bersiri di televisyen. Aku sangat tidak tahu nak sembang ape kalau orang tanya tentang drama-drama di tv. Sebab aku kurang minat. Aku tak suka nak tertunggu-tunggu cerita tu abis. Plus, I seldom have the time. So, sebab tu la aku suka tengok dvd. Dan sangat gila mengumpul dvd2 cerita-cerita best.



6. Aku kurang pandai memasak. Mungkin kerana aku malas memasak. Yer, mungkin kerana itu. Hal ini demikian kerana aku sudah mempunyai ibu, kakak dan 2 orang lagi adik perempuan yang suka masak. So, watpe aku nak menyibuk2 kat dapur lagi? Wat semak jer... hehe. Tapi mereka malas mengemas rumah dan do other chores. That's where I come in. Hehe... hidup ini kena lengkap-melengkapi, bukan? Muahaha... Ya, aku tahu memasak itu penting. Aku akan berusaha untuk rajin memasak! Chayok2!


7. Aku tidak tahu berenang. Sape nak tolong ajar??? huhu...

8. Aku takut katak. I mean, sangat-sangat takut. Pernah masa sekolah dulu, ade kawan campak katak berhampiran kaki aku dan aku tak bergerak-gerak dari tempat aku berdiri. Then, bila aku gerak, katak tu melompat macam kejar aku!!! Heeee!!! Selain itu, ade banyak lagi peristiwa ngeri aku dan katak. Dahlah tu, sampai sekarang aku percaya cerita Opah, jangan main dekat katak, nanti buta kalau dia kencing kat mata kita. huhuhuhu...



9. Aku gilakan panda. Tarepanda khususnya. Yang background blog aku ni ler...

10. Aku pendiam. Dan pemalu. Anti sosial sikit. Aku sangat tak selesa berada di tempat yang crowded. There were times aku sanggup tak makan dari berebut-rebut beli makanan di kantin sekolah [dulu la... sekarang ni kalau lapar, datangla ribut taufan pun semua ku redah]



11. Adehh.... penat dah aku menaip ni... perut lak lapo. Ooops! hehe... fakta seterusnya, aku tidak makan REBUNG. Hmmm... memang aku kurang gemar.



12. Aku tidak minum lai chi kang mahupun air buah kundur.


13. Aku susah nak percayakan lelaki.

14. Aku tak suka dileter mahupun diarah-arah... tapi kalau aku yang melakukannya, tak pe laa... hehehehe...

15. Fakta terakhir, aku single but unavailable. Believe me, it's too bloody complicated you don't even wanna know.


Dah cukup... penat wo menaip nih... hehe...



Daaa... ngantok ahh... @upin01

alhamdulIllah...
Monday, September 15, 2008
bismIllah...


Hmm... I went home for the weekend, and when I got back, there are 31 emails in my hotmail inbox. Ntah ape-ape jer semuanya... kebanyakan updates from Facebook. Aku dah mula rasa macam nak delete je account Facebook aku. Aku ni bukan bukan sangat Facebook. Banyak sangat applications ntah ape2... Friendster gak yang simple jer. huhu..

Anyway, balik kampung aritu takde buat ape sangat. Aku asyik tido jer cos tak sedap badan*. Cikgu Pah datang hari Sabtu before dia pulang ke Chemor. Sempatla sembang-sembang. Aku rase macam dah lama gila aku tak sembang ngan cikgu. Macam-macam cerita keluar. And of course ade jugak sentuh tentang ketidakpuashatian dia terhadap seseorang. Muahaha...

Anyway, it was fun to be back home. Amirul demam. So, sunyi jelah rumah tu tanpa dia berkejar ke sana sini atau bertanya itu ini... Hmmm...

Aku balik ni, macam-macam perkara yang ditimbulkan untuk pertimbangan aku. Hmm, what do you say to a marriage proposal? Hmm? I really have no idea. :pandacloud_03:

I think I'm not ready yet to be burdened with such big responsibility. Plus, belajar pun tak abis lagi!! Aku plan, insya Allah, nak kawin dalam umur 26 ke... Nak dapat kerja dulu, nak enjoy puas-puas dulu[di sini aku maksudkan, aku mahu berseorangan dan tiada ikatan dengan siapa-siapa] and baru nak bersuami. Aku merasa sangat kelakar bila membayangkan aku menjadi tunangan orang dalam masa terdekat kerana aku sangat-sangat tak bersedia.

Me?? Engaged?? :pandacloud_04: Wow..

I'm just not into it at the moment. Aku tak nak terikat lagi dengan sapa-sapa. Please just let me be... I know I hurt him, but I have a duty to my heart. And my heart doesn't know yet whether you are the one. And I still have my own doubts too.

For me, marriage is sacred. I don't want any bad things to happen. I don't want to be unhappy. Because the fact is, I don't know whether 'he' can make me happy. Or, could he put up with my tantrums and laziness? I'm just not ready yet. :pandacloud_11:

Or...can I make him happy? Can I stand his temper? Can I sacrifice my freedom to be with him? I... I'm not ready yet.

It is a big thing... this marriage thing. It's forever...
And with what I've been through and experienced with my own family, I couldn't help to be extra careful. I don't want to end up like my mother. After 24 years of marriage, ......
Things happened... MASA tidak menentukan apa-apa. Keserasian itu yang penting. Dan persefahaman. I so need someone who really understand me. I am so afraid.

I want to be prepared. But now I know myself... I am not ready yet.
So not ready yet.
I'm sorry...


alhamdulIllah...
Thursday, September 11, 2008
bismIllah...


I am so in a mood to do this 'tag' thing... Obviously this could take my mind away from thinking lots of personal problems...

By the way, aku hanya berminat buat tag sebegini [dan yang tak penah aku wat lg]. Bab menampal2 gambar or yang pelik2 aku malas nak wat. hehe...

So here goes...

Q1. Nama-nama timangan?
- Walaupun aku tidak lagi ditimang, tapi ini aku assume 'nickname' la kan... Well, that would be 'Ana' dan 'Rye'.

Q2. Aku seorang yang...
- Pendiam [kecuali dengan orang yang sangat rapat dengan aku], pemalu [really!], suka membaca, suka suasana diam, agak rumit dan seorang yang suka bersendirian.

Q3. Pets?
- Currently, there isn't any pet kat umah di kampung. But I would like to have a cute, fluffy cat as a pet when I have my own house. Heehee...

Q4. Insan Teristimewa
- Insan-insan yang pernah membuat aku ketawa adalah sangat istimewa. I mean, a real good laugh...

Q5. Lagu kesukaan?
- Uish, banyak gila... sila rujuk entry ini.

Q6. Makanan kegemaran?
- Ni pon banyak jugak... yang utama, halal la kan... aku suka sambal tumis udang@ikan bilis, ayam dimasak ape2 cara, spaghetti, ape2 kek yang sedap, roti, and of course, telur goreng! hehe...

Q7. Warna kegemaran?
- Purple, blue, black, white and pink. In that order.

Q8. Sikap yang membuatkan aku stress:
- LATE. Aku sangat tidak suka menunggu! And I hate to be late!
- Backstabber!
- Sikap sesetengah org yg tidak menjaga kebersihan tempat tinggal
- Suara yang kuat dan mulut yang tidak berhenti bercakap. Stress wo... aku jenis suka diam. So, kalau ade orang tengah sembang2, mesti aku xleh fokus study. And kalo aku tido, mesti aku terjaga kalo dengar suara orang bersembang...

Q9. 3 benda yang mesti ada dalam beg aku;
- Wallet
- Kunci
- Lipstick [bukan lipstick pon... lebih tepat lagi, MoodMagic dari Nutrimetics! hehe...]
Ermmm...henpon xpayah. aku xletak henpon dlm beg. aku letak henpon dalam poket!

Q10. Kali terakhir aku menangis...
- Subuh tadi... Puncanya dirahsiakan. [kang orang kata aku ni emo lak...maleh arr]

Last sekali, siapakah insan-insan tersayang yang mahu daku tag ya...
Hoho... ini dia...
- Abang Popeye
- Azraie
- Hang Lekir
- Akak Musyuk
- Farah
- Yasha@Dayah

hihihi...
sila buat yer...
cayang korunk...

Di sini aku lampirkan kegiatan aku di masa boring... Aku tau korang xleh muntah... kang batal posa... sebab tu aku tayang gambo fotogedik nih... Muahahaha!

:pandaGeli_31::pandaGeli_31::pandaGeli_31:


Hak hak hak...


alhamdulIllah...
bismIllah...


Aku ni bangun tido kul 3.30 pagi tadi...tapi, sampai sekarang xleh tido balik... Dahlah kelas (lab actually) kul 10.30 kang, lambat lagi... petang ade kelas lagi... hmm, riso tido dalam kelas je nih... aihh...

I can't sleep cos I've been thinking a lot... I even composed in my head on what I'm going to write for my next entry... but then, I hesitated cos what I wanted to write was a bit personal... it's about my family... or should I say, it's about mein Vater? again...

People say, and I've read in someone's blog [i don't remember who] that if you tell your secrets to the world, then what's left of you?? So, that makes me hesitate to write about what I've been thinking...

The fact that I this blog actually has readers doesn't help.

Though in the bottom of my heart, I really wanna share this because ... I think ada orang yang berpengalaman yang sama. Maybe they'll understand and give me support. Or... I also think ade orang di luar sana yang care dan boleh bagi pandangan berguna... ahh, I'm giving excuses... the truth is, these thoughts have been bugging me... I need to write about it. But aku teragak-agak untuk menulis sesuatu yang agak peribadi.

Well, we'll see... in the next entry, perhaps? or not... :P

Anyway, I'm heading home this coming weekend... the main reason is to 'berbuka puasa' with the family and to eat my mom's cooking! hehe...
:pandaGeli_32:
That's all for now.
Salam.


alhamdulIllah...
Monday, September 8, 2008
bismIllah...


Kenapa aku buat tajuk blog ini Remember When? Nein, it’s not from a book’s title. Actually, it’s from a song’s title!

Aku pon tak tahu macam mane aku leh download lagu tu. Maybe secara tak sengaja kot. Aku tak tahu pon sape yang nyanyi mulanya. Bila ‘google’, barulah tahu ianya lagu yang dinyanyikan Alan Jackson [aku tak kenal pon Alan Jackson tu sape, tapi obviously singer yang nyanyi lagu country la kot].

1st time dengar lagu ni, memang aku dah suka dengan ayat ‘Remember When’ di awal lagu tu. Tambah pulak, ‘Remember When’ itu sendiri bermaksud ‘Ingat tak bila…?’ yang sangat sesuai kat aku yang suka menulis catatan peristiwa hidup aku untuk diingati setelah berlalunya sesuatu masa.

Selain dari ayat itu, aku suka melodi lagu ni yang best [bagi aku la…u guys shud know that I love oldies song and country song]. Suara penyanyi ni pon leh tahan best nyer tho aku tak tahu la version yang aku download ni dinyanyikan penyanyi asal nya iaitu Alan Jackson atau pon tak. Hehe..

However, lirik lagu ni intro nyer macam hampess sedikit… hehe :P

Sebab tu malas nak wat entry tentang lirik lagu ni…

Walau bagaimana pun, the rest of the lyrics sangatlah sweeeeet! [bagi aku la]

Sometimes I forget what a marriage-phobic loser I am… :P

Title: Alan Jackson - Remember When lyrics

Remember when I was young and so were you
and time stood still and love was all we knew
You were the first, so was I
We made love and then you cried
Remember when

Remember when we vowed the vows
and walked the walk
Gave our hearts, made the start, it was hard
We lived and learned, life threw curves
There was joy, there was hurt
Remember when

Remember when old ones died and new were born
And life was changed, disassembled, rearranged
We came together, fell apart
And broke each other's hearts
Remember when

Remember when the sound of little feet
was the music
We danced to week to week
Brought back the love, we found trust
Vowed we'd never give it up
Remember when

Remember when thirty seemed so old
Now lookn' back it's just a steppin' stone
To where we are,
Where we've been
Said we'd do it all again
Remember when
Remember when we said when we turned gray
When the children grow up and move away
We won't be sad, we'll be glad
For all the life we've had
And we'll remember when

So there…

The reason why I named my blog “Remember When”.

All because of a song.

Lagu yang tak berapa sesuai untuk aku yang belom lagi alami semua tu but I think it’s a lovely song. Made me smiled anyway… :]


That’s all.

Tschüss!

alhamdulIllah..
Sunday, September 7, 2008
bismIllah...


Aku tak tahulah kenapa, sejak kebelakangan ni aku susah betul nak tido dengan lena. Ni aku online jap cos tersedar pukul 3 tadi... dok guling-guling tapi takleh tido balik... so, aku saje online menulis/enaip jap... <---sepatutnya buatla solat tahajjud ke ape ke... jangan contohi sikap aku.

Dah 3 malam aku mimpikan dia... Rindu sangatkah aku padanya? Hmm... yang pasti, dia tidak mahu kami berhubungan lagi... Supaya aku dapat melupakan dia kononnya. Maka, tiada apa yang dapat dibuat dengan perasaan ini... Tapi, aku semakin ketidaktentuan. i hate this...

Aku ada test German petang karang... Aishh... nak study pon maleh. Kenapalah lately aku ni malas sangat?? Virus malas yang susah dihapuskan... Stress!!

Aku dilanda lagi kepeningan otak bila membaca mesej petang tadi... Sesungguhnya aku masih lagi tidak bersedia untuk komitmen. Most people kata orang lelaki yang selalu berproblem takut komitmen, tapi percayalah... orang pompuan pon ade jugak. Lagi-lagi seseorang yang pernah dikecewakan hatinya...

Aihh... pening... pening...

---

Aku juga merasa dalam bulan puasa ini berat badan aku semakin naik. Bila adikku, Nini amik gambo aku tengah duduk bersila dari belakang, aku perasan yang tubuhku makin membesar dari segi saiz. That is so not cool... Matila aku kalo aku gemuk lagi... huhu... Stress dengan kegemukan... Bila stress aku makan coklat. Huhu... lagi naik la badan aku...

:fatpanda::fatpanda: -------------------> :pandaGeli_21::pandaGeli_21:


---

Korang dah ade ke yang beli kad raya? Aku tak beli pon. Tapi tergoda dengan Nini yang dah beli kad raya. Berlambak lak tu...

Hmm... rasenya dah 3 tahun aku tak hantar kad raya kat kawan-kawan. Gile pemalas...
Tahun ni nak antar ke? ermm.. tengok bajet la... Aritu usya2 kad raya, banyak gak yang comey-comey... Tapi aku memang tak suka kad raya ade bunyi-bunyi... Even kalo kad birthday pon aku tak suka ade bunyi-bunyi... Merimaskan. Sebabnya, aku jenis suka bace balik ape yang ditulis... kiranya sangat menghayati penulisan orang yang menghantar la nih... hehe... So, bila ade bunyi2 tu, memang aku jadi menyampah. Kadang-kadang, saje je aku jahanamkan kad tu bagi takde bunyi. Opps!! hehe..

:pandaGeli_11::pandaGeli_11::pandaGeli_11:


Okeylah... aku terasa-rasa seperti hendak menghafal artikel utk noun German. Malehnya lah ade test time weekend2 nih... haih...

Salam.


alhamdulIllah...