Wednesday, November 26, 2008
bismIllah...


Yaa...akhirnya aku online juga walaupun sebenarnye aku guna laptop orang.heheh..
Guess where on earth am I??

I am on board KD Perantau!!

err...usah ditanya macam mane aku leh end up dalam kapal ni.sekarang ni aku dalam bilik officer perempuan yang sebaya aku tapi dah berpangkat Leftenan mcm Mr Chubby Cheeks...[aku jugak belajar x abis2 lg].. Thanx bebanyak cos bagi aku online guna lappy dia... [xtau nak bagi aku wat ape kot...kehkeh]

Malam ni ade main bowling la plak kat dalam base ni. Aku ingatkan aku kena teman je Mr Chubby Cheeks, tapi rupanya organizer dah add aku jadi participant.DARN IT!!

FYI, aku tak pernah main bowling!!! Dan aku tak teringin pun nak main... aku harap aku dapat lari dari main... lagipun jari telunjuk aku seterika...[err... bukan sebab seterika perut ye kawan-kawan...]

Hmm... aku xdapat update banyak2 eventho sebenarnya ade berlambak benda aku dah tulis [tp dlm komputer aku kat umah la]...

yela kan, sesuka hati je nak pakai laptop orang lame2...huhu...btw, thanx sesangat!! dapat lepas rindu kat blog...

aku tak online sebab kat cybercafe Beruas takde internet! bengong tol...maka kerana itulah aku xdapat online... kesian kat aku...macam org gila la dok umah ngadap tv ngan novel je...

dahlah, xtau nak tulis ape dah... seganla nak nulis bila ade orang berpangkat in the same room. :P

till then, miss u all lots!



alhamdulIllah...
Saturday, November 15, 2008
bismIllah...



Yer, aku tau aku kata aku patutnya takleh online kat previous entry. hehe. But turns out, aku tertido xsedar diri semalam. So, kawan aku xdapat nak amik modem. Kejap lg baru nak bagi. :P

Mak ada call Nini semalam...


Mak: Esok nak balik pukul berapa nih?
Nini: Petangla. Pas Nini abis paper. Paper abis kul 5 suku. Lepas tu la...
Mak: Ooo... sampai malam le yek?
Nini: Yup.
Mak: Mmm korang makan la on the way. Malam Mak tak masak kot.
Nini: Okey.
Mak: Nan dah balik dah ni...
Nini: Oh? dah balik dah ek?
Mak: Dah... Sekarang, tunggu musang ngan kelawor* jelah tak balik lagi
Nini: Musang ngan kelawor? Hahahaha
Mak: Yelah... Ana musang, kamu kelawor. Dah malam-malam berjaga. Siang tido je kerjanye.
Nini: Hahahaha... yelah2... tunggu le kami balik... Heehee


*kelawar la tu.


Apelah mak ni... ade lak musang. Panda lah...comey ckit. huhuhu

:pandaGeli_13::pandaGeli_13::pandaGeli_13:

Selamat tinggal rakan-rakan. Gonna miss you lots!
Doakan perjalanan kami selamat.




alhamdulIllah...
bismIllah...


Aku ditag oleh Ushop, pemilik talam kuning. heheh. Tag ni dah lame. So, oleh kerana aku dah habis final dan takde kerja lain nak buat, aku buatla tag ni. Tag ni agak menarik juga. Kena tulis tangan. So, lehla tau samada tulisan kawan2 blogger ni lawa ke huduh.


:pandaGeli_31::pandaGeli_31::pandaGeli_31:

1. Your name/usernama:



2. Left handed or right handed:

I'm a right handed

3. Favorite letter to right:


4. Least favorite letter to right:



5. Write "The quick brown fox jumps over the lazy panda": <---aku ubah. patutnyer dog, tp aku tkr ke panda.



6. Tag 6 people:


In case korang tak nampak [pakai kamera fon je!], aku tulis ni:
- Chokilala
- Yasha
- Kreuger
- Cybernetics Mind
- Penyubiru
- Pujangga Asmara

ITULAH HADIAH DARI AKU UNTUK KORANG! kihkihkih...
buatla kalau free. nak tengok tulisan kome camne sebenarnye... heheh
Aku tau mesti Pak cik sorang ni mesti bengang. dahla xsabar2 nak tau ape 'hadiah' nyer... kehkehkeh...
:pandaGeli_31::pandaGeli_31::pandaGeli_31:


p/s: Ini scheduled entry. kan aku xleh online... Hmm.. lebam meng'upload' weh! huhu




alhamdulIllah...
Friday, November 14, 2008
bismIllah...


Aku dah xleh online malam ni since modem yang ku pinjam dari Mizi ni, kena dipulangkan kembali... huhu. Bosan. So, aku buatla jugak entry before aku memberambuskan diri tanpa khabar berita. Aku terfikir gak nak sign up untuk Celcom Broadband aku sendiri [cos usb modem ni aku punyer, tapi simkad adalah hak milik bestfriendku, Mizi] tapi tak jadila... Umahku di kampung bukan dapat Edge, 3G mahupun HSDPA. So, kalau setakat GPRS yang berkelajuan hampeh itu, rasenya baik la tak payah. Membazir bil sebulan. So, aku akan menjenguk cybercafe kat Beruas tu jelah... tu pon kalau rase mcm ade duit. huhu...

Aku dah berkemas2 dah sikit. Aku akan pulang ke kampung pada petang Ahad, 16hb November. Sampai umah mesti malam punyer. Takpelah. Dah adikku, Nini ade exams petang tu, so kenala tunggu dia abis exam iaitu dalam 5.30 petang. Balik dengan Mr Chubby Cheeks yang sudi mengambil kami. Terima kasih sangat-sangat. nasibaik la beliau tak duty hari Ahad...

Aku nak letak gambar kat entry ni tapi malas bebeno nak transfer gambar2 dari henponku... So aku try Google 'Beruas'. Maka, picture di bawah ni aku cilok dari blog ni >>click me<<. Cam kelakar jer bila bace review orang lain tentang pekan Beruas. hihi


Picture taken from here.
Satu-satunya traffic lights di Beruas.
Simpang ke kiri tu nak ke Ayer Tawar, Sitiawan, Lumut etc.
Kalau terus, jalan ke Parit, Ipoh dan juga laluan ke umah aku.

:pandaGeli_36:


Aih... tak sabar nak balik umah. Nak tido dan tengok tv puas2. Nak baca novel dan cuba kuruskan badan. hehe...
:pandaGeli_33::pandaGeli_33::pandaGeli_33:

Lupe lak, tadi dalam kul 3 pagi aku dan Nini tengok citer hantu dan thriller [kes dvd 3 in 1 la nih]. Best jugak cerita An American Haunting tu!! huhu... takut arr... kitorg tgk sambil bukak lampu. Cerita tu dah lame kan... tahun 2005. tapi aku baru bekesempatan nak tengok. Memang best!!

Pas abis citer tu, kami tengok citer The Hills Have Eyes pulak. Giler ar ganas cerita ni. Ala-ala Wrong Turn. Tiru Wrong Turn. Tapi bagi aku, cerita ni memang best la! Over excited aku menengok cos mcm tgk wrestling plak. Mulut aku pun kecoh <--- kata Nini

Hmmm... ape lagi ek...
Kepada rakan-rakan yang dah habis exams, selamat bercuti! Jangan seronok2 sangat. Ingat Tuhan.

Kepada rakan-rakan yang bakal bercuti sekolah [blogger yang berkerjaya guru mahupun pelajar sekolah], selamat bercuti sekolah! Yeay! Adik aku yang kat IPSM, Besut akan balik. Bestnyer semua ade kat umah!

Kepada yang tak habis exams lagi, JANGAN JELES yer... :pandaGeli_34:

Salam sayang,



alhamdulIllah...
Thursday, November 13, 2008
bismIllah...

Gambar lame nih.
Aku keringkan one of the roses yang diterima time konvo aku.



Seperti yang tertulis, final exams aku sudah pun berakhir. Tapi, hati aku takdelah berbunga gembira sebab aku rasa takut untuk menghadapi akibat-akibat 'kekurang rajinan' ku di semester hadapan. Seperti dialog pagi tadi, ketika aku sedang bersiap untuk ke exams;
"Selamat berjuang" kata Nini padaku.
"Ni bukan berjuang. Ni bunuh diri namanya" jawabku dengan tension.

Yer, tak patut cakap camtu. Tapi aku tahu keupayaan aku macam mane. Memang semester ni I suck! Aku sampaikan terfikir tak nak ambil exams tapi jenuh lak nak cari MC. Dahle kena klinik/hospital kerajaan. So, aku pergi jela amik peksa. Oh well... tak payah nak ingat yg lepas2. tapi aku mmg suka mengenang! it is officially over anyway...(at least for me!)

Pagi semalam, buat first time dalam hidup aku aku rasa macam aku kena panic attack.
Aku nyer exams pukul 9 pagi. Aku dah janji dengan Mizi supaya Mizi ambil aku pukul 7.30 pagi. Tapi pada pukul 7.25 am, dia baru nak panaskan enjin kereta. Pastu katanya nak singgah isi minyak dulu. Semua tu amik masa dalam 15 minit.

So, aku yang tengah tension dan lapar ni terus pergi sarapan dengan Nini. Tak kuasa aku nak tunggu Mizi. Mizi akhirnya sampai dalam 7.45 pagi. Time tu aku tengah makan roti canai dengan Nini. Mood aku macam taik sebab Mizi just apologize sekali dan wat dek je pastu. Takdela nak tanya how I'm holding up etc... Aku dahla tengah marah sebab dia lambat (walaupun 15 minit!)... dia takde wat ape2 untuk legakan hati yang panas ni. And oh, aku memang sangat pantang dengan orang yang lambat. Moody giler aku pagi tadi.

Masa sampai-sampai je kat parking kereta FKA, I suddenly cried so hard my face and eyes went all red. Mizi let me cried for a good 10 minutes before we went up to the examination hall. My friends mistaken my look as 'ni memang muka stay up study ni!!' look. I felt miserable. I even got out early. Patutnya abis pukul 12 pm, but I got out at 11 am. That's just shows how uncapable I was of doing the exams. What's worse, the questions weren't so hard compared with last semester! Mizi said, I could've done it well if I wasn't so preoccupied with other stuff. And that made me even angrier at myself. Mmm... no good to cry over spilled milk, right? God, I feel awful!

Ahh... dahla. Aku tahu aku patut happy walaupun sekejap cos exams dah abis. Tapi sejujurnya, aku takdelah happy bebeno.

Hari ni aku tido je dari petang sampai 11.30 malam sebab badan aku still sakit-sakit sebab period pain. Dan juga sebab aku tak tdo langsung semalam. Lepas exams sempat lagi aku habiskan 1 dvd Sex & The City season 2 yang ade 6 episod. Itulah cara aku lepas geram. Dengan menonton movies. Aku takde mood nak beronline pun petang tadi.

So I guess I should start packing tomorrow cos aku kan dah abis finals! heheh...
Aku still tak tahu nak balik kampung bila. Sebab Nini abis exams 16hb. Lambat lagi. Padan muka! huahua

Ape plan cuti sem ni ek? Aku nak belajar masak dengan Mak kot. Tapi aku juga mahu kurus!! huhu... jadi, macam mane ye? bolehke belajar masak dan kuruskan badan? hmmm...

Lagi, nak buat ape cuti ni ek? Dok membongkang kat umah je ke? Hmm... mesti aku bosan sebab takleh online! ni yang susah kalau umah takde line telefon nih. bosan...

I guess I'm counting on my siblings to make this holiday an enjoyable one. Semua dah berkumpul. Yeay! Bestnye!

Dan Yong aku tak habis-habis dengan nak mengambil anak angkat. Aku tak tahu la kali ni menjadi ke tak sebab yang sebelum2 ni Mak tak bagi dia amik anak angkat. Drama.

Oh, can't wait to go back home!!

I do miss you guys!



alhamdulIllah...
Wednesday, November 12, 2008
bismIllah...


Pagi. 4.25 am

SMSing my Mom...

Me: Mak, risaula paper pagi ni. Ana blur and banyak tak tau. Exam pukul 9 pagi kang. Takleh tido. Takleh study. T_T

Mamito: Relax. Serah pada Tuhan. Ambil air sembahyang solat hajat. Tidor sekejap. Jangan runsing2.

Me: Period. Aihh... tahla. Paper Mate aritu takleh wat jugak.

Mamito: Yang lepas tu biorle... jangan serabutkan otak.

Me: Mm... wish me luck.

Mamito: Ok.


Sorry ye mak kaco pepagi buta. Tapi rasenya mak mesti tengah baca novel kot pepagi buta ni. Cos mesti beliau tak tido kalau leh balas mesej...

Aihh...
Serabut...





alhamdulIllah...
Monday, November 10, 2008
bismIllah....


Aku nak menunjuk 'hadiah' dari Encik Kreuger yang hensem, baik hati dan rajin... Tapi awas ye gadis-gadis, Abang Kreuger dah ada calon isteri... hihihi... :P

Ni ha benda alah nyer... Comel tak??


Logo/Banner created@edited by Kreuger



Cantik tak??? cantik kan??
Ape-ape pun, I love it!

:pandaGeli_09::pandaGeli_09::pandaGeli_09:

Untuk pengetahuan korang, Kreuger tengah rajin nak buat logo/banner untuk blog orang.
Tapi korang kena isi borang la...
Aku lain la... kaki bodek so tak isi borang pun dia buatkan jugak.
ekekeke...

Btw, thanx la kepada mereka-mereka yang telah mengomen pada entry sebelum ni.
Banyak betul tips-tips yang dapat dikongsi bersama...
Sambutan hangat betul... even kaum lelaki pun teruja nak komen!
wakakaka....

:pandaGeli_31::pandaGeli_31::pandaGeli_31:


alhamdulIllah...
Sunday, November 9, 2008
bismIllah...


Amaran: Khas untuk wanita sahaja. Entry kali ni agak ntah ape2. Emosi tak stabil.

Hmmm...
What do you do to reduce the pain of your monthly flow????
I'm in pain... A LOT!!
Takleh study aku dibuatnye!
Aaaaa..... sakit..... huhuhu....

:pandaGeli_21::pandaGeli_21::pandaGeli_21:

Mm...
Finally I tried this...
.
.
.
.
.

tada!!


of course la aku guna Mr Pinky jadi model.
Kang korang nampak perut sexy aku, meroyan plak kang!


Err... this method actually works!!
Ini la first time aku wat gini.
Selalu telan panadol pink je.
Tapi ade orang kata tak baik makan ubat.
So, sesape yang tengah sakit senggugut, leh la wat kaedah ni yer.
Selamat mencuba.

Oh..okey.. nak sambung bertungku...

Kan aku dah kata entry kali ni ntah ape-ape
eheheheh...


Btw, Yasha kata nak wat entry 'kewanitaan' ini jugak.
So, tgk kesinambungan di blog dia yer...:pandacloud_14:







alhamdulIllah...
Friday, November 7, 2008
bismIllah...


Pukul 3.24 pagi.

Aku lapar. Nini pun lapar. Tapi kami malas masak. Dah bosan makan mi segera. So, aku dan Nini pun merancang ke kedai makan.

Yer, kami tahu dah lewat. Tapi perut lapar sesangat... nak makan roti canai banjir rasanya... Kedai makan tu dalam 50 meter dari rumah. So, Nini cadangkan kami bawa sesuatu untuk protection... manelah tahu ade orang kacau kami yang comel lote cantik jelita ni...



Lokasi: Kedai makan di Jalan Plumbum V/7V
Nini bersama Air Wick Spray bilik kami.
Langkah berjaga-jaga.

p/s: Aku malu nak bawak cos besar gedabak sgt benda alahnyer...



So.... ade sapa-sapa nak sedekah pepper spray?



Balik2 umah terus berblog,



alhamdulIllah...
Thursday, November 6, 2008
bismIllah...


Petang tadi exams Thermodynamics II. Aku punyelah risau sampai aku takleh tido... Pas Subuh baru tido kejap dan bangun semula pukul 7 pagi. Yang kelakarnya dan juga hampeh, aku boleh tersilap yang paper Thermo aku sebenarnya pukul 2 suku petang dan bukan 9 pagi. So, aku lepak kat bilik classmate aku kat Kolej Mawar jela. Nak tido pon, dapat la lelap dalam sejam sementara nak tunggu time exams. Bila bincang2, rase macam lagi banyak yang tak tahu. huhu..

Ape-ape pun, paper Thermo dah berakhir. Aku harap-harap lulus la cos carry mark/course work aku sikit beno markahnyer. So, kena wat paper final betul2. Tapi... itulah... nak buat betul-betul tu yang susah cos aku punyer time management semester ni macam hampeh. Padahal aku agak minat dengan subjek Thermo nih... sebab masa diploma dulu, aku dapat A utk Thermodynamics dan jugak Air-cond and Refrigeration. Bila dapat A, rase suka la jugak ngan subjek tu walaupon yang degree ni lagi banyak dan lagi detail benda yang kena belajar.

Tapi aku harus akui, minat aku bercambah dengan subjek ni cos first time aku belajar subjek Thermodynamics ni, lecturer yang mengajar tu sangat-sangatlah best. He was very strict tapi dia kelakar giler. Dia memang pandai tarik minat students. Aku amik wat intersesi untuk Thermodynamics ni [masa diploma], so agak risau la nak belajar subjek killer dalam masa sebulan jer. Dahla aku sesorang je pompuan dalam kelas cos girlfriends aku yang adela dalam 5, 6 orang semuanya tak buat shortcourse/intersesi/short sem [girls mekanikal batch aku memang ckit. Tak sampai sepuluh orang]. Risau la gak cos xde geng kan... heh... Tapi alhamdulillah, dapat score. Dear PM Muhammad bin Abd Razak @ affectionately known as 'Encik Mat' [of Uitm Penang's FKM], YOU ROCK!!!Grin

How I wish aku dapat belajar Heat Transfer di semester akan datang dengan dia... Tapi dia kat Uitm Penang! huhu...

Oh, menulis tentang Penang, how I miss Permatang Pauh, Butterworth, Bukit Mertajam, Seb. Jaya and 'Pulau' Pinang!
Lame tak naik feri ke pulau...
Lame tak jalan-jalan Batu Feringgi...
Study kat Carrefour Seb. Jaya, makan pasembor...
Tengok wayang kat Megamall Penang, tunggu bas kat Summit...
Naik motor dari Permatang Pauh ke Beruas, Perak...
dah lame giler aku tak merempit jauh2...
Aihh... rindu semuanya...

Aku rindu lah dengan burger Hijrah yang dijual dekat Pangsapuri Idaman. Aku tak jumpa lagi burger sesedap itu! Dengan sos dia yang sedap dan banyak... mayonis yang banyak... sayur yang banyak... daging yang juicy.... arghhh... sedapnyer... rindu nak burger Hijrah!!!
--- mmm seingat aku namanya memang Hijrah... eheheh...

:pandaGeli_32::pandaGeli_32::pandaGeli_32:

Btw, ade Jaya Jusco baru bukak kat Perda. Teringin aku nak menengok camner rupenya... Senang giler la budak-budak nak melepak. Tak yah pergi jauh-jauh... aku rasa cam nak gi Penang je cuti ni...

Hmmm... next paper is on 12th November. Nasib baik gap panjang. Time exams ni aku rase dah berbelasmovie yang aku tengok... Dari wayang, dvd sampailah ke movie yang didownload.

Antara movie yang aku dah tengok:
1. High School Musical 3 ---> best! paling suka part 'The boys are back'. Zac Efron sangat hensem dan cute okay! kinda like a human version of Ken. Only better. Heart
2. Tropic Thunder ---> Haha... Layan! best gak dan paling tak sangka watak yang dipegang Tom Cruise. Dah last2 baru aku perasan itu Tom Cruise. Citer ni 18SG or 18PL kalo xsilap. Ganas!
3. My Best friend's Girl ---> Tak best!!! aku tgk sbb ade Kate Hudson je...

DVD's and downloads:
4. The Other Boleyn Girl - aku beli dvd ni sbb Natalie Portman berlakon. Best gak bagi aku.
5. August Rush - dibeli sebab boyfriend nombor 7 aku berlakon. Jonathan Rhys Meyer yang hensem giler!!! Aku memang terpukau dengan mata dia yang cantik.
6. The Superhero Movie - download. rase cam tak berbaloi kalo tgk kat cinema.
7. The Happening - download. aku br tgk tadi. hmm... best gak. Arahan M. Night Shyamalan.
8. Gone Baby Gone - download. Citer arahan Ben Affleck dan adik dia Casey Affleck berlakon.
9. Never Back Down - download. Citer lawan-lawan. Best! Hero hensem! ade tahi lalat tepi bibir!
10. The Ruins - download. Best gak. Aku suke cos saspen la jugak. Thriller. Tak kusangka Laura Ramsey yang berlakon dlm She's The Man berbogel dlm movie ni [walaupun sikit]. Ciss...
11. The Alpha Dog - dvd pinjam dari Muhshi. Nak tengok Justin Timberlake berlakon je. heh
12. Apocalypto - dvd pinjam dari Muhshi. Cerita ganas yang best gile bagi aku. Tinggal kesan.
13. Heartbreak Kid - download. Yer... aku baru nak tengok citer nih... dulu xtgk cos xde masa.
14. Incredible Hulk - download. baru tengok cos time citer ni kuar dulu aku xdela teringin sangat nak tgk cos hero xhensem. mueheheh... citer ni biase je la bg aku...
15. American Pie: Beta House - download. hehehehe... Layan...


ermm... tu jer kot. movie-movie ni aku tengok dalam time musim exams ni. Kekadang, aku tak buka komputer tapi Nini yang bukak. Dah dia layan movie, aku pon 'ter'join jugak la...

Tapi ade 2,3 movies yang ditonton before musim exams lg. So... janganlah nak kata aku asyik layan movie jer.

:pandaGeli_19::pandaGeli_19::pandaGeli_19:


alhamdulIllah...