Wednesday, December 31, 2008
bismIllah...


Hmm.. cepat betul masa berlalu... Dah nak mula tahun yang baru. Time-time macam ni mulalah semua orang bising-bising tentang azam tahun baru. Aku plak? ermm... aku jarang dan memang tak pernah pun pasang azam baru. Semua benda macam biase jer... everyday is a struggle...

Anyway, aku tahu tahun 2008 ni aku banyak buang masa dengan benda-benda tak berfaedah. Well, bukanlah keseluruhan.. :pandacloud_01: Tapi secara spesifiknya, dalam 5 bulan kot. Semester 5 aku yang ntah ape-ape. Yer, kehidupan seorang pelajar yang masih belum bekerja semestinya revolves around studies kan... Hmmm... aku berAZAM mahu berusaha dan lebih serius tahun ni. Huhu... lepas semester ni ade praktikal plak. I have no idea nak praktikal kat mane... errr... nervous dibuatnye... :pandacloud_03:

Secara rasmi, patutnya semalam aku dah mula kelas. Tapi aku tak pergi pon kerana virus M masih ade sikit-sikit. Pastu, consider yang 1st day banyak kelas tak ade lagi... so, harap-harap kelas yang ari Selasa takdela kot. :pandacloud_14:

Hari ni ade kelas pukul 8.30 pagi ( aku naip entry ni lepas midnite. takleh tido plak). Yer, aku akan pergi. Insya Allah. Ermm... kena bangun awal cos rasa-rasanya ramai housemates yang kelas pagi. Kena berebut bathroom. Pastu kena bangun awal cos nak kejar bas lagi... huhu... Bile mak nak pos motor ni... :pandacloud_10:

Tersebut tentang housemate, rase-rase macam nak cerita tentang rumah sewa. Macam biase, aku dok sebilik ngan Nini di bilik paling kecik sekali. Macam sem lepas jugak la. Bezanya, ni umah sewa baru. Rumah ni tingkat atas sekali. Penat gila nak naik. Eh, aku dh citer tentang ni. Well, yang bagusnya tentang umah ni ialah ianya di area agak ke depan jugakla kalau nak banding dengan umah sewa lama. So, kat sini banyak kedai-kedai makan kat jugak pasar mini. Kira senang giler nak makan, beli barang, topup, fotostat etc.

Semalam aku menghabiskan masa yang terluang kerana tak pergi kelas dengan mengemas. Aku memang rimas kalau barang-barang berlonggok tak kemas-kemas. Kalau kelemahan aku adalah malas masak, tapi aku rajin mengemas! [rajin ke? boleh la...] ok ler kan... hehe... So, sebelum memulakan ape-ape misi berjuang, kenalah prepare environment kan... walaupon takdelah kemas sangat [kekurangan ruang dan perabot], tapi still... selesa la ckit.

Memula pasang almari baju orang bujang... Agak lame gak aku dan Nini mengerjakan benda alah ni... asyik tersilap pasang jer... huahua...


Nini's. Sampai bengkok-bengkok besi tu dibuatnye.



Akhirnya siap.
Wardrobe yang selalu kelihatan di mana-mana rumah sewa student. :pandacloud_14:


Hmm... yang wardrobe pink tu aku nyer la.. alhamdulillah boleh guna lagi... dah nak masuk 3 tahun usianya. Zip jer ade rosak dan cover tu ade koyak ckit. tapi still okey...

K lah, it's already late. Kata nak bangun awal pergi kelas... hehe... Well, akhir kata, selamat menyambut tahun baru!

Selamat tinggal 2008!

:pandaGeli_26::pandaGeli_26::pandaGeli_26:



alhamdulIllah...
Monday, December 29, 2008
bismIllah...


Bangun-bangun tido terus mandi pastu makan. Adik aku selamba badak tido lagi. Even sekarang tak bangun lagi. Padahal tido sama-sama kul 3.30 pagi. So, oleh kerana aku bosan takde teman nak menyembang, aku pun on la laptop dia. Nak bukak laptop aku, malas sesangat cos my laptop dah seasoned. Lembab giler. Aku kena format balik la... hmm... I hope I get to buy new one this semester.

Anyway, I am currently listening to Circus by Britney Spears. Best jugak lagu ni. Tapi aku rasa macam lagu Womanizer lagi best. Or maybe sebab lagu Circus ni baru lagi ku dengar. Ape-ape pun, download beb. hehe... Tapi memang lagu Circus ni aku nanti-nantikan cos Max Martin yang buat. FYI, Max Martin tu memang terer buat lagu. Mesti hit punyer. Aku tak berapa ingat lagu ape yang dia tulis cos kaset-kaset ori lame semua kat umah.

Aku memang suka Britney sejak zaman dolu-dolu lagi. Lantakla dia berproblem ke hape ke... yang aku tau, dia je penyanyi yang best. Leh kata semua lagu dia best2. Aku suka ar lagu Circus. Nak tgk video, click here. [jangan salahkan aku atas segala visual yang mengganggu]


Gambar ni gambar lame kan... waktu ni nampak baik jer. Sweet!
huhu..


Petang ni nak mengangkut barang-barang yang ditinggalkan di rumah kawan-kawan. Adeh... berpeluh la... Dahle umah baru ni tingkat atas sekali... Leh kurus gamaknye sem ni. :D

Banyak lagi benda tak kemas. Adeh.




alhamdulIllah...
Sunday, December 28, 2008
bismIllah...



I am now back in Shah Alam. Honestly, I wish I am still in Beruas enjoying the tv and novels. By the way, buku cerita New Moon dan jugak Ketika Cinta Bertasbih Episod 2 dah selesai aku baca dalam tempoh 24 jam. Terer tak... hehe... Aku ni memang giler baca buku cerita especially cerita yang best bagi aku la...


Buku New Moon tu sambungan dari Twilight. Aku memang nak sangat baca sambungan dia. Begitu jugak dengan sambungan cerita Ketika Cinta Bertasbih. Semua ade aku cerita di sini. Thanx to Mr Chubby Cheeks for buying me those. :)



Seronok bila dah baca kesudahan Ketika Cinta Bertasbih. Akhirnya Anna kahwin jugak dengan Azzam. hehe... oops! lupe nak bagi spoilers alert. :P Tapi satu jer yang aku tak puas hati ngan novel ni. BANYAK GILER TYPO ERRORS! Come on la, buku ni bukankah dikeluarkan oleh penulis yang glemer? Takkan la buku dia ade banyak kesalahan ejaan. Tak puas baca. Pemalas betul orang yang check novel ni before terbitkan. Berbeza tol ngan buku Ayat-Ayat Cinta yang seingat aku takde salah eja, malah siap ade terjemahan lagi di bawah halaman. Kira bagus la cmtu kan... or... adakah sebab buku tu glemer gila? ermm... aku harap, buku-buku lain dari author ni takdela salah eja lagi. Sangat melunturkan fokus membaca.

Hmm... aku masih takde mood nak study lagi. Jadual pon macam hampeh. Dengan result yg teruknyer... Arghhh!

Anyway, aku online dari cc jer nih... bile tah nak daftar broadband...

Daaa...

Wassalam.





alhamdulIllah...
Friday, December 19, 2008
bismIllah...

The result was out yesterday. I was horrified and quite shocked. It was bad. Really bad. No need for details, eh?


Enough to say, I totally blew it. Never in my life did I get such bad examination results. Worse than when I was in my 2nd semester diploma. I actually broke down when I got the news. Giler sedey…


However, after crying my eyes out for about an hour… I knew the bad result is my fault. No need to blame anyone else la kan… I was such a mess last semester. Remember the pre-exams entry? How bad I felt? All because of the chaotic schedule I led. I waste lots of my time doing stupid and unnecessary things rather than study. Shame on me. :(


I was very dispirited after finding out about the result actually… But I know I have to keep on going. I have to have a degree. I just have to! I hope Allah will bless me and give me the strength to finish my study. I really need that. Cos I feel so weak right now…


CM, thanx for ur sms asking me about my results and wishing me luck. Sorry for not telling you how I did. Hp maxis takde credit maa… (alasan) =P


Mizi, thanx for checking my results. I appreciate it. I’m sorry I was impatient. Oh, sorry too for being annoying. =P


OnePolar, thanx for calling and help me feel better with your advices. I hope you’ll get well soon. =)


Tiger, thanx for calling… even for 2 minutes. It felt like you still care. I’m surprised. And surprisingly glad.


Mr Chubby Cheeks, thanx for trying to comfort me. Thanx for listening to my cries and God knows what inaudible nonsense I said when I broke down. Thanx for coming to see me (why didn’t you tell me you were coming?!) even when you have other plans.


AlhamdulIllah… thanx for the result. It is a wake up call. I will try to do better. Give me the strength…

Dear readers, doakan semangat baru ni bukan sekejap!

That’s all for now. Cheerio!

Senang takkan dapat tanpa susah, tapi susah memang senang dapat tanpa susah payah” ~ Jangan Tidak-Tidak, Dr. Tuah.






alhamdulIllah...
Wednesday, December 17, 2008
bismIllah...


Dah nak habis cuti semester ni, makin rancak la aku memenuhkan aktiviti-aktiviti merayap. Today, aku join Mr Chubby Cheeks dan pakcik-pakcik navy yang lain berkelah di Ladang Alaga. Actually, tak tahu ape nama betul tempat tu. Hutan Lipur amenda tah... tapi sebab entrance nyer dari Ladang Alaga [atau estet] di Trong tu, so... bubuh nama Alaga jelah. :)

Masa mula-mula nak pergi tu, Mr Chubby Cheeks datang amik aku time Zohor. Then, baru pergi. Actually, aku bukannye nak pergi sangat pon. Maleh cos bagi aku Alaga tu bukan best sangat. Best lagi Ulu Licin. Tapi, navy-navy tu kononnya nak berenang... dan Ulu Licin tu air tak berapa dalam... That's why nak gi Alaga.

Yang kelakarnya, kereta Mr Chubby Cheeks yang sampai dulu barulah 4 kereta yang lain. Padahal Mr Chubby Cheeks singgah Beruas dulu. Tunggu aku bersiap lagi... ermm... kesimpulannya, kalo dari Lumut nak ke Alaga tu lalu Beruas ler cepat sikit...

Sampai-sampai jer terus prepare nak bakar ayam, ikan pari dan sosej. Aku yang blur cos xtau lak beria nak masak-masak camni just tolong sikit-sikit jer. Segan giler... Dahle aku tak berapa kenal... dan pemalu gitu... kehkeh... So, dah bertambahlah kenalan wanita iaitu Kak Ira dan Dila... diorang isteri kepada kawan-kawan Mr Chubby Cheeks. Btw, they rocks! sedap ar ayam perapan Dila dan bihun+agar-agar Kak Ira buat! Aku?? Mentekedarah jer... lol. Sungguh hampeh kan... tapi nak wat camne, aku tak plan nak pergi pon. Even baju spare pon tak bawak. Abis ku rembat baju Mr Chubby Cheeks. ;P

So macam biasa, nak letak gambo... heheh..

Aktiviti membakar ayam sedang dijalankan


Tak sabo nak makan dah ni..


Tengah nak nolong ape yang patut...


Makan time!



Sejuk giler masa terjun dalam air ni... huhu


Well, itu jela aktiviti arini... Takdela lama sangat berendam sebab hujan turun. Takut hanyut dibawa arus. Aku takdelah enjoy sangat cos tak puas berendam. Cos takde tempat nak lari sangat... Dahle bertudung kan... huhu

Anyway, hari ni aku enjoy sangat! It was great walaupun hujan... maybe sebab aku dah lame tak buat benda-benda camni...

By the way, barulah aku paham perasaan orang yang dah agak berumur tapi tak kahwin lagi macam mane... Yelah, bila dah dikelilingi ngan orang-orang yang dah kahwin... Rase semacam jugak... erk... Abaikan.

Klah, that's all for now. Kali ni aku online dari KFC Ayer Tawar yang ade wifi. Tapi bateri laptop ni dah nak kong... diorang tak bagi pakai power supply plak. Ciss...
Takpelah... so long people... Take care dan selamat menghabiskan saki-baki cuti semester... hehe

p/s: Result periksa dah nak kuar esok... Doakan aku!! (T_T)




alhamdulIllah...
Monday, December 15, 2008
bismIllah...
Aku online di McD Manjung sekarang... guna laptop Mr Chubby Cheeks kerana daku dah xde tenet. heheh.. nak upload gambo-gambo pegi Cameron Highlands hari Jumaat lepas.

Mulanya plan nak pergi Taiping jer cos kami [Mamito, Cikgu Pah, Nini, Diyana dan aku] tak pernah pun ke Taiping Sentral... saje-saje ar jenjalan... Leh gak bersantai di Taman Tasik Taiping yang cantik dan tenteram tu. Tapi, plan hanya tinggal plan... cos tetiba Cikgu Pah bagi cadangan pergi Cameron Highland lak... FYI, keluarga kami dan Cikgu Pah sendiri memang selalu gila pergi Cameron, Leh kata tiap-tiap tahun mesti pergi punya la... So, last Friday merupakan kali kedua aku ke Tanah Tinggi Cameron untuk tahun ni. Bezanya, kali kedua ni kami tido sana. Best weh!

Hotel Rosa Passadena, Brinchang

Kami tido di Hotel Rosa Passadena di Brinchang. Inilah first time kitorang tido hotel. Selama ni kami dah 2, 3 kali gak tido kat Cameron ni tapi tido kat apartmen yang disewa. Tapi kali ni malas nak masak-masak, so tido hotel jelah. Cikgu Pah tersayang yang sponsor. Hehe...

Kali ni banyak gambar makan-makan jer... Dah puas dah asyik amik gambo ngan pokok bunga dan ladang teh. So, enjoy the pictures!


Amik air mineral semulajadi dari bukit...


Budak comel main kuali di pasar... hehe

Cikgu Saripah dan Mamito depan Strawberry Moment


Diyana (Daybab) dengan makanan dier...





Makan time!! bersama sponsor utama. kehkeh..




Tart strawberry kegemaran cikgu...








Memang best pergi Cameron kali ni cos dapat tido dan makan dengan selesa [hotel dekat pekan Brinchang so senang la nak merayap]. Kalau nak honeymoon lagi best. Sejuk jer... ekeke... :D


Okeylah... that's all for now. Till then, adios!



alhamdulIllah...
Thursday, December 11, 2008
bismIllah...


Mengemis Kasih ~ The Zikr

Tuhan, dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku di lorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah

Semalam sudah sampai ke penghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi ku ulangi kembali
Gerak dosa yang menghiris hati

Tuhan, dosaku menggunung tinggi
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmatMu di bumi

Tuhan, walau taubat sering ku mungkir
Namun pengampunanMu tak pernah bertepi
Bila selangkah ku rapat padaMu
Seribu langkah Kau datang padaku



Nota kaki:
Lirik lagu ni ada dalam buku lagu masa Form 1

Meaningful words...
Buat aku selalu ingat akan dosa,
Mengingatkan untuk selalu bersyukur kepada Allah SWT





alhamdulIllah...
Wednesday, December 10, 2008
bismIllah...



I can't sleeo. Haven't sleep.

I always thought being alone doesn't mean being lonely. Well... most of the time I'm comfortable by being alone. No annoying voices trying to strike up conversation, no stupid jokes and no awkward moments.

But now I feel like I am missing something. Do I miss you? Eww... I hate this feeling. I feel weak. But I guess, it is definitely okay if the feelings are mutual. Only... I don't know how you feel.

I do miss you. Your laughs. Your jokes. And you always teased me. We fought over silly things. Then, we're best friends again. You're so crazy but I adored you.

I wonder what are you doing now. I wonder whether you think of me the way I think of you. I wonder...

I am unhappy right now. I don't feel well. I wish you can be by my side right now. Cheering me up. Yes, that's impossible. I know. How I wish...

I'm sorry for any wrongdoings that I've done. I hope you'll forgive me.

I'm dreading the coming days. I fear of what my future would be. I miss talking to you about my problems. My fears. And I longed for the comforting words you used to offer me. Most of all, I yearned for your attention (God, I sound pathetic!)







Pleasure of love lasts but a moment,
Pain of love lasts a lifetime.
Bette Davis






alhamdulIllah...
Monday, December 8, 2008
bismIllah...


Rupa-rupanya, lepas Mak aku dan adik-beradikku yang lain pulang ke rumah dari umah Pak Ngah petang tadi, aku mendapati Mak pon macam kena demam gak. Well, bukan Mak jer, Yong pon demam. Balik-balik terus terbongkang depan umah dan merengek-rengek kat laki dia. Getik aku. haha =P

So, dalam umah ni yang bersoh-seh soh-seh [bunyi selsema] adalah 3 orang. Tapi aku rasa macam yang lain akan berjangkit jer... Amirul dan menunjukkan tanda-tanda nak demam. Senyap je budak tu.

Aku tengah mengulum Strepsils masa menaip entry ni. Obviously aku takleh tido cos hidung tersumbat. Dan juga tak selesa nak tido. Ala... lagipon awal lagi maa...

Aku rasa cranky giler arini. Dan jugak marah dengan seseorang yang tak tefon aku. *Tefonlah aku! aku nak mengadu aku rasa macam nak tembak orang je nih!* Huh. Geram. I guess, sesetengah orang kalau dapat cuti, memang tak ingat orang lain dah...

:pandaGeli_10::pandaGeli_10::pandaGeli_10:

Kepada kawan-kawan yang lain, jagalah kesihatan dengan baik.

Sekian, terima kasih.

---



*memang entry yang takde benda. kehkeh






alhamdulIllah...
bismIllah...


Tekakku sakit. Nak telan air liur pun susah. Ni mesti sebab banyak sangat minum air berais masa di umah Yong. Dan masa on the way balik Beruas plak, melalak-lalak lagu Abba dalam kereta dengan Yong. Mane tak sakit tekak... Selsema tu macam biase la... hari2 aku selsea. Telinga pun berdengung je nih. Ni tanda-tanda demam...or should I say, dah demam dah pun... ermmm...

Patutnya pagi tadi pergi umah Pak Ngah kat Panchor, Pantai Remis sebab Kak Ija bertunang. Tapi aku sorang je tak pergi. Tak larat. Dok melepak atas katil. Dah nak Zohor baru mandi... huhu...

Tak bestnyer sakit tekak ni... nak cakap pun susah. adeh...kepala aku dah mula sakit. Aiyak...
Tapi demam-demam aku, nak jugak nulis blog. Entah ape-ape...

Semalam aku delete sorang kawan kat friendster sebab aku mendapati bukan dia yang view aku selama ni. Tapi awek dia. So, bagi mengelakkan dari di'stalk' lebih lama, aku delete jer la. Tak pe ke ek? Aku bukan nak gaduh or marah kat kawan aku ni, tapi... aku tak suka awek dia 'stalk' aku. Nak kawan buat cara nak kawan beb... huahua... ermm pastinya period yang bakal tiba membuatkan aku moody dan macam cepat terasa. Ahh pedulilah... kalau aku nak kontek kawan aku yang aku delete tu pon tak susah kot cos kami share kawan-kawan yang sama... betul tak, Bedah? =P

Pagi tadi dapat call dari kawan lamaku, Yus. Lame giler aku tak dengar berita dari mulut dia sendiri. Selama ni kawan-kawan yang bagitau cerita dan update dari dia. So, bila dia call dan tanya samada mak aku mengajar budak main kompang lagi, aku dah agak ni mesti sebab dia nak pinjam kompang or hire orang men kompang kat kenduri kawin dia. Dia dah bertunang beberapa bulan lepas. AKu tak ingat bila. Cam aku kata tadi la, dia dah lame giler tak kontek aku. Well, dia merupakan manusia pertama yang noticed aku masa aku masuk high skool. 1st surat cinta yang aku pernah dapat pun dari dia la. Alahai... kenangan beb. Sayu plak bila ingat dia dah nak kawin dan aku ni calon pun macam tak tahu sape... huahua... Semoga berbahagia selalu hendaknya.

Pagi ni jugak dapat sms wish selamat raya haji dari Cikgu Pah. Dia pun dah lama diam jer. Aku pun sama gak cos aku jenis kalau call orang tak dapat/tak angkat, mulalah malas nak call lagi. Macam tu jugak ngan mesej. Tapi cam biase ar... Cikgu sibuk. Tadi mesej tanya bila mak free cos maybe nak mulakan aktiviti bergebang macam dolu-dolu. Aku pon rindu kat Cikgu. Cam lama jer tak bergossip. hehehe...

Tinggal tak sampai sebulan dah cuti semester ni... Hujung bulan dah nak mula semester baru dan kena pulang ke Shah Alam semula. Dan tak lupa juga, result periksa dah nak kuar dalam seminggu lagi... Adehh... cuak gilababi weh... Waa...

Erm lupakan sekejap hal tu... Hari ni aku nak wish Happy Birthday to Mr Chubby Cheeks yang ke 28 tahun! Selamat menjadi tua walaupun rupamu tak nampak tua.... yet. haha... Doaku semoga dikau bahagia sentiasa, dimurahkan rezeki dan panjang umur. Bila nak belanja buku cerita lagi?? kehkehkeh... aku memang kejam. =P

Hmm...for someone who is currently down with fever, entry kali ni agak panjang jugak ek... macam tak demam jer.haha.. tapi sakit tekak dan selsema tak hilang lagi... huhu...

The boys are playing PS2. Tak habis-habis ngan game bola. Getik aku menengoknyer...

Klah, that's all for now. Wassalam.





alhamdulIllah...
Saturday, December 6, 2008
bismIllah...

AMARAN: Entry ni banyak gambar. hehe...

Pada hari ini, Aku, Yong, Nini, Wan [abg ipar], Amirul dan Ano [anak saudara Wan] telah pergi memancing di Taman Alam Kinta, Batu Gajah. Kami mula memancing pada waktu tengah hari. Walau bagaimana pun, cuaca mendung. Maka, tidaklah kami kepanasan. Hari yang sesuai untuk memancing! Cumanya, gambar-gambar yang diambil tidak cantik kerana kekurangan cahaya matahari. Tambahan pula, aku hanya menggunakan kamera di telefon bimbit sahaja.

Taman Alam Kinta, Batu Gajah, Perak.


Menuju tempat untuk memancing

Sudah lama aku tidak memancing. Ini adalah pengalaman memancing pertama setelah bertahun aku tidak memegang joran. Kali terakhir aku memancing adalah pada zaman sekolah menengah di tahun 1998-2002 di kolam ikan arwah Haji Wahid berdekatan SMKRS, iaitu sekolah menengahku dahulu.

Walaupun aku suka memancing, tetapi aku takut dan sangat geli untuk meletakkan umpan cacing di mata kail. Masa dulu-dulu pun, kawanku yang meletakkannya. Aku hanya memancing sahaja. Hari ini, Nini dan Ano yang memasang umpan. Yang lain...hmmm... Tengok dan tunggu giliran sahaja. =D


Memasang umpan cacing

Selesai memasang/meletak umpan, bolehla mula memancing. Aku hanya menggunakan batang kayu sebagai joran kerana aku tidak biasa/reti menggunakan joran kekili itu.


Pancing menggunakan batang kayu


Tak kisahlah... yang penting, dapat pancing ikan juga! Aku dapat pancing 3 ekor tilapia yang bersaiz besar ['standard' yang kami dapat tangkap]. Kalau ikan kecik, selalu betul kena! Yelah kan, aku memancing di gigi air sahaja. Mmm... menyampah nak kena buang semula. Dan bab nak buang kail dari mulut ikan pun aku tidak buat juga. Aku takut! Hehe...

Apa-apa pun, keseronokan memancing sangat terasa bila dapat ikan! Tambahan pula, banyak ikan di sini. Letak sekejap dah kena. Tapi ikan kecil la kebanyakannya. Boleh kata hari ini saya mendapat ikan kecil sebanyak 80% berbanding ikan besar. :(

Ikan kecil yang kami selalu sangat dapat

Tapi ada juga dapat ikan yang boleh tahan besar tau! Cuma gambar aku dapat ikan besar tiada! Takde sape yang tolong ambil gambar. Huhu... Takpelah, mari lihat gambar-gambar mereka yang dapat ikan dan sempat diambil gambar:


Muka-muka gembira semasa memancing...

Nasib baik kamera tak jatuh dalam air!



Seronoknya!


Okey, setelah beberapa jam, kami pulang ke rumah dengan hasil tangkapan kami hari ini. Boleh tahanlah... Semuanya ikan tilapia! hahaha


Hasil tangkapan: ikan tilapia

Baiklah, itu sahaja untuk kali ini. Jumpa lain di 'entry' seterusnya. Masa untuk menyiapkan makan malam. Aku harap, aku boleh makan ikan-ikan ni. Sebab, aku sangat jarang makan ikan air tawar. Mak tak pernah beli mahupun masak. Tapi disebabkan sekarang di rumah Yong di Batu Gajah, aku pun makan sahajalah. Tak nak banyak songeh pula.

Okeylah, sampai sini saja.

Assalamualaikum.




alhamdulIllah...