Friday, February 6, 2009

Adab meminjam barang orang

bismIllah...


Kepada kamu yang telah diberi pinjam barang, silalah pulangkan semula. Sekiranya hilang, silalah ganti. Namun, jika tidak mampu, perkara itu boleh dirunding. Bergantung juga kepada tahap simpatiku dan juga betapa bagus gaya penyesalanmu itu.

Namun, jika kamu dengan selamba badak sumbu tidak rasa bersalah kerana tidak memulangkan barang itu ke tanganku dengan selamat, sememangnya aku sangat-sangat marah. Rasa nak sahaja aku jerit sekuat hatiku dekat telingamu yang memang suka dengar bunyi kuat-kuat itu. Aku terfikir juga, tapi... mengapa pula nak menjamu kamu dengan suara nyaring, kuat lagi merduku ini, bukan? Maka, aku hentikan niat itu.

Tapi hati aku tetap membara. Kenapa kau agak biol dalam adab meminjam barang orang? Tidakkah kamu sedar bahawa barang yang kau gunakan itu bukan milikmu? Dan barang itu agak mahal juga? Barang yang kau pinjam bukanlah cawan plastik mahupun sudu, wahai kamu...

Adakah kamu sengaja tidak mahu pulangkan barang itu?? Sebab aku menegur perbuatan kamu yang mengganggu ketenanganku? Begitukah? Tapi tidakkah kamu sedar bahawa memasang lagu kuat-kuat selepas tengah malam sangat menyakitkan telinga? Ditambah pula dengan lagu yang tak sedap? Aku memang pantang betul bunyi bising-bising ini... sebab itulah aku pinjamkan kamu barang itu. Supaya aman sikit malamku dari bunyi-bunyian ala disko dari komputer ribamu itu.

Tapi kamu? Boleh pula kamu hilangkan barang yang dipinjamkan! Malah dengan tidak merasa apa-apa kamu menyatakan barang itu sudah tiada di tempat yang kamu letakkan. Mengapa letak di situ? Mengapa tidak serahkan padaku terus??? Sangat-sangat aku tidak paham dengan sikap tidak amanah dan bertanggungjawab yang kamu pamerkan!!!

Sudahlah tu, aku dimarah oleh adikku kerana meminjamkan kamu barang dia. Ya, aku memang kedekut nak bagi barang aku. Sebab perkara sebeginilah.

Oh... Ya juga, aku memang kakak yang kejam. ;)

Tapi itu tidak bermakna kau boleh hilangkan barang yang dipinjamkan! Silalah cari sampai dapat. Sekarang, kamu masih bising lagi! Aku sangat benci dengan sikapmu itu! Pergilah bising-bising dalam bilik! Tahu pula mengganggu teman sebilik, ya?? Tapi, mengganggu orang dengan bunyi bising dari ruang tamu itu tak mengapa pulakah???

Adakah kamu mahu aku bertukar menjadi ganas mirip gambar di bawah ini??
bodo piang...



alhamdulIllah...

14 comments:

Mr PenyuBiru said...

kpd yg pinjam barang penjaga panda yg comel ni (panda yer yg comel,bukan penjaganya) sila baca blog ni. harap maklum.


psstt! psst! kpd peminjam barang,cuba try jgn pulangkan,aku mau lihat owner ni jadik ganas.hik3..

n i e s h a said...

uiks..sabar kak..takut tul bile tgk panda tu jadi rupe cenggitu..naik tegak bulu2 tenkuk tu..hehe

ChaiReeL AziZee said...

ko .... x sehat ke?...

ViNN said...

saba..saba..jgn dibuat muke bengis itu..

Ryehanna said...

Ryehana to Mr Penyubiru: heheh.. penjaga panda pun comel jugak lah! hahaha..

btw, u dont wanna see me get angry [ayat ciplak citer Hulk]

Ryehana to Niesha: haa..jadi cenggitu sebab amarah yang marah le tu! huhu

RYehana to Chaireel Azizee: aku mmg x sehat. bace twitter ke?
sengggut ar... tension aku.

Ryehana to Majin: Of course la tak. i kan comei.. hahahah

ezany said...

tu la.. da pinjam kena la bertanggungjawap..

erk.. jgn la tuka jd cam gamba tu.. ganaz jer.. :p

Riezal said...

risau gak aku.. bila penjaga panda tu bertukar jadi.. kontek lens dah ijau :)

uShop said...

mode panda amok sudah kembali..! *sambil membanyangkan muke ko jadi cm panda tu~

p/s: medical treatment for senggugut = NONE! sian korang dak pmpuan.

Ryehanna said...

Ryehana to Ezany: heheh..mmg ganas giler kan... >:P

Ryehana to Riezal: dah lame xpakai lens hijau. xde bajet. belanje?? heheh

Ryehana to Ushop: Tau aku period kat twitter ek. hahaha

ko cipta la ubat wei.. sakit dow!

Mr. Azman @ Kreuger said...

miahaha... power... pedas giler
ayat nko ek. boleh buat perencah
tomyam. keh keh keh... kalau letak
ketoi ais batu ni.. kompom kejap
jer cair. miahaah... sabo dek, sabo~

aku pobia kalau nko bertukar jadi
panda mengamuk... banyak bulu seh.
nanti masuk dalam mulut time
nak makan mee rebus... hahaha~

*tak baik marah-marah. suruh jer die ganti.. no excuse~

cybernetics mind said...

hehehe...
dah masak sgt ngan mender2 camni,
duit xpecially..sampai jadi terbalik
pulak....org yg pinjam buat derrrrq jer...

kalo rasa2 tk terucap di mulut...
mohon laa dari ALLAH agar org tu dibukakan hati utk bertanggungjawab ke atas apa yg dia dah buat...InsyaAllah makbul :)

sickchild said...

dari panda comel sampai ke panda ganas. sume ade. hahaha gila ah kau. haha

sickchild said...

dari panda comel sampai ke panda ganas. sume ade. hahaha gila ah kau. haha

Ryehanna said...

Ryehana to Kreuger:
weh.. sesuka hati kata aku byk bulu! :P btw, aku dh dpt dh bnda yg dipinjam tu...

Ryehana to Cybernetics Mind: Alhamdulillah semua dah settle...

Ryehana to Sickchild: Aku pulak yang gila? gila panda jer... xper ar tu.. hahah