Thursday, March 26, 2009

Praktikal di mana weh?

bismIllah...

Kebetulan aku agak free malam ni walaupun sebenarnya ade kerja kena siapkan. Assignment ler...ape lagi... huhu.

Rupa-rupanya ramai lagi kawan-kawan sama batch dengan aku yang tak ada tempat nak praktikal lagi. Aku ingatkan tak ramai... (cos terdengar perbualan budak-budak lelaki dengan lecturer masa tunggu lif)

Aku ada apply 3 tempat. 2 di Shah Alam dan 1 lagi di Seri Manjung, Perak. Yang kilang-kilang di Shah Alam ni kata tak amik budak-budak praktikal. Okey. Nak buat macam mana kan? Aku paham la... maybe sebab ekonomi gawat ni... dah le nak buang orang, ape kes nak amik budak2 menyemak lak kan...

Yang di Perak pulak, punyelah banyak halangan untk bercakap dengan orang yang in charge training cos asyik unavailable. Dalam 5 kali aku call baru dapat cakap dengan encik yang handle budak-budak training. Sekali check, rupa-rupanya dia tak dapat surat permohonan dari aku! Damn.

"Takde suratnya... kalau awak nak, awak boleh send lagi. Maybe ade problem masa awak send tu kot". Kemudian dia komen cara pengeposan aku bla bla bla...
"Okay. Kalau macam tu, nanti saya hantar surat lagi lah"
" Jurusan apa ya?"
"Kejuruteraan mekanikal"
"Eh... apa sesat perempuan plak dalam mekanikal ni?" dia gumam sendirian tapi aku dengar.
Aku sengih je. Macam la dia nampak kan. Tak tahu nak jawab apa.

" Awak serius nak mintak training di sini ke?"
"Kenapa pula, encik?"
" Saya takut awak tak selesa jer. Yelah, kerja-kerja teknikal ni berat... awak nak ke panjat-panjat kapal semua tu?"
"Hmm.. tak pe kot. Kalau dah kerjanya macam tu"
"Isy... saya risau awak tak selesa je. Awak ni perempuan... tapi kalau nak, apply jela... Tapi saya tak pastila diterima... kalau saya..." Toot. Terputus. Lagi sekali. Actually ni perbualan kedua cos call sebelum tu terputus jugak.

Tak kuasa dah aku nak menelefon lagi cos line maxis kat rumah aku ni macam gampang siot je.

So camne ek? Mintak je la kot. hehehe... Cambest plak.

Ada lagi satu tempat di Manjung yang aku sedang dalam proses nak mintak latihan. Tapi kerjanya tak susah la... Takut aku tak dapat apa-apa pengalaman sangat. Ahh mintak jela dulu... ape-ape kes, kena dapat satu surat maklum balas yang mereka terima aku untuk berpraktikal.

Susahnya kegawatan ekonomi nih...

Kawan-kawan aku yang boys dan budak palapes (navy) semua mintak praktikal kat Boustead Naval Shipyard dalam base TLDM tu. Settle dah pun. Jelesnya aku.

Jaket mekanikal Abg Tapa kurun bila tah yang aku rembat. Tetiba je pakai jaket UTM kan... hoho.. (tapi jaket mekanikal UiTM lagi cantiklah)


Apa-apa pun, aku bersyukur aku dilahirkan sebagai seorang perempuan.



alhamdulIllah..

9 comments:

Azam said...

lain macam je cara encik tu bertanya...rasa cam tak best jer

Ryehanna said...

tau xpe.. mcm xmo bagi wat praktikal je kan.. huhu.. tp syg la, tempat ni mmg ade training centre.

ushop said...

"kalo dh kerjanya macam tu"

kah kah. adakah itu ayat pasrah ko..

erm rasenye, boleh dapat kot.

iye la, kalo sume yg apply kumbang2. tetibe ade sekuntum bunga terselit, mesti die amik buat penyeri xDD

meza said...

dulu time aku nk apply praktikal pun cmtu gk, payah nk dpt. last2 minute br dpt. so bsabar je la yek.

ChaiReeL AziZee said...

wahh..sudah praktikal yer...ko naik2 kapal...best r..haha....tp mintak je..try nasib..kan kan kan..eheheh

Riezal said...

Rye, dalam masa gawat ni.. apa2 offer peluang.. di depan mata tu jangan ditolak.. coz u never know.. macam mana pengalaman yang u dapat nanti.. yang penting dapat masuk praktikal tu.. timba pengalaman and skills.. apa pun always buat background check on the company.. do so study.. macam mana enviroment.. situation.. the best thing cari sapa2 yang kerja dekat situ dapatkan email.. tanya pasal enviroment.. workplace,workload kat situ. All the best rye..

Ryehanna said...

To Ushop: Haha.. mmg ayat pasrah. aku ni mmg xreti ckit nak cakap formal2...:P

hopefully aku diconsider gak la cos jd sekuntum bunga di kalangan kumbang2... hehehe


To Meza: Tula..semua org ckp cmtu. hopefully ok. tgh bersabar la ni. huhu


To Chaireel Azizee: Kebetulan company yg aku mintak tu mmg supply alatan kapal..tu yg dia mention panjat2 kapal semua.. hehe


To Riezal: Yup. mmg tgh apply ni. apply je semua asal dapat...

thanx for the tips by the way :P

sickchild said...

woiii.
aku salute gila lah wey minah mekanikal.
haha lagi lagi lawa cam muka kau weyyy. ganassss.
i loike i loike.
hahahahah.
aku pun dalam proses nak mintak tempai praktikal =,=

cik EPAL said...

yes..bersyukur jadi perempuan ;)