Thursday, March 12, 2009

A quick update

bismIllah...


- Aku tak tahu kenapa aku tak boleh nak update blog, upload gambar mahupun membalas komen-komen di entry. Bengang betol. Ada masalah ngan komputer ke? sejak clear cookies aritu... adei...(sekarang tgh update blog dari ptar4 uitm. Ngeee)

- Weekend ni (Ahad) berkemungkinan nak pergi kenduri kahwin kawan kat Negeri Sembilan. Sorry Majin, ko lambat ajak. Lagipun aku dijemput ke kenduri ni dahulu oleh bakal pengantin lelaki.

- Setiap kali aku sedar yang tarikh untuk final exams semakin hampir, aku mulalah rasa nak terberak. X(

- Duit loan dah makin sikit. Sempat ke nak hidup tanpa call Mamito di kampung untuk masukkan duit? Tapi Mak memang dah warning, "Kalau tak cukup pun, cukup-cukupkan jugak". errr...

- Aku takde tempat praktikal lagi nih! Kenapala company2 ni tak balas-balas lagi surat? Weh! sesapa nak amik aku praktikal tak? Aku berjanji akan bekerja bersungguh-sungguh! Contact la aku... hehe

- Aku jeles betul ngan umah sewa sorang kawan aku kat area Pusat Komersial Seksyen 7 ni. Petang tadi pergi study kat umah dia. Rumahnya lengkap dengan perabot dan segala macam mak nenek. Tak macam umah sewa student! Jelesnya aku! Best gila dapat tuan rumah kaya camtu. Sewa RM900 jer. Takdela sampai seribu. Cuma diorang dok berempat je. Banyak habis duit tu... huhu (aku dah bagi hint mcm nk masuk rumah tu, tapi macam xde harapan je... huahua)

- Aku baru dapat tahu awal pagi tadi, Mr Chubby Cheeks baru kehilangan nendanya yang tersayang. Dan dia dah bergegas pulang dan tiba ke kampungnya di Pahang pada 6.45 a.m. Aku doakan beliau tabah dengan kehilangan ni. Semoga roh nendanya dicucuri rahmat.

Sekian.




alhamdulIllah...

8 comments:

cybernetics mind said...

amacam...
ari tu dah try tanya
Lumut Power Plant ker
pasal tmpat practical tuh..???

hehehehe...
sebenarnya kita sama2
tengah rasa nak terberak ni
...wakakakakak :)
aduyaiiii...statement ganaihh
tk kaver langsonggggg

ELeEa said...

Emmmm...try tnya kat gomen lak utk pektikel 2..
mana la tau dpt...
ana amik kos pe?
kat tpt eleea pun ada nih...
=)

ikram.hakimi said...

minggu update blog lelaju eh skang?

Suhaila said...

garang mak...
da warning sesiap ni haaa...
"Kalau tak cukup pun, cukup-cukupkan jugak"...
lau suhaila mau nanges nie...
huhuhu.

mati kutu lau takder duit.
dalah suma sumber kewangan jauh jauh...
ase nak terjun katil double dacker jerk,
hahaha...

jom duk umah suhaila.
complete gak suma.
dalah duk berdua jerk,
nganganga.
sewa rm100.
yang penting line tenet clear,
huhuhu...

aperpom,
semoga eppi sokmo tau.
jangan nanges nanges,
sop... sop... sop...

chokilala said...

sorry lama tak singgah blog ko. bukan tanak gi tau, tapi tak berkesempatan. aku sms ko, ko xreply pun? sedih i nyah

haha. kalau govt nanti tak dapat elaun sgt kan? ko gi la apply, sambil kelip2 mata cantik ko tu. hehe

weyh, aku dah minum innershine yang pati beri. bersedialah, tak lama lagi ranking mata ko akan terjejas. lol

ie3za said...

mak aii..garang nyer mak hihi..

fiezafadilla said...

biasalah student. memang selalu tak cukup duit. ;P
tunggulah dah keje nanti.... sure lagi tak cukup duit. hehehehe

Ryehanna said...

yer, mak mmg mcm tu. dah warning awl2 dah.

To CM: ANa x apply pun power plant lumut tu. jauh sgt dr beruas. xde tmpt nk duduk. ana apply area shah alam je...

adoiyai..xsempat nk bls semua yg komen. sakit perut n xde masa lak. dahla komp kt bilik tu xleh nk komen2. ape2 pon, thanx tau cos komen!