Sunday, March 8, 2009

Sila nyah dari kaunter itu!

bismIllah...


Aku memang ingat nak update blog ni sejak semalam lagi, tapi busy la plak. Pagi semalam ade test, petang lak merayap. So, aku update blog aku yang lagi satu. Senang je. Letak-letak gambo jer. heheh.

Hari ni agak membosankan kerana takde apa-apa program. Aku bangun tido pun time azan Zohor cos tengok dvd sampai pukul 4.30 pagi. Nini lak time aku tgh tido, dia bukak lagi dvd lain. Aku tak sedar dia tido kul berapa. Tapi memang time aku bangun, dia dok megholoh (tido) lagi la... But I think it's okay since we're in the red zone. haha (refer previous entry)

Aku ade benda nak lepas geram tapi tak reti nak bercerita. Biasala aku... heh.
So, ikuti perbualan di bawah untuk dapat idea umum.

Nini: aku baru balik fotostat notes nih... ko tau, beza betul kalau fotostat kat kedai cina.



Aku: Nape lak?


Nini: Takdela... aku baru je macam lalu kat depan kaunter kedai, baru terjenguk sikit, terus sorang apek ni terkocoh-kocoh datang dari dalam kedai. "Nak fotostat ka, amoi? nak fotostat ka?" tanya banyak-banyak kali.


Aku: ...


Nini: Bagus betul kan? Tak henti-henti senyum. Siap tegur-tegur. Punyelah suka kalau kita nak fotostat dengan dia. Kalau kedai melayu tu, usah harap. Muka masam macam hape lagi.


Aku: Tahu takpe. Takkan ko lupa aritu? aku nak fotostat bab dari buku teks. Ade ke halau aku ke kedai lain!! Mangkuk tol.


Yer, ade pekedai ni memang aku menyampah betul. Hari tu, aku ni bawak la satu buku text (yang tebal giler) ke kedai fotostat dekat umah aku. Aku bukan nak fotostat satu buku actually. Beberapa chapters jer.

Aku masuk kedai dan cakapla nak fotostat. Then, akak ni bila nampak buku aku, leh dengan muka toya cakap kat aku, "Boleh tak pergi kedai fotostat depan tu?" (malas nak fotostat la tu!)

No, no. dia cakap cmtu ke... dia cakap cmni kot, "Kedai depan tu bukak tak? Boleh tak fotostat dengan akak depan tu?" (sambil jeling kat kedai di seberang jalan)

Aku terkedu sekejap. "So, tak nak fotostat la nih??"

Dengan senyum pun tidak, bersuara pun tidak, dia boleh geleng-geleng kepala jer.

Hampeh. Mangkuk hayun. Dalam hati dah berbakul sumpah-seranah. Boleh jer aku kata, "Kalau tak nak fotostat, kenapa dalam neraka* kau tulis dan advertise besar-besar yang ko ade khidmat fotostat, printing, and all the works??"

Beruk mat yeh betul. Geram aku.

So, aku pergila ke kedai seberang jalan. Nasib baik tak hujan. Kalau hujan.... eiii....

Aku masuk-masuk je kedai, sepi takde orang. Pulak dah. Nak kata time lunch, baru pukul 11 pagi. Aku bagi salam. Dah masuk dalam kedai pun. Boleh jer nak rompak kedai ni. Semua benda dia tinggal macam tu jer. CCTV pun takde. Tapi aku ni bukan perompak, dan aku memang nak sangat fotostat bab-bab dalam buku teks ni, so aku terjerit-jerit la jugak. Sebab ade macam cubicle tempat orang melepak dalam kedai tu. Yela kan, aku pun paham. Mungkin dia boring nak duduk kat kaunter lama-lama walaupun tu memang kerja dia. Lepas beberapa kali bagi salam, barula ade orang keluar. Nasib baik ko senyum. So, aku pun bagila buku text yang nak difotostat 4 chapters tu. (4 je pun!!)

Point aku di sini ialah, pekedai-pekedai yang tak semenggah tu orang Melayu. Itu yang aku kecewa sangat. Dahla kat sini ramai student. Student uitm. Memang sah-sah Melayu dan bumiputera. Cubalah bersemangat sikit kerja. Dan juga beradab. Nampak sangat beza dengan apek yang Nini cerita tu.

I found out later that the first shop I went to didn't phostostat books. Thick books. Ape ke bangang. Nak je aku amik gambar kedai tu dan korang tengok sendiri dia advertise dia punyer servis macam mana. Sebesar alam bannernya. So, of course la kita expect dia mesti ade fotostat buku. Padahal aku bukan nak fotostat satu buku.

Kot yer pun, takleh ke CAKAP dan BAGITAHU aku yang dia MALAS nak fotostat buku? Instead, dia suruh aku ke kedai lain. Minta maaf pun tak.

Confirm aku tak pergi dah kedai tu untuk fotostat.
Nasib baik berlambak lagi kedai fotostat kat Seksyen 7 ni.


*Ayat Mr Kahuna. mm, aku mmg mudah dipengaruhi dengan penulisan dia..



alhamdulIllah...

10 comments:

Anonymous said...

-yashygkacak-

toh dia... pestime tgk ang dok maki hamun nie... dasat ehh! aku pown dok ketaq2 da nie.. tggai tak tekencin ja.. bhakhakhakk! awat nie dok marah2... besa la tuh.. sabaq na.. pi kedai len banyak lagi kan.. huhuhuh.. lagi satu ang guna nama blog aku wei!! bayaq2! oooooo~ mentang blog aku da tak wujud! ngahhahhaa! lol

Suhaila said...

tuelah beza melayu ngan bangsa asing,
PEMALAS!!!.

bila tak maju cakap orang len pakai ilmu,
kunun nak jatuhkan diorang...
orang macam nie,
pikir aper,
da "KAYA"...

tunggu diorang nak lingkup nanti baru nak tergadah...
haihhh,
idop melayu zaman sekarang nak goyang jerk...

cuba hang pi fotostat tue bawak kete besaq,
ader bodyguard lak iring hang turun kete...
hang lak pakai spek itam,
jambul kuaq dari tudung,

jangan takat sebijik buku,
satu lori buku pom dier sanggup angkut nak tolong fotostat tau...
aiseyman...
"MELAYU MUDAH LUPA"

Suhaila said...

tuelah beza melayu ngan bangsa asing,
PEMALAS!!!.

bila tak maju cakap orang len pakai ilmu,
kunun nak jatuhkan diorang...
orang macam nie,
pikir aper,
da "KAYA"...

tunggu diorang nak lingkup nanti baru nak tergadah...
haihhh,
idop melayu zaman sekarang nak goyang jerk...

cuba hang pi fotostat tue bawak kete besaq,
ader bodyguard lak iring hang turun kete...
hang lak pakai spek itam,
jambul kuaq dari tudung,

jangan takat sebijik buku,
satu lori buku pom dier sanggup angkut nak tolong fotostat tau...
aiseyman...
"MELAYU MUDAH LUPA"

Mr. Azman @ Kreuger said...

stended... kedai mane mane pon...
yang tokeh die orang melayu..
memang karek nak mampos. dari
kedai potostat sampai la kedai Cyber
cafe... lagi le kerek.. cam sial jer.

aku lagi suke bagi org cine kaye
kalau ade tokey kedai melayu yang
perangai macam otak letak kat perot.
sengal nak mampos~

Azam said...

uish..kedai mana tu..nak tau jugak..mana tau ter pi kedai tu..

Izuan said...

Betul tu.. pernah juga mengalami kejadian macam ni.. kita nak tolong perniagaan dia.. boleh plak buat macam tu..

Thanks for the comment.. nanti movie tu kuar jangan lupa tengok.. saya recommend sangat2..

13may said...

hehe hehhe hehhe....kurangkan fotostat...


hargailah alam sekitar :D

Ryehanna said...

To Yasha: hang baru tau ka aku ni teruk kalau mengamuk? heheheh.

weh, mane der aku ciplak nama blog ko. dah lame dah aku buat label 'Lepas Geram' la syg oi.. hik hik


To Suhaila: Yup...yup... setuju sesangat. entah kenapa la kan... hopefully boleh berubah. ingatan utk diri sendiri juga. huhu


To Encik Azman: Ko selalu lepak cyber cafe eh??
ermm.. aku harap org yang xsesuai keje yang perlukan diorg jmpa org ni keje kat hutan je. layan beruk ke rimau ke.. hehe


To Azam: Alah.. kedai area pusat komersial sek.7... nak tau kedai mana, YM me. hahaha


To Mr Izuan: Yang biadab nyer bila suh org gi kedai lain...mintak maaf pun tak. hangin betul...

ermm.. no problem nk komen. hehe..yup, rasa nk tgk la citer tu. cos i minat heliza gak. :D


To encik 13may: Kalau namanya student, selagi tu xmungkin akan dapat lari dari menfotostat ape2 benda...
but that doesn't mean i dont try to save the environment.

at least, i don't smoke cigarettes... hahaha (amik kau!)

yOnnA said...

sengal!bodoh piang!bangang!!
next time ko tempek je gambar kedai tu! biar semua tak pegi kedai sana! huh
taknak fotostat thick book konon!
ckp la elok2 kan!

but seriusly,mmg kedai2 melayu gitu la. tak reti nk ckp lek lok lgsg! huh

sabar2 babe,ko fotostat kat kedai cina je lepas ni hehe

Ryehanna said...

memang aku fotostat n print kat kedai cina je pasni,, huhu
bukan xnk tolong, tapi sebab servis teruk. kita pun ada perasaan dan nk kejar masa jugak...