Thursday, May 14, 2009

I miss blogging...

bismIllah...


I miss writing entries for this blog!


And how I miss blog hopping and twittering!! huhu


Tapi nak buat macam mana kan, dah kena berpraktikal…


Setakat ni semuanya okey. Best jer... Walaupun company ni nampak kecik je, tapi ada cawangan kat Johor dan Sabah. Fyi, company aku praktikal ni give service and supply barang-barang perkapalan untuk kapal-kapal kat pelabuhan tldm.


Aku tak masuk lagi kapal or buat benda teknikal yang teruk+letih. Rileks ar... baru 1st week. heheh... Kena Kursus Induksi dulu before masuk kapal. Ntah bila kursusnya aku pun tak tau. Risaunya kalau masuk kapal nanti. Aku ni bab membukak benda-benda alah leh la.. tapi bila kena pasang balik, memang fail. Huahua...


So, ape yang aku buat minggu ni?

Tolong-tolong kerja kat admin office kebanyakannya. And semalam first time kena bancuh teh untuk bos. Muahaha... Nak merasa air teh budak praktikal buat kononnya. Sekali aku tersalah amik uncang teh. Aku pergi bantai bancuh teh misai kucing. Dah siap buat baru Kak N tegur. Mane la aku nak tau ada 2 jenis teh. Aku pakai amik jer. Ahh lantak ah.. elak kencing manis...bukti aku sayang kat bos-bos aku... haha :D


Ada 3 orang je pekerja perempuan kat company ni termasuk aku. Aku selalu jadi bahan usikan. Tapi saham dah turun cos semua dah tau aku ade bf. Aritu Abang Tapa datang hantar lunch kat aku (cos aku xde keta, mak yg hantar pg kerja) so mane yang ada kat office nampak la... adei... segan aku... Tapi budak-budak pekerja kat sini memang suka betul mengusik. Yang tak sedap dengar tu bila aku dipanggil ’Akak’. Tak suka laa... Huhu.. aku tua sangat ke... T___T


Minggu pertama ni aku tiap-tiap hari kena bangun pukul. 5.45 pagi. Pastu memandu hampir sejam ke tempat kerja. Aku akan keluar dalam 6.50 atau paling lewat pukul 7 pagi. Setakat ni punch card takde merah lagi. Tapi tersangatlah bengang tahap gaban bila terpaksa mengekor bontot lori. Demm.. kalaulah kereta boleh terbang. Sebab tu tak suka bawak keta!


Fyi, aku dah jumpa bilik untuk disewa!!


Thanx to those yang ada tolong aku carikan bilik sewa di Manjung walaupun tak berjaya.Bantuan anda amat2 dihargai walaupun takde rezeki. Thanx sebab respons!


Next week dah boleh berulang dengan motor serta bangun tido pukul 6.30 pagi. Wahh tak sabarnya! Mak dah carikan bilik untuk aku menumpang. Well, aku akan menumpang kat rumah cikgu yang sama sekolah dengan Mak. Kebetulan suami cikgu tu outstation ke Sabah sampai pertengahan bulan Jun. So, leh la aku dok sekali. Aku tak sure lak cikgu tu ada berapa orang anak. Mmm takpela... alhamdulillah syukur sangat. At least, takdela letih drive.


Aku paling malas bila nak drive balik Beruas. Rasa macam lama sangat. Jalan ke Beruas lak lengang, takde keta sangat nak race-race. Bengkang bengkok lagi. Dahla tu, bila balik kerja badan aku letih sekaligus buat aku mengantuk!! Bahaya tol. Sebab tu aku prefer merempit. Kalo naik motor, tak pernah lagi aku mengantuk2 ni. Best naik motor cos aku suka bawak lelaju (padahal takdelah laju mana pun) and I love to feel the wind on my face! :D


Hmm..

ngantok la plak…

Aku ni, pas Maghrib jer memang terus tertido tak ingat ape dah. Tadi ingat nak tengok la berita pukul 8. Adelah dalam 5 minit aku tengok tv. Pastu tv tengok aku. And macam biasa, pukul 11 lebih atau 12 lbh tengah malam mesti aku terjaga. Hmm.. tadi sempat layan CSI back to back. Serious shit lame giler tak tengok citer kat tv.


Maybe dah terbiasa menaip kat blog (macam nulis diary le kan…), so here I am… writing again… Padahal takleh nak terus publish cos modem Abg Tapa amik. Aku suruh dia update blog. :D


K lah, till then…

I really miss blog hopping!!!

T___T



Salam sayang,


2.34 am.

14 May 2009

alhamdulIlah...

13 comments:

MOMOSHIRO JASZ said...

praktikal leklok.... huhuhuhu....

Pepejal said...

Huhu.. baru kau rasa keje macam mana kan? Pepejal kalau boleh nak belajar je sepanjang hayat..tapi bukan pegi kelas.. buat research je.. duduk asrama pun tak pe.. Takde le hidup kita ni dijadualkan.. bila nak bangun.. bila nak tidur..

Anonymous said...

hehehehe rilek arr.. aku bangun 5.30am tiap ari, pastu kena mengadap traffic jam dlm sejam lebih baru la sampai opis... layannn... aku tua dalam keta jer... yeah..yeah..yeah
-dodi-

Rjuna said...

opis ko dah cam tempat jin bertendang aku tengok, banyak anjing plak tu

lepas Grad nanti kawen leh duduk kat TLDM huhu

Ryehanna said...

To Jasz: Thanx. I will... ;)

To Pepejal: Hmm.. tp blaja pn bosan gak. especially bila blaja benda x minat. huhu

To Dodi: Hahaha... giler sedih ayat 'tua dlm keta' tu... sgt xbest ok.. :(

To Runa: memang tmpt jin bertendang. hahaha...
btw, xmo ar dok dlm base. xbest. org nk duduk Tmn Lumut Indah. wakaka

Anonymous said...

hahaha itulah hakikatnya... everyday aku spent 2 hour of my precious time dalam keta je.. pergi dan balik keja... huhh...
-dodi-

Ryehanna said...

same ar.. buang masa betul.
tp xpe, by next week aku dh xpayah ulang alik jejauh setiap hari! ho yeah!

inspirasiizra said...

cam best je praktikal kat situ,,
kalu bab engineering memang syok,,
tempat tu kat area mane ek,,

samanosuke_04 said...

hehehe, selamat bekerja.. baru ko tau camne bekerja.. selama nie duk dpn pc jeer tau.. haha

Ryehanna said...

To Inspirasiizra: bolehla.. best gak.. tmpt ni kat kawasan perindustrian manjung :)


To Samanosuke: Hahaha.. ha ah la. baru la aku tau bekerja mcm mane... penat dow! tp blog ttp xkan diabaikan... hehehe

uShop said...

balik malaysia ni, secepat mungkin akan ke opis informer jakim Aku. nk wat cm abg tapa ko, tayang muke, bg saham die turun.

Ryehanna said...

Hahahaha...
giler kejam...

tapi xpe, itu sngat2 lah sweet oke... ;)

uShop said...

kejam ke?
lagi panas bile die kene gossip ke, kene usik oleh pegawai2 lain yg gatal kat situ.