Tuesday, May 5, 2009

Mamito

bismIllah...


This entry is a response to a friend's entry on his mother.

'Mamito' and 'Labuela'


So here I am... writing about my Mother. Affectionately called 'Mamito'. Tapi standard orang kampung, panggil Mak je sebenarnyer... :D

Mak dilahirkan pada 12 Julai 1959 di Perak. Aku tak sure Mak lahir di Jeliyang atau di Beruas.. Lupe la plak. Nama penuh Nor Mahinar binti Pandak Abdul Jalil. Tengok tu nama Tok aku.. ada Pandak tu. Memang 'pure' orang Perak punyer.. hehe. Mak dikenali sebagai Ena di kalangan adik-beradiknya (Anna --> kan bunyinyer Ena) dan Mak Cik di kalangan anak-anak saudaranya (sebab 2nd bongsu).

Pendidikan awal di SK Beruas, Perak kemudian ke SMK Raja Shahriman, Beruas. Abis SRP (kini PMR), Mak belajo pulak kat Sekolah Kolam Ayer (kini Seri Puteri). Kat Sekolah Kolam Ayer ni la banyak betul kenangan manis Mak. Kami selalu dok menganga jer dengar Mak bercerita kenangan2 masa dia sekolah dulu. Mak jadi pengawas dan antara pelajar yang banyak kawan. Tapi bila dengar citer sedih, kami pun turut terasa syahdu gak la. Ape taknya, family Mak bukan kaya. Kalau aku bercerita kang, panjang plak. Okeh. Pas habis SPM, Mak masuk Form 6 kat Buyong Adil, Tapah. Result STPM agak kureng, so Mak masuk maktab. Maktab Pendidikan Ilmu Khas atau MPIK, jadi cikgu Kemahiran Hidup. Mak aktif jugak la sukan ni... Hasil dari penyelongkaran album lama, ada gambar pakai swimming suit kat swimming pool maktab, ada gambo main bola tampar, bola jaring dan sebagainya. Tapi ntah kenapa, takde sorang pun anak perempuan Mak ikut aktif sukan. he he he (anak lelaki jer yang aktif sukan)

Tapi, kalau kami anak-anak perempuan tak mengikut suka bersukan, kami mewarisi minat membaca dari Mak. Mak aku memang ulat buku. Suka sangat-sangat membaca buku cerita. Semua buku omputih lak tu. Mak punyer faveret author ialah Sandra Brown. Novel melayu usah harap Mak nak baca. Tapi kami takdelah camtu. Kitorang bace gak novel melayu. Kami (aku dan kakak aku) pernah kena marah sebab baca novel omputih milik Mak. Sebabnya, masa tu aku baru Form 3 kot. Yong Form 5. Mak marah sebab... paham-paham la kan kalo buku omputih tu camner... adegan ranjang diceritakan secara terperinci. So, budak tak cukup umur mane leh bace! aaa... err.. erm.. hehe...

Okey, sambung citer Mak.

Habis je maktab, Mak terus kahwin dengan Abah. Orang Negeri Sembilan yang berhijrah dan bekerja di Perak. Masa tu tahun 1982. Yela, bercinta sejak Mak Form 6 lagi... heh. Then, dapat posting di SMK Raja Shahriman, Beruas. Memang sekolah tanah tumpah darah. Dari belajar kat situ, sampai la ngajar kat situ. Mak mula mengajar dari 1982 sampai ke 2003 (kalo xsilap). Pastu Mak ngajar pula kat sekolah yang baru buat di Changkat Beruas sampai le dia pencen nanti, insya Allah.

Tahun 1983, kelahiran anak sulung pertama bernama Nor A'in atau dikenali sebagai Yong oleh pelbagai lapisan keluarga. Yong lahir kat Hospital Besar Ipoh. Kemudian disusuli kelahiranku pada tahun 1985, diberi nama Nor Raihana. Tahun seterusnya Nini plak lahir, nama penuh Nor Husniyah. Aku dan Nini lahir kat rumah jer. Huh. Kelahiran aku agak komplikasi cos tali pusat aku terbelit kat tengkuk. Alhamdulillah aku bernyawa juga walaupun masa lahir dah biru-biru badan aku. Nini lak lahir overdue. Besor gedabak. 3kg lebih kalo xsilap. Tapi dah dewasa ni, dia lak paling kecil. Anak lelaki sulung akhirnya lahir pada tahun 1988 yang diberi nama Mohd Afnan. Lahir kat Sitiawan Specialist Centre (adeke lagi tempat ni tah). Anak kelima lahir pada 1989, diberi nama Nor Diyana. Anak bongsu adalah anak lelaki, iaitu Muhammad Hanis... Lahir pada 1992. Diyana dan Hanis aku tak ingat lahir kat mana. Haha. 6 orang semuanya. Jarak semua dekat-dekat. Sebab tu kami semua agak close le jugak. Takde generation gap.

Masa kecik-kecik, asyik bertukar orang gaji jer kerjanya. Sian Mak dalam nak membesarkan kami. Macam-macam orang pernah jadi pembantu rumah. Dari akak Siam mana tah yang tak reti buang air besar dalam jamban (Yong aku selalu kena teman dia pergi 'membuang' kat mana-mana belukar pada waktu malam), sampailah ke makcik yang agak saiko yang hayun buai sampai kepala adik aku terhantuk tiang.. Semua pernah rasa. Adala dalam berbelas-belas orang kot. Ramai kan. Tapi ade jer yang baik-baik... Yang sampai sekarang masih datang ke rumah tolong-tolong kalau ada kenduri. Sayang Opah Bibah!

Banyak gila citer tentang Mak yang best-best. Kalau aku catat, sampai besok tak habis (ayat standard sekolah menengah). So.. aku citer serba-sedikit jelah.

Mak sangat sporting orangnya. Tak percaya tanyalah Bedah, Majinn dan kawan-kawanku yang pernah ke rumah atau pernah diajar oleh Mak. Semua benda boleh sembang dengan Mak. Kiranya, takde subjek yang Mak aku tak layan. Mak aku memang bestfriendku. Kat Mak la aku cerita tentang boyfriend, tentang putus cinta dan mcm2 lagi. Walaupun Mak lahir pada tahun 1959, tapi Mak aku layan jer lagu-lagu Too Phat, Linkin Park, Britney Spears dan juga Hujan! hahaha... Mak memang sempoi. Sangat best kalau Mak aku menyanyi tapi lirik salah. Lawak gila.. heheh..

Di saat salah seorang anaknya tengah gila hip hop dan asyik la paktis terloncat sana-sini serta 'breakdance', Mak just rileks jer. Bagi orang kampung, benda ni sangat luar biasa. Tapi Mak, being herself, just cool jer. Sebab tu la Nan geng giler ngan Mak. Hanis pun sama. Ala... anak-anak lelaki ada 2 orang jer... huhu

Kalau bab memasak, Mak memang terer ah. ececeh... Yela, nama pun cikgu KH. Ngajor masak. Banyak kali gak la diberi tugas untuk masak lauk pengantin tiap kali ada kenduri kawin anak-anak kenalan rapat. Tapi dah tua-tua ni Mak dah malas. Yang mengikut jejak Mak aku dalam bab memasak ni adalah semua anak perempuan Mak kecuali aku. Ntah kenape ek? Aku lebih suka mengemas dari memasak. Tapi tak bermakna aku tak reti masak tau! (nasibaik Mr Chubby Cheeks memahami... hik hik)

However, Mak bukanlah sihat sangat. Mak menghidap diabetes. Memang susah sangat bagi Mak yang suka masak (dan makan) untuk mengawal pemakanannya. Tapi dalam usaha la tuh... Ape-ape pun, chayok2 Mamito!

Banyak benda aku salute ngan Mak. Sejak kami kecil, boleh dikatakan kami semua bergantung pada Mak jer. Segala benda berkaitan pelajaran, masalah dengan kawan-kawan, duit nak pergi tuisyen or nak beli buku, (semua benda la!) semuanya kami mintak pada Mak. Semuanya kami harapkan pada Mak. Gaji Mak tak besar pun. Abah yang hanya pembantu am pun sama. Tapi banyak berkorban demi anak-anak yang seramai 6 orang nih.

Di sambil aku menaip-naip ni, aku cuba mengingat... Pernahkah aku bagi Mak nangis eh? Entahlah. Aku tak tahu. Seingat aku, tiada. Tapi tanpa pengetahuan aku, mungkinkah?
Apa-apa pun, banyak dugaan Mak dalam membesarkan kami. Lebih-lebih lagi bila teman yang sepatutnya di sisi dia bersama-sama memperjuangkan keluarga telah meninggalkan kami 2 tahun lepas. Bukan bercerai. Bukan jua berpisah mati. Tapi.. he just took off.


Anyway...

To world's greatest mother, Nor Mahinar binti Pandak Abdul Jalil,

Happy Mother's Day!!

We love you so much!!



p/s: Mother's Day next weekend. Tapi saje wish awal. Takut lupe. Lagipun, by that time aku dah balik Perak..(susah nak online)



alhamdulIllah...

19 comments:

menteil said...

aduh... sampai last tu termenung aku jap...
rasanya banyak kali dah aku wat mak aku nangis...
erm... memang aku anak tak guna kan... apa la nak jadi...

ViNN said...

heh..bagos2...nih kire pengakuan terbuka utk mak nih...huhuhu

yOnnA said...
This comment has been removed by the author.
Pepejal said...

Huhu.. selesai baca entry post ni.. tetiba terasa macam mengenali mak mertua.. huhuhu.. perasaan je.. tapi bagi yang nak ngurat ryehana dah kira mudah.. background mak mertua dah tau sikit.. dah boleh buat preparation..

apa pun Happy Mother's Day buat semua ibu..

Ryehanna said...

To Menteil: Mmm..kalau org lelaki, mmg cmtu kot.. (tp my brothers xnah la plak bg mak aku nangis rsnyer)

Mm.. tp maybe jugak sbb mak aku jenis cool.. ape2 hal dia xdela smpai menangis. ssh gak la nk tgk mak nangis.. :|


To Vinn@Majinn: Heh. tapi Mak xbace blog! huhuhu


To Mr Pepejal: Hahaha.. mengenali mak mertua? apakah? lol

Anonymous said...

yashygkacak

sososoob~ cyg mak aku jugak! ='8( aku salu jugak kecit2 tyme kulah wat dia nangeh dgn kenakalan aku di kulah.. mak maap kan diri ini!! huwawawawaaaa..~ ='8(

*selamat ari ibu jugakkk!!*

samanosuke_04 said...

huhu, nak jumpa mak ko, nak mintak kebenaran nak tunang.. bleh??

Ryehanna said...

To Yasha: Ooo..nakal jugak ko ni.. sian mak ko..

hari ibu ni buatla seprais kat mak ko.. mesti terharu... huhu


To Samanosuke: Bila ko balik Malaysia nanti... entah2 aku dah kawen dh.. huahua

Anonymous said...

it good to appreciate ur mom now before its too late... i stick with my believes 'do things without regret' but i had to admit that u'll be regret for the whole life of yours if you disapoint your mom and much sad if you didn't even had time to ask for her forgiveness.. God may take you or your mom at any time.. and at that time regret become worthless.

Ryehanna said...

Thanx for you comment, Anonymous.

:)

cybernetics mind said...

emmm...this entry shows how close u're ngan Mamito...kira everything almost detail laaa...CM sndiri pon bnyk yg tk tau pasal Mama...

neway...bg CM laa kan saat paling manis bersama Mama & Abah ialah bila dpt sama2 mengerjakan umrah taun lepas....bukan senang nk dpt peluang cam ni kan :)

Mr. Azman @ Kreuger said...

selamat hari ibu jugak.
*sedey tak bleh balik kg. juzz call
je bleh, hahaha...

selamat hari ibu jugak utk yang
jadi bakal ibu seluruh dunia
termasuk kat beruang panda...
a.k.a owner blog nih~

ELeEa said...

Ana...Mak ana dgn Mama eleea sama r...ske baca novel, manga...jugak layan My Chemical Romance, Hujan,...uhh..memcm r...jnji lagu 2 best...

Ekceli eleea pun xbrapa rapat dgn Mama...bebaru ni je...mayb sbb da ddk bjauhan...lgpun memasing da bsar...

Hmmm...rndu kat Mama...pdhal baru pg td je btolak dr kg... =)

Idalara said...

salam ryehana...wah..bestnya baca kisah mak ena..dasat gak ek..untungnya ada mak mcm mak ena..akak tabik spring kat mak ryehana..mak ryehana lahir tahun 1959?..ler..tak de lah jauh sgt beza dgn umor kak ida..lbh kurang 5 tahun je..selamat hari ibu..

p/s ni yg buat nak balik cepat jpe mak ni..

Aznyda said...

Aku selalu teringin nak makan tempoyak yang mak ko buat! Sedapnyaa!!

ps, maybe boleh makan masa ko tunang,ye tak? hahaha

Aznyda said...

Aku selalu teringin nak makan tempoyak yang mak ko buat! Sedapnyaa!!

ps, maybe boleh makan masa ko tunang,ye tak? hahaha

Ryehanna said...

To Cybernetics Mind: detail sgt ke? ermm... sebab mak jenis suke bercerita tentang pengalaman dan sejarah hidupnya. dan ana plak jenis suka dgr citer. so ingt jela. hehe.

kenangan manis dgn mak byk sgt. Heee


To Mr Azman: Aku belum jadi ibu lagi laaa.. sabo jelah aku... uhuk uhuk


To EleEa: Yeke? Mak kite leh geng le eh? hehehe... Actually, ana selalu jugak amik hati ngan mak cos selalu rasa mak lebihkan Nini dari Ana. huhu. tp sbb ana ni selalu jgk bg mak pening, so.. xpe lah. haha

dah berjauhan mmg lebih rasa dekat di hati... :)


To Idalara: Oo.. kak ida dekat umur cikgu Ana yg dah mcm family jgk la... hehe...
baidewei, selamat hari ibu!


To Aznyda: Hahaha... tempoyak kacau tu yg ko ingat eh? well.. kalo mak aku buat, mmg aku teringt ko cos aku sendiri bukan mkn sgt...

insya Allah.. time aku bertunang nanti, ko dtg eh.nnt aku suh mak buat.. hik hik

uShop said...

huhu awalnye buat entry hari ibu. teringat kat mak Aku. cikgu jugak. huhu lamenye x jumpe..

Ryehanna said...

saje buat awal...cos 10 may tu aku dah sibuk2 nak blk perak. xde masa nk online...