bismIllah...
Semalam aku dah move out dari umah Kak D. Fyi, aku dah dok umah dia 2 minggu sebab dia bermurah hati nak tumpangkan aku... sian tgk aku berulang dari Beruas ke Seri Manjung tiap-tiap hari untuk pergi kerja. Tapi!!! Sempena cuti sekolah ni, dia nak kosongkan rumah. Dia nak ke Sabah jumpa suami dia dan uruskan barang-barang dia kat sana untuk dihantar ke Perak. So takkan la nak biar aku dok umah dia sesorang kan. Lagipun pas cuti sekolah ni suami dia dah pindah Lumut semula. And of cos la aku takmo menumpang lagi. Segan ler.. huhu
Alhamdulillah.. tak kisah la... dapat jugak 2 minggu aku duduk umah dia. Mak nak bagi duit pun dia tak nak. Last-last bagi le jugak sekeping RM50 kat anak dia. Takkan la tak bagi ape kan.. aku dahle online dari petang sampai malam. Bil letrik, bil air. Aaa air ckit jela... heh.
Sedih gak dah kuar dari umah tu cos I'm so gonna miss the two kids!! Terasa ar syahdu sikit cos aku balik-balik keje je dah nampak muka diorang. Kadang-kadang tunggu depan pintu bila aku balik. Huhu... I miss them already!
I miss you guys!!



huhuhu...
Takpe takpe... aku praktikal kat sini lama lagi... so bebila free aku singgah ah umah Kak D jumpa bebudak tu.
So now I'm looking for a new place again! Perlukah aku recycle entry ini?? hahaha... So, sesape dok Seri Manjung dan tau ada orang nak sewakan bilik, bagitau la eh... Arini berulang ngan kereta dari Beruas dan aku rasa sangat mengantuk bila sampai ofis.
Anyway, dah dok Beruas ni susah la sikit nak online. Online time pejabat jer cos kat Seri Manjung ni baru dapat HSDPA. Sekarang ni pun tengah update blog dari ofis... heehee

alhamdulIllah...







2 comments:
alahai... saya dok kat area selangor la pulak ...so tak dapat la offer..
comeinyer budak2 tu!
Post a Comment