Friday, June 19, 2009

Merajuk atau keras hati?

bismIllah...


Aku ingat, balik umah tu dapatla nak bermanja-manja sikit ngan Mak. Dahla aku agak ketensionan lately. Nak sembang dan cerita, takde kawan. So, that's why aku balik Beruas pagi tadi.

Perut memang lapar gila cos tak makan. Konon-konon nak Mak masak. Tapi Mak masak lewat. Tu pun marah-marah kata nape tak masak sendiri. Mak ni... macam tak kenal jer aku. Aku mane der memasak kalo kat umah. Hmmm.

Aku tidur pas Zohor. Diorang makan tak ajak pun. Takpelah. Dah biase dah.

Then dalam pukul 4 petang camtu, Mak tanya "Kamu nak balik Manjung pukul berapa ni?". "Aiii... halau nampak?" kataku.
"Takdela... macam nak hujan"

Well, memang hujan pun. Lebat plak tu. Hisy. Macam mana aku nak balik Manjung. Sebab aku datang pagi tadi ngan motor.

Nini lak tanya, "Ko kerja tak esok?"
"Kerja laaa..."
"Abis, ko nak balik bila?"
"Jap lagi aku balik la."

Then, Mak menyampuk "Nak amik kereta aku la tu. Esok Mak nak pergi sekolah tau... Tapi, naik motor pun boleh rasenya"

"Okey. Ana amik keta lah" kataku.

"Hisy... takpe ke area umah kamu tu. Aku risau hilang tayar tinggal rangka je kereta tu"

"Isy mak ni.. takdenya lah. Orang lain elok jer parking kereta. Kancil jer pun. Takde sape nak laaa"

Pastu Mak bising-bising lagi tentang kereta dia. Hujan makin lebat. Dah nak pukul 6 petang. Kalau aku nak balik petang ni, aku kena gerak paling lewat pukul 6 sebab mata aku silau teruk bila drive malam.

"Minyak kereta ada tak?" tanyaku pada Nini.

"Takde"

"Sampai separuh tak?"

"Tak. Suku jer"

Alaa... kena isi minyak lak. Aku memang pokai gila. Duit dalam purse ada RM5 jer. Dari tadi aku cakap kat Mak takde duit, tapi Mak wat nohin jer.

"Mak, kereta takde minyak. Nak duit" pintaku bila ke dapur. Mak tengah menggoreng kuetiow.

"Nak amik keta aku ke Manjung, duit pun mintak kat aku... hei..."

"Abis, nak orang naik motor ke?" tanyaku. Yer ah. Stress gak asyik kena bebel jer dari tadi.

"Haaa naik la"

"Naik betul-betul kang"

"Naik la" kata Mak lagi.


Aku makan kuetiow goreng Mak buat. Memang aku lapar gila. Jam dah 5.50 petang. Tetiba dapat mesej dari Majin yang bertanyakan aku balik Manjung kul berapa. Aku dah nak balik dahla time tu. Tengah betul-betul tudung.

Aku capai kunci motor. Duit RM12 yang Mak letak atas meja aku tak usik. Aku pandang ke luar. Hujan lagi. Adei. Ahh pedulik la.. Basah je pun. Okey kot. Aku jeling ke porch. Mak tengah belek-belek kereta. Check air kot.

Aku amik beg dan keluar. Letak beg dalam raga motor. Mak pandang jer aku. Aku tak tengok. Mukaku masam. Bila aku bawak motor keluar porch, Mak bersuara "Eh? Kata nak naik kereta? Merajuk la pulak..."

Aku diam. Motor dah keluar porch. Renyai-renyai hujan dan mengena tubuh.

Nini keluar ke muka pintu. "Wehhh naik la kereta. Bahaya laaa"

Aku tak peduli. Aku start motor. Sekali tekan jer. Nasibaik. Seksa gak kalo takleh start. Aku terdengar suara Mak tapi aku tak dengar dia cakap ape. Aku terus meredah hujan menuju ke jalanraya.

Aku memang terasa. Dah tahu hujan lebat, tapi macam berat sangat nak bagi aku pinjam kereta. Kalau Nini atau Nan tu, tak payah mintak, Mak yang offer suruh amik kereta. Mau tak terasa.

Memang basah aku dibuatnya sebab takde baju hujan. Just pakai sweater cabuk kesayangan jer. Sampai kat Kampung Tengah, ade airmata mengalir kat pipi. Bodoh. Time bawak motor bukan masa untuk nangis. Kang kabur pandangan lagi bahaya. Dengan hujan lagi. I silently cursed myself for being emotional. Alhamdulillah bila nak sampai Ayer Tawar, takde hujan. Lega aku.

The journey was pleasant. Sampai Manjung dalam tak sampai 45 minit. Pukul 6.35. Laju gak aku bawak. Hmm. Bagitau Mr Chubby Cheeks aku selamat sampai. Tefon Majin. Lepas geram kat dia. Nangis-nangis pun kat dia. Aku rasa macam 2 hari ni Majin banyak tau hal aku cos aku TERbagitau. Takleh jadi ni. huhu.

Majin suh aku mesej Mak bagitau dah sampai. Tapi aku taknak. Tengokla... satu sms pun takde dari Beruas. Memang takde sape peduli pun, kataku.

Pukul 7.41 pm.

Sms masuk. Dari Diyana.

"Nini ni. Ko dah sampai umah sewa belum?"

Dan aku balas, "Dah."



alhamdulIllah...

22 comments:

Jezze said...

keras hati juga awak ni rupanya...

^arina^ said...

xpe...sekali sekala majuk ok what?

Ryehanna said...

To Jezze: Err.. keras hati ker? tapi saya terasa... :'(


To Arina: Ok ker merajuk cmtu? huhu... well, ntah knp mudah sangat tersentap hari ni...

bEEdLE d' bARd said...

awak ni macam saya jugak lah..
bila kita terasa yg mak kita melebihkan anak2 yg laen, emsti rasa sedih kan?
n for sure la nak merajuk..kita kan pmpn..
sabar yer.. =)

cikin said...

normal la tu.. *eh btul ke* cikin pun slalu je merajuk cmtu tp xlamela.. pastu gelak2 balik..:)

Ryehanna said...

To Beedle d' bard: Wah same la kite ek. tu ar, nama pun perempuan... terasa hati tol


To Cikin: Tu la.. xdela majuk lelama... kalo kena pujuk, ok la balik. masalah kalo xkena pujuk tu. huhu

Wana said...

sian ko ohh... nanti2 ada problem bgtaw aku ekk sebab semenjak dua menjak tiga menjak ni ramai nau problem yang aku stlekan. Hehe.. aku ni guru kaunseling ko taw tak..

Nangis time bawak motor.. haih...

Pepejal said...

Ini lah kehidupan.. mana ada happy je.. tak kira sapa.. semua tak perfect.. cuma kita doa yang baik lebih banyak dari yang buruk.. kalau buruk pun jangan sampai kita tak boleh tahan.. tuhan nak bagi kita pahala dalam berbagai cara..

Nur Fatehah said...

hukhukhuk...jgn sedih2 dah ye...

Ryehanna said...

To Wana: Ko guru kaunseling? leh caya ke? mcm ssh je aku nak caya.. huhu...

aku sensitip ar lately. nasibaik x eksiden. :(


To Pepejal: Ermmm... thanx. well, biasalah... kdg2 emosional ckit...


To Nur Fatehah: Dah kurang sedih dah... tp still terasa hati lg...

Azam said...

sedih jer bacer...

Ryehanna said...

jgnlah sedih. aku sorang je sedih udah ler.. huhu

uShop said...

ko tau, dulu time Aku tgh pikir nk dok sini lame2, Aku slalu terfikir yg, elok jugak x balik, kurang dok umah, kurang la kemungkinan nk jadi bende2 cm ko hadapi ni. kurang selisih faham, kurang la nk tarik2 muke.xde la konflik.

tapi last2. Aku yg kerinduan. huhu padan la muke..

perasaan terasa itu kt x leh buang, tapi apa yg lebih penting ialah bagaimana kt menzahirkannya, terutama dengan org tua kt

yash aka yasha said...

weyh jgn wat gitu selalu la.. tak baik tau.. dowg risau la mana leh tak risau.. bese la tuh.. elek2.. aku paham.. *dah bese gak kene* hagaggaga~ tapi sesekali kene gak tunjuk.. hhahhaha! macam jahat je?? t.t

Ryehanna said...

To Ushop: Mmmm.. tahlah. aku dh byk kali nau terasa... selalu pk, mentang2 la aku ni xblaja pandai, xcantik, xpandai amik hati...huhu

kena berjauhan kot br reti nak rase menghargai (dan dhargai)


TO Yasha: Ko pn slalu kena ke? huhu... dilema tol...

uShop said...

alaa..jgn ckp begitu. setiap org ade rezekinye masing2. cmtu jugak dapam keluarge, setiap anak2 ade bahagian kt. kurang disitu lebih disini. cmtu la hidup.

hehe dh ade plan nk merantau jauh2 ke? jgn lari rumah ok. hahaha

Ryehanna said...

takde la lari dr umah...

well... merantau ikut suami la kot? huhuh

:P

uShop said...

hehe itu yg aku maksudkn.
dh plan? echechee..

ViNN said...

bagus betol si majinn tu..amik berat sunggoh..mmg sesuai la jadik menantu idaman makcik2,datin2 dan opah2..

Ryehanna said...

To Ushop: Takde plan mende.. just go with the flow. heheh


To Vinn@Majinn: Poyo lak aii... maleh aku nk mention nama ko dah pasni

Cik Qemm said...

biasa lah tu terasa.tapi lain kali msg bgtau dah smpi ye.singkat pun takpe.nti mak risau.dia tak tunjuk tp mesti dia risau.

opss ter pot pet plak :P

Ryehanna said...

ermmm...
same2 ego tu yg problem tu...