Friday, July 31, 2009

Kawan lama dan gambar-gambar lama

bismIllah...


Semalam dapat call dari seseorang yang tak disangka. A call from a dear ole friend, Zul. Giler ah. Lame betul tak dengar berita dari dia. Rupanya dia dapat nombor aku dari Jimy. Jimy lak dapat nombor aku dari Baydah. Masa diorang pergi konvoi beraya tahun lepas kalo tak silap.

So.. dapatla bertukar-tukar cerita. Zul sekarang dah kerja JPJ di Penang dan dah bertunang. Nak kahwin bulan November ni. Macam tak caya pun ade gak bile dia call... cos masa high school kitorang takde bertegur sapa sangat pun. Kelas pun tak sama...

Tapi masa zaman sekolah rendah, aku ngan Zul okay... Kami selalu gak la bergaduh. Ala, gaduh pun biase-biase jela. Sebab dia lelaki dan aku perempuan. Aku pun dah tak ingat. Dan aku garang dulu. Biasela, aku kan pengawas gile kuasa sikit... so bile jaga kelas time cikgu mesyuarat memang macam singa. Err.. bile ingat balik, malu pun ada. Apsal la aku ni garang nak mampos masa sekolah rendah dulu? huhu.. Tapi naik sekolah menengah aku dah ok. Low profile jer. ecececeh... (dah mak aku ngajo kat situ, kena la perangai elok-elok ye dak? )

Anyway, bila mesej-mesej ngan Zul ni... he kept mentioning how unbelievable it was to him that I answered his call and 'layan' texting with him. Bila aku dah macam nak abis kredit, aku pun nak stop ah. So I told him, kalo ade ape-ape just call.

And he replied, "Call? Lagi la aku takut. Aku takut mengganggu ko...aku segan ngan ko...msg ngan nor raihana? wow mcm mimpi jer..ko ngan aku macam langit ngan bumi.."

I was surprised. And flattered. Tak sangka lak he thinks highly of me. Hmm..maybe sebab dulu aku antara budak-budak yang leh diconsider pandai? Ke... ape?

Tapi aku rase aku biase je. Aku kawan ngan semua orang asalkan perangai ok dan hormat aku. Even masa sekolah rendah dulu (dalam darjah 4@5), aku baik and rapat ngan geng-geng yang kurang pandai dalam akademik. Selamba jer join Aishah, Rahimah, Fadzilah, Amiza and sape tah lagi mandi sungai kat Jalan Pertanian... mandi empang Kg. Paya Ara... mandi sungai kat Kampung Kilang... oh, masa mandi-mandi sungai ni la first time makan buah rambai. Alhamdulillah masa zaman sekolah rendah aku tak memilih kawan. Kawan jer ngan semua orang. The wonder of being a child. =)

After talking for quite some time, Zul asked me to send my photo via mms. Ye la, curious ler rupa camne kan. So I sent one. Bila dia dapat, leh tak dia kata tu bukan gambar aku?? adeke dia kata aku sent gambar orang lain?? Sabo jelah. Aku send kat dia gambar ini. Nampak lain cos pakai spek kot? ermm..

Dia ade sent mms juga tapi sampai ke sudah aku tak dapat. So baru kejap ni aku bukak friendster dia cos dia kata dia dah try add aku. Aku baru je approve. Sempat la usya-usya gambar masa dia bertunang.. hehehe. Muka tak berubah. Same jer. Cuma dah kurus ler berbanding zaman kanak-kanak dulu. Dulu dia chubby-chubby sikit. And imej dia masa zaman sekolah rendah tu yang ada dalam kepala otak bila dia first call. Kulit cerah, bulu mata lentik (yeah..aku ingat sangat benda ni!), mulut merah, rambut kerinting and muka chubby. haha...

Aku baru terjumpa satu gambar lama. Masa tahun 2005. Time ni aku part 2 di Uitm Pulau Pinang. Gambar ni pun diambil masa di Kolej Baiduri. Tak banyak beza dengan rupa aku zaman sekolah menengah.

Yang aku nampak, kulit aku hitam. hahaha...
Nak kata berkawad untuk Kesatria, tak jugak cos masa Part 2 ni aku dah tak join Kesatria.
Tapi time ni aku kurus T___T
(walaupun tak nampak dalam gambar)

By the way, patung Tarepanda gedabak tu bukan aku punyer.
Tu akak senior sebilik aku punyer. Aku kebas jap untuk bergambar. Kebetulan akak tu ade patung Tarepanda yang aku suke. =P

Aaaa.. yang patung itik tu memang aku punyer!
Cikgu Pah bagi hadiah. hehe


Ni plak gambar-gambar masa zaman sekolah rendah... (sambil tekup muka)

Yong dan Aku. Masa aku darjah satu dan Yong darjah 3.
Abaikan style rambut Abu Bakar Ellah aku tu. teehee.
Berkemungkinan ni gambar masa aku first day nak ke sekolah.
=)


Dari kiri: Diyana, Mamito and Aku di asrama SMKRS zaman 90-an.
(tak ingat tahun bile)
Align Center


Nampak tarikh pada gambar?
Ni pada tahun 1993, aku berumur 8 tahun.
Siap pakai t-shirt sukan skolah aku lagi...(aku rumah biru!)
Tu lencana Sek. Keb. Beruas. hehe

Hmmm... dulu-dulu aku tak reti senyum gamaknye??
=(

Eh..apsal entry ni dah jadi macam entry mengimbas kenangan zaman kanak-kanak jer? Tapi gambar dengan kawan-kawan masa sekolah takde plak? Nak letak gambar Zul yang ade kat friendster, takut dia marah lak. huhuhu...

Dulu-dulu takde amik gambar ngan kawan-kawan. Nyesal nyer... biase la budak-budak. Tak reti lagi... yelah, dulu kamera pun susah nak dapat. Bukan macam sekarang, budak sekolah rendah bawa henpon canggih-canggih pergi sekolah. Bukan setakat ade kamera, siap ade gps lagi. kot-kot sesat...

Aku akhiri entry dengan gambar family pada tahun 1990. Time ni Hanis tak lahir lagi. heheh... Anak bongsu iaitu Hanis, dilahirkan 2 tahun selepas gambar ni diambil. Masa Mak berumur 32. =)


Sekian.
Salam.


alhamdulIllah...

11 comments:

allin said...

shumel la dea...
tambah2 bila tengok gambaq yang ke empat tu..
merenung..
sbb still sama gayanye cam gmbaq dak mata sexy neh slalu amik...
dr kecik smpai besaq sama ek..

ai@reel said...

wah bestnya blog ni ...story ni teringat plak zaman muda sy dulu ehehe...

Kabasaran Soultan said...

Melihat kembali atau membalik-balik albim lama seakan-akan kita memasuki sebuah lorong waktu yang serasa dekat di hati namun jauh dalam realita.
gambar lama juga bagaikan jalan panjang yang telah dilalui.

MuNsYi^SaMa said...

ak prasan 1 je..mase kecik ko xreti senyum..haha..masam memanjang.

Ross said...

Low profile ke ko mase kat sekolah ? ..hihii..apesal ko tak kawan ngan aku yek ? tapi seingat aku kite tak pernah dok sekelas pun kan? ( sbb tu la kot ) hihihi dok sebelah menyebelah je ...huhuu....Weh, Zul yang ko sebutkan tu Zulkarnain ke?

Ryehanna said...

To Allin: haha.. same je ke renungan ku itu? ihik ihik... tp xbest cos xsenyum.. =)

To Ai@reel: Saje mengimbas kenangan silam.. ececeh..

To Kabasaran Soultan: Ya.. betul tu :)

To Munsyi: Tu la.. aku pun baru perasan.. kenape la aku tak senyum... huhuhu :(

To Ross: Sebab kelas tak sama kot.. tapi pernah je kite ade lepak sesame dulu2...dah lame sgt dah. x ingat den..

Ha'ah.. aku maksudkan zulkarnain la... :P

Anonymous said...

gmbr time kecik lg xde ke?

-brad-

unwanted said...

eh, dah jauh beza la..
makin cantik lak skrg..
guna produk pe ye..ha3..
ske stail rambut Abu bakar Ellah masa sekolah tu..ha3

Ryehanna said...

To Brad: Nak gmbr masa baby ke? ade dlm blog lg satu. hehe


To Unwanted: Err.. pakai Fair & Lovely! wakaka...
ala, dulu sebab tak pakai bedak langsung kat muka.. sekarang pakai. so senonoh la sikit muka ku... :P

rambut style abu bakar ellah tu huduh laaa T___T

~azalea~ said...

minat abu bakat ellah eh dulu?? kih3.. =p


kidding..

DilOt said...

stail rambut Abu bakar Ellah..

hehe...

tp tu dulu..skang mesti dah ayu...=)