Monday, July 6, 2009

Minggu terakhir di tempat praktikal

bismIllah...


Minggu ni minggu last praktikal. Orang lain dah mula ade kat universiti masing-masing dah kan. Aku abis 10-11 Julai ni. Hari ni plak ramai giler budak-budak dari institut pengajian lain datang lapor diri untuk praktikal di company tempat aku tengah praktikal ni. Dari IKM, UniKL (MiMet), ILP bla bla bla (aku pun xsure cos dah lupe. hehe)

Semuanya lelaki. Datang lapor diri smart siot. Siap bertali leher bagai. Tak tau lagi tempat aku praktikal ni tempat untuk bercomot-comot. Haha. Ada dalam berapa orang eh. Tapi tadi terdengar Kak Yantee kata 25 orang. Ramai siot! Walaupun ade beberapa muka hensem yang aku sempat usya (sempat lagi tu!), tapi apakan daya, Jumaat ni last aku lepak situ. So tak dapatla berkenal-kenalan. Muahahaha...

Tadi pas diorang isi borang and ape tah lagi, semua diberi t-shirt company. Disuruh balik salin baju. Then datang balik. Hahaha. Yer ah, camne nak buat kerja pakai baju skema kan.. =P

Ahhh tak kisah lah...

Anyway, Sabtu ni nak buat makan-makan sikit. Yela, sempena last day. Haihhh... sedey la plak... (ek eleh.. hari ni baru hari Isnin! fikir ke depan betul...)

Aku dah anggap Kak Yantee macam kakak sendiri. Kak N lak macam kakak jugak tapi yang lebih cool dan wise (she's 42 btw). Pasti rindu ngan gelagat Encik Rosli yang suka mengusik... Almost everyday bergaduh ngan Kak Yantee or Kak N. But in a playful way la. Seloroh. Then, Encik Khanafi yang cool dan tak banyak cakap sangat... dan aku selalu guna komputer dia. :)

Next, Encik Mawi... arini birthday dia. 6 Julai. Aku la yang bagitau kat akak-akak opis. Cos sambil aku isikan nama-nama orang kat punchcard (yer, aku bukan ade kerja sangat), aku usya birthday diorang sekali. Sekali tengok, haaa arini birthday Mawi! Just wish and nyanyi lagu 'Selamat Hari Jadi' jelah. Lead vocal by Kak Yantee. haha. Selain dari itu, I'm gonna miss Encik Faiq a.k.a Mr MDTB yang... err... aaa ape tah. Tak tahu nak describe. Pendek citer, kami jelah 'orang-orang muda' kat opis tu. Heee... (toksah nak gosip, dia dah ade awek k) <--- eleh, macam la aku xde balak kan. Xmo ngaku lak =P

Next would be Encik Din. well what can I say about this guy? I barely spoke to him cos he's always outside. He's okay... and baldy. His lack of hair is the subject of Kak Yantee's jokes. Thank God he didn't know that! :P

Boss-boss lak... ermm aku akan rindu bau perfume Encik Azsrin kot. Haha. And his neat self. Dia memang smart ah. Umur dia 39 tahun rasenya (aku ingat cos aku usya besday kat IC dia mase nak tulis kat punch card). Tapi tak nampak tua sangat. Macam 35-34 jer. Serius dia smart. Kalau ade lelaki single or duda berumur 39-40 dan macam dia tahap smartnyer, aku leh lagi terima kalo aku still single. Wakaka...

Next, Encik Shamsul. Kecik je orangnye. Tapi itulah bos aku. Technical Director. Ape yang aku tau, dia hanya minum nescafe dan mempunyai seorang anak bijak bernama Danish. Maybe ade anak lain kot tapi aku tak tau. Aku kenal Danish cos pernah jadi babysitter sementara bile budak tu lepak opis once upon a time. huhu...

Big boss lak aku tak berapa kenal sangat. Sekadar buatkan air teh ade ar. =P

Then budak-budak welder and aaaa ape tah lagi kerja diorang tu... selalu ngusik dan tegur-tegur. Oklah... bab diorang menggatal tu abaikan jelah cos aku just anggap diorang mengusik je. Takde benda nak sentap ah. Wat nohin sudah... well, I'm gonna miss them too. Oh ya, Bayya (the Bangladeshi guy who helped me at the beginning of my practical) would be back soon. I don't know la sempat jumpa dia ke tak. Hihi.

Hari ni aku tolong tuliskan nama pekerja-pekerja kat punch card untuk pertengahan bulan ni dan awal Ogos. Tersemadi la sekejap tulisan huduh aku kat punch card diorang. Haha. Jadilah, ade tinggal jejak sikit (walaupun punch card itu bakal berkubur gak nanti. huhu). Ada kad yang aku pause lelama pas tulis name empunya kad. Trying to memorize the name or reminisce the memories ke? ntahla. Aku sendiri tak pasti. What I know is, I smiled reading the name and seeing how my handwriting curved and decorated the card. Some card it was. :)

That's Encik Faiq sitting on my spot beside Kak Yantee. The other woman in the picture is Kak N... (menjenguk ke tingkap connecting the two offices-Techical Office & Admin Office)

Ikan kelisa di dalam akuarium bernama Kak Yam. Aku lah tukang bagi ikan tu makan sepanjang aku praktikal di sini.. :)

Aku lepak Admin Office jela (as in the picture). Dilarang merokok cos ade orang perempuan walaupun 3 orang je campur aku. Hehehehe...



Well... it's been a great experience. Really great knowing these awesome people. Thank you, Allah.


p/s: I apologized if some girls are offended by what I wrote in the previous entry. It's just... too much drama for me (over a drop of blood??). Plus, it was not a compelling drama btw


Aku memakai baju T company. Heh. (gmbr tetiba jer letak)


alhamdulIllah...

16 comments:

Luth Textile said...

bagusla.. kami dah abes praktikal.. lalala.. indahnya dunia..

Rjuna said...

Nak abis praktikal dah? hmm, baru nak beramas mesra dgn ko

jumpa pon baru sekali tu pun aku yg tak tegur haha

apepun tahniah berjaya praktikal dgn cemerlang gemilang dan terbelang (panda)

adol said...

sonok le dh hbs prtikal...

Portgas .D. Ace said...

nie sonok ke sedey nieh??

Mr PenyuBiru said...

la..ko dah abis dah praktikal. sekejap je ek. errr..aku rasa cam ko tak buat ape² je masa praktikal ni. yg ku tau ko duk online ym, update blog ngan main twitter.tu jer.hehe

Ryehanna said...

sedey lagi banyak dr gembira rasenya...

to mr penyubiru, 100 markah untuk kamu!! hahahahaha

nabilah hana said...

pergh
comel gile nama ikan tu
kak yam
-.-"
mesti kak yam tu rindu ko nnti
ikan oh ikan

Ryehanna said...

Hahaha.. aku xtau la dia rindu aku ke x... dia tau nak makan jer kerjanye.. huhuhu

yOnnA said...

aku sangat percaya bila org kata, benda yang kita kenal sekejap tu la kita susah nak tinggalkan T__T

yash aka yasha said...

hohohoh...

kim salam kat jambu2 je.. hemsem2 x nak asl jambu.. wkakakaka!

Ryehanna said...

To Yonna: Yaaa aku percaya begitu juga. huhu.. sedih wehh

To Yasha: cehh gatal gak ko ni ek! yang jambu2 semua aku dh cop ar... ko amik yang mempelam, petai ngan jering jelah. haha!

nabilah hana said...

ouh..ko balik shah alam arr lps nih?

Anonymous said...

owh..bayah kne hantar balik sbb nk ngorat bdk nie?? (sbb tu lps bdk ni nk blah die di amek balik..ahaks)..camtu xblh la nk ngorat2/approach rye nie..karang aku kne balik hollywood la plak..ahaks
-brad-

azman shah said...

enjoynya tp jgn tiru aksi malang aku hari ini

Mr zack said...

dah abis praktikal.. bagus2.. lepas ni boleh sambung belajar balik.. :)

Ryehanna said...

To Nabilah Hana: Yup. balik amik brg. aku dh benti blaja. huahua

To Brad: Sesape nak ngorat aku memang akan dihantar ke negara lain :P

To Azman Shah: Aksi malang ditipu? errr.. hopefully not!

To Mr Zack: Hehehehehe... (gelak ade makna)