Tuesday, July 28, 2009

Selsema Pig, please go away

bismIllah...


Selsema babi ke, selsema 'pig' ke, selsema khinzir ke, swine flu ke, influenza A (H1N1) ke... semuanya sama jelah. Tapi yang rasminya adalah term Influenza A (H1N1) yer kawan-kawan... Walaupun bagi pendapat aku, term 'selsema babi' tu lagi senang nak paham. Especially bila nak jelaskan kat orang yang tak banyak membaca or tak tahu membaca macam in Amirul's and Opah's case. huahuahua

Tetiba nak menulis tentang wabak ni. Bukan ape, adikku Afnan yang belajar di IPSM, Besut dah kena halau balik oleh pihak maktab cos maktab diorang ditutup seminggu sebagai langkah berjaga-jaga disebabkan penularan wabak H1N1 nih.

Kes pertama H1N1 di Malaysia adalah pada bulan Mei yang lepas melibatkan seorang pelajar yang baru pulang dari Amerika. Sekarang dah penghujung Julai, yang banyak kita nampak dan perhatikan, banyak pusat pengajian tinggi tanah air yang ditutup dan cuti awal.

So tak heranlah kalau nampak kartun di surat khabar Kosmo! hari ni berkaitan penutupan IPT di Malaysia disebabkan H1N1.

Aku malas nak scan. So, aku amik gambar dan edit-edit jer.


Tak tahulah ngan orang lain, tapi aku ni... apabila dengar berita banyak sangat tempat ditutup sebab nak bendung penularan kes H1N1 ni (ceh ayat skema), aku jadi risau sangat. Yelah, penyakit ni bawak maut ohh. Takde ubat yang sah lagi! Wabak ni juga merebak melalui udara. Dan aku juga mendapati fikiranku asyik melayang ke arah pengalaman menonton movie-movie tentang virus yang menyerang satu dunia. Di mana virus ni menyerang sampai banyak populasi manusia menurun disebabkan kematian. gile gak aku ni...

Antara movie-movie yang dok aku teringat sangat adalah The Happening. Then, teringat gak kat movie I Am Legend. Oh, dan juga 28 Weeks Later (giler best oh citer ni! terjerit-jerit aku tengok). Yer, aku ni memang pelik sikit.

Well, nasib baik lah wabak selsema babi ni takde buat penghidapnya bertukar menjadi ganas dan membunuh orang ataupun bertukar jadi vampire... mintak simpang! Eee.. ape la aku ni, kadang-kadang daya imaginasi melampau! errr... abaikan perenggan ni.

Aku berharap dan berdoa...
Semoga wabak ini cepat dihapuskan.
Semoga mereka yang disyak atau dikuarantin bebas dari wabak ni.
Semoga tiada lagi kematian berpunca dari wabak ini.
Dan..

Semoga pelajar-pelajar U boleh pulang ke universiti masing-masing untuk belajar, buat assignments, berhempas-pulas study untuk test dan tak boleh lagi conquer TV, playstation, computer serta dapat layanan istimewa di rumah cos adik-beradik yang lain pun nak guna jugak semua tu!!

Muahahahahaha...



alhamdulIllah...

8 comments:

Jezze said...

now, the last paragraph is funny.. ;)

yash aka yasha said...

hhaahhahha!!

adik aku kene halau jugak! ari nie dgn sah nya politeknik merlimau di tutup jugak!

takowt gak dowh..

aku pown ade gak terpikir macam ape ko pikir..

macam aku x layan cite2 yang ko senaraikan tuh.. aku tgk cite resident evil degeneration tuh..
aku terpikir kalo jadik gitu mesti huru hara... ngaaaaa!

mintak di jauhkan.. semoge sume sehat2 belaka.. dan penyakit nie segera la hapus dari muka bumi hendaknya..

dgn tradmark :-

HAPUSKAN BAKBI!!!!! yey!!

Ryehanna said...

To Jezze: hihi..

To Yash: Ha ah.. baru aku teringat. citer Resident Evil pun sama gak kan? aku layan citer tu gak dari no.1 smpai yg last.. huhuhu...

tulah... minta dijauhkan.
Amin

Aidil Sharizaq said...

28 weeks later is the best zombie movie ever. tak popular sangat sebab production from UK.

try tengok filem first-28 days later.best gak

hari tu pernah ternampak poster 28 months later-tapi tak sure bile nak kluar.

*best aper dapat cuti*

Ezad said...

Ni lah akibat nye.. orang buat x taw bile babi bej0get sane sini....kan babi dah kene selseme... siap men calit2 kat orang ingus die.. huhu...

Tyra said...

samelaa... adik sy tu, bila dah cuti dari U... bukan main lagi... sampai seluar jeans haku pun dia nak kebas... ceh cehh cehhh...

Tyra said...
This comment has been removed by the author.
Ryehanna said...

To Aidil: 28 days?? xnah nmpk lak... nnt try usya..

err..mmg la best bg MEREKA2 yg dpt cuti.. as for me yg dh mmg bercuti je ni, rimas n tak best cos MEREKA2 yang bercuti ni conquer tv and lappy. ahaks


To Ezad: huhuhu.. nama pun babi...


To Tyra: Nasib baik la jeansku tak dikebas Nant.. kalo dak, xtau la...

tp tv kena conquer!!!

:(