Monday, August 24, 2009

I miss home...

bismIllah...


Entry ni ditulis pada hari Ahad, pukul 2.27 am. Tapi publishnyer hari Isnin pagi. Saje la malas kacau entry buku-buku aku tu. Guna tarikh lain. Hm..

Aku rindu rumah. Rindu nak berbuka puasa ramai-ramai kat rumah Beruas. Tadi masa berbuka buat hari pertama puasa, aku nyaris nak menangis. Tapi cepat-cepat aku buang tepi perasaan syahdu yang tetiba muncul masa tunggu waktu berbuka tu. Tak baik menangis depan rezeki.

Tekak aku macam ketat je nak telan makanan. Lauk di rumah saudaraku ni biase jer. Langsung takde beli luar. Yelah, family ni ramai.. ada lima orang budak-budak. Anak saudara aku la kiranya. Then saudaraku ni kerja biase je. Single parent lak tu. So... sebak masa berbuka tadi...

Time azan kat tv and aku baru minum air seteguk, Mamito called. Teringat kot kat anak dia yang tercampak ke sini. Betulla kan, orang yang betul-betul sayang akan ingat kita time makan... A friend told me this before. Well, lagila aku rasa sedih and homesick. Tapi takdela sampai menangis. Sekarang je baru menangis...

Aku rindu Nini. Yela, macam la aku tak pernah sambut Ramadhan dan 1st buka puasa tanpa Mamito dan yang lain. Pernah. Masa diploma di Penang and masa sambung belajar di Shah Alam dulu. Tapi masa kat Penang, aku ada kawan-kawan baik. Ada bestfriends. Seronok. Pakwe pun ada time tu, so takdela rasa sunyi sangat. Masa kat Shah Alam, aku sentiasa dengan Nini. Dari dok kolej Mawar yang sama, sampailah menyewa sebilik di Seksyen 7. Masa dok menyewa, ade jer plan nak makan ape... nak masak ape... seronok je. Kalau nak masak, Nini la jadi mangsa. Aku reti tapi aku malas. heh. So selalu kena marah cos tak tolong dia masak. Bila dia merajuk barula aku tolong. Haihh rindu dia.

Aku sorang-sorang kat sini. Ada anak saudara lima orang tapi takdela close sebab jarak umur yang jauh. Then takleh nak buat macam kawan-kawan cos diorang pun cam segan ngan aku. Respect kot. Aku sunyi...

Balik kerja, aku just memerap dalam bilik je... Online. Tak pun kadang-kadang aku layan diorang tengok TV. Tu jela. Nak keluar? Nak ke mane? Naik ape? Haihh.. memang takde laa... aritu adela kuar cos Bedah ajak and dia free. Kalau dia tak free, aku pun memerap kat bilik jela.

Abg Tapa ada di KL weekend ni tapi dia lepak ngan family dia. Aku malas nak join. Memang dia ajak berbuka sama-sama dengan family dia, tapi aku segan kalau Nini takde. So aku tak join la. Balik kerja hari Sabtu just lepak bilik tidur and baca novel. Padahal teringin nak kuar jenjalan... Just jalan-jalan jer... Nak shopping tak berduit. Tapi tu la... Abg Tapa takdela kuar jumpa aku cos nanti dia nak kena ulang-alik jauh... aku habis kerja pun dah petang... Takpelah, nak buat macam mana. Ni pengorbanan yang kena aku buat untuk bekerja...

Gaji tak dapat tapi dah berangan memacam. Then aku macam baru teringat cos gaji aku sikit jela cos masuk kerja pun dah 17hb. Huhu...

Aku rindu Nini la weekend2 ni. Dulu, kami memang jarang keluar juga. Tapi best cos ada each other. Aku rindu kat dia lebih-lebih lagi bila aku ada stok buku yang agak banyak ni... Mane mungkin aku tak ingat adik perempuanku tu... Kami kalau dapat buku, memang senyap je bilik. Dua-dua ekor dok terbaring baca novel. Dia ngadap dinding kiri, aku ngadap dinding kanan. Sama-sama bagi belakang. Lampu pasang sampai ke pagi cos membaca novel. Leh tak tido baca novel. Minat yang sama... So, bila aku baca novel-novel yang aku ada ni memang aku teringat dia. Terasa-rasa dia baring belakang aku dan tendangan yang aku terima dari kakinya ke bontotku apabila aku tiba-tiba terkentut. Sihatlah katakan... =)

Aku rindu dia sebab takde orang nak dengar aku membebel-bebel tentang pengalaman-pengalaman yang aku baru alami. Aku rindu dia cos takde sape nak urut aku bila bahu dan pinggang aku sakit sebab berjam-jam dok bersila depan laptop. Aku rindu nak berebut main internet... Rindu nak kena marah kalau dia masak dan aku tak tolong, tapi bila dia makan aku mengendeng. :'(

Kalau dia ada dekat aku, takdela aku terasa sangat bila tak berbuka puasa dengan family. At least aku ada dia. So sekarang ni aku agak down gak la dengan rasa sunyi melampau..

Maybe juga aku emo ni sebab Ahad tak kerja... Aku free dan mula la emo cos layan sangat perasaan. Masa kerja takdela layan sangat perasaan sunyi yang bersarang ni. Sibuk dan penat kerja. Haihhh..

Mak datang ngan Nini next week insya Allah... Patutnye datang weekend ni tapi Mak ada periksa ape tah hari Rabu so terpaksa postpone.

Tak sabar nak tunggu Mak datang.

Aku bersyukur sangat cos murah rezeki bulan ni. Ada buku-buku sebagai peneman di kala sunyi... :]


3.03 AM.
23rd August 2009
alhamdulIllah...

14 comments:

Anarm said...

aku sebak lak baca entri ni..
rasa nk nanges.. :(

sickchild said...

sayu weh aku baca.
saba lah weh.

ni sume dugaan.
satu hari nanti keadaan akan jadi lebih baik dari sekarang.

isk.
sedih aku.

sickchild said...

sayu weh aku baca.
saba lah weh.

ni sume dugaan.
satu hari nanti keadaan akan jadi lebih baik dari sekarang.

isk.
sedih aku.

yOnnA said...

aku sedih babe T__T takpe.
keadaan mmg berubah tapi perasaan takkan berubah kan?

bila dah kerja ni,ko mmg akan selalu rasa emo. rasa nak menangis hari2. dengan keadaan sunyi,keadaan family jauh,kita tak dpt makan mom's cooking,kita tak dpt nak huha mcm kat rumah sendiri. semua tu mmg boleh buat ko stress.

tp lama2,ko akan lali dengan keadaan2 tu sebab ko akan terima apa je keadaan ko. dalam bentuk mana sekali pun. biasalah, permilaan setiap chapter mana ada yang menggembirakan kan?

kerja elok2 ok? :)

yash aka yasha said...

haish..
sedih aku baca..
sabar la..
x pe carik pengalaman..

blowie said...

wah wahh,perasaan dah sampai ke laut dah nie,hehehehe

apiih said...

nak BALIK..nak BALIK...huwaAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAaaaaaaaaaaaaaaaa........

d'sandalwood said...

buatla tuisyen bahasa enggres kat umah tu,sure tak bosann

hi hi

Ahmad Suhazli said...

Ai..dah kena homesick ker? Inilah dugaan Ramadhan.Sabar,good thing will come hunting.

Ryehanna said...

To Anarm: Time menaip entry ni mmg aku menangis.. :(

To Sickchild: tula.. semua ni dugaan.. nak kerja, nk cari rezeki bkn senang..eh poyo lak ayat :P

To Yonna: Ko bace sedih, aku yg mengalaminya lg sedih.. :(
tp cam ko kata la, aku rs lame2 ok kot. lagi2 bila mak aku merestui pekerjaan ni.. :)

To Yasha: Yup.. mmg pengalaman betul laa :)

To Blowie: Dah ke lautan atlantik.. :P

To Apiih: Itulah kata hati ku yang terpendam :P

To D'Sandalwood: Camne nak wat tuisyen? masa utk diri sendiri pun takde... :(

To Ahmad Suhazli: Yup.. tgh homesick. dan tgh bersabar la ni.. :)

Cybernetics Mind said...

ok per...
1st poser boleh buka poser kat umah..
CM paling sedey taun ni...bukak poser dekat pukul 8 malam....kat Ibu Pejabat Polis plak tu...huhuhuhu [sambil terkenangkan keter kesayangan yg dah masuk w/shop Nissan kat Ipoh....]

sickchild said...

weh tu la english ko power doh.
wat ah tuition.
ke keje part time ke cam aku.
hihi seronok.

Mohd Yusof Mokhtar -1978 said...

huargh......aku pon teringat kg aku kat beruas, teringat time berpuasa & berbuka...sedey.arrr..

Ryehanna said...

To Sickchild: CAmne la aku nak kerja part time kalo masa utk diri sendiri pn xde? huhuhu
nk ngajar anak2 saudara ni pn xde masa...

To Mohd Yusof Mokhtar: Memang sedey... T__T