Monday, August 31, 2009

Susah sangat ke?

bismIllah...


Situasi 1.

Si gadis merajuk kerana si lelaki sentiasa sibuk dan tiada masa untuk call dan sms. Si gadis meminta si lelaki menelefonnya. Tapi sampai ke esok tiada panggilan dari si lelaki. Si gadis makin marah lalu sms dan menyuruh si lelaki untuk tidak menghubunginya lagi. Sampai bila-bila.

Then si lelaki tu pun terus tak call...
Bila online, mereka chatting dan masih lagi bergaduh.

Si lelaki menegakkan yang si gadis tu yang maklumkan supaya jangan call, dia hanya menurut.

Pada pendapat anda, adakah si gadis itu betul-betul maksudkan apa yang dia sms?

Abis, masa mula-mula dia suruh call tu kenapa ko tak call??? cisss...


Situasi 2.

Si gadis merajuk. Dia hanya mahu dipujuk. Si lelaki memang buta kayu bab-bab memujuk. So here's a tip [sila jangan berhenti call si gadis kalo nak pujuk. Swallow your ego a little] :

Girl: Tak payah telefon dah! Sibuk je manjang... susah sangat ke nak call??

Boy: Ala sori laa... I memang busy... jgn marah eh, sayang?

Girl: Ahh menyampah! busy busy busy...

Boy: Janganla camni... nanti I belanja ais-krim nak?

Girl: ............................................

Boy: Haaa... nak kan? U nak makan aiskrim ape? I belanja k..

Girl: U ingat I budak-budak ke nak pujuk ngan aiskrim haaa??

Boy: Habis tu... jangan la majuk-majuk... Tak suka la u marah-marah...

Girl: Hmmm... I takmo aiskrim je. Belanja I kek Cheeze Choc Secret Recipe, ice blended chocolate... aaaa lagi nak cookies Famous Amos! Hehehehe!

Boy: Hahaha.. ok, sayang... No problem. [sila jangan mention tentang berat badan dan yang sewaktu dengannya kalau takmo si gadis merajuk lagi teruk, terima kasih.]


Dah... selesai...

Senang je pujuk aku perempuan.

SUSAH SANGAT KE???

p/s: Adakah the fact that I'm having 'coming moon' makes me more merajuk-able?

p/p/s: Aku masih marah.


alhamdulIllah...

24 comments:

dendang said...

fuhh susah tuh...bila dh berhadapan ngan awek..mmg tak dpt ar nk ckp cmtuhh...(itu pon kalo aku ade awek..huhu)

yash aka yasha said...

tuh dia.. lepas geram ke?

hehhehhee.. sabar2.. kita sebagai pempuan jgn kuat sgt merajuk.. laki nie lain dowg kaum yang tak reti2 paham bahsa ape kita rasa.. alih2 kita makan dalam.. so, senang cite wat lantak je.. weeeeeee~

itu aku la kowt! =p

MK said...

Pendapat saya (yang merupakan seorang lelaki), memang saya ingat gadis tu maksudkan apa dia kata. Tapi takde la ignorant sangat sampai tak pujuk langsung :P

zubair.. said...

crik len je..

Namiedagreat said...

kdg2 ade ceratin laki nak tunjuk "professional" dengan biarkan awek dorg abis mrajuk dlu..da abis mrajuk baru approach balik kat awek tuh..^^

Kabasaran Soultan said...

Sepertinya si gadis hanya merajuk sahaja.

Mau tahu bagaimana seharusnya si lelaki memperlakukan si gadis ... sila baca " the most romantic story of ayam kampung " di kabasaran`s corner.

Any way ...postingannya bagus.

semy said...

haha...sama je semua..

13may said...

bila time tu, pompuan mudah sensitif...hormon tak stabil la katakan :D

Ryehanna said...

sebab tu la time ni lelaki kena prihatin.. layankan jela semua karenah..

ni tak, nk jugak ego...

Anak Lipas said...

hmm.
sememangnya, kita memang mudah terasa, mudah kecil hati, ambil hati, makan hati, dan sebagainya.

cuma, kadang-kadang, mungkin mereka benar-benar sibuk. dan apabila mereka sibuk, dalam fikirannya adalah kerjaya, kalau mereka telefon, mungkin perbualannya kosong.

kamu mahu begitu?
mungkin, kita harus sabar sedikit. jikalau mereka yang menelefon tanpa disuruh dikemudian hari, itu menunjukkan mereka sungguh rindu akan kita, bukan?

itulah kita, senang lepas kata "jangan telefon lagi" dan sebagainya, mereka hanya menurut kata. sesungguhnya, kuasa cerai itu memang hak mereka. kalau pada kita? hari-hari cerai.

haha.

saya faham, kita mahukan layanan dan sebagainya. siapa yang tidak mahu bukan?

hehe.

apa-apa pun, nanti kalau dia belanja cheese kek, nak juga. :P

Anonymous said...

susah jugak nak memujuk kalau mcm ni.... ade tips x??? hehe... bf awak tu pun sengal tahap dewa.... mentang2 la balik kampung... lupa dunia luar..... penat sangat ke mengecat rumah tu??? hehe.. jgn marah

Ahmad Suhazli said...

Ala...memang org pompuan ni suka sangat demand..belum kawin pakwe ikut la,dah kawin nanti haraaam...hehe

Mr PenyuBiru said...

jom aku blanje ko makan eskrim nak?nak? hahaha...

camne nak cakap ek. kita harapkan pasangan kita faham apa yg kita nak,tapi kita tak pernah nak paham apa yg pasangan kita paham ttg kita.tulah dikatakan salah paham.dua² ego. sorang nak kena pujuk baru nak mengalah,sorang lagi taknak pujuk pasal taknak mengaku kalah.kesudahannya dua² makan hati.hmmm.. dlm soal ni salah sorang kena mengalah. mengalah bukan sebab kalah tapi itu tandanya kematangan.

Ryehanna said...

saya xsalah so saya xkan mengalah.
lgpn saya tgh period, dia kena paham yg saya mmg nk menang walau ape pun.

MaizaC'Joe said...

aa.. la.. gurl bknnyer sj2 nk rajuk.. ada sbbnya.. kdng2 nk jg d beri perhatian.. tp klu xgaduh lgsung pun susah.. xbest hidup nie.. ahaksss...

for u.. Ryehanna
good luck!! ehehe..

Anonymous said...

knapa lar llaki susah sgt nak pujuk?? haizz... da kapel bertahun2 pun masi tak paham2 lg perangai awek sendiri.. merajuk bkn sekali dua.. tapi da tiga empat kali, masi tak master2 lg ker taktik 2 atau malas nak peduli??

Ryehanna said...

ego punyer pasal..

dah aku mengamuk gile2 pig baru nk pujuk mmg kena sembur ar...

nasib.

Idalara said...

hmmm...pd pendapatan kak ida yg dah terlebih makan grm ni..
pmpuan tu bukan mksdkn jgn call..tp dalam hati..call,call,call..
yg laki2 tu lurus bendul sgt nape..ish,ish..

shee said...

normal la tu bile bulan nak penuh. hehe

Luth Textile said...

perempuan bermata cake

Mohd Yusof Mokhtar -1978 said...

Biasa hati seorang insan yang bernama perempuan nie terlalu sensetif,mudah merajuk and etc... klu nak gubalkan banyak lg... tapi apa2 pun kuat kan semangat wahai lelaki klu bercouple tu la kerenah nyer...

Liyana said...

hehehe.. ramai peminat awak ni..

~azalea~ said...

wahh, sungguh teserlah kegeraman kamu.. huhu..


betul3..
kalo tibe 'time' tu tahap merajuk-able makin meningkat..
tidak dapat disangkal lagi.. huhu..


laki salu cam tu.. malas nak memujuk.. last2 terpujuk sendiri..

iskh3.. (T__T)

yash aka yasha said...

garangnya ko nyah.. x lok tau..
anti x cumel.. ekekkee =p