Wednesday, September 16, 2009

Dah sebulan...

bismIllah...


Pejam celik, pejam celik (ayat karangan), dah sebulan rupanya aku bekerja di KL ni. Yelah, aku masuk kerja hari tu 17hb Ogos kan... arini dah 16hb September. Dah genap 30 hari. Ape yang aku dah belajar dan buat? Macam-macam gak la... tapi still tak cukup lancar lagi menangani perlbagai masalah. Huhu...

Hari ni aku pergi CVDO di Shah Alam. Nak kena ambil kereta untuk bawa balik ke KL. Dah kali ketiga pergi sana barulah nak teringat kat Majinn yang bekerja di Pusat Perniagaan Worldwide Seksyen 13 tu. So aku call la kot-kot dapat jumpa kejap..

Aku: Majin, ko kerja katne eh?
Majin: Seksyen 13.
Aku: Pusat Perniagaan Worldwide eh?
Majin: Ha ah. Nape? Ko katne?
Aku: Aku kat worldwide la nih. Kat tingkat 7. Ko katne?
Majin: Aku kat tingkat ** (kena censored takut kena serbu ngan ah long). Eh ko blok mane? Blok 2 ke?
Aku: Err.. tak tau la aku blok mane. Meh ar datang. Boring ni. hehe..

bla bla bla... maleh plak aku nak menaip perbualan berjela-jela. Dipendekkan cerita, Majin datang la kat tempat aku tengah melepak. Aku takde watpe pun... Dok menunggu green light untuk bawak balik keta jer.

By the way, kali ni aku bawak balik Hyundai Sonata. Yes. Beria mintak ngan Abg Irman nak bawak Sonata cos tak nah bawak lagi. Elantra dah bawak 2x. Kereta baru ni weh.. kenala try bawak... hehehe...

Meh aku tempek gambar Majin melepak dalam kereta baru. (Mileage baru 22 km)

Teman berborak aku buat beberapa minit. :P


Ececeh...


Pas balik ke KL semula, ofis dok kelam-kabut ngan hal-hal pengubahsuaian. Udah macam sarang tikus je ofis tu since semua dok kemas-kemas dan alihkan barang untuk bagi space for renovation. Time raya nanti memang ofis kena make-over la. Tak tau la nanti jadi camne... huhu

Kemas jangan tak kemas... heheh

Lagi...
ape nak citer eh...

Haa... hari ni aku join Abg Shaharil dan Aqram berbuka di food court Pavilion. Pavilion tu sekangkang kera je dari tempat kerja aku tapi aku taknah pergi! hahaha.. So petang tadi baru pergi... Ala, melantak mee jawa je pun... Tapi tu antara makanan kegemaran aku tau! :D

Aku: Mee jawa, ais kacang (tak best pun) dan air masak.
Abg Shaharil
: Loh mee (whatever it is), manisan ape nama tah dan rojak buah (kongsi makan).
Aqram: Mi rebus dan air durian belanda.

Semuanya mee. Ape ke hal tetiba taste semuanya nak makan mee ntah.

Too bad the rest can't join us! Abg Irman dan Razeef terpaksa stayback kat ofis time berbuka cos nak tengok dan monitor kerja construction. Nak wat camne... :(

Tadi Abg Irman hantar balik rumah di Sg Buluh ngan CRV. Jakun jap tengok gear ngan handbrake bukan di tempat biase untuk kereta. Huahuahua... Abg Irman bawak laju dowh... Sabo jela... dah orang nak hantar kan... Aku mintak hantar kat KL Sentral je, tapi dia nak hantar sampai ke rumah... Lagi bagus. hehe.. Don't worry, Mr Chubby Cheeks tau. :]

Akhir sekali, kepada lelaki-lelaki yang suka berchatting, sila jangan taip gelak sebagai 'Hik hik hik'. Macam nak wat ala-ala comel la kononnya... Sangatlah menggedikkan. Tak seswaii for men, you! (habis la aku kena serang ngan mesej yang ber'hik hik hik' pasni)

Wekkk!
Tak comel! Tak comel!
Lelaki adalah macho.
Tak perlu la buat macam comel.

Yer, aku pun sedar gambar di atas aku nak buat macam comel. Tapi kalau dah tak comel, memang takkan jadi kan... isk isk..


Tapi dikecualikan kepada lelaki yang betul-betul cute dan comel macam pakwe aku. Kahkahkah!

Ei, even dia pun takde buat gelak camtu masa chat oke!

K lah, salam.


alhamdulIllah...

13 comments:

yash aka yasha said...

hahhahhaha

tekujat aku tgk gambar last sekali tu.. kui3.. o0o0o0o0o

letink ngn ******** lama ya! hikhikhik.. =p

Ryehanna said...

bukan letink la woii... ade je staff2 yang len kat situ laaa... huhuhuh

zelo55 said...

oi oi oi...
jom chat jom wak...
hik hik hik...
hik hik hik..
wahahahaa...

bEEdLE d' bARd said...

best x bwk keta tu?

Ryehanna said...

To Zelo: Eiii nyampah oke!

To Beedle d bard: Oh.. beshhhh!

MuNsYi^SaMa said...

ak ingat gamba last yg tgh gelak hik hik hik..hahaha(dgn machonya)

blowie said...

sirius menakutkan gambar last tu,hehehe.

ehh silap pulak,hik hik hik hik :P

Tyra said...

tingginye ais kacang!

samanosuke_04 said...

huhu, asal tingkat ngan no. plat kete si Majin tue kene censored? Hihi, nie mesti ramai orang yang carik Majin, haha!

Cybernetics Mind said...

ingat anak2...
gmbar last tu..
tajuknya...
sengal menjelang raya... :]

MK said...

nak gelak hik hik hik gak.
comel tak? ahaha.

shazclan said...

ugh...

teringin memandu sonata~~~

Ryehanna said...

To Munsyi Sama: Saje tkr angin ltk gmbr pelik sikit. hehe

To Blowie: Tak comel ke? wakakakaka...

To TYra: Haha.. tula pasal.. tp xdela special mane pn.. biase sgt..

To Samanosuke: Oh.. nombor plate kereta mmg sensitif weh.. sblm ape2, baik aku censored. hehehe..
saje censoredkan jugak dia keje tingkat bape.. watpe nk bg iklan free kat dia.. :P

To Cybernetics Mind: Sengal ker? hehehehe... saje xde keje... :P

To MK: Ko comel.. nasib baik. so xpela.. Warghahahah

To Shazclan: hoho...mmg best pun... :]