Monday, September 14, 2009

Kawan, Kawin dan Cinta... yang mana mulanya?

Ahh... salam ceria dan salam hormat kepada semua pembaca blog panda.. hehehe baru sebentar tadi lebih kurang pukul 11.15mlm aku menerima panggilan yang agak misteri. Ye.. aku agak terkejut juga sebabnya aku rakan-rakan aku yang berada di Perak boleh dikatakan sudah didaftarkan nombor mobile-nya dalam telepon aku. Tapi kali ni agak pelik. Kehehe... Erm.. nampak gayanya malam ni aku sekali lagi menjadi penulis jemputan. Tak pa lah.. bulan puasa ni, eloklah tolong rakan-rakan yang sedang kekusutan.


... agak kesunyian pada malam ni sambil sambil ber-SMS dengan teman tersayang, tetiba aku terpanggil untuk membuat entri di sini. Maklum lah.. kat blog aku sekarang ni aku boleh dikatakan serba serbi terkejar-kejar dengan projek dan masa memang terlalu singkat untuk aku menulis sesuatu yang agak berat untuk dibincangkan.

Remaja
Rata-rata dari apa yang aku perhatikan pada zaman sekarang ni... aku boleh rumuskan kebanyakkan dari pembaca di sini adalah pelajar, mahupon lepasan graduan. Juga masih boleh dikategorikan sebagai Remaja. (maaf CM bukan remaja ye. itu kategori bapak remaja)

Bila bercakap mengenai remaja, perkara yang sering dikaitkan adalah tingkah laku dan juga alam percintaan. Dalam perbincangan pada malam ni aku lebih selesa untuk bercerita pasal alam bercinta... Yee.. aku tau.. kamu semua pon suka membaca kesah sebegitu. Cinta yang paling utama adalah pada Maha Pencipta. Ok.. itu adalah permulaan.. Kemudiaannya pada Rasul, agama.. bangsa dan jugak tanah air.


Cinta Sesama Manusia

Owh... owh.. owh... ini sebenarnya nkorang tunggu kan. Hehehe... Ok.. bercinta dan berkahwin, aku kategorikan topik sangat besar dan skop yang agak berlainan. Soalan aku... mampukah kamu berkahwin tanpa bercinta? Uhhh... aku dah banyak ajukan soalan ni pada golongan remaja. Sapa aku? Aku ni tadak la dewasa sangat. Baru juga mencecah usia melepasi peringkat remaja. Memang agak sukar untuk diterima kalau tadek perasaan cinta tapi ingin berkahwin dengan seseorang.

Mungkin ada juga yang agak runsing soal masa depan sekiranya dijodohkan dengan orang tertentu. Tak kira lelaki mahupon perempuan. Soal memilih jodoh dari kehendak orang tua amatlah tidak disenangi. Kenapa mesti begitu? Jodoh pertemuan semua di tangan tuhan. Dalam masa yang sama, sekiranya jodoh tersebut memang dah terlulis sejak azali adalah kepunyaan kamu, buatlah macam mana pun... insyaallah akan ketemu juga.



Kesah aku pula pada satu ketika dulu selepas putus cinta untuk beberapa kalinya.. aku jadi malas untuk pikirkan soal perkahwinan. Pada aku, aku serahkan kepada kedua ibu-bapa ku. Tapi dah nak kata jodoh la kan.. berkawan dengan seorang gadis yang amat jelita pada mata ku. Budi pekerti yang amat sopan. Oh pendek kata memang berkenan. Tapi dalam masa yang sama, mak dan ayah di kampung cuba-cuba juga memujuk supaya aku berkenalan dengan pilihan mereka.

Hahaha... aku memberi alasan.. "Muda lagi.. tak lari semua tu. Kalau ade jodoh.. insyaallah..." Bukanlah niat untuk melukakan hati mereka. Tapi dalam keadaan memilih jodoh aku rasa biarlah berpada dan bersesuaian dengan jiwa. Berkahwin pada aku adalah percintaan sehidup semati. Aku boleh membuka hati untuk pilihan orang tua aku.. tapi mungkinkah dia bersedia untuk diri aku? Erm.. susah jugak la nak kata..

Terhenti
Kiranya jodoh soal dari mak-ayah aku agak perlahan jalan ceritanya disebabkan aku kurang memberi sambutan. Mungkin jugak mereka mengesyaki yang aku sememangnya mempunyai pilihan sendiri. Aku telah berkawan dengan Si Dia dalam tempoh setahun. Seperkenalan aku dengannya pada mula tuh disebabkan Program MLM yang aku kata menipu jer.. chis~ Masa tuh aku baru mengenali dia. Aku mulakan sapaan dengan bertegur memperkenalkan diri melalui SMS.

Jangka masa perkenalan tak sampai tiga bulan... tiba-tiba aku lost contact. Entah la.. Mungkin jugak disebabkan penganjur MLM tuh yang menipu. Terus aku pon jadi hambar untuk menghubingi Si Dia. Owh agak lama aku tak bertegur sapa dengannya.

Tak silap aku adalah dalam enam bulan selepas berjumpa kali pertama. Ingat macam tadak jodoh jer kan. Tapi itulah... bila terdekit kali kedua dalam hati untuk menghubungi Si Dia, aku meletakkan azam. "Kali ni.. kalau dia balas... aku nak lamar dia jadi isteri aku" Niat yang suci murni untuk membina keluarga... mesti Tuhan makbulkan... Insyallah... amin. Mungkin juga ada ramai lelaki yang agak berat untuk melamar gadis pujaan meskipon mereka telah berkawan dan bercinta dalam proses yang agak lama. Aku sarankan... kalau kamu itu wanita.. suruh jer dia masuk meminang.. tunggu apa lagi~

Lamaran
Keh keh keh... Lamaran... sapa yang tak terkejut. Selepas lost contact selama enam bulan.. berkawan semula dalam beberapa minggu dan seterusnya aku nak melamar jadi isteri. Wow.. memang agak sukar untuk melamar seorang gadis. Aku dengan selambernya meminta khidmat nasihat dan pandangan dari kawan kawan penulis ketika aku di blogspot dulu. Cariklah entri aku di sana, akan kamu tergelak guling-guling membaca coretan aku.

Memang dia tak percaya sampai sudah.. Sehinggalah aku sendiri pergi berjumpa dengan keluarganya. Kemudiannya membawa dia pulang untuk berjumpa mak dan ayah aku di kampung. Oh tidak.. dia masih juga sangsi.. hahaha sungguh lawak. Kami memang tak pernah bercinta. Macam mana terdetiknya perasaan untuk berkahwin. Ini soal amat susah untuk dikatakan. Cuma yang aku boleh jelaskan... aku suka dia, dan dia juga senang melihat aku.

Erm.. daripada situ maka lahirlah perasan saling percaya kepada pasangan masing-masing. Meskipon kami memang tak pernah bercinta sebelumnya. Hanya sebagai berkawan dalam erti kata sahabat. Bercakap dalam telepon mahupon SMS, tidak ade satu perkataan pada masa dulu aku mahupun Si Dia gunakan bahasa jiwang karat sebaimana "Abang" "Sayang" "Darling" dan lain-lain. Cakap macam biasa sudeh~ Tadek ribut, tadek petir tiba tiba ajak kawin kan... tak ke pelik... Itu keberanian yang lahir dari seorang jejaka macho la kan.. haha~

Ok.. .aku ingat nak berhenti untuk menulis seketika sebab ade SMS khidmad penaja. Entri ini mungkin akan disambung sekiranya ramai yang berminat. Anggaplah ianya sekadar cerpen untuk tatapan kamu semua. Sekiranya ada tersalah ejaan, aku yakin.. cik Panda kita ni rajin untuk memperbetulkan.

Bersambung....

Muhamad Azman B. Ishak
Selaku penulis jemputan 15/09/2009, 11.08- 00.04am

16 comments:

Namiedagreat said...

mcm best je bole jemput2 org tulis kat blog kite ek...^^...yes!!..im 1st...

Ryehanna said...

hoho.. aku pn xsedar bila si kreuger ni publish entry. :P

sonok tol dia menggoreng ayat. huahuahua

Fatehah A. said...

siap bersambung tuh..
haha

Anarm said...

ape kes plak si man tu bleh tertulis kt sini.. ni mesti terlampau expert la ni.. hebat la ko man.. ko jd la beruang koala plak.. tuan blog ni dh panda.. ko koala.. elok sgt.. hahaha..

Cybernetics Mind said...

hohoho...
penulisan En Kreuger skrg ni...
dah mula ada unsur2 kejiwangan...
lepas ni boleh laa plak...
jadi penulis novel kt Abad 21..hahaha

to Ana...
pd CM best gak wat camni...
ala2 Talk Show gitu...
tapi...hati2...
penulis jmputan kali ni...
mcm gila kuasa skit...
siap nk buat entri kedua plak :p

psl penulis ni kan....
dia adalah blogger pertama..
yg CM jumpa di luar blogsphere..
jumpa di hari pertunangan dia plak
so...CM ni kira cam..
the one & only blogger...
yg ada ngan dia masa dia b'tunang..
tumpang happy & banggerrrrrrrr...

tapi....
satu jer CM tk puas ati...
ngan penulis jmputan kali ni...
ada ke patut dia kata...
CM ni kategori bapak remaja...
wakakakaka....
kalo aku ada anak pon...
baru sekolah rendah laa....hohoho

-Eid Mubarrak utk semua-

Rjuna said...

dan yg pasti wajah penulis jemputan akan di blurkan sebaik mungkin

apatah lagi muka isterinya, jangan harap korang dapat tengok

aku cabar penulis jemputan letak gambar tanpa blur dan semsetinya gambar time kawen, apalah nak di sorok sangat

Ryehanna said...

To Fatehah: Tu la psl. sapelak nk bg dia menulis lg pasni.. siap ade bahagian 2 konon.. huh!

To Anarm: Koala? sangat xsesuai laa.. koala lembut,comel.. azman ni ganas, brutal.. patut jadi harimau jer la kot. :P

To Cybernetics Mind: hahahah.. xsangka gak kreuger nak goreng2 smpai cmni.. mcm nulis novel dh jdnye. :P
eh,tp mmg btl ape.. CM dh bapak remaja la kalo ikutkan. remaja kan belasan tahun.. :)

To Rjuna: Aku setuju!! sama2 kita nantikan.. nak jgk tgk siapakah gerangan si buah hati.. ahaks

blowie said...

perghhh,macam cerita beauty and the beast lahh! hehehehe

Tyra said...

fuh memang berani.
skrg ni kalau suruh masuk minang alasan ialah bajet tak cukup. camano tuh...

Ryehanna said...

To Blowie: no komen.. tgg si azman komen. haha

To Tyra: Ha ah la.. camano tu, encik azman?? ;]

yash aka yasha said...

wahwahwahh..

giler romantis dowh!
bukan senang nak jumpe laki gnie..
berani kerana mahu.. hohohoho!

ade sambungan?? wow!

Ryehanna said...

azman mmg jiwang.. hang jgn xtau..
err.. ttg sambungan tu, aku pn xsure. sesuka hati dia je kan, bg betis nk paha. huh..

samanosuke_04 said...

huhu, aku konfius senanye nie.. sapa yang tulis post nie senanye? laki ke pompuan. pastu asal ader gambar yang sama kat blog knizam??

aman said...

cis, azman kah citer pasal cintan nie? huhu. jeles seh. gua masih 0 bab nie. haha.

Ryehanna said...

To Samanosuke: Ko ni bace abis2 ke x? ni blogger jemputan untuk blog aku la.. namanya azman. orang lelaki laa.. ttg gmbr yg same kat knizam tu, no komen. hrp empunya diri yg komen sendiri


To Aman: Dia kan dah nak menikah hujung tahun ni.. mestila expert maaaa :P

fndrocka said...

best ceritanya..tapi dah tentu-tentu pnjg lagi perjalanan ceritanya kan kan..bukan takat terus kahwin je