Wednesday, September 30, 2009

"Tak teringat kat dia ke?"

bismIllah...


Mustahil untuk tidak mengingati dia pada hari raya...

Pastinya dia turut berada dalam ingatanku. Walaupun sudah berbulan tiada berhubungan, kami pernah bersama selama hampir 5 tahun. Mustahil untuk dia luput dari ingatanku.

Bukannya aku tak teringatkan dia di pagi raya. Tahun lepas aku masih lagi bertanyakan khabar dan bertukar-tukar cerita di pagi raya. Meminta maaf tentunya. Kerana aku banyak buat salah dengan dia.

Pastinya aku masih ingat betapa dia kebosanan ketika raya kerana sambutan raya di rumahnya biasa-biasa saja. Malahan agak syahdu dan sedih kerana arwah kekanda-kekandanya meninggal dunia ketika raya. Aku turut bersedih bila dia meluahkan betapa dia rindukan arwah kekanda-kekandanya...

Aku masih ingat, dia pasti akan membuat tapai, makanan kegemarannya di waktu raya.

Sebelum raya, selalunya dia akan menolong bondanya menjahit baju-baju yang ditempah. Dahulu, setiap kali aku telefon pada hari-hari menjelang raya, pastinya dia memberitahu "Tengah tolong Mak jahit baju"

Sebak dada pabila Opah menyebut namanya ketika hari raya ini. Tiba-tiba sahaja. Dan kamu mahu bertanya sama ada aku ingatkan dia atau tidak?

Segenap ruang dalam rumah mengingatkan aku pada dia. Cuma aku enggan melayan ingatan-ingatan itu. Biarlah ia sekadar ingatan.

Aku ingat. Memang aku ingatkan dia. Mana mungkin aku lupa.

Dia pernah menjadi sebahagian dari hidup aku. Banyak yang kami lalui bersama.

Blog ini dan blog dahulu, pernah menjadi catatan rasa aku padanya. Ada gambar kami. Our captured moments. Tidak pun ku padam. Biarlah ia bersemadi di entri-entri blog dahulu sebagai kenangan indah dalam hidupku. Pengajaran berharga yang mematangkanku.

Ada yang bertanya, kenapa tak hubungi saja dia di hari mulia iaitu hari raya? Sebagai kawan?

Ahhh... susah. Buat apa aku mengganggu ketenteraman dia? Dia tak mahu pun berkawan dengan aku. Entah ingat entah tidak. Doesn't matter pun either ways...

Lagipun, aku perempuan. Aku telah terluka dengan insiden pada kali terakhir kami bercakap di telefon. Walaupun aku cuba meneutralkan segala rasa amarah dan kecil hati, aku tak mungkin akan memulakan langkah pertama dengan menghubungi dia. Walaupun waktu raya. Walaupun dia dalam ingatan. Biarlah begini.

Lagipun, jika dia tidak menghubungi aku, mengapa mesti aku menghubungi dia? Cukuplah segala drama dan ketidakpuasan hati... Kami sama-sama sudah ada pengganti.

Aku mendoakan yang baik-baik untuk dia. Moga-moga aku juga baik-baik sahaja tanpa dia.


Memories cling onto us...
making us smile and cry....
reminding of love that once lived .....

alhamdulIllah...

www.tips-fb.com

15 comments:

Faizal@PeJAY said...
This comment has been removed by a blog administrator.
aien~s corner said...

moga sume baik2 saja.. =)

yash aka yasha said...

sososoob.. sedih plak.. tapi tatau mengenai sapa.. kui3..
sabar la.. moga semuanya baik2 hendakNya.. =)

Ryehanna said...

ermm.. komen yg didelete adalah komen yg mention nama org. xpayah la mention nama...

xsensitif namanya tu.

To Aien's corner: Thanx. Amin.

To Yash: mmm xtau pn xpe. :]

Fatehah A. said...

time raye je lah nak igt org yg penah close ngan kite.huhu.kenape ek? wktu 2 bese xde tringat lak

♥ana_bp86♥ said...

igt dier tiap2 mse..tp nak uat cam ner....erm...

blowie said...

link to entry lama plsss,hehehehe

noor afzan said...

ooo...ingatkan cite pasal sape?
pasal ex rupenyer..

tindakan bijak tuh..

Tyra said...

pernah dengar quotes ni?:

"No one is worth your tears, and the one who worth it, won't make you cry"

so smile ok? :)

Tyra said...
This comment has been removed by the author.
unwanted said...

apa susah, rye kan cantik.
nnt mesti ada yg memikat.:).

tp kena igt satu perkara.
jgn terlalu percaya pasangan anda..

sweet.ants said...

sedihnyer :(
aku pon cam ko ryehanna...
ramadhan & syawal mengingatkan
aku pd some1..tp semua dah berakhir...
pagi raye sekadar mnitiskan air mata je...rujuk entry 'kenangan terindah ramadhan' aku.(siap promote tau)
:))

ezany said...

kenangan mmg sukar utk dilupakan..

Ryehanna said...

Thanx for the comments and your concerns, y'all...

:')

fndrocka said...

bila kau boleh terima perpisahan dan menghargai memori lama..maknanya kau ada kawalan mental emoi yang bagus..jadi takde apa perlu risau.

 
template by suckmylolly.com but edited by Ryehana