Wednesday, October 21, 2009

Mak Yang dah Abah pergi haji. Nini konvo.

bismIllah...

Amaran: Entry panjang. Catatan peristiwa sejak malam semalam.


Semalam Mak Yang dan "Abah" berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan haji. Mak Yang dan Abah adalah mak dan bapak saudara yang PALINGGG aku rapat sekali. Masa kecik-kecik, aku selalu follow diorang. Sampaikan aku tak amik la sijil tadika sebab dok Ipoh di rumah Mak Yang... Masa tu Abah lecturer kat Maktab Perguruan Ipoh Perak di Ulu Kinta. Sampaila Abah pencen awal, diorang buat rumah sebelah rumah kami. Kiranya Mak Yang ni memang mak saudara paling rapat ar... Sampai suaminya pun aku panggil 'Abah'. Sejak kecik lagi anak-anak saudara panggil 'Pak Yang' ni 'Abah'. Tapi bila semua dah besar, diorang tukar panggil 'Pak Yang'. Aku jerla the only anak saudara yang still panggil 'Abah'.

So... bila diorang nak berangkat pergi haji, of course la aku nak hantar. Semestinya lah. Mula-mula ingat tak dapat hantar. Dah menangis dah aku time lunch bila ingat tak dapat hantar...

Then bila fikir-fikir dan plan balik, insya Allah boleh hantar... Tapi bila aku nak pergi ke Kelana Jaya dari ofis, berlaku la beberapa perkara yang buat hati aku bengang.

Kerja aku memang busy. Minggu ni aku masuk kerja kul 8 pagi dan patut habis kul 5 petang. TAPI!!! SELALUNYA memang akan OT sampai Maghrib. Sebab kerja berlambak. Orang lak tak cukup. So, dah boleh picture kerja aku macam mana?

But yesterday, I have told my colleagues earlier that I want to leave at 5pm sharp. Dah bagitau awal-awal. Dan bila sharp kul 5, aku nak blah ar. Then my superior tanya kerja dah siap ke tak. Then dia tak puas hati cos kerja tak siap. Memangla tak siap. TAKKAN SIAP ON TIME. Sebab kerjanya berlambak!! Aku tak siap kerja bukan sebab aku goyang kaki jer okeh. Aku buat kerja jugak! Tapi kerja banyak dan orang tak cukup. Dahlah aku baru kerja 2 bulan. Memang la lembab sikit buat kerja. Ada sorang lagi pekerja baru gak. Lebih baru dari aku. Yang otai lak MC dan takde kat opis. So... nak wat camne??

Time kita tengah buat satu benda, dapat call untuk siapkan benda lain. Sebab tu kami selalu balik lambat. Maka... Aku blah dari ofis dengan perasaan nak menangis pun ada cos disindir/dihalau "Hah... Balik la!"

Haihhh... stress gile. Kalau takde hal, memang aku tak kisah balik lambat. Tapi ni aku nak hantar 'MAK' dan 'ABAH' aku pergi haji. Tau-tau jela orang nak pergi haji... Dahla takde anak saudara yang lain dapat hantar... Aku tak nak menyesal nanti cos tak hantar mereka...

Dahlah. Bengang kalau ingat hal kerja...

Alhamdulillah aku dapat gak hantar Mak Yang... Dari ofis, aku naik monorel ke KL Sentral then dari KL Sentral amik Putra Lrt ke Kelana Jaya. Dari Kelana Jaya lak amik teksi ke Kompleks Tabung Haji. Pakcik driver kata kalau nak ke Tabung Haji patut aku turun kat Taman Bahagia ke ape... lagi dekat and murah sikit tambang teksi. Hmm takpela. Aku pun taknah naik LRT dari KL Sentral. Menonong je... heh.

Dari kiri: Abah, Kak Lin (anak Mak Yang), Mak Tam, Mak dan Mak Yang.
(gambar diambil oleh Nini kot. Pak Tam taktau ke mana. hehe)

Ni depan umah Mak Tam di Taman Ehsan, Kepong.
Diorang bertolak dari sini lepas Asar ke Kelana Jaya.
Mak Yang dan Abah dok kat Kajang actually...

Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya.

Ni dah dekat Tabung Haji. Waktu malam. Panas dan sesak.

Alhamdulillah... berjaya jugak la aku jumpa Abah and Pak Yang before diorang bertolak ke Mekah... (ke Madinah dulu actually)

Kat sana kami berjumpa dengan Cikgu Zaini dan Cikgu Samsuddin. Mereka pun hendak menunaikan haji juga. Kebetulan sama flight. Terkejut aku masa disapa Cikgu Zaini.
Then time tengah cari Abah, disapa Cikgu Shamsudin lak.

"Ana!! Nini!!"
(terus kitorang toleh ke arah suara beliau)
"Cikgu!!" (serentak tu kitorang cakap)
*once u're a teacher, di mana-mana dan pada bila-bila masa anda adalah cikgu. :)

Okeh. Citer hal Nini konvo lak.

Pas selesai hantar Mak Yang, kami ke Sg Buloh untuk amik baju kurung untuk pergi konvo Nini esoknya (hari ni ar). Baju raya aritu je ku pakai. Itu je sepasang baju kurung yang ada aku bawak. Almaklum, pergi kerja pakai pants. Yeahhh!

Sempat singgah Restoran Jejantas Sg Buloh melantak Burger King. Hari-hari lalu kat bawah tu pergi kerja... tapi berkesempatan langsung nak singgah. Huhu... Pas makan, terus gerak ke Kajang. Sampai umah, iron baju, mandi dan tido.

Aku agak tension terus tido xdapat gayut sangat cos henpon aku DUA-DUA ROSAK. Yang walkman takleh on langsung. Yang pink lak kena wat loudspeaker kalo nak dengar suara pemanggil. Semuanya nak rosak. Hampeh.

Kali ni, time ni konvo Mak tak dapat masuk Dewan Seri Budiman cos datang agak lambat. Dewan konvo UiTM ni memang kecik. Dewan sejak berpuluh tahun yang lalu. So, kami tengok kat skrin jela di Dewan Seminar belakang Pejabat Pos menara...

Tak best la kena pakai facemask.
Mak bapak tengok tak nampak muka anak-anak diorang wehhh...


Nama penuh Nini. hihihi...

Satu benda aku nak highlight:
Sangatla tak best bila dekan tak sebut nama student untuk naik pentas!!
Nama kuar kat skrin jer!! Penerima anugerah naib canselor pun takde disebut!!

Tak best! Tak best! Tak best!

Alasan: Ramai sangat.

Haihhh... nasib ko la Nini...
Time aku konvo dulu diorang sebut nama. Barula best. Time disebut nama, barula orang tepuk. Kalau penerima Anugerah Naib Canselor, nama siap dilaung dengan bangganya;
"Penerima Anugerah Naib Canselor... Nor Raihana binti Mohd Rashid!"

Pas sebut nama, budak-budak mechy macam nak gila bertepuk tangan dan bersorak.
Memang budak engineering especially mechanical yang paling bising.
Biase ar.. dak jahat.. ahaks.

*ye ye je ar aku dapat anugerah naib canselor. kehkehkeh...

Okey, okey...

berbalik kepada konvokesyen NINI...

Yang hadir ke konvokesyen Nini;
Mak, Kak Lin, Nini (of cos la), Aku.

Turut hadir ialah sepupu-sepupuku iaitu Aiman dan Aizat (Aizat dtg cos awek di konvo semalam)
Gambar ni diambil oleh Aiman.
Benda alah ni la yang bezakan jubah dak degree and diploma...
HUH!

Aiman, Nini and Mamito.
Aijat dah hilang...

Bunga Mak bagi. Sebab Nini takde boyfriend nak bagi. Uhuk2..
Tongkat sakti ade bear tu Kak Lin bagi.

Pas settle hantar jubah sumer, kitorang pergi Pak Li untuk melantak.
Sepupu-sepupuku pon join...

Pas makan, drop aku kat Sg Buloh cos esok aku kerja.

Jumaat ni lepas kerja nak ikut Kak Lin, Mak dan Nini balik Beruas.
Nasib baik Kak Lin nak balik Beruas. Leh tumpang jer... aku pun leh ikut cos abis kerja lewat petang... insya Allah.

Wahh... Tak sabar nak balik!!!

:pandaGeli_27::pandaGeli_27::pandaGeli_27:


p/s: More pics would be uploaded at my pictures blog later.


alhamdulIllah...

9 comments:

yash aka yasha said...

hu3 sonok nya tgk owg berkonvo.. jeles je tgk org berjaya.. keh3

sabar byk2 dgn keje tu... dah nama pown keje lagi baru je keje.. bese la.. jgn stress2 sgt tak lok.. hu3

Ryehanna said...

yela.. tau.. org len pun kerja jugak.. tp kat blog ni la kalau nak lepas geram pun. huhu...

aku pn rase nk sambung blaja blk.. tp pas kawen kot? insya Allah kalau ada rezeki dan peluang... :D

d|n said...

besnye konvo..
mintak2 la aknye pointer meningkat..huhu

Portgas .D. Ace said...

uish..
mmg pjg..
leyh masuk pertndingan essei nieh..
huhu~

deena awanis said...

betul3..x best giler konvo x sebut nama..aku konvo degree (kat UPM) pun dekan sebut nama sorang2..tapi konvo master nanti x tau la..de orang kata konvo kat UKM xde sebut nama...anyone??

eNaSaN said...

wah pjG en3 kamu....




seroNok ngk gamBo2 tue..llalaala



masa zmN kiTer diP xde jubaH huahauahua...zmn ijazaH gak ..still jubaH yg lamer..xdPt nk pakaI jubaH baru lps ITM jd UiTM...lallalala

Mookies said...

sori lar kak ryehanna x dpt g ke konvo Nini kt Uitm, tyme tue ader aktiviti kat UniKL. Sori bnyk2 yea...

Munirah Abd said...

mesti panas je kan telinga bila kita kena perli balik awal..
tp dulik arr ckp org..kita balik awal ada hal kan..bukannya xde hal..
xpe xpe tabah kan hati k..

oh rindu konvo ku:D

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.