Monday, October 5, 2009

No more commuting. I have Mr Nouvo now. But...

bismIllah...


Encik Nouvo kepunyaan Mr Chubby Cheeks.


Semalam Mr Chubby Cheeks hantar motor kat aku. Dia bawa motor tu dari Lumut, Perak ke KL. Aku dah suruh dia pos jer tapi dia degil nak hantar jugak. Maka, semalam lepas dia habis duty (dahle duty 24 jam. Masuk duty pagi Sabtu, kuar duty pagi Ahad), dia datang ke KL dengan naik motor.

Terharu aku...
Tapi risau bagai nak gila jugak! Orang tua memang degil gamaknya...

Takpela. Dia bertolak dari Lumut pukul 11 pagi, sampai KL (ofis aku-aku kerja semalam) pada pukul 2.30 petang. Tak dapat la nak join #rayatweetup kat KLCC. Aku pergi Pavvy je ngan Mr Chubby Cheeks.

Anyway...
Aku dah ada motor la sekarang ni. No more commuting. No more wasting time waiting for trains. huhu...

TAPI...

Masalah bila bawak motor lak, ia adalah sangat berbahaya!!!

Arghhhhh!!!

Arini aku nyaris dibunuh dek sebiji kereta. Nak tau kenapa? tak nak tau pun aku nak citer gak.

Macam ni, aku ni baru ler jugak kerja kat KL ni kan. So memang aku tak tau jalan KL. Even jalan nak balik Sg. Buloh dari KL pun hampas. Tak ingat. Ingat-ingat lupa. Cos aku ni kan jenis blur... pastu tak confident. Main agak-agak kinda of girl. Huhu...

So aku ikut la sedara aku balik. Dia naik motor gak so aku follow dari belakang. Aku kuar 6.30 petang and jalan jem macam nak gila. Sedara aku lak bawa motor laju gile. Yela, lelaki kan. Mencelah sana sini. Aku ni sebab tak nak hilang dia, terpaksa la laju-laju gak. Padahal kalau ikut standard keselamatan aku, cara aku bawak tu memang merbahaya. Tapi sebab tak nak hilang penunjuk jalan, aku pun mencilok jugak la.

Sampai la aku terlanggar satu side mirror kereta!! Aku tak tau kereta apa cos memang aku dah cuak gile pas terlanggar. Aku tak jeling pun cermin side mirror aku untuk usya tu kereta apa. Arghhh... Serba-salah giler wei. Ya Allah, Kau lembutkanlah hati pemilik kereta itu supaya memaafkan hambaMu yang lemah ni.. T__T
Ni terjadi masa masih di tengah KL.

---Ni belum cerita hal nyaris terbunuh lagi. Teruskan baca.---

Sedara aku nak bawak aku lalu jalan Segambut masa balik. Katanya takmo lalu hi-way cos kereta banyak dan laju-laju. Dia pun kalau balik umah, memang lalu jalan tu. Nak pergi kerja je lalu highway. Aku pun ikut jela. Cos memang tak larat ar kalo kereta banyak.

Sekali jalan tu tak berapa elok. Berlubang la... ape la... Dengan sedara aku bawak laju gila sampai aku pun salah jalan and kena patah balik. Macam taikkk. Aaaa... sedih tol aku dapat sedara tak memahami ni. Dahle arini first time bawak motor bandar besar. KL tu! Aku mane la pernah bawak motor kat KL. Hatta Ipoh pun tak pernah. Penang ade la jugak tapi bukan kat island. Dahle aku ni jenis tak ingat jalan... memang teruk betul la...

Sekali kat area Segambut tu aku lost sedara aku lagi. Terhegeh-hegeh nak cari balik. Yang aku geram tu, dia bawak laju time kereta tengah banyak. Mencelah situ-sini. Time kereta tak banyak, relaks plak dia bawak motor elok je kat tepi. Hadoi laaaa...

Masa aku nak mencelah jugak (cos nak ikut dia la ni), aku kena hon kuat gila cos kereta ape tah nyaris nak langgar aku. Nyaris wehhh... Lagi sikit je nak kena langgar dah.

Menggigil satu badan. Rasa down giler la.Dah fikir macam-macam. Jumpa sedara kat traffic light, aku pun cakap la "Lajunyer bawak". Dia balas, "Ni dah slow la ni". Adeh. Tak terkata dah la aku. Tapi dalam hati menangis. Aku nyaris terbunuh wehhhh. T___T

Tobat la aku tak hengen lalu jalan tu lagi. Biar la aku lalu highway jer. Semalam Mr Chubby Cheeks dah ajar. Tapi aku still tak confident. Huhu... Aku rase macam esok nak keluar awal la... Jalan tak banyak kereta. Tadi kuar kul 7. Dah sesak. Esok nak kuar kul 6.30 ke? Hmmm...

Aku sampai rumah Maghrib tadi pukul 7.35 petang. Kami kuar opis dalam 6.35... Mmm.. time pagi (time nak pergi kerja) amik masa setengah jam untuk sampai opis. Time balik, amik masa sejam untuk sampai umah. Kalau jalan tak banyak kereta macam jalan Lumut-Beruas kan best. huhu...

I was shaky when I reached home. Tapi standard la, maintain cool. Dah atas tikar sembahyang barulah I broke down. Cried my eyes out. Takut gila wey... Tak pernah aku bawak motor rasa takut macam ni. Sedih dan sayu hati aku. Dosa banyak. Ibadat culas. Kalau la aku kena langgar tadi, macam mana? Haih... ni semua peringatan. Tapi aku harap sangat aku tak meninggal dunia dalam kemalangan. Tak nak sangat-sangat. Doakan ya.

Syukur masih hidup.
*cam poyo jer amik gambar camni. baru pas teriak sebenarnya.. huhu

Aku harap aku akan lebih tabah dan berhati-hati selepas ini. Cepat-cepat la belajar tahu jalan semua ni. Cos kalau aku tahu jalan, aku takkan rush macam petang tadi. Tadi tu sebab nak mengejar sedara aku. *sigh*

Semalam masa naik motor ngan Mr Chubby Cheeks, jalan tak seteruk hari ni. Kereta tak banyak sangat macam hari ni cos semalam Ahad. Bila hari bekerja... aduh, seksa.

To Mr Chubby Cheeks, thank you so much for bringing the motorcycle for me. Kematu bontot bawak motor dari Lumut ya?

*remember what I told you today? -i just realised it. i'm sorry it took so long for you to hear those words. =)



alhamdulIllah...

14 comments:

Tyra said...

biar lambat...
biar sesat...
biar bawak macam mengkarung merangkak...

tapi keselamatan kena jaga.
lambat nanti sampai jugak.
sesat boleh cari jalan balik.

tapi kalau membahayakan diri...

*pandai je nasihat org. rasa macam makcik je... lalalalalaaa* ehehe..

Rjuna said...

Tengah bayangkan camna ko snap gambar lepas solat tuh kih kih

Aku naik motor ke lumut-ipoh pon dah azab, inikan pula lumut to KL, sakit bontot, pingang, penat 1 badan semua ada

Hargai pengorbanan pakwe ko tu, cara camni la dia tunjukkan kasih sayang dia kat ko

pasni dah tau jalan ok la, tapi naik motor memang risiko beb, hati-hati

Ryehanna said...

To Tyra: Uuu.. i fobia kalau sesat laaaa... :(

sbb tu kejar jgk. xpela, kalao dh tau jalan nnt ok la...


To Rjuna: Yer.. memang dia sayang aku.. i'm grateful to have such a caring bf. huhu..

*Tyra, Rjuna, thanx for the advices!!

Mr PenyuBiru said...

alahai...aku mmg tak sokong aa kalu pompuan naik motor sendiri pi keje.jalan kat kl ni banyak kete dan motor yg memandu cilok². kekadang diorang cilok bukan tengok blakang atau tepi.yg jadik mangsa motor yg lalu kat tepi. risiko naik motor ni lagik tinggi dari bawak kete atau guna pengangkutan awam.pepehal berhati² aaa bawak motor.

Cik Qemm said...

bwk moto elok2 ye.jgn rushing2 bahaya.

Mawar_berduri said...

pls be careful my dear friends....

deena awanis said...

salam..
giler mencabar dengar cte tu..
kalo aku jangan harap ler..
maklum laa lesen motor pun xde..
kalo de lesen pun, cam kaki x sampai je nk bwk motor...hahhahaa

yash aka yasha said...

huhuhu..
sayang nya dia kat ko.. dari jauh tuh.. pewhh! dengan penat duty 24jam.. giler rr! agagagaga...

weyh! bawak moto leklok la.. org kat cnie mana kesah org lain.. bawak slow2 pown x pe asl selamat smpai.. jgn gopoh2.. janji ko da x sesak kat ktm tu.. =)

hanc said...

tul kata deena awanis.. hanc kaki tak sampai law naik moto.. heheheh.. hope berhati2 na sis panda..

sweet.ants said...

syukur selamat...
comel la kakak ryehannaz...Ceh sjk bile bkakak-kakak ni?

baddyboo said...

conda u hebat la...

semy said...

bli garmin nuvii la..ekeke..gerenti tak sesat..

F.i.e.D.a said...

wahhh!!! terharunye bf wat mcm tu, jauh tu lumut-KL.. ana,, takpe.. lama2 bwk moto kat KL ok! fida pun g keje naik moto gak.. mula2 mmg la cuak+takut tp lama2 ok cuma jgn bwk laju2 je.. tp berhati2 ngan teksi2 kat KL nie,, diaorg nie takde perasaan kat penunggang2 moto. hati2 ye..

wh0se said...

bahaya2..mujur masih bernafas dan masih boleh berblogging...huhu..memang bawak motor sangat bahaya..famili whose sampai sekrg xbagi whose bawak motor,padahal whose ada lesen motor...