Saturday, October 3, 2009

Please improve our public transport!!

bismIllah...

Gambar dalam komuter beberapa minggu yang lepas.


Semalam masa balik dari kerja, keadaan sangatlah sesak dalam komuter (KTM). Aku ni pergi dan balik kerja naik tren jer. Masa pergi, sesak tu memang la sesak jugak tapi bearable cos pagi-pagi semua orang pun wangi-wangi jer lagi.

Tapi bila dah petang, dah balik kerja, bau yang boleh dihidu boleh buat anda pening dan probably pengsan kalau terdedah dengan bau tu dengan masa yang lama.

Biaselah tu kan... Sebab tu, kalau time balik, memang aku akan rapat dengan penumpang-penumpang wanita jer cos mereka(termasuk aku la! wakaka) berbau wangi still. Hihi... Masam sikit-sikit tu biase la... Asalkan tak hangit!! Serius weh. Ada je manusia yang tak sedar badan dia berbau tapi dia masih tak pakai deodoran.

Aku leh kenal bau orang yang pakai deodoran dengan yang tak pakai. Kalau tak pakai, memang bau tengik gila. Bau ketiak la ape lagi. Lalu sebelah pun dah berbau. Kalau pakai deodoran, dia tak bau tengik. Tak berbau apa-apa. Kalau berbau pun, maybe peluh belakang baju. Bukan bau ketiak.

Kalau perempuan, selalunya tak berbau busuk langsung. Bau perfume ada la... tu pun hanya kalau dekat-dekat dengan dia. Heee...

Ehhhh!!

Apsal aku melalut bab bau-bau dalam tren ni?? Aku nak wat karangan tentang 'Please Improve Our Public Transport' kan???

Eheheh...
Cepat hilang fokus tol.

Okeh.
Ni nak citer hal semalam la ni.

Click image for larger view


Semalam masa balik dari kerja, keadaan sangatlah sesak dalam komuter (KTM). Aku ni pergi dan balik kerja naik tren jer. <--- copy dari atas

Tapi semalam memang paling teruk rasenya. Aku balik kerja pukul 6 petang (dapat la OT sejam). Naik monorel dari Raja Chulan ke KL Sentral ok jer. Memang ramai orang dan aku takleh masuk 1st coach yang datang, tapi takpe cos tak sampai 10 minit dah ade next coach datang (betulke istilah coach? ahh belasah laa). So, aku taknak komplen la khidmat monorel kat Malaysia ni cos bagi aku okla lagi tu sebab train nyer kerap. Takde tunggu lama sangat. (maybe waktu puncak je kot? tak tau la aku)

Namun, setelah tiba ke KL Sentral keadaan adalah sesak. Ala, biase la tu. Selalu memang camni gak. Ok, takpe lagi. Aku tunggu kat bawah tu dalam pukul 6.40 dan dekat skrin terpapar tren ke Rawang adalah pada pukul 6.55. Lambat tu wehhh... No wonder la banyak orang. Ntah-ntah diorang tunggu sejak pukul berapa lagi... Kebengangan hati bertambah bila tren yang tiba pun penuh dengan manusia. Nak tunggu diorang keluar tu satu hal. Yang dok menolak-nolak untuk masuk pun satu bala gak. Macam nak hauppp aku kena himpit.

Di sini, anda boleh dengar dengan jelas sekali pekikan atau jeritan berbunyi begini: "Bagi la orang keluar dulu!", "Hey! Orang nak keluar laa!", "Tak paham ke orang nak keluar. Bagi la orang keluar dulu!" dan sebagainya. Sebabnya, orang yang dah lame menunggu dok berasak-asak nak masuk.

Yer, sangatlah memalukan bila tengok orang putih usya jer benda-benda ni berlaku. No wonder orang kata Malaysian are rude.

Semalam lagi la pulak... Sampai ada la pergaduhan kecil dalam komuter antara seorang pakcik dan nyonya. Terjadi masa berhenti kat stesen mane tah and orang nak keluar bersesak dengan orang nak masuk. Diorang lak duduk kat depan pintu. So maybe la tertolak ke hape ke... dapatla tengok drama sekejap. huhu

Fresh. amik semalam masa balik kerja.
Sesak gile babi. Nampak jer camni.
Tengok depan pintu tu dah sarat manusia.


Selain itu, kita hanya dapat dengar "Masuk dalam lagi", "Dalam lagi la" dan "Masuk la dalam lagi.. ada ruang lagi tu!" tanpa berfikir lucah di dalam kenderaan awam di Malaysia sahaja.

Okeh.

Ada beberapa perkara yang aku dah perhatikan dalam senario harian semasa menaiki kenderaan awam iaitu tren dan di sini aku nak kongsi. Leh bagi komen anda pasni:

1. Penumpang yang nak keluar dari tren adalah lambat dan terhegeh-hegeh nak keluar. Dah sampai stesen yang dia nak turun baru nak bangun dari kerusi (bagi yang dapat seat). So, bila pintu dah terbuka, dia baru nak memulakan perjalanan ke pintu padahal orang yang menunggu kat luar dah tak sabar nak masuk. Sebab tu la, seboleh-bolehnya bersedia la untuk keluar jika stesen seterusnya adalah stesen yang anda nak turun.

*aku terkecuali cos aku turun kat Sg Buloh. Jauh lagi. So memang aku dah duduk tengah-tengah tren dari awal. hehehe


2. Penumpang yang menunggu nak masuk tren selalunya dah tunggu lama. Malah, kadang-kadang mereka dah terlepas satu atau dua tren kerana tren penuh. Maka, mereka tidak mahu terlepas tren lagi. Sebab tu macam nak gila mereka menolak-nolak untuk masuk tren juga. Ini kita kena faham.

Lagi satu, jika pada satu pintu ni mereka beratur dengan sopan dan sabar tunggu penumpang-penumpang yang nak keluar tren untuk keluar dahulu, pintu yang lain adalah sebaliknya!

Bila mereka lihat orang yang masuk dari pintu lain (bersebelahan) sudah mula masuk dan dapat tempat duduk, mulalah mereka akan jadi kurang sopan dan berasak-asak untuk masuk juga. Nanti tak dapat tempak duduk. Nanti tak dapat masuk.



3. Kenapa penumpang tidak memenuhi ruang dan 'move further inside the train'? Sebab tiada tempat untuk bergayut! Bergayut di sini bermaksud tiada tempat nak pegang, nak bertahan laa.. janganla kome ingat tempat bergayut macam Tarzan plak.

Dalam monorel memang takde tempat nak bergayut sangat. Setakat pegang kerusi dan berpaut kat palang tepi dinding je la. So lenkali kalo nak design tren, banyakkan la tempat orang leh bergayut.

Antara sebab lain adalah kerana mereka akan berhenti di stesen berikutnya. So that's why tak nak masuk dalam-dalam cos nanti nak keluar susah.

SO, SESIAPA YANG LAMBAT LAGI NAK KELUAR DARI TREN BOLEHLAH MASUK DAN PENUHI RUANG DALAM TREN. JANGANLA DOK DEPAN PINTU JER. SUSAH ORANG NAK KELUAR MASUK.

Ruang kosong. Aku dok tengah.

Yang ni tak crowded sangat.


Antara cadangan aku di sini, TOLONGLAH BANYAKKAN TREN KTM.

Ini jer caranya. Nak educate people on manners dan kesedaran sivik, dah bertahun kita kempen tapi still tak jadi ape. So, what about making the trains arrive more frequent??

JANGAN la jarak masa nak tunggu tren sampai setengah jam! Itu sangat lama tau tak. Orang yang berkumpul makin bertambah by a minute. So aku harap leh la buat tren ktm tu at least 10 minit satu tren.

Komuter, monorel, LRT --- semua ni ada je penumpang setiap hari (tapi aku tak naik LRT). These transportations have been around for quite some time now. Orang bayar tambang, nak khidmat yang baik. Baikilah servis. Banyakkan la tren.

Dahlah tu, janganlah ade masalah-masalah cam bangang lagi. Aku ingat lagi aku stuck dalam tren dekat sejam dengan manusia dalam tren macam sardin masa puasa dulu! Sejam tau tak, sejam!!! Berbakul-bakul sumpah seranah aku spam kat twitter guna gladlycast. Ramai je yang kesian kat aku... :'(

Itu memang kes gila. Baru gerak beberapa meter dari KL Sentral dah kena berhenti sebab sistem kat hentian Kuala Lumpur rosak. Kami berhenti sejam lak tu! What the fish la?? Yang orang dalam tren bersesak-sesak (lagi teruk cos time nak raya) macam nak mati, dengan aku takleh bernafas nyer.. memang gila!

JANGAN SAMPAI ADA ORANG MATI DALAM KOMUTER BARU NAK BAIKI MUTU PERKIDMATAN.

Sekian, terima kasih.



Yang Benar,

alhamdulIllah...

29 comments:

syinrayafa said...

#1: eiii..busuknya bau... aku pernah gak jadi isi tin sardin... pagi dan ptg..memang ramai org... ada gak time xramai..blh buat mcm rumah sendiri..haha..

MK said...

saya... memahami perasaan anda =.=

d|n said...

pergh..nasib bek kat jb x d komuter..
klo x mesti da mcm ni gak..haha..
aku rase mesti org sblh2 ko igt ko ni paparazi@mamarazi..ataupun mak kepada razi..hehe

syinrayafa said...

pernah sekali aku tren sampai xtepat pada masanya...asyik tukar je waktu tren sampai..hampir sejam rasa..kalu tren bnyk plak..rail dia mesti nk banyak gak..hihi..

Ryehanna said...

To Syinrayafa: time xramai selalunya weekend kot. Sebab kalo pg keje ari sabtu or ahad, mmg xramai org.

To MK: I know u would. and u should. haha

To D|N: Hehe.. tu la.. semalam lupe lak nk silent phone b4 amik gmbr. mmg org semua terkejut n tgk. wakaka...

To Syinrayafa: Tambah la rail lagi. Nak maju kan? if there's a will, there is a way...

fndrocka said...

time puncak memang berpuaka..tapi aku selalunya malas nak rush..relax-relax sudah..

khalil said...

mana wakil rkyt..sumer naek kete besar..xpenah tw rkyt mcm mne.

same la pudu pon, nth bila nk improve.

hoho

zubair.. said...

ye ke laki bsuk..??pompuan y bdan dorg lg bsuk dr laki kak..tmbh2 time dorg dtg bulan..ya allah kak bau pekung...hnyir...

nesca said...

*nod nod* lama dah tak naik komuter, tapi mesti sama je macam dulu.

*politik on*
gi la jemput najib naik komuter kul 6pm weekdays. no bodyguards la tapi. biar dia jadi sardin kejap baru sedar. rosmah sekali..
*politik off*

hee~

oh!dawie said...

Busuk??standard la tu..tmbahan kalau ader bangla or ind** dlm tu..mmg rase cm nk mmpos jer..

p/s:ape kate ko dduk atas bmbung jer..utk perjalan lebih selesa dan nyaman disamping menghirup udara segar..hoho

aminsahari said...

btol cdgn anda..
kena tmbh frequency wktu atau coach..
pelik laa..
klu ekspres boleh ada 14 coach.. kdg2 dari D-Q..
asal komuter ade 3 coach satu tren klu dah tau org ramai naek?

kasi upgrade la ckit service..
bru la mantapp.. ;)

samanosuke_04 said...

METRO KAT RUSSIA

1.frequency metro dalam 1 minit skali..
2.metro panjang nak mampos..
3.orang2 russia dah tau prosedur yang teratur nak naik train.. bila nak naik, jangan blok jalan untuk bagi orang kluar..
4.kalo ado orang tua naik train, wajib bagik diorang tempat duduk tue, kalo tak memang kena sumpah laa korang.
5.kerusi dalam train lain sket susunan, luas kat tengah, dan ada tempat bergayut..
6.nak dekat 10 line metro ada kat moscow nie..

RESULT = AKU HAPPY...

aku rasa nie patut dibawak balik ke m'sia.. hoho

x-po said...

aku plg benci kalau naik komuter kat kl sentral n midvalley waktu2 ptg..mmg hampeh

emma songall said...

benci situasi nih.
serius jrg naek komuter da sbb pernah ada pengalaman kena raba.
klu xdisebabkan crowd yang sangat2 gila penuh sampai nk toleh kepala pon susah, kena raba lak tue.
mmg patut keraan amik tindakan secepat yang mungkin.

Ryehanna said...

To Fndrocka: Saya mengejar masa. tak boleh nak relaks2. kalo x, pukul berapa nak smpai umah/keje. huhu

To Khalil: Tu la pasal... nak wat cmne, diorang tak gunakan public transport ni sumer..

To Zubair: Hoho.. yeke? tak penah lak sampai terbau. cos benda yang hanyir tu di 'bawah'. hidung kita kan di atas. bkn nk sebelahkan perempuan, ermmm tp serius xnah bau lg.lainla kalo org tinggal pad xbasuh dlm public toilets.. haaa... itu dh lain cerita.

tapi bau lelaki yang tak pakai deodoran mmg busuk tak kira masa.haha


To Nesca: Nak ke dia?? huhuhuhu...

To Oh!Dawie: Tercabut kepala aku kalo dok bumbung.. huahuahua... Sesetgh orang tak sedar badan dia berbau.. so... cmne nk sedarkan? huhu

To Aminsahari: Ha, betul kan? tak pon tambah gerabak. baru la ok. ini semua dah sarat rendat bila sampai stesen. camne org nk masuk.. huhu

To Samanosuke_O4: Kau telah membuatkan aku jeles.
Giler ar 1 minit 1 tren!! Bapak best! Heaven ah camtu.
memang benda ni patut dibawak ke malaysia.

To X-po: Tau xper... weekdays lg teruk cos orang balik kerja...

To Emma Songall: Tak nah kena raba. just sesak gila smpai kaki takleh gerak dan henpon berbunyi dlm poket pon xleh amik...
tapi berhimpit laki-pompuan sampaikan kalo lelaki ade hard-ons boleh terasa tu mmg selalu la...

MEMANG GILA.

Fatehah A. said...

aku penah naik komuter yg mcm sardin smpai putus selipar.babe gile r.serik dah aku nk naik

Ryehanna said...

wakakakaka...
aku tergelak bace komen ni. ampunkan aku. sian memang kesian. tp aku nak tergelak la...

LOL

*Pihak berkenaan silalah take note yer. sian kat kami pengguna public transport. sampai putus-putus selipar tu!

XP

yash aka yasha said...

huhuhuhu..
naseb la aku jarang guna ktm..
penah guna pown sekali je seumur hidup! wakkakkaka! giler rr..
tapi lau lrt ke.. monoreil ke.. star ke.. bese la gak.. oke lagi cume waktu2 puncak tu sah2 penuh macam sardin.. aku paham situasi ko..

tapi kan yang besh nya.. ko elek je amik gambar kan?? napa aku x macam tu? segan giler aku kalo nak amik gambar bile kene himpit2 gitu tak pown di kalangan org yg sgt ramai.. amik tu amik tapi gambar superduper buruk! hhehhehhehe..

Precious said...

Kita amat miskin dr segi kesedaran sivik. Malang! Macam kat tol, dah sampai baru terhegeh2 nak amik handbag, buka zip, cari duit kecik ... tak leh ker sediakan awal2? Melambatkan orang lain ...

winder said...

nak tambah tren, nk baik infrastruktur bukan benda mudah nk buat, kalau x dah laksana dah.

Sedangkan negara yang kita pandang tinggi, Jepun pun timbul lagi masalah2 ni apa lagi kita.
Jgn bandingkan orang asia dgn orang eropah sebab sikap kita berlainan.
So kalau jangka yang org asia ni nk jadi mcm org2 kat metro rusia tu, jauh lagi la.

Sementara ni bersabar je la dgn apa yg ada. Lepas kiamat nnt xde lg la kot. huhue~

Not Winder said...

hi winder.

lepas kiamat ape bnda ats bumi pn xde. xbermakna kena tgg n rase je penderitaan.

what a stupid comment

unwanted said...

dahulu pernah ada peruntukan dari kerajaan untuk perbaiki pengangkutan.
tetapi sama je.
malah makin teruk.

Winder said...

Org buat lawak pun nk geteyk ke? aiseyh cool la.

sebelum aku ada transport dulu pun aku guna gak ktm,lrt ni smua.
Berbanding dgn dulu skarang ni dah agak baik(walaupun stil teruk).

KTM - at least skarang dah ada ktm express line utk stop2 yg penting. Plus kat stesen2 penting dah ada guidance line utk ikut(yang malangnya kita xnk ikut).
LRT Kelana jaya - every 6 minutes dah ada.
yg lain tu aku jarang naik so xleyh bagi komen.

Bagi aku la kan, baik lagi kalau kerajaan buat satu sistem yg lagi baik.
Contohnya ada beza utk keluar masuk shift kerja bagi awam n swasta.
ataupun boleh jugak buat sistem season kad berkala dengan diskaun. Yg mana sesiapa yg pakai kad biru pkul 5, hijau pkul 6, merah pkul 7 etc. N setiap kad ada limit.makin jauh masa kad dr peak hour lebih murah. Kalau yg rasa xkisah sgt balik lewat atau sampai awal then boleh la beli yg lewat skit,murah pun murah.
org kata win-win situation.

just my 100cent.

MaizaC'Joe said...

salam..

dlm train klu ada mamat negro lagi pinin... sy amat memahami...

Tyra said...

dulu ade bangla tu dia punya kawasan kat anu basah. tak tahu la berpeluh ke or basah sebab duk menggesel dengan ramai perempuan.

geli kan? eee...

Ryehanna said...

To Yash: aku memang giler amik gamba. pedulik hape aku.. hahaha...
oh, terima kasih kerana memahami :P

To Precious: Yer, mmg miskin kesedaran sivik. setuju. :]

To Winder: Bersabar? hoho.. rasenya rakyat Malaysia dah banyak bersabar dah ni... kalau tak mengalami, mungkin x paham betapa seksanya...

To Not Winder: Ahaks.. setuju part isi. tp ayat last tu.. rileks beb

To Unwanted: Makin terukkkk.. itu yang aku tahu. pengguna makin ramai, servis msh xde perubahan. itu yg kena diubah.

To Winder: Kalau awk komen mcm ni dr awal, kan bagus..xde la 'Not Winder' cop stupid comment. ni baru clever comment.. bagi cadangan membina dan bukan yg sebaliknya.. :]

To MaizaC' Joe: Mmm..tp kalo bangla lg pening kot. bau ketiak berdentum!! x__x

To Tyra: OMG! That is SO GROSS!!!!!
geli.. geli.. geli... euwwwwwwwwww
O__o

Chempaka said...

aku pal├Čng tak suka komuter... Lambat dan lembab... Boleh sakit jiwa tgg train... Aku sanggup byr tambang bas yg 2x ganda mahal dr komuter.

Admin My J SSU said...

salam, memang bagus posting ni, saya ambil posting ni sebagai petikan utama dalam posting saya, bolehkan...?

Ryehanna said...

To Chempaka: Tak suke naik bas cos mcm lambat je... huhu

To Admin My J SSU: Boleh... asalkan kredit or link kalau ade copy ape2 tulisan...