Friday, October 23, 2009

Takde orang komen?

bismIllah...


This entry is a response to blogs yang macam paksa orang komen blog dia.


Ni aku nak membebel sikit. Bagi aku la, bilangan komen pada entry tak bermakna ape-ape pun la... banyak orang komen ke, sikit orang komen ke... watpe nak kisah? Blogging sebab nak tambah bilangan komen ke? Sampai banyak sangat blog-blog yang macam paksa orang komen entry dia. Aku macam... errr... kalau tak tau nak komen ape, nak komen gak ke? -_-"

Meh ar nak citer sikit bab-bab bilangan komen nih. Memang la kita suke bila ade orang komen entry kita kan... rase macam 'waaa.. ade jugak orang bace blog aku!' cos ade orang komen. Rasa macam kehadiran diri di dunia maya ini disedari orang... tapi, jangan la sampai macam buat readers berasa SERBA-SALAH dan KESIAN plak. Nak tergelak tu takpe la lagi cos ade jer wat ayat ugutan yang kelakar supaya dikomen.

Ni aku tak sentuh lagi bab mintak di'follow'. Maleh. Cos sape yang suh aku follow, aku follow je. Tapi bab nak update link kat blog, itu aku cukup malas. Okeh.. itu cerita lain.

Berbalik tentang ketaksuban mengumpul jumlah komen;

Pemahaman bloggers kita ni, kalau blog tu banyak orang komen, banyak followers, haaa... mesti tuan punya blog ni glemer, best, kebabom dan yang sewaktu dengannya. Betul tak korang fikir camtu?

Yer, ade sesetengah blog memang best. Yang kena ngan selera aku would be blog ini. Memang penghibur hatiku di kala sunyi dan duka. Tapi blog tu pun takdelah sampai beratus-ratus komennya... aku sendiri jarang komen. hihi...

Pernahkah korang usya komen-komen yang BANYAK sangat tu?

Cuba tengok berapa komen dari orang yang sama?

Berapa komen pulak yang dibalas oleh tuan blog?
Selalunya, orang yang komen entry tu ada la 10 orang je kot. Pastu tuan blog akan balas satu-satu buat setiap pemberi komen di blognya. Terus jadi 20 komen. See?

Ala, macam la tak biase lak kan... ;)

And berapa komen plak duplikasi dari komen-komen sebelumnya? Orang yang sama komen benda yang sama sampai 2,3 kali. Kadang-kadang, ini error masa nak tinggal komen. Tapi kalau aku, kalau aku perasan benda ni, memang ku delete la. Remove forever terus. Menyemak jer.

Kalau threaded komen lagi la plak... bilangan komen mencanak cos semua buat nasi tambah. Mencelah kat komen orang ni, mencelah kat komen orang tu...


Bagi aku la... komen sikit ke, komen banyak ke... kalau blog best, kena ngan selera pembace, itu dah cukup. Tengok macam blog Yuna tu, dia siap tak benarkan komen-komen dari pembace lagi.. Rilek jer.

Oh dan lagi satu, blog Kahuna tu punyala best dan ramai followers... tapi cuba tengok bilangan komen dia? takde beratus-ratus mahupun berpuluh pun? Rilek jer.

See newbies?

Tetapkan objektif mengapa anda berblogging. Kalau semata-mata nak duit dari iklan nuffnang mahupun advertlets, well... no wonder la cam nak paksa gak orang komen. ("kalo komen byk, org ingat blog aku glemer dan best, ramai yang nak follow. Ramai orang datang, banyak la duit dari iklan yang aku dapat!"getus hati kecil Sang Kancil)

Keikhlasan berblogging tu penting... tetiba teringat entry Hurul Aini tentang keikhlasan di alam cyber. Hehe. Aku pun cam dia gak, kalo takde benda nak komen, takdela komen. Tapi blog yang aku suka bace tetap ku lawat setiap kali berupdate. Silent reader je la. Aku pun tau blog aku ada ramai silent readers. ;)

Aaa... bab paksa klik2 iklan tu aku takmo sentuh cos aku memang rajin klik2 iklan orang. Diorang nak balas ke tak, itu sukati la. Tak paksa. Just bagitau kat shoutbox jer. ahaks.

Bottom line; don't push or urge people for your benefits. Tu je aku nak tekankan. For me, I blog to record. My blog is my journal. If I have readers, alhamdulillah. Leh share apa-ape info berguna. If no readers also okay maaa... nak komen boleh, tak komen pun boleh.

So please people, don't feel bad if your entry doesn't have LOTS of comments.

*Leh usya balik entry aku yang pertama tentang basic tips for new blogger friends.

Sekian.. semua yang baik datang dari Allah, semua yang buruk datang dari diriku sendiri.

Salam.



alhamdulIllah...

33 comments:

Portgas .D. Ace said...

no komen...
haha~

Fatehah A. said...

pade aku komen x penting
yg penting jumlah visitor
kdg2 xde komen x semestinya org x baca
mgkin die malas kot
mcm aku
haha

Chaireel Azizee Mohamed @ Ayub said...

komen ke x komen ke...x payah peduli...janji ko tulis..bukak blog bukan nk suruh org komen...

pergh..da lame aku x tinggal jejak..hahahaha

cahayachenta said...

"nice entry.. check my new entri ok..."

ni 1 lg spesis... urghhh... nk sekeh je rs... lg di ajak lg aku takkan datang...

~azalea~ said...

copp.. sy xwat camtu.. hehe..

sweet.ants said...

kesian mereke..xperlu la smp buat entry cam ni..hurm~

Riezal aka Rezdrake said...

hehehe.. dunia dunia.. semua dunia.. ape laa ada tang comment tu.. tak bawak kemati pun .. aku yang start blogging dari tahun 2002 pun xde kecoh komen2 time tu.. masa tu.. takde widget2 ni pun.. haha.. simple stupid blog untuk blog jer.. akuu pedulik apa org nak masuk ker idak takde audience nak baca.. yang penting its for me.. my world my space.. i dun give a damn what ppl say..

ayong said...

aha, terasa pulak i ni silent reader. hehehe. yeah yeah, y need begging for people yg nk komen2 ni. masalah betul. haha. adooi2~ nyhow, comment if u want too. :)

DilOt said...

no komen..

alamak terkomen lak...

yg komen leh tahan lg..tp kalau dah yg masuk u follow i follow...lg tak menahan...

e l d y said...

bg gua, entri yg bernada ringan tu kan dpt lebih byk respon, cuba tengok entri yg serious.. jarang komen dia ..

unwanted said...

keseluruhan entri ini aku setuju, kecuali satu perkara.
"tak benarkan komen-komen dari pembace lagi.. Rilek jer."

mewujudkan satu ruangan komen adalah penting bagi aku. bukan masalah relax je atau cool je.

ruangan komen adalah salah satu cara bagaimana kita berinteraksi dengan reader.

Ambil contoh diri kita.
ada kalanya kita apabila mengunjungi blog seseorang akan terasa untuk komen pada entri yang kita suka. tetapi bukankah satu kekecewaan apabila kita tidak dapat bagitahu apa yang kita rasa.?

PenuliS said...

komen or tak...no hal.menulis bkn nk kumpul komen bnyk2 atau jd blogger glemer..yg penting,tulis utk kepuasan diri..

Syarinie Amran said...

betul
menulis untk mencatat kenangan hidup kita sendiri
bukan untuk mencari duit atau glamer
:)

Kujie said...

pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas.

selalu baca je jarang komen..bkn tak suka..

bab2 remaja ni, kak jie tengok je..rasa dah tua nk menyelit2 kt sini.

Kalau nak popular dengan berhigh class tu, ada nilai berqualiti :

belajarlah SEO (Search engine optimization ) , SERP ( Search Engine Results Page) , belajar tentang organic traffic atau pun unique visitor supaya kita lebih kenal contents blog sendiri. Itu adalah cara paling selamat kerana kita bermain dengan Encik Google bukan dengan blogger yang bernaluri manusia . Kalau dengan manusia, common sense kena tiptop..tak boleh rejah macam rancangan Melodi tu


p/s - pandangan dari Makcik Blogger

Kujie said...

*rejah = terjah

XOtide said...

sorry, aku xbpe setuju sgt gan entry ni wlpn bgus.bkn sume org kt dunia ni sme..kita xperlu m'jd kebudak2an sbb nk tnjuk 'kematangan' kita.

xsalah org m'beri komen n xsalah tuan blog m'balas komen.tu sume hak masing2 & sbb tu blog2x cmni d'wujudkn...

kalu bab pakse m'makse org komen, pilihan still d'tgn org yg nk m'beri komen..ignore it if u doesn't like it.xjd masalah kn?=)

setiap org ade k'puasan diri msing2x.bg stengah2x blogger, ade yg ske org bnyk komen.mgkn akn m'jdkn penulisan blog dia b'tambah matang & kemas.so, kalu cm kita yg xbape ske bnyk komen ni, jgn cantas minat org len..lg2 tuk newbies yg br b'jinak tuk m'blog ni.masing2x ade cara masing2x kn..

nway, blog ni m'bina..teruskn=)

Ariey said...

aku setuju dgn XOtide bg aku komen dari reader amat perlu bg memperbaiki mutu penulisan kita jika tiada komen atau teguran prestasi kita akan tetap berada di tempat yg sama.

seperti aku yg membuat blog tutorial untuk blogspot aku perlukan komen untuk mengetahui samaada mereka memahami cara aku mengajar mereka membuat sesuatu perkara jika mereka tidak faham aku akan cuba untuk tunjukkan cara yg berlainan tetapi jika tiada komen..aku anggap mereka semua faham tetapi jika ada pertanyaan di shoutmix aku x akan melayan kerana itu bukan ruangannya..terpulanglah kpd pendapat masing2 kalau x nak org komen tutup je ruangan komen habis cerita.

green apple said...

ehem ehem....

thank you sebab sudi baca blog i.

jangan komen tau.

ingat.

jangan letak komen.



hahahahahah.
thanks beb.

Mr. Azman @ Kreuger said...

kekeke.. tak komen tak semestinya tak bace. kekadang tadek idea nak komen. so let it be jer la. takkan nak emo pasal orang tak komen kot?

*panda dah mengamok.. abis la nkorang kali neh.

dulu memang aku gile kumpul komen. tapi matlamat utk komen dah tercapai selari dengan tahap aku berkomen pada masa tuh. jadi ianya bukan penentu kepemesan blog. yang penting.. key mesti ade untuk success dalam menulis blog.

anggap le menulis blog macam menulis diari. kalau orang trbaca diari kite.. dan kasi pendapat.. ade yang kite bleh terima dan ade yang tak boleh.. so pepandai la balence.

dah lame tak komen panjang. cukup le merepek buat setakat ni. nak sambung kemas rumah yang tengah bersepah ni. lagi 2 minggu nak rasmi rumah together-gether.

salam~

ezany said...

eh.. macam blog aku jer.. reply setiap komen.. haha.. 15 jadi 30.. tapi rasanya tak salah kot.. setiap org pny cara berbeza..

ape bezanya dgn blog yg guna sistem komen disqus cam x-po tu.. sama jer kan..

kalau ade error komen tu mmg aku delete la.. tinggalkan satu jer..

shee said...

hehe suke! tu la. i pon rajin bace blog org lain and tak tinggalkn komen sbb kadang2 tak tau nk komen ape :D

kawan2 i pon diorg kdg2 komen dpn2 jer. hehehe


komen ni hak individu kann :D

Anonymous said...

amboi rmainye pengomen...

Anak Lipas said...

disebabkan entri ini berkisahkan 'komen', jadi saya pun rasa nak komen, walaupun tidak membina.

sesungguhnya komen dari pembaca itu menyegarkan, cuma berhati-hati supaya tidak ketagihan.

kan?

hehe.

Anonymous said...

haha...memang angin entri nihh... aku pernah terbaca gak entri/posting ala2 mcm ni...ha..

bagi aku, aku suka komen entri/posting yg membuatkan ku tertarik dan bermanfaat... (termsuk entri/posting ni...) mula kembang hidung si ryehannaz

aku plak, bese jwb komen org hantar, sbb dia tanye...kalu x takkan senang nk komen...haha..

syinrayafa said...

PEMBETULAN:

haha...memang angin entri nihh... aku pernah terbaca gak entri/posting ala2 mcm ni...ha..

bagi aku, aku suka komen entri/posting yg membuatkan ku tertarik dan bermanfaat... (termsuk entri/posting ni...) mula kembang hidung si ryehannaz

aku plak, bese jwb komen org hantar, sbb dia tanye...kalu x takkan senang nk komen...haha..

ai@reel said...

lama x kome kat blod ini....apa kabar tuan tanah?

@juera said...

for me la kn, sal komen mengomen blog ni x de la aku kesah sgt..aku layan blog ni pn cz nk luahkn perasaan aku jerk..dan aku anggap blog ni mcm DIARY aku..nnti bile aku dh ade anak..anak aku bleh bc story sal ibu dia..hehe..peace~

Munirah Abd said...

annoying gila dgn ayat
"i dah follow blog u,follow la blog i balik" erkkkkkkkk..WTH!!!

Liyanaa. said...

HAHA macam aku la ni baca tapi malas nk komen. tapi bgtahu dkt shoutbox kite klik2 ads dia AJAJA

ehem mcm aku juga ni sbb aku paksa org komen T_____________T mcm note yang aku buat dkt bwh entry HAHAHA

kalo nk i follow u, u follow i dlu jangan suruh, i mmg takkan follow.
KAH KAH KAH okay x babe?

Ryehanna said...

hehehe...

maseh kpd semua yg komen.. :P

yash aka yasha said...

hohohoo..
yang nie aku sokong...
tgk blog aku elek je x dek org komen.. kah3 *aku syok sendiri kowt*

Anonymous said...

Es ist das einfach unvergleichliche Thema:) viagra rezeptfrei cialis generika kaufen [url=http//t7-isis.org]viagra online[/url]

Anonymous said...

Al tuo posto avrei cercato di risolvere il problema stesso. [url=http://lacasadicavour.com/tag/cialis/ ]acquisto cialis online [/url]Congratulazioni, hai appena visitato un'altra idea http://lacasadicavour.com/cialis-generico-online/ cialis 20 Quali parole ... Super, brillante frase