Friday, January 30, 2009
bismIllah...


Eleh..beria je letak tajuk 'pertengahan semester' padahal baru mula kuliah 3 minggu dah cuti. huhu... Anyway, dah seminggu jugakla aku tak ngupdate blog yer... Tu yang nak lepas gian nih.. :P


JUMAAT
Aku pulang ke kampung pada 23hb Januari bersamaan hari Jumaat. Tumpang kereta kawan. Dah orang offer, terima jela... hehe. Senang la aku dan Nini balik. Hantar sampai ke rumah lagi. Terima kasih daun keladi, ya Wan. Ada rezeki, leh tumpang lagi. :D




SABTU
Esoknya hari Sabtu, aku mengekor kawanku, Jurufoto Kahwin Ipoh (amik kau... nama kat YM aku letak!) pergi kenduri kahwin cos saje menyibuk nak tengok dia amik gambar. Dalam dilema gak cos aku malas gila nak ke kenduri kahwin. Untuk makluman, aku ni bukanlah manusia yang suka sangat bersosial. Aku kan diam je.. Tapi, sebab minat gila bab amik2 gambar nih, aku pun ikut laa... hehe




Memang best dan menarik gila hari Sabtu aku. Lepas kenduri kahwin tu, pergi Manjung plak cos ade orang nikah kat surau Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung. Lama giler tunggu tok kadi... Masa ni memang aku dah letih gila dah... Aku memang stress gila bab menunggu-nunggu nih. Nasib baik perut dah kenyang. Dah makan kat kenduri kahwin sebelum tu, pastu pau En. Nizam makan lagi... hehehe. Lepas selesai hal nikah and amik2 gambar, baru balik. Nasibaik sempat sampai umah time Maghrib. Esoknya ade shooting outdoor kat Lumut, tapi aku takleh nak ikut la. Penat seyh. Lagipun ada plan lain... heheh

Actually, hari Sabtu (hari ni) pun ade photoshoot gak. Kat Kuala Kangsar. Outdoor. Tapi aku tak dapat nak gi nyibuk cos dah balik Shah Alam hari ni... huhu... :(

Yang berkaitan, http://fadhilpictures.fotopages.com/. hehe...


AHAD
Seterusnya, hari Ahad. Hari Ahad aku keluar ke Ipoh walaupun konon-kononnya penat sehari sebelum tu gi kenduri semua... Tapi kali ni keluar jugakla cos satu isi rumah berangkat untuk enjoy-enjoy. Ini idea Cikgu Pah la cos dia dah tolong belikan tiket wayang cerita Inkheart. Best ker cerita Inkheart? Mmm.. bolehla.. takde la meninggalkan kesan sangat. :P

So, pagi Ahad dalam pukul 8 lebih kami keluar. Meeting point ialah umah Yong di Batu Gajah cos Yong pun nak ikut. Tapi suami dia tak dapat ikut cos kerja. Cikgu Pah sampai umah Yong dalam 9.30... Lepas makan-makan barulah kami konvoi 2 kereta ke JJ Kinta City. Almaklum, tiket wayang early birds... Murah sikit. Nak beli sampai 9 keping lak tu. Amirul pun ikut jugak! Duit wayang Mak belanje la...

Lepas tengok wayang kat JJ, kitorang gerak ke Greentown Mall plak. Saje jenjalan. Pastu pergi main boling. Nasib baik takde pengalaman memalukan terjadi. heheh. Pas main boling, Mak beli kain untuk buat langsir. Cikgu pun beli kain gak kat Nagoya. Pas makan-makan kat foodcourt Greentown Mall, kitorang bergerak pulang ke Batu Gajah.


ISNIN
Hari Isnin projek ape ek... Oh ya! Kami mandi lata! Lata mana lagi kalau bukan Ulu Licin... Pagi-pagi lagi Mak dah masak-masak untuk berkelah di lata. Kali ni kitorang mandi bahagian atas sikit. Aku sendiri tak pernah sampai situ. kehkeh... Memang best la... lepak dari 10 pagi sampai kul 12 jer. Sebab aku nak merayap ke Manjung plak cos teringin nak makan lasagna. :P



SELASA
Aku tak ingat aku buat ape masa hari Selasa. Takde mende kot. So takdelah gambar nak ditempek.


RABU
Hari Rabu takde wat mende. Pergi Pekan Rabu. Borong barang makanan untuk stok membesarkan badan. Banyak gila makanan yang aku baham cuti ni. huhu.. Hari Rabu je makan Yong Taufu, Taufu Fa, Jeruk mempelam dan halia, dan burger daging. Yong Taufu beli banyak giler... aku makan 2nd round malam tu. heheh... takde gambar...


KHAMIS
Hari Khamis. Mmm... aku membuat rekod dengan merayap dengan motor seorang diri untuk jumpa kawan. Dan petangnya dikejutkan dengan kedatangan kawan ke Beruas untuk berjumpa aku tapi tak bagitau awal-awal. Dahle masa tu aku kat Manjung ngan Mak. Terus rush balik. takde gambar...


JUMAAT
Hari Jumaat takde aktiviti sangat. Oh...ade jugakla drive kereta ke Manjung cos nak beli barangan Avon. kehkeh... dan teman Daybab pergi intebiu keje kat Ayer Tawar. dia boring takde wat ape pas stpm... Tu jela. Kereta mak yang dah ditukar enjin sangat-sangat tak best untuk dibawa. Giler lambat pick up!! Stress gila aku... Mak lak asyik membebel aku bawak laju...padahal 80-90 km/j jer (kereta Kancil nak bawak laju-laju?)... huhu... takde gambar jugak...


SABTU (HARI INI)
Hari Sabtu balik Shah Alam semula. Singgah beli motor kat Jeram. So, aku dah dapatla sebijik motor Kriss tahun 2006 berharga RM2000. Jadila... nak beli motor Honda takdek bajet. :'(



Motor Kriss tu dibawa pulang ke Shah Alam oleh pemilik kenderaan yang kami tumpangi. Sebaliknya, kami (aku dan Nini laa) plak yang bersenang-lenang naik kereta plak... Terima kasih yer, Mr. Rostafar!


Sekian.

Panjang gak entry ni ek... tapi kenapa dari mula sampai habis takde gambar aku sekeping pun? Asyik muka Nini je! Ahh...ape susah, upload gambo aku sekeping...

hehe..

Daaa...



alhamdulIllah...
Wednesday, January 21, 2009
bismIllah...


1. Aku rasa sangat-sangat tak sedap hati bila baca tulisan-tulisan taipan-taipan sesetengah orang yang memperlecehkan isu boikot barang US, Israel etc ni. Kalau taknak boikot sudey, tak payah lah nak memperlekehkan usaha atau cara orang lain membantah penindasan Israel terhadap masyarakat Islam di Palestin... Memang kita tak mampu nak boikot segala benda/produk. Perisian komputer sahaja ramai yang guna Intel. Dan tak dinafikan bayi-bayi, budak-budak dan lain-lain minum susu atau barangan keluaran Nestle. Ala, banyak lagilah yang rasenya susah untuk diboikot. Takpelah. Boikot mana yang mampu. Taknak boikot pun takpelah kalau korang rasa memboikot ni perkara merepek. TAPI! Jangan nak perleceh orang... aku tak suka sebenarnya nak menulis tentang benda ni... tapi, dah tertulis jugak.. huhu

2. Aku terfikirkan tujuan asal aku berblogging... tujuan asal hanyalah catatan peristiwa. Hanya itu sahaja. Supaya bila aku dah tua dewasa nanti, aku boleh tengok balik segala ape yang pernah aku lalui... Aku memang suka begitu. Kemudian, perkongsian cerita. Tapi, selepas beberapa lama berblogging dan ada orang komen entry, rasa cambest la plak. Kadang-kadang macam seronok lebih-lebih bila komen banyak. Dah bukan jadi catatan peristiwa mahupun berkongsi cerita, tapi lebih kepada memberi hiburan pada orang... Aku harap, moga blog dapat bagi manfaat pada pembaca. Tu jer. Hmm.. ape aku merepek-repek ni..

3. Aku suka baca blog.Kadang-kadang banyak masa aku luangkan dengan baca blog. Pastu dok tergelak sorang-sorang (selalunya sebab baca blog ini). Yer, aku sedar aku banyak buang masa. Lepas ni aku berazam tak nak buang masa macam ni lagi. Okey, aku cubalah.. heheh. Susah sebenarnya nak buang hobi buang masa ni. Tapi aku berazam untuk kurangkan masa beronline. Maximum kalo nak online hari sekolah kuliah, takat pukul 10 malam kot. Kalau weekend, online sampai kul 2 pagi jer. Selebihnya study! errmm.. (leh pakai ke plan aku ni...hahaha)

4. Ketahuilah wahai blogger-blogger baru, aku kurang minat nak baca blog yang banyak sangat short words dan perkataan pelik-pelik. Aku memang pening dibuatnye. Nak baca memang nak baca, tapi jadi tak paham. Jenuh plak aku nak buat assumption... Aku jadi 'ak', dia jadi 'dye', korang jadi 'korunk'. Ala, paham-paham jelah. Mesti pernah jumpa punyer... hehe.. Aku pun ade gak tulis camtu, tapi aku kurang-kurangkanlah... Kalau sampai aku jadi 'ak' tu mmg aku takleh terima laa... Kalau tulis panjang-panjang dan takde perenggan pun aku tak suka baca gak. Tulisan kecik nak mampos pun aku tak suka. Bab pasang lagu ke hape ke aku tak kisah sangat asalkan ade butang untuk 'Pause/Stop'. Hehe. Memanglah biaq pi kat depalah nak buat hape pun cos tu blog depa, tapi... aku takkan jenguk dahlah. :D Jangan marah aaa... nak bagitau ja...

5. Tahukah anda melalui blog ini aku telah dapat berkenalan dengan ramai insan-insan yang tak mungkin aku kenali tanpa berblogging?? hehe.. benda ni membuatkan aku tersenyum bila mengingatkan... Pada kamu-kamu yang selalu meninggalkan komen, jejak di shoutbox, buzz dan chat di YM dan followers blog ni; Terima kasih untuk persahabatan ini. Aku betul-betul hargai. Semoga ikatan ukhwah ini berpanjangan.

6. Aku tahu aku tak sempurna. Siapalah aku untuk mengejar dan mencari seseorang yang sempurna.

7. Aku ada banyak latihan perlu dibuat. Kena rajin! huhu

8. Cuti final nanti dah nak mula praktikal. Entah kat manelah aku nak praktikal gamaknyer... Rasa-rasa macam di Shah Alam jugak... kalau kat Perak, kat mane nak praktikal? Power Plant Lumut? Jenuh aku nak berulang... Beruas ngan Segari sangat jauh oke. So, harap-harap kat Shah Alam jelah. Aih.. sebab tu kena ade motor... duit lagi!

9. Minyak wangi Elizabeth Arden Mediterranean tu wangilah! Suker... mekasih yer... baru bukak kotaknya setelah lebih kurang 5 bulan dalam simpanan.

10. Aku suka kata-kata ini, "Hanya apabila kita telah merasai berada di lembah yang terbawah, barulah kita mengetahui betapa nikmatnya duduk di gunung yang tertinggi"- Richard Nixon. Hmm.. aku tak pernah di gunung yang tertinggi itu...

Okeylah... sudahlah... takat ni jelah.

Till next time!


p/s: Hari ni 21st January. Macam birthday someone... Happy Birthday!



Salam sayang,

alhamdulIllah...
bismIllah...

"Whatever Will Be" - Vanessa Hudgens

Sometimes I feel like I'm a bird with broken wings
At times I dread my now and envy where I've been
But that's when quiet wisdom takes control
At least I've got a story no one's told

[Chorus]
I finally learned to say
Whatever will be will be
I've learned to take
The good, the bad and breathe
'Cause although we like
To know what life's got planned
No one knows if shooting stars will land

These days it feels naive to put your faith in hope
To imitate a child, fall backwards on the snow
'Cause that's when fears will usually lead you blind
But now I try to under-analyse

[Chorus]

Is the rope I walk wearing thin?
Is the life I love caving in?
Is the weight on your mind
A heavy black bird caged inside?

Say
Whatever will be will be
Take
The good, the bad
Just breathe

'Cause although we like
To know what life's got planned
No one knows if shooting stars will land

Whatever will be will be
I learned to take
The good, the bad and breathe
'Cause although we like
To know what life's got planned
Thing like that are never in your hands
No one knows if shooting stars will land






alhamdulIllah...
Tuesday, January 20, 2009
bismIllah...


Arghhh...




ARGHHHHHHH!!!

Setiap kali menaiki bas, kena menggunakan skill2 yang ada untuk memuatkan juga diriku ke dalam bas... huhuhu....

Bilalah nak ade transport sendiri ni... motor pon xder...
Memang bunyi yang sangat mengada-ngada dan mengundang penampo, tapi... huhu
Benda macam ni lah yang membuatkan aku malas betul nak kena kelas...

"Mak, nak motor!"



alhamdulIllah...
Sunday, January 18, 2009
bismIllah...


Aku dan Nini dah bosan sejak semalam cos hari Sabtu takde wat mende. Maleh la nak beli dvd lagi. Asyik beli dvd jer... For the record, minggu lepas aku dah beli dan menonton The Love Guru (lawak giler Jessica Alba nari hindustan), The Curious Case of Benjamin Button (best!), 30 Days of Night (citer lame, aku tau. Nini yang beli), Get Smart (citer lame gak), 7 Pounds (Will Smith memang pandai berlakon laa.. sedey giler citer ni) dan juga Penelope (biase jer. aku beli sbb ade Reese Witherspoon!).

So today, hari Ahad, kami plan nak pergi main boling. Dah plan ngan Mizi nak kuar kul 10 pagi, tapi harammm... aku bangun pun kul 10.30. Mizi dah mengamuk-ngamuk macam hampeh then akhirnya kuar kul 11.30 (aku memang amik masa sejam nak bersiap).

Pergi main bowling kat PAS. Nini menang. Aku kalah teruk. Dahlah berlaku insiden memalukan di mana bola yang ku pegang terpelanting ke belakang. Malu. Siot. Kat PAS aku sempat beli external hard disk cos nampak gayanya aku tak beli laptop baru sem ni. So nak humban segala movie yang didonlod ke dlm hard disk tu. Melayang RM100 (selebihnya Mizi topup.. ala RM20 je pon!).

Then pergi Bukit Tinggi plak konon-konon nak tengok wayang. Aku teringin nak tengok Four Christmases (cos ade Reese Witherspoon). Tapi tak jadi cos ramai orang. Terserempak ngan kawan Nini. Nini digelar ubat nyamuk. Aku tak paham sangat. Agaknya itu term untuk chaperone ke? erm..

Beli blouse yang aku sendiri tak tahu bile aku nak pakai. Nini pun beli gak.. Mizi plak beli jam tangan. Again.

Pastu, singgah Popular. Itulah kemuncak program hari ni. Thanx kepada pemberi pinjam kad Popular. huhu. Beli banyak buku (cos selalunya beli 1, 2 buku jer). Kongsi-kongsi ngan Nini ler cos ade In The Garden Trilogy by Nora Roberts yang dijual RM49.90. Ape lagi... sambar la... heheh. Dan aku jugak dapat another book by Habiburrahman El-Shirazy...iaitu Dalam Mihrab Cinta. Itu jelah buku berbahasa Melayu yang aku akan beli setakat ni kot. Buku lain tak mo. Tak berapa best. Aku memang dah jatuh cinta ngan karya penulis Ayat-Ayat Cinta tu. Memang novel pembangun jiwa betul... Aku sebenarnya tak tau nak pilih antara Di Atas Sajadah Cinta atau Dalam Mihrab Cinta pada mulanya... Tapi sebab buku Di Atas Sejadah Cinta tu nipis jer, so aku pilih la Dalam Mihrab Cinta. Masa bace 10 muka pertama pun aku terus suka... citer tentang jodoh yang lewat...sedih gak la...

Dari atas: For Mother; A gift of love, Dalam Mihrab Cinta, Red Lily, Black Rose, Blue Dahlia



They make me happy!
fyi, semua buku-buku itu sudah dibalut! hehe..


So... pas update ni nk sambung bace ah... Aku suka bace buku best-best camni time kepala serabut cos bila baca buku best, memang aku hanyut dalam cerita tu dan tak terfikirkan sangat benda-benda yang meyerabutkan kepala aku..

Nini beli buku kecil 'For Mother: A gift of love'. Dia belikan untuk Mamito. Best gak la poems, quotes dan short stories dalam buku kecil tu. :]

Pas abis lepak sana, kitorang ke SACC Mall plak cos Mizi nak beli perfume. Aku pon ikut jelah. Kebetulan lapar, singgah bedal pasta jap and then baru cari perfume mane yang ok.

Aku heran tol la ngan Mizi nih. Dia minum perfume ke hape tah... Baru last sem bulan 7 aku belikan perfume untuk birthday dia (selama 3 tahun kenal, baru itu jelah aku beli benda mahal sikit kat dia) tapi sekarang dah habis. Giler. Geram tol aku... Rupa-rupanya, setiap kali kuar umah nak sembur perfume. Pakai jer la perfume murah-murah kalo nak kuar dan sembur selalu. Hampess... Melayang RM200 hari ni. Beli bau Dunhill plak... 1ooml plak tu. Huh. bengang sebab aku yang kena pau... dia bls dendam cos aritu aku pau dia. So, dah seri la ni.. hampeh

Pastu nak pergi PAS balik cos Mizi ak cari ape tah. Giler. Dah kali kedua pergi PAS untuk hari ni. Terserempak Majin, Adi dan sorang lagi kawan diorang. Adi kutuk aku gemok. Siot. :pandacloud_17::pandacloud_17:

Aku sempat sambar jeans sehelai. Mulanya Nini yang nak beli, alih-alih dia tak beli, tapi aku lak yang mengabihkan duit lagi.

Giler penat arini. Huhu... Duit pon dah habis banyak. Aku tak buat spectacles lagi! Huhu..
Duit aku yang habis hari ni adalah RM3++. Jumlah yang banyak considering aku bukanlah membeli barang-barang runcit mahupun membayar apa-apa bil.

:pandaGeli_21::pandaGeli_21::pandaGeli_21:

p/s: Next weekend dah nak balik kampung. Yea yeay...



alhamdulIllah...
Saturday, January 17, 2009
bismIllah...



Kenapa ya... bila aku ketemu insan yang aku senangi, aku seringkali melukakan perasaan mereka?

Kenapa ya... bila aku ketemu mereka yang mengasihiku, aku seringkali menjauhkan diri walaupun sememangnya kasih itu yang ku cari?

Kenapa ya... bila seseorang itu mengatakan betapa dia sukakan aku, aku sangat-sangat sukar mahu mempercayai katanya itu?

Kenapa ya... bila aku cuba menjarakkan diri aku dari seseorang kerana aku tak mahu dia terluka, menjauhkan diri darinya itu turut melukakan aku?

Kenapa ya... semakin aku mahu mempercayai kata-kata lelaki, semakin kuat aku cuba menolak dan mencari alasan untuk tidak mempercayai?

Kenapa ya... bila aku rasa aku patutnya tenang dengan tindakan aku menjauhkan diri, aku semakin merasa dihimpit kesepian?
Why... why would I miss the smell of cigarettes when I don't even like smokers?
Why... why would I miss the fights and the teasings when some of them made me mad like hell?
Why... why would I miss his voice now?


Kenapa ya?

Sebab aku pelik.
:pandacloud_09:




alhamdulIllah...
Wednesday, January 14, 2009
bismIllah...



Okay, her name isn't really Akak Musyuk. But that's the url of her blog. And that's what her hubby calls her. I think it's sweet. heheh.. By the way, she tagged me last Monday.

I'm bored so sesaje ar nak wat tag nih. Lagipon susah nak update blog dari komp public

Here goes...

1. Anda rasa anda hot?
::: Tak langsung. hee...




2. Upload gambar kegemaran anda.

3. Kenapa anda suka gambar ini?

::: Kerana aku rasa aku nampak cun. wakaka... silelah muntah. Lagipun, semuanya biru. Mata biru, baju biru, tudung biru, underwear biru... :P

4. Bila kali terakhir anda makan pizza?

::: Biler ek... last week kot? Cos kempunan pizza masa pas New Year... Pas makan pizza terus gi tengok Australia...


5. Lagu terakhir yang anda dengar.

::: Tie a yellow ribbon 'round the ole oak tree -- bunyi alarm

6. Apa yang sedang anda buat selain daripada selesaikan tag ini?

::: Tengok henpon kot-kot ada mesej. huhu

7. Selain nama anda sendiri, apakah lagi nama yang anda suka orang panggil anda?

::: Err.. err.. isy, malulah nak habo... :P

8. Tag lagi 5 orang (tak bleh tag orang yang sama tau)

::: Aku nak tag sorang jer... dan orang itu ialah Majin. Sebab dia pau aku dan Nini masa minum kat Barra semalam. Mueheheh...

Sekian, terima kasih.








alhamdulIllah...
Saturday, January 10, 2009
bismIllah...


Tadi aku baru pas bace blog The Pink Stilettos. Biasela aku memang suka bace blog dia. And dia ade mention tentang lagu Kerna Ku Sayang Kamu nyanyian Dygta. Aku tak pernah dengar lagu ni so aku pun try la download guna Bearshare. Sekali dengar, terus aku suka giler... Betul kata dia, sangat sweet!! Memang cair giler kalau ade orang dedicate lagu ni kat kita... Tapi rasa cam syahdu and sedih-sedih pun ada gak bila dengar. huhu.. Sekarang dah 6 kali ulang dengar dah ni..

Layan..


Seandainya kau ada disini denganku
Mungkinku tak sendiri
Bayanganmu yg selalu menemaniku
Hiasi malam sepiku
Kuingin bersama dirimu

reff:
Ku tak akan pernah berpaling darimu
Walau kini kau jauh dariku
Kan slalu kunanti
Kerna kusayang kamu

Hati ini selalu memanggil namamu
Dengarlah melatiku
Ku berjanji hanyalah untukmu cintaku
Takkan pernah ada yang lain

Adakah rindu di hatimu
Seperti rindu yg kurasa
Sanggupkah kuterus terlena
Tanpamu di sisiku
Kukan selalu menantimu



p/s: Ala..aku baru teringat esok aku ade modul. Benda alah ni memang takleh ponteng... haih.. kena tido awal... potong stim betol.




alhamdulIllah...
Friday, January 9, 2009
bismIllah...


Today is Friday. I didn't go to any of my class since yesterday, and today is no different. I slept late. At dawn. So it's very hard to wake up to go to class when you're so tired and sleepy. okay, I shouldn't have any excuse, I know... erm...

It's just that I have troubles sleeping lately. Selalu tido dan terjaga... Tido jap pastu terjaga... nak tido balik susah...
Too many things on my mind...
Memang ini minggu yang sangat teruk. Aku rasa tak semangat. Aku banyak bazirkan airmata. Aku banyak buang masa dengan termenung jer... cam bangang.
Kelas pon tak pergi-pergi. Masalah pendaftaran tak settle-settle.. Damn.

Aku bengang bila jumpa orang tu, dia suh jumpa orang ni. Pas jumpa orang ni, dia suh jumpa orang tu.Dahlah orang tu asyik nak marah-marah jer cos dia banyak kerja. Aku naik takut nak jumpa. Bengong laa...

Grrr... :pandacloud_03:


Anyway....

I had a great time last night. It's good to have someone who listened to all my ramblings. I just have to let it all out. Thanks.

^_^ :pandacloud_14::pandacloud_14::pandacloud_14:


Okay, I promise I will not 'ponteng' lagi next week... huhu... [tired of your 'lectures']
Wish me luck!

:pandaGeli_13::pandaGeli_13::pandaGeli_13:

p/s: Bed, thanx cos chat and call aku semalam. aku lega pas ckp ngan ko. Mucho gracias, babe...



alhamdulIllah...
Thursday, January 8, 2009
bismIllah...


Sepi

Di antara ramai penuh sorai
Sepi memagut nyawa
Sendiri merenggut jiwa
Semua segera berlalu
Topeng palsu mengubur kelu

Hampa.
Hening.
Hambar.
Hilang.
Harap.

Tawa, tapi malah bertanya
Tawa ini untuk siapa
Bahagia, adakah sebabnya
Jikapun bahagia memang ada

Gersang kerontang, itulah selalu pemandangan
Di jalan; Pada hati; Oleh kerinduan.





alhamdulIllah...
Tuesday, January 6, 2009
bismIllah...


Semalam aku dapat tag dari SickChild. Baru tinggal jejak kat shoutbox, terus kena tag. Baguslah untuk eratkan silaturrahim. heheh. Nasibaik la tag ni bukan benda bertulis/bertaip. Aku sekarang suka wat tag yang unik/berbeza jer... yang lain malas nak wat. Oklah, kerana aku pon takleh tido sebab tak berapa sihat, aku pun buatla tag ni. Malas nak iron perut lagi cos sakit belum kronik.

Anyway... back to 'The Tag':

.::Terms & Conditions::.
1. Take a recent CUTE photo of yourself.
2. Don't change anything, edit, or whatever.
3. Post that picture.
4. Post this instruction with the pic.

5. Tag 10 people to do this...


So, here it is...

Gambar beberapa minit yang lepas
*Sape kata TAK CUTE aku libas ngan tuala. ;p

Maka, dengan sukacitanya aku menge'tag' mereka-mereka di bawah:
1. Nur Najwa
2. Chepsmore
3. Oreochoc
4. Shasheera
5. Kitaroyoki - Aelynne
6. Darlee Zuris
7. Allin
8. Aneeezz Nisha
9. Yonna
10. Baydah

**giler penat nak cari org utk ditag. semua girls kali ni. heheh.

kalo pelik kenapa kat kening aku ade benda putih-putih tu, sebenarnya ni bukanla gambar yang first. Gambar kat atas ni setelah beberapa bendasing di muka telah dilap...

Memula nak letak gambar kat bawah ni tapi macam tak CUTE tapi COMOT... so tak jadi ler...


yer.. berbedak sejuk. sila diam.


... kata nak recent photo sgt...


alhamdulIllah...
Monday, January 5, 2009
bismIllah...


Malam itu
Tak bisa lelap
Merindui wajah itu
Suara itu
Senyuman itu

Pagi itu
Tak bisa bangun
Bermimpikan dia
Sulaman impian hatinya
Buat aku menangis tiba-tiba

Siang ini
Seperti terdengar suaranya
Seperti terngiang-ngiang pesanannya

Tersenyum seketika
Dalam duka




alhamdulIllah...