Thursday, April 30, 2009
bismIllah...

Abg Tapa sampai di Shah Alam dalam 9.30 tadi. Sebab esok kan cuti 1 Mei. Weekend ni lak ada sword barrel cos kawan dia kahwin. Lepas je amik aku and Nini, kami terus ke Secret Recipe dekat area JJ Bukit Raja. Dia kebulur... Lagipun kawan dia, Abdillah(Dillah) nak belanje cos kawan dia nak pinjam kereta Abg Tapa sampai Isnin. Saje ar pau kan... haha...

Dillah and Abg Tapa. Diorang sebaya actually... 29 tahun. Tapi ntah kenapa my Mr Chubby Cheeks doesn't look like 29. ermmm. (Yong aku dan Mak aku yang kata)


By the way, Dillah nak kahwin bulan 7 ni. Tapi bebaru ni dia accident and kereta dia memang rosak teruk. So, that's why la nak pinjam kereta Abang Tapa... nak uruskan hal-hal nak kahwin. Susah nak ke hulu ke hilir kalau takde transport. So, nak pg kenduri Ahad ni nanti Abg Tapa tumpang kawan jela. Pas makan-makan ni diorang terus balik kampung Abg Tapa kat Pahang. Esok Dilla terus amik cik city.

Nini tengah dengar ape ntah yang Dillah sembangkan... Layan... asalkan dapat makan free. kehkehkeh



Later, Odenk (the guy in red shirt) came to join us. Rumah dia kat area berdekatan (Teluk Panglima Garang to be exact) je... Datang cos nak pick up some stuff yang dia pesan dari Abg Tapa. Odenk baru je accident kereta hari ni. Terlanggar lori. Dahlah dia nak kenduri kahwin Ahad ni!! Sabo jelah... Darah manis betul... -_-"

So, sesapa yang bakal berkahwin, tolonglah berhati-hati... Banyak jer dugaan orang nak kahwin ni... huhu


Tak perlu dikenalkan lagi rasenya... hoho


Aku kenal Odenk, Dillah dan Abang Tapa sendiri melalui chatting. Mereka-mereka di atas semua pernah chat ngan aku. And ade lagi kawan-kawan diorang yang ada dalam Friends list aku dalam aplikasi chat tu. Cam kelakar jer... Bila teringat balik, aku mesti tersenyum. They are all 'leftenan' by the way. And tak smoking tau!! haha.. ssh nak cari askar yg tak smoke (maybe sbb diorg bkn dr atma or ktl, sebaliknye budak uni yang hbs degree br msk army)


Bilalah agaknya nak jumpa dan berkenal rapat ngan kawan-kawan blogger pula?


p/s: Saje mls upload gambar aku cos aku rasa ramai dah muak nak tengok. kan? kan? (suke ar tu aku bagi point nak mengutuk)




alhamdulIllah...
bismIllah...


(bunyi ringtone Harry Potter)

1 message received;


"Askm. Kami on the way ke hospital Manjung. Tangan Amirul sendi dislocate jatuh panjat sofa" - Mamito, 7.15 pm



Haih..
Macam-macam hal la ko nih Amirul...


:pandaGeli_12::pandaGeli_12::pandaGeli_12:

alhamdulIllah...
Wednesday, April 29, 2009
bismIllah...


I've just watched two movies in a row tonight. Been thinking to watch another one after this but... maybe not. Kang tak bangun subuh lak kang.

Erm.. I can't sleep. Malam-malam begini (pagi-pagi begini?) mulalah terasa sunyi. Ada adik kat belakang aku pun still rase sunyi? Dia tengah tidur by the way.

Lately aku memang cuba tak nak fikirkan masalah-masalah yang menyerbu kepala. Malas. Kadang-kadang aku cerita kat Nini. Nangis kat dia. Yang kelakar, dia pun nangis sama. Aku lak serba-salah dan aku bagi dia gelak balik.

"Yang ko nangis ni ape kejadahnye, bengong?"

"Dah ko nangis... isk isk..."

"Bongok!"

Berderai ketawa.

**Abaikan perkataan2 kasar di atas sebab kami adik-beradik memang begitu, takde amik hati pun...

But actually, all I needed was a hug.

A hug. Not talks.

Tapi sebab dalam family aku ni kami memang kurang benda-benda camni so... kami takdelah buat begitu. Aku tak dapat bayangkan time aku nangis sedih-sedih and Nini peluk aku... Ewww... awkward.

Pernah sekali masa Nini hantar aku naik bas untuk pulang ke Perak, aku peluk dia, laga2 pipi semua tu. Dia sebak and nangis masa turun bas. Aku pun sama. Pelik kan.

Family aku memang tak ke arah sentuhan mesra cmtu. Mak aku 1st peluk aku time aku dah besar adalah masa aku nak amik SPM. Time nak ke exams. And pas Mak peluk, menangis aku sepanjang jalan ke sekolah. Sebab sejak aku dah besar, akil baligh ni tak pernah Mak peluk aku macam tu. Mau tak sebak.

Tapi sekarang dah okey. More reserve. Cos it becomes a routine lak. Setiap kali nak berpisah (blk ke Shah Alam semula or ke mana-mana yang leave home), Mom will hug me. Ngan siblings just salam jer. Tu pun macam kena paksa. har har har. Toksah harap la diorang nak cium tangan aku or aku nak cium tangan kakak aku. Kalau Yong paksa and angkat tangan dia ke mulut aku baru aku kiss. Cam hampeh. Haha. Aku pun xtau nape... dah macam tu.

Dah besar-besar ni la pun baru reti nak peluk-peluk Mak or kawan-kawan bila jumpa. Actually, sejak aku masuk Uitm Penang untuk diploma. Masa orientasi dah diajar oleh senior2 untuk salam berpeluk-peluk tiap kali habis solat berjemaah. Dan dipesan supaya selalu buat macam tu sesama saudara perempuan Islam.

Benda ni bagus. Sebab... entah. Aku tak pandai nak terang. Tapi melalui sentuhan ni, kita akan lebih... erm... lebih... lebih ape ek... ntahla... aku tak pandai nak describe.

"It is the magic of a touch, the power of a hug... that make life joyful."

Contoh kalau adik kita marah-marah. Kalau just cakap and lawan-lawan hujah mesti akan tetap tak puas hati kan... Tapi cuba kalau kita pegang tangan dia or bahu dia. Peluk sambil mintak maaf or explain things. Mesti dia cepat sejuk kan? Aku rase laa.. taknah buat pun. Tengok kat tv jer. Hahaha

All I know is, when I have my own family, I will practice this thing. This display of affection thingy. Heeee.

Yang aku perasan, kalau family yang sangat Islamik dan tiada masalah memang amalkan sentuhan-sentuhan ni. Dari pemerhatian aku kat kawan-kawan la... Bukan nak kata keluarga aku tak Islamik pulak. Tapi... ala... you know what I mean. Aku suka tengok family macam tu. Family aku agak bermasalah ler jugak. But we're happy despite everything we lack. =)

Hmmm...

What about you?
Do you feel awkward with hugs and kisses in your family?


alhamdulIllah...
Tuesday, April 28, 2009
bismIllah...


This is the 225th entry for this blog. Well, for the published ones anyway. Cos ade juga 4,5 entries yang aku biar dalam draft. Tak publish. Tak terasa mahu kongsi lagi...

Tadi usya blog kawan, entry tentang dah setahun lebih berblogging. Ermmm... the first entry for this blog was on 15th March 2008. Baru setahun lebih gak la aku di blogspot ni.

Tapi sebelum tu aku pernah berblog di friendster. Tarikh 1st entry adalah pada 18 Mei 2005. So, kalau ikutkan, dah nak hampir 4 tahun aku beblogging. Cepatnye masa berlalu...

Bila bace balik entry lama di blog Blooming Sakura tu, syahdu betul perasaan. Cara penulisan aku agak lain berbanding sekarang. Nampak sangat perbezaan dari penulisan macam budak-budak ke arah yang matang sikit. eheheh...

Umur aku akan meningkat ke 24 tahun pada Ogos tahun ni. Apa yang aku dah accomplished? Mm.. takde ape pun. Kalau ikut dari segi education, degree tak habis-habis lagi. Kalau ikut dari segi kewangan, lagi laaaaa takde ape. Hutang lagi banyak ade laa... (ptptn ler ape lagi...)

Tapi dari segi pengalaman, memang banyak sangat yang aku belajar. Especially tahun 2009 ni. Alhamdulillah... Betullah, untuk menghargai sesuatu dengan betul-betul efektif hanyalah bila kita pernah rasa kehilangan. You don't miss the water until it's gone, aite? So true. And in a sense, I accepted everything I got. I made my peace.

Kadang-kadang terasa tak sabar nak habis belajar. Nak mula bekerja dan ada duit sendiri. Tapi... kadang-kadang rasa takut pun ada jugak cos dunia pekerjaan sangat mencabar. Dah bersediakah aku? hrmm...

Kadang-kadang rasa tak sabar nak berkahwin. Nak ada family sendiri, ada someone yang sedia mendengar ape saje luahan. Tapi... kadang-kadang rasa takut sangat sebab diri sendiri pun tak berapa terurus sangat. Inikan pula nak menguruskan hal-hal rumahtangga. Eww.. geli sendiri bila bace. Shudders.

But then, what's a life without taking risks?
What's a life without problems?
No pain, no gain kata orang.

Bagaimana dengan pencapaian aku dalam hal kasih dan sayang ni? Hmm.. ntahlah. Aku sendiri tak reti nak berceloteh panjang tentang hal-hal begini. Tapi aku bersyukur sekarang ni ada orang yang sayangkan aku. Cukuplah. Dan aku sayang dia. Mungkin belum cukup kuat lagi untuk ditakrifkan sebagai cinta, tapi kami selesa begini. Dia terima aku walaupun tahu perasaan aku bagaimana. And I love him for that. Dewasa ini, aku juga belajar untuk biarlah orang sayangkan kita lebih dari kita sayangkan dia. Dah kahwin nanti bercinta la puas-puas kan... ;p

Aku dah lalui banyak rasa kecewa hingga kadang-kadang susah nak bagi hati aku sepenuhnya. Sometimes, aku rasa macam aku ada reserve sikit perasaan aku supaya andainya aku kecewa lagi, aku takdela sedih sangat.

But I hope... I hope he'll make me happy.

Salam.




alhamdulIllah...
Monday, April 27, 2009
bismIllah...

muka cuak nak exams cos byk xstudy lg.
Lokasi: kelas di FKM



Semalam paper Thermo, hari ni paper IM plak (Industrial Management). Aku dah habis 2 paper. Lagi 2 jer lagi untuk memerdekakan diri dari peperiksaan akhir semester ni. Yea yeah..

Malam tadi aku lepak umah Ecah untuk study. Ecah serumah ngan kawan-kawan yang lain. Yela, aku ni kalau dok kat rumah sesorang, memang confirm tak study punyer. Ngan godaan internet... ngan godaan Nini yang ajak tengok dvd baru beli (3 dvd hanya RM10)... ngan aku sendiri tak tahu banyak benda... so baik la aku pergi study umah kawan.

Pas Isyak sampailah pukul 5.30 pagi aku lepak umah Ecah. Sebabnye, bila dah kumpul ramai-ramai ni, rase macam lagi banyak tak study!! huhu... Aku sempat tidur dalam 2 jam kot before aku balik. Nasibaik la umah Ecah tak jauh. Dalam 3 minit je kalau aku merempit. Sejuk gila subuh-subuh naik motor. Aku sampai umah jer terus bukak laptop untuk online jap. Pas Subuh, aku tido. Sampaila pukul 8 pagi baru aku terjaga. Dahlah exams pukul 9 pagi! Kelam-kabut gak aku pagi tadi. Tapi alhamdulillah aku tak lewat...

Tentang paper IM plak... ermm... banyak gila soalan teori. Yang kena karang-karang ayat. Yang kena ingat balik ape ko bace. Dah macam menulis esei... tension aku... tak taulah mcm mane... Ahh dahlah, dah lepas dah pun.

Balik-balik jer dari exams aku terus online jap. Pastu tido... Bangun pukul 4 tadi. hihi... Sedap gila tido... Aku memang mengantuk gila. Waktu exams tadi asyik menguap je. Dahla bangun lambat kan, so body tak sempat nak adjust lagi. Mata pun berair je...

Tulis tentang mata, aku rasa contact lens yang aku suka gila warnanye tu adalah tak berapa bagus. Sebab, mata aku especially yang kanan suka merah-merah dan sakit kalau aku pakai lens tu lebih dari 8 jam.. (aku selalu limitkan pada 10 jam je). Sakitnyer pulak still terasa even aku dah buang lens. Bengang betul aku. Selama ni, kalau aku pakai Freshlook or Freshkon, okey jer... just merah-merah time tu jela... bila dah buang lens, mata tak sakit dah. Eii...

So, the last few days, aku just pakai lens Bausch & Lomb ku yang transparent. Memang selesa la cos aku dah biase pakai lens ni... Tapi, sayang la cos aku suka giler lens baru warna grey tu! Warna dia cantik! Dan aku saspek Heliza AF tu pakai lens ni jugak dari gambar-gambar dia yang pernah aku nampak.. (cehh sesuka hati je nak wat assumption sendiri... kehkehkeh)


kanta mata warna kelabu... I loike!!

Anyway...
Malam ni aku nak layan movies je la... Kelmarin Nini beli dvd The Passengers, Milk dan jugak Australia. Kami dah tengok Australia kat pawagam, tapi beli jugak cos Mamito teringin nak tengok.

Eh.. panjang pulak aku merepek-repek kat entry ni... heheh... Lepas gian jap. Lame giler tak menulis panjang-panjang. ^_^

By the way, hari Jumaat lepas dapat spend masa ngan Abang Tapa. Jenjalan pergi KLCC. Pengajaran yang aku dapat ialah tak payah la nak pergi KLCC lagi... hahaha. Jalan jammed jer. Dahle pergi ngan kereta. Sempat tengok wayang cerita The Uninvited. Tah hape-hape jer ceritanya. Best ke? hmm... bolehla. Tapi memang predictable lah (except for the part about the existence of her sister after the accident tu). Enjoy terkejut-terkejut jelah. Hantu agak scary jugak. Ade sekali aku terkejut dan pejam mata. Sekali jer tau! heheheh

P/s: Aku baru tahu pas bace kat IMDB yang The Uninvited ni remake citer seram korea bertajuk "A Tale of Two Sisters". Aku taknah tengok pun yang korean version walaupun memang ade dvdnyer kat umah... (kurang minat citer Korea)

Okeylah, till then...
Tak sabar nak habis paper!!
:dancepanda::dancingpanda::dancepanda:


alhamdulIllah...
Sunday, April 26, 2009
bismIllah...


Sebenarnya nak share lagu kegemaran aku sekarang. Buat masa ini. Lately. Tajuk lagu ni Suddenly. Dinyanyikan oleh Olivia Newton John (aku nyer faveret singer nih!) yang ade berlakon citer Grease ngan John Travolta tu... lagu ni duet ngan Cliff Richard secara rasminya. Tapi yang aku download kat Ares, dia duet ngan Andy Gibb (adik-beradik Bee Gees). Layan la.. memang best lagu ni... Sedap sangat. Biaselah, aku ni kan suka lagu oldies... heheh

By the way, I must warn you... lagu ni slow jer... kalau xsuke lagu slow-slow, xpayah la klik dan dengar eh...




Muda giler Cliff Richard dalam video tu!! hahaha...
Kalau Mamito tengok ni, mesti suka la tu... (mak suka Cliff Richard)
Aku lak suka sangat ngan Olivia Newton John. Suara dia lembut gila. Sedap je dengar. Plus, aku dah memang suka gila since dia berlakon dalam Grease. Soft spoken and beautiful!



:sittingpanda:

Suddenly Lyrics

She walks in I'm suddenly a hero
I'm taken in my hopes begin to rise
Look at me can't you tell I'd be so
Thrilled to see the message in your eyes
You make it seem I'm so close to my dream
And then suddenly it's all there

Suddenly the wheels are in motion
And I I'm ready to sail any ocean
Suddenly I don't need the answers
Cos I I'm ready to take all my chances with you

How can I feel you're all that matters
I'd rely on anything you say
I'll take care that no illusions shatter
If you dare to say what you should say
You make it seem I'm so close to my dream
And then suddenly it's all there

Suddenly the wheels are in motion
And I I'm ready to sail any ocean
Suddenly I don't need the answers
Cos I I'm ready to take all my chances with you

Why do I feel so alive when you're near
There's no way any hurt can get thru'
Longing to spend every moment of the day with you

Suddenly the wheels are in motion
And I I'm ready to sail any ocean
Suddenly I don't need the answers
Cos I I'm ready to take all my chances with you

***

Okey.. that's all for now. Saje update cos tak larat nak tengok previous entry tu lame-lame. Abis aku dah dicop suka pow orang. huahua...

Esok pagi ada paper lagi. Adoiyai...
Malam ni nak study ngan Muhshi.

Wish me luck!
:tareflower:
Salam.



alhamdulIllah...
Wednesday, April 22, 2009
bismIllah...

Ni cerita petang ni la ni... sila refer previous post kat bahagian *Update tu yer...

Dari web.
Kalau tak nampak, sila jegil2 sikit bijik mata tu. Tak pun klik gambo yer.

Haaa.. kat gambar ni sila bace dari bawah ke atas. Yang atas tu yang paling recent di'tweetkan.





Ni dari Twitterfox aku...

Direct message. Privacy ckit. Orang len tak nampak. eheheh


Mereka yang kejelesan... ahaks!


Thanx yer, Jaws!

Wanna follow my twitter? click here.

Wanna follow JerungPerkasa's twitter? click here. (aku promote orang yg bagi aku duit ler.. hek hek)

Haaa... sesape yang takde twitter lagi tu silalah mendaftar di sini yer. Jangan lupe follow aku!

Daaa...
Salam.

p/s: entry ni dah ter'publish' tadi pastu aku draftkan semula. oleh sebab permintaan, aku publish la balik. segan aku. 2 entry satu hari. nampak sangat aku tak study. huhu



alhamdulIllah...
bismIllah...


Aku nak study jap lagi.. saje update jap. Cam bosan je aku nengok previous entry tu. Dahle tulisan tak lawa kan... huhu

My first paper is on 26th. But right now I feel so lazy to study. Why eh? Rasa tak semangat pun ada...

And I feel so alone too... Nini has gone home since Saturday and she would only return back in Shah Alam on Friday. Lame gila! Aku dah macam tak berapa betul bila adikku tak ada. Duduk berkurung je dalam bilik.

Sebabnya, aku bukanlah rapat ngan housemateku. Tak bercakap sangat pun cos semua kawan-kawan adikku and diorang pun buat hal diorang sendiri. Aku ni pun sama la.. Malas nak amik port. Lebih-lebih lagi aku kurang suka cara diorang gelak. Kuat gila. So... oleh kerana aku ni cepat annoyed dengan benda-benda yang bising, baikla aku wat hal aku je... Then mulalah aku bosan.

Aku jugak agak geram cos tak dapat jumpa Abang Tapa weekend lepas. And the weekend before that. and the weekend before that. Dah berapa minggu ek tak jumpa? adala 3 minggu kot. Rindu... uhuhu... (yer, saya dah berpunya)

Aku bengang dia tak dapat datang weekend baru ni cos Perak cuti sampai 3 hari. Lame tu. Tapi dia takleh datang cos cuti dibekukan. Kena standby la ape la. Ntah ape-ape. Meluat aku.

Weekend ni pun dia takleh datang jugak! Sebab ada Jom Heboh kat Pangkalan TLDM Lumut and of course ler dia takleh datang... Sabo jelah... (geram ni!)

Tetiba pagi ni dia call kata esok leh jumpa kejap. Yeay! Kejap pun kejap la. heheh. Dia ada meeting kat mindef so leh la jenguk aku jap kat Shah Alam ni. Sian aku tak makan-makan tau. Tak lalu makan...(Majin sila diam) ahaks.

Thanx cos sudi meng'volunteer'kan diri untuk meeting ke KL so that you can see me. Really appreciate it. ;)

You made my day! Waaa... can't wait for tomorrow! ihik
Tak kisahla dapat jumpa kejap je pun... as long as i can see your cute face! (aku rasa mcm ramai tahan nk muntah bace entry ni ~lalala~)

ok...
jom tido makan study.

Salam.

p/s: aku rase mcm ni 1st time aku buat entry pasal boyfriend. wow. record tu. :p



**Updated!
Hari ni aku dapat hadiah topup RM10 dari JerungPerkasa. Wahhhh... seronok gila! Xpernah tetiba je orang nk bagi duit. Dahla tak pernah jumpa kan... best gila dapat kawan-kawan blogger camni... Yeay!

Thanx Jaws hencem! ekeke.. sila ke link2 berikut untuk mengenali siapakah Jaws yang baik hati ini. Banyak tips-tips berguna untuk korang belajar berblogging dan jana duit dari internet ni...sila sila... ;)

Lalala... lagi seronok minggu ni dengan adanya kehadiran kawan encem yang baik hati... (wah tak abis lagi nk puji nih)



alhamdulIllah...
Monday, April 20, 2009
bismIllah...

tetiba rase sunyi...



alhamdulIllah...
bismIllah...


Bila aku tension, mesti aku nak update blog jugak.

Kenapa?

Ntah. Aku pun tak tahu.

Aku rase nak tukar gambar kat profile blog ni la. Dari gambar mata tu, aku nak tukar ke gambar bawah ni. Okey ke tak okey?

Tapi macam besar sangat pic ni. And cam kelakar la beruang panda kat tempat bersalji nih. Bukan polar bear ke patutnya? Ermmm.. tapi kat China ada bersalji gak kan? Ok. betullah tu... :D

Penguin tiruan sebagai background.
Sejuk gila dah time ni...


Hmm.. saje selongkar balik gambar2 masa gi Genting Highland sem lepas.. Enjoy memang enjoy tapi penat gila. Bertolak pagi, petang dah balik.

Erm.. teringin nak lepas tension naik corkscrew lagi la... huhu (hint bagi si dia)

Hehehe...

Okey okey.. sambung wat keje..



alhamdulIllah...
Sunday, April 19, 2009
bismIllah...


Tag dari Pujangga Asmara:

Tag pertama

1. Orang Kat Luar Sana Tak Kenal Kamu. Perjelaskan Siapa Kamu?
-->Seorang wanita bujang
--> Will turn 24 on 17th August 2009. (wahh tuanya aku!)
-->Orang Perak. Lahir dan dibesarkan di Beruas.
-->Ex-student Uitm Penang and now student Uitm Shah Alam.
-->Suka membaca. suka music. suka movies.
-->Gilakan beruang panda.

2.Sikap Kamu Yang Mantap?
-->Err.. aku pun tak tau la... Suka buat hal sendiri? kalau gua xkacau lu, lu jangan kacau gua
-->Not judgemental
-->Melihat sesuatu benda dari sudut positif. ececeh...

3.Sikap Kamu Yang Sangat Jelek..
-->Selfish kekadang. huhu.. dalam proses supaya x selfish le nih
-->Kuat tidur
-->Kurang rajin belajar
-->Suka bertangguh-tangguh kerja T__T

4.Apakah Gadjet Yang Kamu Selalu Bawa?
--> Henpon.

5.Dah Berapa Handphone Kamu Pakai Selama Ini? Senaraikan Brandnya.. Termasuk Jenama Hp Yang Tengah Guna Sekarang..
-->Start pakai henpon masa Form 5. Tapi curi-curi guna. haha. Pas abis SPM baru diberi hakmilik kekal. Sebab aku masuk Form 6 kat Sekolah ACS Methodist Sitiawan. Jauh gila dari Beruas. So, mak bagi aku pakai henpon. Senang nak kabo ape-ape emergency.

Henpon pertama ialah Nokia 3310 (2002-2004);

Tapi aku nyer henpon 3310 dulu housingnyer warna purple-hitam and ada gambar naga. Ganas sikit.. :P


Henpon kedua ialah Samsung C100 (2004-2006).

Beli masa semester 3 diploma. Aku suka cos dia kecik. Nipis and comel jer.


Henpon ketiga ialah Nokia N70 (2006-now) yang dibeli oleh then boyfriend for me to use. Henpon tu hak milik dia tapi dia saje bagi aku guna henpon baru. Dia sian tgk aku pakai hp samsung yang dah teruk gila. Bila beli henpon baru yang aku berkenan, henpon N70 tu dia pakai semula. Sampai sekarang dia pakai lagi henpon N70 ni.



Henpon keempat ialah Sony Ericsson Z610i (2007-now) yang berwarna biru. Dibelikan oleh then boyfriend dengan tambahan duit aku 1/3 dari harga henpon ni.

Tapi semester lepas warnanya dah berubah pink cos Abg Tapa tolong repairkan (cos rosak) dan tukar housing semua (yang housing biru dah comot, banyak calar-balar).


Henpon kelima iaitu henpon paling baru yang aku ada ialah Sony Ericsson W910i (2008-now).


Handphone ni dihadiahkan oleh Abang Tapa cos henpon Z610i aku tu rosak. Dialah yang amik henpon rosak tu dan repairkan. So, sekarang aku pakai 2 henpon. Yang W910i ni utk maxis and Z610i untuk celcom UOXku. Pakai celcom UOX ni murah siot. Kebetulan ada jual kat Mawar Square suatu ketika dahulu so aku beli jela. Lagipun line maxis kat area Sek7 Shah Alam ni mcm hampeh. Takleh rely kat 1 network provider jer.

See? Tak banyak pun henpon aku pakai.

6.Siapakah Best Friends Kamu..
--> Honestly? My sister, Nini yang dok menyewa bersamaku di Shah Alam ni cos dia dak uitm gak.

7.Siapakah Yang Paling Kamu Sayang Selain Family Kamu? Dan, Kenapa Kamu Sayang Dia?
--> Ramai jer... hahah
--> Because they mean a lot to me

8.Lagi 10 Tahun Kamu Nak Jadi Apa?
--> Umur 33 or 34 nanti? Hmm... Jadi mak orang dan isteri orang yang mithali dan solehah, insya Allah... :D
--> Maybe blogger tegar yang bergaji seperti The Pink Stilettos? hik hik

9.Kata-Kata Hikmah Yang Pernah Kamu Dengar & Paling Kamu Suka..
--> Banyak gila actually... okay, aku letak la satu
--> "Anger is the wind that blow off the lamp of a mind."

10.Dalam Blog Kamu Sudah Ade Berapa Followers?
--> Jap-jap nak usya.. Haaa.. Ada 81 Orang. Terima Kasih Pada Yang Follow.. Cayang korang! MUah muah... :P

11.Senaraikan Followers Yang Paling Kamu Suka..
--> Aish...mane leh senaraikan... semua pun teman suka... ;)

12.Makhluk Tuhan Yang Paling Hot Mahu Di Tag :

Asyik tag orang je. Takmola. Sape yang rasa nak buat, buat la ek. :D


Tag Kedua :

Arahan:
1) Anda Perlu Printscreen Wallpaper Anda Yang Tengah Gune Sekarang Jangan Tipu-Tipu Ekk Tak Suke..


Tengah giler bace novel-novel ni. Breaking Dawn je aku tak baca lagi (tapi dah tau dah citer camne) cos takde duit nak beli. Ade sesapa nak hadiahkan? Heeee...


Sekian, tamat juga tag yang panjang gila ni.


alhamdulIllah...
Friday, April 17, 2009
bismIllah...


1. Aku agak down today cos presentation Design kena bantai gila-gila. Jangan lecturer failkan sudah. Risau giler... huhu...

2. Nini balik Beruas esok. Turun kat Ipoh. Dia kata nak balik Shah Alam semula pada Sabtu minggu depan. Terus aku nangis! (kuar airmata la jugak) Apsal lame sangat? Boring la aku dok sini sesorang! Waaaaa... Pehtu dia macam kesian kat aku... So maybe dia balik Shah Alam ari Khamis or Jumaat kot? huhuhu... sian kat aku kan... aku rase aku dapat balik jap masa cuti hari buruh nanti kot. balik 2 hari cukup la. Insya Allah.

3. Sesapa baru ikuti twitterku akan tahu la yang aku meluat ngan blog yang asyik nak mengamuk dan sindir-sindir orang lain. Macam la dia perfect sangat. Aku tak kisah ko nak maki hamun ke ape ke... sukati ar.. tapi kalau dah boleh kata SETIAP entry berbaur sarcastic dan macam bagus, memang naik meluat la walau aku takde kaitan ngan hidup dia. Tapi pelik... blog Kahuna tu leh je aku bace? Suke jer? Sarkastik tapi dalam berjenaka atau entry macam kelakar2 sikit xpe la kot? ape-ape jelah...

4. Aku mahu rehatkan minda. Malam ni nak menggila buat report! huhu...

5. Nak ajak Nini pergi Bintang jap lagi cos nak beli daun salad, tomato, daging ayam dan sosej sikit (kami xde peti sejuk! sedih kan...). Nak buat 'salad' macam semalam. Sedap gila weh... sila rujuk gambar di bawah:

Dalam mangkuk ni ada cebisan ayam goreng, cebisan sosej goreng, tomato, daun salad, mayonis (yang banyak) dan sedikit sos cili yang murah (sos cili jenama Yakin yang berharga RM1.50 -- sos paling murah kat pasaraya tu)

Sedap! Kami makan berdua (aku dan adikku, Nini la) satu mangkuk ni. Kenyang.... alhamdulIlah...

By the way, setelah 3 minggu tak makan nasik, spare tyre kat pinggang dah mengecil sedikit. Kalau aku exercise, mesti lagi kecik! tapi aku malas exercise... :P

Okeyla... till the next time aku rase mcm nak update. Busy nak exams!
Ingati daku dalam doamu...
^_^



alhamdulIllah...
bismIllah...


Aku dah tak balik Beruas sejak cuti raya cina. Rasa macam lama gila jer. Berapa bulan ek? 2 bulan lebih.. huhu..

Yang buat aku rasa macam aku jer lama tak balik sebab adikku, Nini ada balik. Masa dia test untuk PTD ke mende tah... and weekend ni pun dia balik gak. Jelesnya aku!! huhu

Tapi aku memang takleh nak balik. Weekend ni nak kena siapkan report Design. (sabo jelah aku dah last minute baru tau report kena buat individu dan bukan secara group!). Isnin pun ada test lagi... adoi.. adoi.. adoi..

Mamito tefon petang tadi masa aku kat surau tingkat 5 fkm. tanya balik ke tak. Yelah, time study week mostly students memang balik kampung... tapi aku tak balik lak kali ni. Study pun macam hape je. Banyak buat kerja yang bukan study... hmm... sibuknye lately. Semalam lepak dari pagi sampai ke senja kat fakulti cos pas dengar orang present, aku melepak ngan Syuk sembang-sembang. Pastu pergi dewan kuliah plak cos taklimat Latihan Industri. Penat tol arini...

Actually, semalam (Khamis) patutnya aku present Design. Tapi sebab tak cukup masa, aku nyer group sambung pagi ni kul 10 kang. Aku takleh tido sebab menengok-nengok ape lagi nak tambah kat slide... dan prepare sikit ape benda nak membebel... Risaunye... Lecturer dahla jenis detail gila... Abis semua group semalam semua kena bantai... Aiyakk..

Ape aku nak pakai hari ni? Semalam aku pakai kebaya... abis semua usya semacam cos rasenya sejak beli motor time cuti raya cina aritu aku langsung tak pakai dah baju kurung or kebaya. Susah cos naik motor. Dahla tu, tadi siap aku sarung wedges aku yang tinggi tu. Tapi sesia.. rupanya tak present. bontot tol... Atenya... pagi ni nak pakai ape lak? Malasnye aku nak iron baju...

Wish me luck kay!

By the way, aku rasekan, kalau aku upload pic aku kat entry, macam banyak je orang nak komen. Banyak mengutuk dari puji lak tu... kehkehkeh... hampeh kome nih... tapi takpe. thanx sebab mengomen. buat aku suka je nak update blog. :D

So, meh aku upload gambar semalam.( bukan senang nak nampak aku berkebaya weh)

heheh.. aku chubby, aku tau..


yela..aku tak tayang mata dah kali ni... amik gmbr candid sudey

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ahh... ape trademark aku kalau xde pic mata kan?

heheheh...

actually gmbr ni diamik dulu before yg di atas tu.. hik hik..
at least aku tak besar2kan mata aku kan... :P


Till then... doakan aku untuk finals exams!
Salam..



alhamdulIllah...