Tuesday, June 30, 2009
bismIllah...


Aku kena tag ni dari makhluk berbulu bernama Marzuki. Bangga sekejap cos di'consider' comel untuk ditag. Tapi kalau tengok gambar di bawah, memang tak comel pun...


Tak comel langsung.
Nak pout tak reti.. hahahah

Takpelah. Orang kata comel kan, haruslah aku jawab... So layan...

01. Bekas kekasih saya adalah : Mempunyai huruf Z, I, M pada nama penuh mereka. :)
02. Saya sedang mendengar : Akak roommate ketap-ketap gigi walaupun dia tengah tidur
03. Mungkin saya patut: Tutup komputer dan tidur
04. Saya suka : Tidur dengan kehadiran insan istimewa di sisi. Gatal siot!! haha Dapat makan makanan sedap-sedap bersama mereka-mereka yang best.

05. Sahabat-sahabat baik saya : Dah bawak haluan sendiri. Sibuk. Ada yang sedang bersedih. Aku pun rasa sedih juga...
06. Saya tak paham : Kenapa orang suka nak meniaya orang
07. Saya kehilangan : Dompet BUM berwarna biru. Pemberian pertama Mr Chubby Cheeks :'(
08. Ramai yang berkata : Saya comel bila tengok gambar tapi berkata sebaliknya bila berjumpa saya. Tahulah aku gemok, sebab tu cover2 ngan amik gambar muka je. Hahahah!
09. Makna nama saya : Haruman/wangian/fragrance
10. Cinta itu adalah : blur... erm... penting sangat2 dlm hidup manusia? err... tak reti ah

11. Di suatu tempat, Seseorang sedang : Layan twitter. Heheh
12. Saya akan cuba : Tidur selepas buat tag ni
13. Ayat SELAMANYA membawa maksud : sampai bila-bila. takde kesudahan. infiniti.
14. Telefon bimbit saya : Ade 2. walkman ngan flip. yang flip kena tukar bateri dah tu
15. Bila saya terjaga dari tidur : Saya akan korek-korek mata untuk buang taik mata.

16. Saya paling meluat apabila : Orang suka berlagak.
17. Pesta/Parti adalah : Tempat bersosial dan makan2
18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah : Anak kucing
19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah : Sekarang. will be 24 next August 17
20. Hari ini : First time aku makan durian bersama pulut dan santan.

21. Malam ini saya akan : Dah takde malam dah... dah 3.30 pagi nih!
22. Esok pula saya akan : Ajak encik kat tempat kerja hang out kalo dia free
23. Saya betul-betul inginkan : Seseorang menemani saya tidur sekarang
24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini : "Makin hitam muka aku"
25. Pusat membeli-belah atau arked permainan : Bookstore.

26. Makanan Barat atau Jepun : Malaysian.
27. Bilik yang terang atau gelap: Yang sederhana gelap... baru romantik. hehehe
28. Makanan segera adalah : Makanan yang cepat siap
29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang? "Bye."
30. Tag ini datang dari : Pakwe Suhaila yang hensem tapi cekeding aka Marzuki


Aku nak tag:

- Ashraf Komplen
- Lady Awin
- Naqiubex
- Portgas D Ace
- RenzoCross
- Zelo55


Sekian. heheh.


Monday, June 29, 2009
bismIllah...

Location: SSE Admin Office
Time: 9.29 am
Mood: Feeling weird


Whenever I see his face, my heart skipped a beat

Whenever I look into his eyes, I can feel myself melting

Whenever I hear his voice, I feel calm.


Oh, Mr MDTB eh silap silap... Mr Chubby Cheeks... I like you!! Muahahahah





alhamdulIllah...
Saturday, June 27, 2009
bismIllah...


Aku bosan (lagi). Bila aku bosan mulalah aku nak menukar-nukar wallpaper..Kat bawah ni gambar wallpaper aku sekarang..


tapi aku dah naik boring... boring ngan muka sendiri masa kecik yang masam jer. hehehe...

So... aku nak tukar ngan gambo mamat hensem yang aku sangat-sangat suke... which is...
ZAC EFRON!!!

"Hensemnye!! Comelnyer!!
Suke sangat!! Ahhhhhhh!!" jeritku lagi.


So... aku pun mulalah mencari gambar-gambar dia yang macho, sexy dan hensem. Penuh dengan gaya, mutu dan keunggulan. Kira memang meroyan la aku mengusya kehenseman dia nih. Subhanallah... cantik betul ciptaan Tuhan.

Aku nak buat jadi wallpaper... tapi pening lak nak letak pics mane satu untuk jadi wallpaper...

Yang ni ker... (macho giler ah)


Yang ni ker...



Or yang ni? Ade kaler sikit. sexy pun ada gak. hehehe


Mueheheheh...

Apsal gatal sangat nih ek?

Ni la jadinya kalo bosan tahap dewa. Malam kang baru ada date ngan Anwar. Aku maleh nak kuar siang-siang ni. Panas.

Berbalik kepada wallpaper, akhirnya aku decide untuk combinekan semua pics.



Drool...(dengan air meleleh dan mata yang tak berkelip)

Klah, nak tengok desktop aku yang cun dan hot gila nih.

Daaaa...



alhamdulIllah...
bismIllah...


Aku tengah boring ni. Bosan la plak dah sampai Shah Alam ni. Nak merayap pun motor takde cos ade kat kampung. Haihh... Awal lak aku bangun arini. Almaklum, dah terbiasa bangun awal pergi kerja... Patutnye hari ni kerja tapi aku mintak cuti cos ade hal sikit kat Shah Alam ni. Rindu lak kat Kak Yantee. Dahla semalam dia MC (sakit2 bdn sbb aerobik! hahah). Then... rindu sape lagi eh... :P

Okeylah, aku nak buat tag yang aku cilok dari blog orang. Saje takde keje...
Layan...


First Name
Nor Raihana

Nickname
Selalunya orang panggil aku Ana jer. Yang manje2 sikit panggil 'Naa'. Hahah. Oh, aku juga dikenali dengan nama Rai, Hana (bluwekk!), Anaconda, Konda dan Miss Panda.

Name you wish you had
Nama aku dah cukup sedap rasenya. Lehla tambah Datin ke, Dato' kat depan tu best gak.

What do people normally mistake your name as
RaHAIna dan juga RaJhana. (baru semalam En. Azsrin sebut nama aku Rajhana cos katanya 'I' aku macam 'J' kat dalam borang cuti). huhuhu

Birthday
17 August 1985 (birthday aku lagi sebulan lebih jer.. hahah)

Birthplace
Hospital Besar Beruas, Perak. Makna lain, rumah mak aku laaa... lahir kat umah jer :P

Time of Birth
10.24 malam kalo xsilap. tapi memang malam dan waktunya 10 lebih...

Parents together or divorced
Separated.

Get along with them
Bolehlah...

Single or taken
Single! Single!

Zodiac sign
Leo... Leo the lion...

How tall are you
163cm rasenya... lame dah tak ukur.

Wish you were taller
Takyah la kot... sebab boipreng pun sama tinggi jer... eh silap. tadi aku kata single kan. kenyataan dah bercanggah plak. so abaikan bahagian tu. Takmo ah tinggi lagi. susah nak cari boipreng tinggi2... aaa itu br betul. :P

Eye color
Oh macam-macam ade. ade kaler biru, coklat, hijo, kelabu... tapi yang original hofkos la hitam (dari jauh) atau coklat gelap (dari dekat)

Eye color you want
kalau nak tukar-tukar, pakai lens la cos dah memang rabun.

Natural Hair color
HITAM.

Current Hair color
Hitam ler jugak.

Short or long hair
Shoulder-length

Ever dye your hair a bizarre color
Taknah pun... tapi kekadang teringin la nak ade rambut warna biru. Muahahah

Curly, Straight, Wavy
Straight yang membosankan.

Last time you did something dramatic with your hair
Potong pendek cam jantan. Dramatic giler ah. Tapi time aku kurus dulu la.

Glasses or contacts
Contacts ler...

Do you wear make-up
Make-up camne tu? Aku just pakai krim muka n bedak kompak. pastu lipstick ckit. tu jer... tu pun kalo kuar je. kalo kat rumah, berkerak le muka aku tak letak ape. heh.

Ever had hair extensions
Tak pernah.. nak buat ape... bukan ade sape nak tengok pun...

Paint your nails
Tak pernah. Tak teringin pun cos kuku aku pendek and tak lawa sangat.


-Have you ever-

Lied
Pernah jer. selalunya menipu budak-budak. Amirul mangsa yang selalu ditipu. Heheheh

Stole something
Oh pernah pernah... curi duit tabung adik aku masa kecik-kecik rasenya. tapi aku tak ingat tabung sape... curi sbb nak beli aiskrim. :P

Smoked
Tak pernah... eh jap jap! pernah kot... aku dan Yong eksperimen hisap rokok Abah yang bersepah kat umah masa aku kecik-kecik. Tadika kot... (giler sket mase kecik) Pastu menyesal tak sudah cos pahittt giler... tak sedut habis pun... mmm aku pn dah tak ingat sangat dah.

Aku mase kecik2 memang suka main api. Pernah bagi meja tulis Mak Tih aku terbakar pastu terjerit-jerit macam hape... dahla masa tu aku sorang-sorang kat tingkat atas. huhuhu

Hurt someone close to you
Aaaa... pernah kot

Broke someones heart
Yes.

Had you heart broken
Oh yesss...

Wondered what was wrong with you
Takdela sangat... ade something wrong ke ngan aku ni?? rase normal jer...

Wish you were a prince/princess
Hanya bila aku tengok movie. In real life rasenya tak teringin pun... biarlah aku just jadi the plain ole Ryehana jer :)

Liked someone
Yes!

Liked someone who was taken
Yes. Encik kat tempat praktikal... hahahah

Shaved your head
Hisy... tak berhajat aku!

Been in love
Aku tak tau nak jawab aper.... huahuahua

Used chopsticks
Aku adalah manusia yang tak tau guna chopsticks. So takyah ngengada nak bawak aku gi restoran japanese ke, chinese ke... kecuali ko nak tolong suapkan! wahhh romantik gitu... :P

Sang in the mirror to yourself
Macam tak pernah jer.. malu dengan bayangan sendiri, boleh?


-Favorites-

Flower
Red roses rasenya. Tapi bunga casablanca pun suka. Tulips pun suke. Ahh ape2 bunga aku bedal asal bukan bunga taik ayam. Itu sangatlah potong stim ok~

Candy
Aaaaa... candy ngan chocolate same tak? Aaa aku suka ape2 benda dari Cadbury's dan Hershey's. Cekelat Daim pun aku suke. hihi (memang hantu cokelat)

Song
Byk giler favorite songs. Aku list 5 yang aku tengah layan sekarang. Take Me Home Country Road, Tie a yellow ribbon 'round the ole oak tree (panjang giler ah tajuk2 lagu), Only Hope nyanyian Mandy Moore dalam filem A Walk to Remember. Ahh 3 cukup la.. maleh nak naip

Scent
Untuk diri sendiri, suka bau bunga2. Macam perfume J'adore. One of my favoutite tu! Kalau untuk lelaki, aku suka bau yang masculine and ade hint of tobacco. Like one of my bosses kat company tempat aku kerja... aku rasa dia pakai perfume Dunhill... tapi aku tak berapa sure. Yang pasti, kalo dia lalu sebelah aku, aku sampai pejam2 mata bila hidu bau dia. Macam high kejap. Giler gak aku ni. Hahahahah... (nasibaik dia tak tau ade pelajar praktikal giler kat company dia)

Color
Berdasarkan benda-benda yang aku own, aku suka purple. Tertarik nak beli benda-benda kaler tu jer selalunya. hehehe. Dan memang aku suka warna ungu pun. Sejak sekolah lagi...

Movie
Ape-ape movie yang ada pelakon hensem kegemaran seperti Johny Depp, Jonathan Rhys Meyer, Jude Law dan Zac Efron. Sekarang tengah giler angau ngan Zac Efron!

Singer
Aku suka Michael Buble. Josh Groban. Aaaa mostly suara klasik ah.

Word
Sekarang asyiklah menyebut 'Jubo!' dan 'Bontot!'. Huahuahua

Junk food
Cheezels

Website
http://ryehannazz.blogspot.com dan http://ryehanatarepanda.blogspot.com HAHAHAH

Lotion
Aku bukan pakai lotion sangat. Lotion Avon yang aku beli sejak 2006 ade lagi sampai sekarang tak habis-habis. Pasni kena pakai kot cos tangan aku dah kasar giler dah. Hmmm tapi malas giler nak letak... ade orang nak sapukan lotion kat i? Abaikan... itu mengundang pergaduhan dari Abg Tapa je tu. :P

Animal
Fish! aku teringin nak bela ikan kelisa la plak... adakah kerana aku asyik bagi makan Kak Yam (nama ikan kelisa) di ofis? Dulu-dulu rasa macam nak bela kucing, tapi aku takmo deal ngan taik2 atau kencing2 kucing ni... kecualilah dapat laki yang sanggup cuci kencing dan buang penyahtinjaan kucing... so baru leh. Sila take notice yer, u-know-who

Ever cried over someone
Hofkoss. And i hate it.

Is there anything you wish you could change about yourself
I wish aku ni rajin dan bersemangat selalu.

Your biggest fear
Mati dalam keadaan hina.

Do you think you're attractive
Tak. eh jap jap... sikit-sikit jelah kot (hidup kena ade keyakinan. wahahahaha!)

If you had to choose a fairytale as your life what would you choose
Takde fairytale yang best ah. Tak habis-habis Cinderella, Sleeping Beauty, Snow White... aku nak jadi Ryehana jer.

Do you play any sports
Owh. aku benci sukan. Benda-benda lasak aku minat ah cuma kurang stamina cos tak bersukan.


Sekian, tamat tag. Bapak bosan tag ni. Korang pun tak pasal-pasal bosan cos bace tag ni.

hohoh.

Selamat hari Sabtu (tetiba teringat Majin) :fatpanda:



alhamdulIllah...
Friday, June 26, 2009
bismIllah...


Semalam aku ikut Kak Yantee pergi kelas aerobik. Saje jer...cos aku taknah pergi. So, pas habis kerja kitorang pergila pusat senam aerobik dekat Econsave tu. Okla jugak... hanya untuk wanita jer. Instructor dia pun pompuan melayu. Bayar RM4 untuk satu sesi. Kalo bulanan, bayar RM70. Leh datang bebila nak dalam sebulan tu.

Nak amik gambar time tengah exercise takleh. Censored. huhuhu. gambor studio jelah.



Dipendekkan cerita, aku dapatlah simpulkan di sini yang aku ni kayu. Memang kayu betul ah. Kalo masuk kelas tarian, sure awal-awal aku dah disuruh quit. haha. Aku susah betul nak mengikut moves yang ditunjukkan. Dan aku ni jugak kaki gelak. Mane-mane gerakan yang macam kelakar sial siot (selalunya yang melibatkan gerakan punggung) mesti aku bantai gelak. Muahahahah. Last-last aku yang semput macam hape. Tapi memang pancit ah. Lame siot aku tak exercise. :P

Kelas aerobik tu dari 6 petang sampai 7 petang je. Yer ah. Cukup la sejam. Nak tumpo kalo lame lagi?? Itu pun aku dah nak haup. Muahahah...

Balik rumah, mandi solat ape sumer then kuar balik... Cos ade date ngan Mr Chubby Cheeks. Nak amik laptop aku (laptop Nini sebenarnya... aku pinjam) yang dia tolong repairkan. Nasib baik dia leh buat. Kalo tak, melayang duit aku kat kedai komputer. Cekik darah siot kedai-kedai komputer kat sini. Ade ke nak format laptop pun sampai RM70?? RM40?? Giler. Dengan tak janji leh recover file yang aku nak nyer... Mentang-mentang aku tak reti format komputer. Maleh nak blaja. Padahal senang je kan? heheheh. Aku takdela nak format cos ade banyak dokumen penting dalam laptop. So aku bagi kat Mr Chubby Cheeks biar dia godeh-godeh. Alhamdulillah... ok jugak laptop aku. Hihi

Panjang lak aku citer tentang laptop.

Okey, sambung balik.

Malamnyer aku kuar makan dengan Mr Chubby Cheeks. Almaklum la... Kebulor giler! kan dah banyak tenaga hilang time bersenam tadi kan...

SO....

Abg Tapa curi prawn with macaroni n cheese aku! jahat! >:(

Fyi, ni baru 2nd time aku order benda alah ni cos benda ni muak giler. Sangat cepat muak. Tapi sebab aku tengah crave benda-benda bercheese, aku bedal gak la. heheh.


Licin aku bedal. Yang bulat tu sotong dari mangkuk Abg Tapa. Sesuka hati campak kat pinggan aku.

Dia lak tak larat nak habiskan makanan dia...

So...

Aku pun...


Ngap jelah!

Tak baik membazir. hahahah...


Maka, itulah yang berlaku semalam. Sia-sia jelah kot usaha aku bersenam aerobik petang tu. Tak habis-habis kena perli ngan Abg Tapa. Nak wat camner... sape suruh dia tak habiskan makanan. Aku ni memang pantang tol orang makan tak habis. Tak suke... Terpaksa la aku makan.

Huh!


p/s: Aku nak balik Shah Alam petang kang pas keje. Ade hal nak disettlekan. Oh! And nak jumpa Syed Anwar yang hensem itu juga. Heeee...


For more pictures, view my pictures blog.

Wednesday, June 24, 2009
bismIllah...

Bumblebee! Love you!! So adorable ok... :P


Yeay!!! Semalam aku dah berjaya tengok Transformers: Revenge of the Fallen!

Pagi semalam awal-awal lagi aku book tiket secara online (itula first time aku book tiket wayang secara online) cos nak seat yang ok. Alhamdulillah dapat seat ok. Heh.

Showtime pukul 8 malam. Abang Tapa and Dillah (kawan Abg Tapa) datang amik aku kul 6.50 petang. Kutip tiket, then kitorang pergi makan... Pastu Maghrib kat masjid Sitiawan. Nasib baik aku dah book awal-awal.. cos memang full house. huhuh..

Komen aku tentang citer ni, BEST GILA!! ^__^

Ade unsur kelakar yang buat satu panggung tergelak macam hape, and ade part sedih giler...

Movie ni memang lagi best dari the previous one. Lawak giler. Macam hape jer aku gelak time tengok gelagat JetFire (robot tua Decepticons) yang dah tukar side. Siap bertongkat lagi. Haha..

Tak lupa jugak Agent Simmons yang lawak (and annoying?) dan kawan baru Sam iaitu Leo yang hensem dan juga funny. :)

Seriously memang marvellous giler ah movie ni. Keluar je panggung memang semua orang muka excited dan puas hati. Komen-komen yang keluar dari audience pun semua bagus-bagus. So, it wasn't just me. Dah memang citer ni best! Silalah pergi tengok bagi yang tak tengok lagi. Siyes best!!

Aku rasa macam nak tengok lagi sekali lah... ade sesapa nak blanje? heheh...


She is smoking hot! Aku suke Megan Fox! huhuhu



Ni Jetfire yang dah tua tu... hihi. Love it!


Ape-ape pun, I really enjoyed last night! Masuk wayang kul 8pm, kuar dalam 10.30 pm. Tak terasa sangat pun masa berlalu...

Thanx, Mr Chubby Cheeks cos belanje. Thanx Dillah cos bawakkan (nek keta dia).

Sorry Kak Yantee, Kak N and Fizi cos tak dapat join korang makan kat Lumut. huhuh...


Muka excited nak tengok Transformers.
Sempat lagi berposing time tunggu di 'pick-up'


Naik keta Dillah@Abdillah.


I got a new nickname by Mr Chubby Cheeks... which is Bumble Baby. Haha! Suke! Suke! Lubiu, cayang...


alhamdulIllah...
Tuesday, June 23, 2009
bismIllah...


Hari ni aku terbangun lambat sikit. Kul 6.45 baru sedar. Selalu kul 6.30 aku dah masuk bathroom untuk mandi. Then nyesal cos aku lupa hari ni dak-dak nurse tu ade exam. Hadeh.. beratur tunggu giliran nak mandi la plak... Mmm nasib baik takdela lambat sangat. Then, aku usya diorang siap-siap and bace notes. First time aku nampak diorang pakai uniform and tudung. Comel la plak! Ape lagi, snap snap snap!

From left; Mar, Nadiah, Saza and Layla.


Enterframe... enterframe... :P


Aku ada ajak diorang main boling dalam base malam ni. Tapi macam tak jadi jer... Haih.. Bosan. Rindula aku kat diorang ni nanti... T___T

Malam tadi aku susah giler nak tido. Maybe sebab petang semalam aku dah tertido kot. Then ditambah lak dengan bunyi ketap-ketap gigi roommateku yang lain. Bukan budak-budak nurse ni. Diorang siap tergelak-gelak bila tengok aku terjaga when i heard Akak tu ketap-ketap gigi. Kuat giler wehh. Aku jadi nyilu bila dengar. Berdengkur takpe lagi aku rase. huhuhu

Aku takdela close ngan Akak tu cos dia ni pendiam and alim2 sikit. huhuh. Dahle kami semua pakai baju macam ape lagi kat umah. Segan siot.

Pas budak-budak nurse abis exams and blah, tinggal aku dan Akak tu jelah. Erm.

Macam mana nak bagi sesetengah orang tu stop habit ketap-ketap gigi time tidur eh? Ni bukan sikit-sikit punyer ketap... Memang kuat gile. Letak jari mau putus tu.

Supervisor aku kata, tunggu Akak tu kahwin. Hilang lah ketap-ketap gigi tu. :)

Akak ofis kata, tampar je time tengah ketap-ketap gigi tu. Nak mampos? hahaha

Korang kata ape?



alhamdulIllah...
Sunday, June 21, 2009
bismIllah...


1) Time is running out. Lagi beberapa minggu jer untuk praktikal... haihhh.. I'm going to miss this company! And of course, the people!! Huuuuu... T___T


2) When I bloghop, sometimes I came across angry words.. grumblings.. harsh words.. Angry people expressing their feelings. Hmm.. then I think about text messages between me and my former English teacher who read my blog. I have deleted them (darn.. baru jer check phone ingat nak copy paste sebijik sejebon ape yang dihantar/diterima) la plak. But it went like this...


Me: Don't you have one? a blog, i mean

Her: No, i don't. Plus, what's there to grumble about? :)

Me: Oh.. perfect life eh.

Her: Well.. not perfect. Your entries yang ttg benda yang marah2/kecewa seems trivial for people my age.

Me: Trivial? ala malunyer... tapi blog bukan ke untuk sharing jugak... heheh

Her: But if i grumble, it'll look like i am not grateful for what I got.

Me: Oh... huhu. saya blog merapu-rapu je. mostly sebab nak catat.


Erm. camtu ah lebih kurang...
Tapi betul la kan... aku rasa pun camtu gak. Macam bila I came across blog yang tengah mengamuk-ngamuk tentang satu benda, aku rasa macam... alahai... trivial things... macam teacher aku bagitau juga.

So... If some of you out there think this blog focus on trivial things yang memang takde bagi ape-ape faedah, then.. abaikan jelah. heheh.


3) Aku menyesal lak gunting rambut awal bulan hari tu. Pendek. Tak cun ah. Huhu. Takpe takpe... simpan balik.


4) Aku bosan cos roommates aku semua pergi umah Layla kat Taiping! Sorang-sorang je dalam bilik.


5) Hari ni pergi Teluk Batik lagi. Aku nak ada rumah tepi pantai laaa... cambest jer. *dream on*


6) Aku tak pergi kursus kahwin lagi. Erm... bila nak pergi eh... Malasnyer...


7) Banyak kerja tak siap lagi. Malasnyer.... (dah 2x dah tulis 'malas')


8) Aku teringin nak main boling laaa... Tapi tak best la kalo main ngan Abg Tapa jer. Aku ingat nak ajak budak2 bilik ni main boling next week. Tu pun kalo diorang nak. Diorang macam lagi suka berkaraoke jer... hmmm...


9) I'm in need of a library and bookstore! Arghhhh kenapa takde MPH atau Popular kat daerah Manjung ni!!


10) Entry yang takde komen adalah perkara biasa rasenya. Kenapa nak kesian kat blogger yang takde komen kat entry dia? Pedulik hape... aku pun tak kisah orang tak komen. Sebab, kadang2 aku jadi silent reader kat blog org gak. Tak tau nak komen ape. huhu... (teringat masa berYM pagi tadi)


Sekian.



bismIllah...



Perhaps we'll never understand each other.
Loving doesn't mean that we agree.
If that were so, then I would say, why bother?
But there are things I know I'll never see.
I'm sure your heart knows what I don't yet know:
The pain of loving a reluctant daughter
I'm sorry for the anger in the air;
Though we fight, my love is always there.

Happy Father's Day, Abah.
Where ever you are...




We had never see eye to eye since I was a child, hadn't we?




alhamdulIllah...

Yesterday (Sabtu/Saturday/Donnerstag), I went to the beach with Mr Chubby Cheeks. It's been a while since the last time we set foot there. Looking back at my archives, this is the last time we went to Teluk Batik. Almost a year! Haha...

Saje lah Abg Tapa bawak jenjalan bagi aku hepi... cos aku memang bernasib malang je lately. Dahle kena sengat tebuan(ke lebah?) pagi tu... Aku moody ler ckit.

So, jalan-jalan sambil menikmati kedamaian tepi pantai. Pastu nampak orang bersandar-sandar kat kerusi di bawah pohon-pohon rendang di tepi pantai macam best jer, so Abg Tapa amik tikar untuk kami duduk-duduk tepi pantai. Memang best ah. Aku macam nak tidur je dibuatnyer. Rasa relaks sesangat. Abg Tapa jelah bising cos nyesal tak bawak swimming trunks. Nak show-off kat aku yang dia leh berenang (cos aku jeles giler ngan orang yang tau swim) la tu. Padan muka takleh swim. Heh.

Layan gambar jelah eh. Malas pulak aku nak menaip.

Yer... semua orang kata keciknyer badan Abg Tapa. Macam tak padan je ngan aku. Huhu


Ni la hasil tangkapan dari orang yang tak pandai amik gambar. Tak puas hati tol aku. Takleh ke amik macam aku amik? Grrr... Nampak gemuk! (walaupun mmg aku gemuk... tapi.. eii...)



Haaa.. gambar yang aku amik gak yang ok. Huh!



Ngusya mamat Lebanon (kot?) kat depan kami main istana pasir. Hensem. Tapi agak kegelian melihat bulu-bulu di badan dia.

Makan rojak buah yang tak sedap pun. Abg Tapa yang abiskan.

Cukup sampai kul 4 petang je kami melepak. Adalah dalam sejam je kot.

Dah, dah... jom balik!

Under my umbrella... ela ela kain ela eh


P/s: Hari Ahad duduk jer kat bilik diam-diam. Aku nak selesaikan kerja-kerja yang terbengkalai.

P/P/s: Aku menulis entry ni pukul 1-2 pagi cos dah terlebih tidur sebab makan ubat siang tadi. Then susah nak tido sebab my neck (and shoulder too -- dah melarat) is throbbing painfully. Adeii... More fotogediks pics kat sini.



alhamdulIllah...
Saturday, June 20, 2009
bismIllah...


Hari ni aku kena sengat lebah time mandi pagi tadi. Ni dah kali kedua aku kena sengat dalam bulan ni. Ape kejadahnye tah? Suka benor lebah tu kat aku... Dulu kena kat ibu jari, hari ni kena kat belakang tengkuk lak. Fyi, yang sengat aku ni lebah yang dok hurung lampu bilik air di rumah sewa. Sakit gila ah. Bengang jer aku... tiap kali aku nak mandi mesti aku fobia giler. Tengok-tengok kena sengat lagi arini. Nasibaik kat tengkuk, kalau kat tempat lain yang LAGI sensitif, mau pengsan aku dibuatnyer.

Mulanya aku maleh nak pergi klinik. Tapi sebab tempat kena sengat mula berasa kebas-kebas dan rasa kebas melarat ke bahu, aku mintak ler permission nak pergi klinik. Duit dahle takde. Terpaksa ar kuarkan duit dulu. Time ni memang aku dah macam kucing nak beranak. Tak selesa giler. Rase nak termuntah pun ada. Darn it.

Pergi klinik Zarina (cos Kak N kata doktor situ pompuan and alim2 ckit) untuk dicucuk. Segan aku. Heheh. Dah lame siot tak kena cucuk bontot. Malu i... hahah! Ape la malangnyer... dahle kena sengat lebah, pehtu kena cucuk plak. Dua-dua sakit. huhuhu... menci doktor! kena cucuk! Huh!

I got an MC. So, balik tempat kerja untuk bagi MC. Then aku pikir2, kalo aku balik umah pun, bosan giler. Baik aku melepak jer kat tempat ni. Heheh. Leh gak update blog. :P

Oh, aku juga baru pas scan gambar-gambar lame. Ada 2 gambar nak share di sini. Biaselah, dah takde kejer kan... so saje ah update blog and tempek gambar.Lagipun, one of my friends ade blog gak. :)

So here they are...


Dari kiri: Ayu, Nyda, Aku dan Mashitah di Uitm P.Pinang. Tahun 2004 rasenya. :)

Nyda yang pos gambar ni kat aku kalo tak silap.

Ayu dah kahwin last year. Aku tak sure dah ade baby ke belum. Masa ni Mash tak pakai lens lagi. Aku lak kurus lagi masa ni. Mueheheh.


Masa Dato' Sahol jadi Pengarah Kampus Uitm PP.
Ni time jamuan hari raya kat Kolej Baiduri.
Mane-mane kami selalu berempat.
Haih.
Rindu. :)

Aaaa... yer, dulu muka aku memang gelap. Tak reti berbedak pun time tu. Muka kosong je tak letak hape.


Well, that's all for now. Salam.


p/s: Sakitnyer tengkuk aku!!




alhamdulIllah...
Friday, June 19, 2009
bismIllah...


Aku ingat, balik umah tu dapatla nak bermanja-manja sikit ngan Mak. Dahla aku agak ketensionan lately. Nak sembang dan cerita, takde kawan. So, that's why aku balik Beruas pagi tadi.

Perut memang lapar gila cos tak makan. Konon-konon nak Mak masak. Tapi Mak masak lewat. Tu pun marah-marah kata nape tak masak sendiri. Mak ni... macam tak kenal jer aku. Aku mane der memasak kalo kat umah. Hmmm.

Aku tidur pas Zohor. Diorang makan tak ajak pun. Takpelah. Dah biase dah.

Then dalam pukul 4 petang camtu, Mak tanya "Kamu nak balik Manjung pukul berapa ni?". "Aiii... halau nampak?" kataku.
"Takdela... macam nak hujan"

Well, memang hujan pun. Lebat plak tu. Hisy. Macam mana aku nak balik Manjung. Sebab aku datang pagi tadi ngan motor.

Nini lak tanya, "Ko kerja tak esok?"
"Kerja laaa..."
"Abis, ko nak balik bila?"
"Jap lagi aku balik la."

Then, Mak menyampuk "Nak amik kereta aku la tu. Esok Mak nak pergi sekolah tau... Tapi, naik motor pun boleh rasenya"

"Okey. Ana amik keta lah" kataku.

"Hisy... takpe ke area umah kamu tu. Aku risau hilang tayar tinggal rangka je kereta tu"

"Isy mak ni.. takdenya lah. Orang lain elok jer parking kereta. Kancil jer pun. Takde sape nak laaa"

Pastu Mak bising-bising lagi tentang kereta dia. Hujan makin lebat. Dah nak pukul 6 petang. Kalau aku nak balik petang ni, aku kena gerak paling lewat pukul 6 sebab mata aku silau teruk bila drive malam.

"Minyak kereta ada tak?" tanyaku pada Nini.

"Takde"

"Sampai separuh tak?"

"Tak. Suku jer"

Alaa... kena isi minyak lak. Aku memang pokai gila. Duit dalam purse ada RM5 jer. Dari tadi aku cakap kat Mak takde duit, tapi Mak wat nohin jer.

"Mak, kereta takde minyak. Nak duit" pintaku bila ke dapur. Mak tengah menggoreng kuetiow.

"Nak amik keta aku ke Manjung, duit pun mintak kat aku... hei..."

"Abis, nak orang naik motor ke?" tanyaku. Yer ah. Stress gak asyik kena bebel jer dari tadi.

"Haaa naik la"

"Naik betul-betul kang"

"Naik la" kata Mak lagi.


Aku makan kuetiow goreng Mak buat. Memang aku lapar gila. Jam dah 5.50 petang. Tetiba dapat mesej dari Majin yang bertanyakan aku balik Manjung kul berapa. Aku dah nak balik dahla time tu. Tengah betul-betul tudung.

Aku capai kunci motor. Duit RM12 yang Mak letak atas meja aku tak usik. Aku pandang ke luar. Hujan lagi. Adei. Ahh pedulik la.. Basah je pun. Okey kot. Aku jeling ke porch. Mak tengah belek-belek kereta. Check air kot.

Aku amik beg dan keluar. Letak beg dalam raga motor. Mak pandang jer aku. Aku tak tengok. Mukaku masam. Bila aku bawak motor keluar porch, Mak bersuara "Eh? Kata nak naik kereta? Merajuk la pulak..."

Aku diam. Motor dah keluar porch. Renyai-renyai hujan dan mengena tubuh.

Nini keluar ke muka pintu. "Wehhh naik la kereta. Bahaya laaa"

Aku tak peduli. Aku start motor. Sekali tekan jer. Nasibaik. Seksa gak kalo takleh start. Aku terdengar suara Mak tapi aku tak dengar dia cakap ape. Aku terus meredah hujan menuju ke jalanraya.

Aku memang terasa. Dah tahu hujan lebat, tapi macam berat sangat nak bagi aku pinjam kereta. Kalau Nini atau Nan tu, tak payah mintak, Mak yang offer suruh amik kereta. Mau tak terasa.

Memang basah aku dibuatnya sebab takde baju hujan. Just pakai sweater cabuk kesayangan jer. Sampai kat Kampung Tengah, ade airmata mengalir kat pipi. Bodoh. Time bawak motor bukan masa untuk nangis. Kang kabur pandangan lagi bahaya. Dengan hujan lagi. I silently cursed myself for being emotional. Alhamdulillah bila nak sampai Ayer Tawar, takde hujan. Lega aku.

The journey was pleasant. Sampai Manjung dalam tak sampai 45 minit. Pukul 6.35. Laju gak aku bawak. Hmm. Bagitau Mr Chubby Cheeks aku selamat sampai. Tefon Majin. Lepas geram kat dia. Nangis-nangis pun kat dia. Aku rasa macam 2 hari ni Majin banyak tau hal aku cos aku TERbagitau. Takleh jadi ni. huhu.

Majin suh aku mesej Mak bagitau dah sampai. Tapi aku taknak. Tengokla... satu sms pun takde dari Beruas. Memang takde sape peduli pun, kataku.

Pukul 7.41 pm.

Sms masuk. Dari Diyana.

"Nini ni. Ko dah sampai umah sewa belum?"

Dan aku balas, "Dah."



alhamdulIllah...
bismIllah...


I’m currently at home in Beruas. This morning I wasn’t feeling well. Keep returning to the loo over and over. And I found out that Mr Chubby Cheeks also experienced the same thing. But we ate at the KFC last night! What could be the problem? hmmm…


I couldn’t sleep last night. Other than the stomachache (I posted on my Facebook that ‘perutku masuk angin’), there were so many things on my mind. So many faces. Lots of past dialogues that kept me awake. Then, there was one sms that stung. Haihh. He made me felt like a bad person. :(


Before that, I talked to Majinn. I do miss talking to him. So we talked and laughed about what I babbled about. Silly things which were unimportant. Biasalah aku. Itu jer lah time aku hepi sikit. Then bila dah lewat-lewat malam dan fikir macam-macam, mulalah takleh tido.


So this morning, when I finally woke up (for real), I washed my face and brushed my teeth. Then I changed clothes. I decided to go back home. Tetiba jer. I didn’t even bother to take a shower. heheh. Doesn’t matter la… Can shower at home what… :P


Went to the gas station near Giant. Refuel. Then I ride Mr. Chubby Cheek’s Nouvo with 110 km per hour. It felt great. The wind made me smile. The speed made me soar. Seems like all my troubles that kept me awake last night is gone. Well, maybe for a while… cos as I ride the bike, my thoughts were of them.


Am I a bad person?

Am I a loser?

Am I ugly?

Am I stupid?


I listened to songs in my mobile phone when I couldn’t sleep last night. Kononnya lullabies ler… But I cried when Bruce Springsteen’s Secret Garden was playing. That’s how I went on when Melee’s Built To Last and Celine Dion’s I Love You were playing too. But Jerry McGuire’s soundtrack tu la yang triggered waterworks from me. Haihhh…

I kept going at a slower rate of 100 km/h as I thought of him. And him. And him. Oh, and him too. Haha. So many guys eh? Well… they’re the guys of the past. Some of them anyway. :P


Then I think of my future. My plans. My friends. Hmmm…


I got honked four times on the road. I hate it when they do that. Was it so weird to see a female biker on the road? Benci. Bagi aku terkejut jer. >:(


Bertolak dari Manjung pukul 9.35 pagi. Sampai rumah di Beruas pukul 10.17 pagi. Ok gak la. Tak sampai sejam. Aku bawak slow time kat Pekan Ayer Tawar jer. Cos kalau naik motor kat situ mesti aku teringat tentang arwah Amir Faisal yang meninggal dunia di pekan Ayer Tawar tu sebab bawak laju. Terlanggar divider. Salah seorang lelaki yang pernah ada tempat di hati aku. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat.


Sampai-sampai umah, terus nampak Nini tercogok dekat hall. Muka serabai tak mandi lagi. Then she asked me to go to Amirul’s school to sign his report card. Urgh. No way. Aku pun dengan tak mandi lagi. Dahle muka rasa semacam cos bawak motor lelaju. Rasa macam ade sarang labah-labah kat muka. So, Nini kena jugakla pergi sekolah.


When she returned, she remarked ”Cikgu kat sekolah tu sempat lagi tanya aku hal Abah”. Hmmm… I just shrugged.


Hanis tak pergi sekolah. Aku suruh belikan air epal. Air epal twister tropicana takde, so dia beli air epal campur aloe vera dari Marigold. Layan jer lah. Tapi aku tetap rasa air epalnyer tak sesedap air epal twister tu. The other day I bought epal juice by Sunkist ke ape… Too sweet. Still, takleh lawan epal Tropicana. Huhu. Kempunan aku pagi ni.


:tareflower:



alhamdulIllah...
Thursday, June 18, 2009
bismIllah...


Semalam, balik-balik jer dari kerja, roommate aku bagitau kucing yang dok sarat bunting selama ni dah beranak. Ia beranak di dalam laci almari yang tak digunakan di bilik sebelah. Patutlah sejak malam semalam ia macam 'kucing nak beranak' ke hulu ke hilir selongkar itu ini. Rupenya memang nak beranak. Nasibaik la aku kunci loker. heheh. Kalo beranak kat atas baju-baju aku naya jer. :P

Fyi, yang bela-bela kucing ni kerja Kak J la nih. A Sabahan yang kerja di sini. Dia suka sangat kucing. Ade 2 ekor kucing dalam rumah ni, sekor anak kucing and sekor ibu kucing yang bunting. Aku okey jer asal tak berak kat barang-barang aku dan dalam bilik sudey.

So, aku pun pergilah ke bilik sebelah ngan Nadiah untuk usya anak kucing baru lahir cos dia pun balik sama ngan aku and tak tau hal kucing dah beranak.

Jeng jeng jeng...

Tu dia... wad bersalin eksklusif. :P


Nurse cun datang melawat.


Itu dia. Kucing baru beranak. Haram aku xtau nama ibu ni aper. huhuh



Hehehe....


Okey. Dah dah... tutup citer kucing...

***

Aaaaa...
Semalam time aku nak balik kerja, dapat sms dari Nora (kawan baikku masa zaman sekolah menengah dulu. Memang bestfren giler2 ah, partners in crime :P)
Smsnya berbunyi begini, "Woi, amin is on roda impian now..."

And I was like, huh??? Biar betik. Lame giler tak dengar citer dari mamat tu. Yang aku tau dia kat UniKL (MIIT) amik software engineering. So, balik-balik je aku tengok roommate tengah layan Roda Impian. So, join ah sekali. Dapatlah tengok kawan lamaku, Amin on the telly...

Sekampung, tapi haram jumpa... Lame siot tak jumpa. Padahal masa sekolah dulu kami rapat ;) Dah lain dah dia... macam rupa abang-abang dia jer dah. Teringat zaman sekolah menengah dulu. Haihhh.. Kenangan lalu menggamit kembali..hisy!


The guy in the middle is Amin.

Cam kelakar pun ada... hahah...
Tak menang... tapi jadilah... dapat gak. :)


Bed, aku upload pic Amin dalam Roda Impian ni untuk ko tengok. Ko kan kat NZ. Heheh... What do you think?

Hihihi...



alhamdulIllah...