bismIllah...
Semalam dapat call dari seseorang yang tak disangka. A call from a dear ole friend, Zul. Giler ah. Lame betul tak dengar berita dari dia. Rupanya dia dapat nombor aku dari Jimy. Jimy lak dapat nombor aku dari Baydah. Masa diorang pergi konvoi beraya tahun lepas kalo tak silap.
So.. dapatla bertukar-tukar cerita. Zul sekarang dah kerja JPJ di Penang dan dah bertunang. Nak kahwin bulan November ni. Macam tak caya pun ade gak bile dia call... cos masa high school kitorang takde bertegur sapa sangat pun. Kelas pun tak sama...
Tapi masa zaman sekolah rendah, aku ngan Zul okay... Kami selalu gak la bergaduh. Ala, gaduh pun biase-biase jela. Sebab dia lelaki dan aku perempuan. Aku pun dah tak ingat. Dan aku garang dulu. Biasela, aku kan pengawas gile kuasa sikit... so bile jaga kelas time cikgu mesyuarat memang macam singa. Err.. bile ingat balik, malu pun ada. Apsal la aku ni garang nak mampos masa sekolah rendah dulu? huhu.. Tapi naik sekolah menengah aku dah ok. Low profile jer. ecececeh... (dah mak aku ngajo kat situ, kena la perangai elok-elok ye dak? )
Anyway, bila mesej-mesej ngan Zul ni... he kept mentioning how unbelievable it was to him that I answered his call and 'layan' texting with him. Bila aku dah macam nak abis kredit, aku pun nak stop ah. So I told him, kalo ade ape-ape just call.
And he replied, "Call? Lagi la aku takut. Aku takut mengganggu ko...aku segan ngan ko...msg ngan nor raihana? wow mcm mimpi jer..ko ngan aku macam langit ngan bumi.."
I was surprised. And flattered. Tak sangka lak he thinks highly of me. Hmm..maybe sebab dulu aku antara budak-budak yang leh diconsider pandai? Ke... ape?
Tapi aku rase aku biase je. Aku kawan ngan semua orang asalkan perangai ok dan hormat aku. Even masa sekolah rendah dulu (dalam darjah 4@5), aku baik and rapat ngan geng-geng yang kurang pandai dalam akademik. Selamba jer join Aishah, Rahimah, Fadzilah, Amiza and sape tah lagi mandi sungai kat Jalan Pertanian... mandi empang Kg. Paya Ara... mandi sungai kat Kampung Kilang... oh, masa mandi-mandi sungai ni la first time makan buah rambai. Alhamdulillah masa zaman sekolah rendah aku tak memilih kawan. Kawan jer ngan semua orang. The wonder of being a child. =)
After talking for quite some time, Zul asked me to send my photo via mms. Ye la, curious ler rupa camne kan. So I sent one. Bila dia dapat, leh tak dia kata tu bukan gambar aku?? adeke dia kata aku sent gambar orang lain?? Sabo jelah. Aku send kat dia gambar ini. Nampak lain cos pakai spek kot? ermm..
Dia ade sent mms juga tapi sampai ke sudah aku tak dapat. So baru kejap ni aku bukak friendster dia cos dia kata dia dah try add aku. Aku baru je approve. Sempat la usya-usya gambar masa dia bertunang.. hehehe. Muka tak berubah. Same jer. Cuma dah kurus ler berbanding zaman kanak-kanak dulu. Dulu dia chubby-chubby sikit. And imej dia masa zaman sekolah rendah tu yang ada dalam kepala otak bila dia first call. Kulit cerah, bulu mata lentik (yeah..aku ingat sangat benda ni!), mulut merah, rambut kerinting and muka chubby. haha...
Aku baru terjumpa satu gambar lama. Masa tahun 2005. Time ni aku part 2 di Uitm Pulau Pinang. Gambar ni pun diambil masa di Kolej Baiduri. Tak banyak beza dengan rupa aku zaman sekolah menengah.
Yang aku nampak, kulit aku hitam. hahaha...Nak kata berkawad untuk Kesatria, tak jugak cos masa Part 2 ni aku dah tak join Kesatria.
Tapi time ni aku kurus T___T
(walaupun tak nampak dalam gambar)
By the way, patung Tarepanda gedabak tu bukan aku punyer.
Tu akak senior sebilik aku punyer. Aku kebas jap untuk bergambar. Kebetulan akak tu ade patung Tarepanda yang aku suke. =P
Aaaa.. yang patung itik tu memang aku punyer!
Cikgu Pah bagi hadiah. hehe
Ni plak gambar-gambar masa zaman sekolah rendah...
Yong dan Aku. Masa aku darjah satu dan Yong darjah 3.Abaikan style rambut Abu Bakar Ellah aku tu. teehee.
Berkemungkinan ni gambar masa aku first day nak ke sekolah.
=)
Nampak tarikh pada gambar?Ni pada tahun 1993, aku berumur 8 tahun.
Siap pakai t-shirt sukan skolah aku lagi...(aku rumah biru!)
Tu lencana Sek. Keb. Beruas. hehe
=(
Eh..apsal entry ni dah jadi macam entry mengimbas kenangan zaman kanak-kanak jer? Tapi gambar dengan kawan-kawan masa sekolah takde plak? Nak letak gambar Zul yang ade kat friendster, takut dia marah lak. huhuhu...
Dulu-dulu takde amik gambar ngan kawan-kawan. Nyesal nyer... biase la budak-budak. Tak reti lagi... yelah, dulu kamera pun susah nak dapat. Bukan macam sekarang, budak sekolah rendah bawa henpon canggih-canggih pergi sekolah. Bukan setakat ade kamera, siap ade gps lagi. kot-kot sesat...
Aku akhiri entry dengan gambar family pada tahun 1990. Time ni Hanis tak lahir lagi. heheh... Anak bongsu iaitu Hanis, dilahirkan 2 tahun selepas gambar ni diambil. Masa Mak berumur 32. =)

Sekian.
Salam.

alhamdulIllah...

















