bismIllah...
Dah berapa hari kita puasa eh? Hari ni Selasa. So, dah 4 hari. Hari Sabtu buka puasa di rumah. Hari Ahad buka puasa dengan Abg Tapaku di The Curve. Abg Tapa belanja Secret Recipe cos sian kat aku... padahal dia tengah sengkek hujung bulan dan bayar insurans keta.. Takpela, hari ni dah gaji. Mueheheheh.. Okla tu, cos hari-hari seterusnya aku berbuka puasa tak menentu... huhu

Makanan pada hari Ahad lepas.
Yang aku nak cerita dugaan Ramadhan ni adalah apabila time berbuka puasa kita masih lagi tak berbuka. Sedih oh. Semalam, hari Isnin aku kena wat medical checkup untuk employment aku ni. So, pergila aku ke Capsquare cos kat situ klinik panel company nyer.. Then, nurse suruh datang kul 2. Hampeh je. Dahla orang yang drop aku dah blah. Waktu tu baru kul 12 kot kalau tak silap. Diorang break ke ape tah takut tak sempat... So aku merayap la kat Capsquare tu. Baru bukak gak la... Telekung wakaf kat surau pun takde. Ku tibai jela telekung makcik cleaner. Then, banyak kedai tak bukak lagi.. Tapi aroma makanan dari kafe-kafe di ground floor pada waktu tengahari tu sangatlah membisingkan perut aku. :P
Well, perlu ke cerita tentang medical checkup kali ke-3 yang aku lakukan ini?
[first masa diploma, 2nd masa degree] Tapi memang beza ar medical checkup kat hospital kerajaan dengan yang private. Sampai breasts ku dicheck sendiri oleh doktor untuk memastikan tiada ketul-ketulan dan risiko kanser payudara!! Giler. Tak pernah ku medical checkup sampai camtu. Nasib baik doktor pompuan. Tapi still... malu giler dowh!
Okeh, lupakan perkara itu.
Balik wat medical checkup hampir pukul 4 petang. Kerja berlambak tak siap lagi. Sabo jelah aku. Sepatutnya balik kul lima, tapi terpaksa la punch card pukul enam setengah! Dahle minggu ni aku start naik tren.. Penat gile. Macam nak tercabut kaki aku berjalan kaki antara KL Sentral-stesen monorel. Lagi penat cos ade construction ape jadah tah yang membuatkan laluan semakin jauh cos kena melencong plak.
Jubo tol.Maka, semalam aku berbuka dalam tren jela. Minum air masak yang aku sempat pack. Minum berdiri cos takde tempat duduk. Dan orang tengok jer. Mane der sape minum dalam tren yang sesak tu! Time minum tu pun dah lewat beberapa minit sebenarnya. Pukul 7.3O kot. Tak tahan dah aku. Korang nak tengok, tengok ar.. huhu.. Aku sampai umah kul 8 malam terus mandi and solat dulu. Then baru la makan SORANG-SORANG cos semua orang dah berbuka... Bapak sedih... Then hari ni aku dapat tau semalam family aku yang kat Beruas tu
melantak berbuka di Island Red Cafe ramai-ramai...
Well, hari ni NO WAY la aku nak balik lambat. Aku punch card tepat pukul 5.01 petang. Aku sampai rumah dalam 6 suku lebih. Heh.
Oh ya, hari ni best... aku pergi ikut abang-abang RA
[Rental Assistant merangkap cam driver la lebih kurang] pergi pickup kereta baru di Shah Alam. Kereta Hyundai Elantra baru dan Ford Escape baru. Wahh.. teruja gile aku walaupun sebenarnya cuak cos ku tak tau jalan
[aku memang hampeh bab-bab jalan ni]
Masa on the way nak pergi Shah Alam. Dalam Proton Exora. Kereta baru. Plastik baru tanggal. huhu.. Best gak kereta Exora ni. Ade dvd player, leh bluetooth and guna speaker kereta utk cakap, bla bla bla.. hehehe..
jakun jap.Aku sorang je pompuan dalam keta ni. Abis kena usik.
Ciss..

Aku bawak balik kereta Hyundai Elantra ni ke KL.
Best ah bawak kereta baru... Sedap je drive. huahuahua...
^___^
Ape ke lagi.. fotogedik ah.. =p

Sempat lagi berposing time isi minyak. Biase la kereta baru mane der minyak.
Dari kiri; Abg Ari, Aku, Abg Nazri.
Diorg yang bahasakan diri diorang 'Abang'. So biar la. Tapi kalau ikut aku, aku akan panggil
'pakcik' encik. =P
Psst.. adekah aku kelihatan kurus? Ngeeee...
Minyak dah penuh so kami pun balik KL.
Aku tengah mengekor kereta Ford Escape yang dibawa Abg Nazri.
Nasib baik aku tak kena bawak kereta tu. Manual. Tak reti la aku. And diorang pun tak caya gamaknya. Wakaka...
Well, that's all for now. Dah banyak benda ku tulis. K, mau
tido hafal rate sewaan kereta. Esok mesti aku kena angkat phone dan buat reservation. Mampos.. jangan la dapat omputih yang loghat English aku tak faham. Masak ah. T__T
Salam.
alhamdulIllah...