Wednesday, September 30, 2009

"Tak teringat kat dia ke?"

bismIllah...


Mustahil untuk tidak mengingati dia pada hari raya...

Pastinya dia turut berada dalam ingatanku. Walaupun sudah berbulan tiada berhubungan, kami pernah bersama selama hampir 5 tahun. Mustahil untuk dia luput dari ingatanku.

Bukannya aku tak teringatkan dia di pagi raya. Tahun lepas aku masih lagi bertanyakan khabar dan bertukar-tukar cerita di pagi raya. Meminta maaf tentunya. Kerana aku banyak buat salah dengan dia.

Pastinya aku masih ingat betapa dia kebosanan ketika raya kerana sambutan raya di rumahnya biasa-biasa saja. Malahan agak syahdu dan sedih kerana arwah kekanda-kekandanya meninggal dunia ketika raya. Aku turut bersedih bila dia meluahkan betapa dia rindukan arwah kekanda-kekandanya...

Aku masih ingat, dia pasti akan membuat tapai, makanan kegemarannya di waktu raya.

Sebelum raya, selalunya dia akan menolong bondanya menjahit baju-baju yang ditempah. Dahulu, setiap kali aku telefon pada hari-hari menjelang raya, pastinya dia memberitahu "Tengah tolong Mak jahit baju"

Sebak dada pabila Opah menyebut namanya ketika hari raya ini. Tiba-tiba sahaja. Dan kamu mahu bertanya sama ada aku ingatkan dia atau tidak?

Segenap ruang dalam rumah mengingatkan aku pada dia. Cuma aku enggan melayan ingatan-ingatan itu. Biarlah ia sekadar ingatan.

Aku ingat. Memang aku ingatkan dia. Mana mungkin aku lupa.

Dia pernah menjadi sebahagian dari hidup aku. Banyak yang kami lalui bersama.

Blog ini dan blog dahulu, pernah menjadi catatan rasa aku padanya. Ada gambar kami. Our captured moments. Tidak pun ku padam. Biarlah ia bersemadi di entri-entri blog dahulu sebagai kenangan indah dalam hidupku. Pengajaran berharga yang mematangkanku.

Ada yang bertanya, kenapa tak hubungi saja dia di hari mulia iaitu hari raya? Sebagai kawan?

Ahhh... susah. Buat apa aku mengganggu ketenteraman dia? Dia tak mahu pun berkawan dengan aku. Entah ingat entah tidak. Doesn't matter pun either ways...

Lagipun, aku perempuan. Aku telah terluka dengan insiden pada kali terakhir kami bercakap di telefon. Walaupun aku cuba meneutralkan segala rasa amarah dan kecil hati, aku tak mungkin akan memulakan langkah pertama dengan menghubungi dia. Walaupun waktu raya. Walaupun dia dalam ingatan. Biarlah begini.

Lagipun, jika dia tidak menghubungi aku, mengapa mesti aku menghubungi dia? Cukuplah segala drama dan ketidakpuasan hati... Kami sama-sama sudah ada pengganti.

Aku mendoakan yang baik-baik untuk dia. Moga-moga aku juga baik-baik sahaja tanpa dia.


Memories cling onto us...
making us smile and cry....
reminding of love that once lived .....

alhamdulIllah...

www.tips-fb.com

Tuesday, September 29, 2009

Gambar-gambar raya Part 2

bismIllah...


duit raya



Amaran: Entry ni LAGI banyak gambar. :P

Ini sambungan part 2. Part 1 ade kat entry kedua sebelum entry ni. Kalau gambar di Part 1 adalah bersama keluarga, yang Part 2 ni adalah gambar bersama kawan-kawan.

Mula-mula, satu kereta Myvi sampai rumah aku.

Makan laksa kat rumah aku.
Dari kiri; Nubairi (B.E), Aku, Adam, Rashid dan Azwan.

Then, diorang kata pas beraya di rumah aku, diorang nak pergi rumah Umi Suryani kat Jalan Pertanian plak.
Aku pun join sekaki laa.. hehehe...

Masa kat umah Umi, satu lagi kereta dan satu motor tiba.
Belakang (dari kiri): Azwan, Amin, B.E, Rashid, Aku
Depan (dari kiri): Fozie, Ja'far, Adam dan Yeop.



Adam yang tak abis-abis bergambar. Almaklum la, 3 tahun sekali baru dapat balik beraya. Kebanyakan gambar-gambar dalam entry ni dari henpon dia.

Paling lama lepak kat rumah umi. Di sinilah timbul idea nak buat reunion pada bulan Oktober nanti di Port Dicksaon. Tak tau la jadi ke tak...

To ex Elite ATAU budak Sains SMKRS ATAU SESAPE JELA YANG SEBAYA DAN SAMA-SAMA SEKOLAH DI SMKRS pada dari tahun 1998-2002 yang nak join reunion, bagitau yaaa...
That includes you, Bed. ;)

Aku main henpon baru Adam. Wah.. nampak biru mata hitamku. Padahal lens grey...


Yang berbaju kurung itu la Umi Suryani. Kawan aku masa sekolah rendah di SK Beruas.
Antara ramai-ramai yang datang ni, aku dan Adam je yang sama sekolah rendah dengan Umi.
Amin, Yeop, Azwan, Rashid sekolah rendah di SRK Gangga (yang jaraknya hanya satu padang dengan SK Beruas)
Fozi budak SK Kg. Kota dan B.E budak SK Dendang.
Ja'far plak aku tak sure... Gangga jugak kot. Cos aku kenal Ja'far pun masa Form 4 cos sebelum tu dia sekolah kat K.E, Taiping.

Tapi sekarang dah geng dah!

*Kami semua sekolah menengah di SMK Raja Shahriman, Beruas kecuali Umi. Tho ada je antara kami ni dapat MRSM la.. MCKK la.. tapi cabut ke Beruas balik! Teka la sapa... ;)

Aku yang kekok dipeluk depan orang. Segan. Dahla dia kecik je! Rendah gila dari aku. Aku rase macam giant. Huhuhu (tu pun aku membongkokkan badan sikit)


Aww.. i tau la i glemer... janganla berebut-rebut nak ambil gambar i, you!
:P


We are the people of Beruas, Perak! ^__^


Klah, nak gerak pergi rumah Mama kat Kg. Kilang plak. Heee...

NEXT!
.
.
.
Lepas beraya di rumah Umi, gerak ke rumah Mama lak. Nama sebenar Maliza, tapi aku dah biase panggil dia Mama sejak sekolah menengah. Tapi kengkawan sekolah teknik dia panggil dia 'Adot'.

Budak ni pun rendah dari aku.


Terpaksa aku membongkok nak bagi sama tinggi. Huahuahua


Kat rumah Mama ni la aku melantak rendang tak hengat. Lapar sebenarnya... :P
Yang bebudak lelaki ni lak layan bola kat astro. Bosan.

NEXT!
.
.
.
Beraya ke rumah Idayu di Taman Seri Delima plak. Mama pun ikut.
hahahaha... beraya sakan betul time raya pertama hari tu :P

This is Idayu. Kawan dari sekolah rendah sampai menengah sampai masuk Uitm Shah Alam. Sama macam Mama la... kami bertiga produk uitm.


Makan lagi. Buntat giler dah wehhhh

Nak balik dah... Dekat pukul 7 petang tu!

Oh sebelum balik, of course la ade sesi mengambil-ngambil gambar kan... Entah bila lagi leh berkumpul macam ni. Still single, tak bawak anak bini/laki beraya rumah orang... :]

May our friendship remains forever, y'all!


p/s: Letih mengupload gambar. Moga-moga gambar raya tahun depan menyaksikan sesuatu yang berbeza. >__<

p/p/s: Baru tempek banner di intro entry cos nak join contest. Lambat bagitau tentang contest so guna entry yang dah berpublish jer la yer, Mr Unwanted. ;]



alhamdulIllah...

www.tips-fb.com

Sunday, September 27, 2009

Coretan rasa hati

bismIllah...


Susahnye nak online minggu ni. Dah berapa hari laptopku tak berbuka. Malas cos tak cukup masa. Today I got news that 2 of my colleagues will be transferred to a new branch. They are my relative and Razeef.

I don't like this changes as I like working with Razeef. But next month, he won't be around to help me with my work! And I, of course would feel so down cos I will be bullied by Abg Irman it will not be so much fun and great without him around. I like it better if I was in the same shift with him as he didn't pressure me with work. And he is always patient with my "eh camne ni?"... T__T

You see, he is my boss' favourite employee... and it wasn't so hard to figure out why cos he is a reliable and easy-going guy! (cam puji lelebih la plak. hopefully dia tak bace la blog aku ni..) Haihhh... no wonder they tried to keep this 'transfer to new branch thingy' from me. My boss was afraid I'll resign soon. And no, I won't resign 'soon'. But I do feel a bit down about this news. :(

Not only there will be NO 'great Abg Razeef' (as he always put it O_o) around any longer, but the work would be much much more!! Arghh... our work is hectic and tiresome as it is, but now with two dependable employees gone, I think I'll developed panic attack soon enough. -_-"

Oh well... nothing lasts forever. I just have to learn to have more confidence in myself. =P

Oh...
Writing about my colleagues, I was so surprised today to see a parcel on my desk containing ABBA's CDs from Abg Irman! (semalam aku off-day)

Dibungkus dengan kertas recycle opis jer. Wakaka...

Takpe, yang penting--it is the thought that counts. :)


Ape-ape pun, memang aku suke cos ni group faveret aku!!!

ABBA's THE GREATEST!

Ni mesti dia beli cos teringat aku suke lagu-lagu lame especially ABBA ni. Dari ringtone henpon aku kebanyakannya assign lagu lame-lame, sampai la lagu-lagu dalam henpon sumer lagu oldies so memang dia dah tau la aku ni berjiwa oldies. hehehe... Maka... Oh terharu siot. ;')

Yang Cd One aku dah pernah beli dulu. Yang Cd Two yang ku tak pernah ada. Layannnn... sekarang ni pun tengah rip. hehehe...

Thanx, Abg Irman! ^___^


Okey, tamat citer opis.

Semalam kan, aku kan, pergi dating tau!
hihihi...

Macam lame sangat jer tak jumpa Mr Lieutenant Chubby Cheeks! (that nickname is much cuter, no?)

Biase la, kalo kuar merayap pergi Shah Alam cos aku ni macam rindu ngan bandar Shah Alam tu walaupun banyak kenangan pahit. Semalam ade kenangan pahit gak...

Semalam kan, ade orang tu kan, dia kan, terkantoi kan, dengan awek dia tau!!

Dia kan, dah bagi saya marah sangat-sangat tau!
Nasib baik saya leh cool balik lepas tu...



Baru tahu saya marah macam mana. Buat la lagi. Main-main jer, ya?? We don't throw around affectionate nicknames to a 'friend' so cheaply, ok... Don't mess with me.


alhamdulIllah...

www.tips-fb.com

Wednesday, September 23, 2009

Gambar-gambar raya Part 1

bismIllah...


duit raya


Amaran: Entry ni banyak gambar.


Sepesen je angle yang ku amik. haha
Mekap oleh Yong [dia suh aku kredit kat blog]
Fyi, I was wearing Freshlook contact lenses with 'Sterling Gray' colour. Turned out, it'll look like blue instead of grey!


Tak sampai seminggu blog tak update, dah rasa macam bosan je blog ni... Aku masih mood raya lagi. Tapi disebabkan dah mula kerja pada raya keempat, maka aku nak update blog bagi semangat sikit. hehe...

So, apa kata kita penuhkan entry kali ni dengan gambar-gambar raya. Entry kali ni gambar-gambar raya dengan family jer. Yang ngan kawan-kawan, next entry la kot. Tengok jer la gambar atas tu, banyak giler pose ekspresi muka. Tapi cam biase, gambar badan takde. Paham-paham sendiri la... warghahahah!

Btw, mutu gambar agak hampeh cos guna henpon jer. Yang dari digicam lupe lak nak transfer.

Mak aku yang serba hijau di hari pertama raya. Muka telah dimekap oleh Yong. Dengan paksaan. Yong yang tergedik-gedik nak mekapkan sangat. Nampak mude gak la pas mekap. Umur Mak saya adalah 50 tahun pada tahun ni. ;)


Mamito and I.
:D


Ngan Opah.


Hanis, Amirul dan Mamito takde dalam pic. Aneh ngan Amirul dah kuar pergi beraya.


Ngan Yong.


Nini dan aku. Yong menyebok jer kat belakang tu.


Kak Lin, Bedah, Nini, Aku dan Diyana.


Me and Bedah@Bed. Giler ayu Bed pakai baju kurung!! hahaha... [susah oke nak tgk dia pakai baju feminin]

Anak Cikgu Tajudin depan rumah yang datang beraya. Namanya Amir.


Yang kiri berumur 26 tahun. Yang kanan berumur 11 tahun.
huhu...


Nan dan cousins.. Anak-anak Mak Tam.


Ujang dan Nan. Sebaya. Sorang blaja kat UTP, sorang lagi belajar kat IPSM Besut.

Nan yang request baju ala Chinese ni. Macam tahun lepas punyer... kaler je lain.


Muka aku masa raya kedua. Takde mekap2. Bedak jer... heheh.. nampak lebam2 bijik mata...
Lens tu baru beli. Warna kelabu patutnya, tapi nampak warna biru.


Okeyla tu kan... bagi sesapa yang internet slow, hopefully takde la lama nak tunggu gambar load cos semua pic aku dah resize siap-siap bagi kecik. :)


Notakaki: Raya kali ni first time aku rasa sebak di pagi raya masa salam-salam. Sebelum ni takde la sangat. Then.. masa nak pulang semula ke Sg. Buluh semalam, rase syahdu sampai mengobak dalam kereta. Kaver-kaver la kan...

Aku tak tau la tahun depan dapat ke beraya bersama family di Beruas... T__T Walau macam mana pun, aku gembira juga cos raya ni la first time bagi duit raya kat Mak, adik-adik, Mak Yang, Abah (suami Mak Yang), anak-anak saudara yang tinggal bersama aku di Sg. Buluh ni beserta tuan rumah tempat aku menumpang sekarang.

Walaupun gaji ciput jer, tapi syukur dapat gak bagi orang lain merasa first gaji aku... :)



Salam lebaran.

alhamdulIllah...

www.tips-fb.com

Friday, September 18, 2009

Selamat hari raya, dear readers!

bismIllah...

Ahad ni kita raya, insya Allah. Sabtu petang, pada pukul lima, aku akan naik bas dari Hentian Duta untuk pulang ke Perak. Pilih tiket Lumut, aku tak sure la bas lalu kat mana... hopefully berhenti la kat Sitiawan. Jenuh lak Mak nak amik sampai ke Lumut nanti. Malam raya tu wehhh... Sedihnya... malam raya baru sampai rumah. Udah macam drama kat tv jer... T___T

Ni gambar lama. Huduh..muka berjerawat dan tak berbedak+berlipstick pun. Lens pun tak pakai cos aku nak bantai tido sepanjang perjalanan. heheh..
Gambar Nini lagi la tak nampak dalam pic ni. :P
Balik kampung kali ni takleh la nak bergambar camni...
Mr Chubby Cheeks balik Pahang dari Lumut starting petang Jumaat kalo tak silap.

Eh.. Raya ni muka aku tak cun ah cos naik jerawat 2 bijik kat pipi ngan dahi!! Oh nooooo!!


Drama tamat.

Baydah balik Beruas hari ni.. Aku lak kerja lagi hari Sabtu so takleh nak tumpang dia. kalau tak, senang sikit. hehehe... Takpela, takde rezeki aku...

Tak sabarnya nak balik raya! Baju raya aku dah tempah since sebelum aku kerja lagi. Kali ni tempah baju kurung Pahang. Tak tau la camne rupanya... warna pink lak tu! lame giler aku tak pakai baju kurung warna pink. huahuahua.. Takpela, pas raya la aku tempek kat blog. Macam tak biase kan... Pas raya mesti ramai blogger dok citer tentang raya. :P

Okeylah...

Di kesempatan ini, aku nak bagi kad raya elektronik kat korang. Orang lain semua dok sibuk design kat raya and tempek kat blog, aku lak embed ecard jela untuk tatapan korang sumer. Kelasss gitu... siap ade music and animation lagi... (padahal pemalas nak edit-edit gambar utk dijadikan kad raya)

So dear blog readers (silent readers too), here's an e-card for each and every one of you:



Kan best kalo leh kuar muka aku kat e-card ni? hehehehe... gile publisiti murahan tol aku ni...

Nah, duit raya sekali... :P

kalau dapat betul-betul memang masyuk ni..
leh beli kontek lens sepasang.. ahaks..


Aku nak minta maaf kepada insan-insan yang pernah aku lukakan hatinya. Aku sedar aku banyak buat salah dari tulisan, ucapan dan tingkah-laku aku. Sekiranya aku pernah menyinggung perasaan anda, aku mohon maaf. Maafkan aku ya...

I'm just human, after all..
.

Nak raya ni mulalah aku nak bersyahdu-syahduan... mengingati mereka-mereka yang pernah buat aku happy... even for a short time. Hubungan terhenti kerana masing-masing ada buat salah... Aku harap, di bulan mulia ni moga-moga kemaafan yang luhur dapat diberi seikhlasnya. Pesanan untuk diri sendiri juga. I just wish I'm not hard-headed and bitter..

Last but not least,
Selamat Hari Raya!! Berhati-hati di jalan raya dan ingatlah orang yang tersayang... :]

Doakan aku selamat tiba di kampung halaman.

Blog ni maybe sunyi sikit time raya, tapi aku takkan miss bertwitter and that's for sure! (Insya Allah)
So follow my twitter ya, kawan-kawan...
Leh stalk aku. haha... *bajet celebriti*

Jemputlah ke rumahku untuk beraya! Leh bagi aku duit raya!
Har har har...
Aku ade kat umah time raya pertama sampai raya ketiga.
Tapi raya ketiga tu kejap jer di rumah cos dah nak bertolak balik Sg. Buluh.
Raya ke-4 aku kerja...

Sian tak?

Kalau kesian, sila bagi duit raya.

Salam Aidil Fitri,

alhamdulIllah...

www.tips-fb.com

Wednesday, September 16, 2009

Dah sebulan...

bismIllah...


Pejam celik, pejam celik (ayat karangan), dah sebulan rupanya aku bekerja di KL ni. Yelah, aku masuk kerja hari tu 17hb Ogos kan... arini dah 16hb September. Dah genap 30 hari. Ape yang aku dah belajar dan buat? Macam-macam gak la... tapi still tak cukup lancar lagi menangani perlbagai masalah. Huhu...

Hari ni aku pergi CVDO di Shah Alam. Nak kena ambil kereta untuk bawa balik ke KL. Dah kali ketiga pergi sana barulah nak teringat kat Majinn yang bekerja di Pusat Perniagaan Worldwide Seksyen 13 tu. So aku call la kot-kot dapat jumpa kejap..

Aku: Majin, ko kerja katne eh?
Majin: Seksyen 13.
Aku: Pusat Perniagaan Worldwide eh?
Majin: Ha ah. Nape? Ko katne?
Aku: Aku kat worldwide la nih. Kat tingkat 7. Ko katne?
Majin: Aku kat tingkat ** (kena censored takut kena serbu ngan ah long). Eh ko blok mane? Blok 2 ke?
Aku: Err.. tak tau la aku blok mane. Meh ar datang. Boring ni. hehe..

bla bla bla... maleh plak aku nak menaip perbualan berjela-jela. Dipendekkan cerita, Majin datang la kat tempat aku tengah melepak. Aku takde watpe pun... Dok menunggu green light untuk bawak balik keta jer.

By the way, kali ni aku bawak balik Hyundai Sonata. Yes. Beria mintak ngan Abg Irman nak bawak Sonata cos tak nah bawak lagi. Elantra dah bawak 2x. Kereta baru ni weh.. kenala try bawak... hehehe...

Meh aku tempek gambar Majin melepak dalam kereta baru. (Mileage baru 22 km)

Teman berborak aku buat beberapa minit. :P


Ececeh...


Pas balik ke KL semula, ofis dok kelam-kabut ngan hal-hal pengubahsuaian. Udah macam sarang tikus je ofis tu since semua dok kemas-kemas dan alihkan barang untuk bagi space for renovation. Time raya nanti memang ofis kena make-over la. Tak tau la nanti jadi camne... huhu

Kemas jangan tak kemas... heheh

Lagi...
ape nak citer eh...

Haa... hari ni aku join Abg Shaharil dan Aqram berbuka di food court Pavilion. Pavilion tu sekangkang kera je dari tempat kerja aku tapi aku taknah pergi! hahaha.. So petang tadi baru pergi... Ala, melantak mee jawa je pun... Tapi tu antara makanan kegemaran aku tau! :D

Aku: Mee jawa, ais kacang (tak best pun) dan air masak.
Abg Shaharil
: Loh mee (whatever it is), manisan ape nama tah dan rojak buah (kongsi makan).
Aqram: Mi rebus dan air durian belanda.

Semuanya mee. Ape ke hal tetiba taste semuanya nak makan mee ntah.

Too bad the rest can't join us! Abg Irman dan Razeef terpaksa stayback kat ofis time berbuka cos nak tengok dan monitor kerja construction. Nak wat camne... :(

Tadi Abg Irman hantar balik rumah di Sg Buluh ngan CRV. Jakun jap tengok gear ngan handbrake bukan di tempat biase untuk kereta. Huahuahua... Abg Irman bawak laju dowh... Sabo jela... dah orang nak hantar kan... Aku mintak hantar kat KL Sentral je, tapi dia nak hantar sampai ke rumah... Lagi bagus. hehe.. Don't worry, Mr Chubby Cheeks tau. :]

Akhir sekali, kepada lelaki-lelaki yang suka berchatting, sila jangan taip gelak sebagai 'Hik hik hik'. Macam nak wat ala-ala comel la kononnya... Sangatlah menggedikkan. Tak seswaii for men, you! (habis la aku kena serang ngan mesej yang ber'hik hik hik' pasni)

Wekkk!
Tak comel! Tak comel!
Lelaki adalah macho.
Tak perlu la buat macam comel.

Yer, aku pun sedar gambar di atas aku nak buat macam comel. Tapi kalau dah tak comel, memang takkan jadi kan... isk isk..


Tapi dikecualikan kepada lelaki yang betul-betul cute dan comel macam pakwe aku. Kahkahkah!

Ei, even dia pun takde buat gelak camtu masa chat oke!

K lah, salam.


alhamdulIllah...

www.tips-fb.com
 
template by suckmylolly.com but edited by Ryehana