bismIllah...
asyik tak sempat amik gambar aku berhelmet dan get ready nak bawak motor.. Cerita semalamTarikh: 23 November 2009
Masa: 10.20 malam
Lokasi: Tempat parking di P3.Penat sungguh bekerja malam,
Buat arrangement sampai nak pitam,
Bau badan toksah cerita macamana punya masam,
Terpaksa bekerja tatkala langit dah hitam.
Bila dah punch card, terus ke parking,
Harapan di hati, ada orang ajak racing,
Sekali aku start enjin, dia dok kaaching-kaaching-kaaching
Motor takleh start, mulalah aku runsing!
Sudah malam maaa... mahu balik maaa...
Nasibaik la Nurul dan suami belum pulang sama-sama...
Mintak laki dia tolong hidupkan arjuna cinta
Alhamdulillah.. berkat tendang-menendang (xleh pakai starter), Nouvo ku start jua.
Maka esoknya terpaksalah aku meminjam motor Kriss saudaraku pula
Cerita malam iniTarikh: 24 November 2009Masa: 10.15 malam Lokasi: Depan gate keluar parking Hati berbunga mahu pulang ke rumah,
Gaji lagi 2 hari, almaklum sajalah...
Tapi bila gate dah tutup, mulalah aku menyumpah
Nak tak nak, terpaksa parking dan buka pagar dengan hati yang marah
Tatkala pagar ku tolak, aku terdengar bunyi yang bisa meruntun jiwa
Ku pandang belakang, arjuna cinta 'gantian'ku jatuh menyembah dunia
Apa nak buat, jalan turun bukit memang tak sekata
Dahla sebelum tu aku dah terbagi cermin side mirror terpatah dua.
Nak tambah lagi, hari ni aku tak bawak motor aku tapi aku bawak motor saudara!

Masa ni lah nak jatuh motor nya..
Masa ni la nak terpatah side mirrornya..
Hampas sehampas hampasnya!!
Hati dah panas, fed-up, cuak dan bengang
Apatah lagi, sebab bawak motor orang!
Time nak cepat, laluan balik plak dihalang!
Aku angkat motor dengan diam takde pandang-pandang orang
Tapi rupanya dapat pertolongan dari pak guard, mamat bangla dan seorang abg maintenance bangunan yang datang..
Motor takleh start, aku dah cuak
Sebab motor tu memang
tak berapa nak ada minyak
Sekali kau, memang betul motor takleh start sebab takde minyak
Terpaksa la aku mintak tolong abg maintenance tumpangkan aku (bawak botol) ke stesen minyak untuk isi minyak
(eh.. berapa banyak minyak daa... nampak sgt tak pandai berirama... (rhyme dalam english) )Botol yang dicari, amik dari botol makcik cleaner
Dahle kecik, penutup pun takder...
Bapak sedih dan segan aku rase bila isi minyak sebanyak RM1.50 jer
Sangatlah marang kerapu sepundeng marang sekeper..

Apa-apa pun, aku berterima kasih pada Encik Usop yang menolong
Thank you very much, Encik Usop ya...
Tanpa anda pastinya aku dah terpekik terlolong
Apa taknya, stress kerja dan stress motor yang empty tanknya...

Apa nak buat, inilah hidup seorang penunggang motor jalanan
Hidup bergantung kepada 2 tayar dan cuaca harian
Kalau motor problem, kena harap pada yang sudi menyumbangkan ehsan
Kalau hujan pula, jadi penunggu tempat-tempat teduh di tepian jalan..
Tetiba nak feeling-feeling wat entry cam En 13May yang hensem. eheheheheh... Rempit-gal,
alhamdulIllah...