bismIllah...
Dah penghujung 2009! Hari ni hari terakhir untuk tahun 2009.
Macam tak percaya jer.. Pantasnya masa berlalu...
Ogos tahun depan, umur aku dah menjangkau 25 tahun. Boohoo!
Anyway, just nak highlight benda-benda penting yang aku dah buat/lalui pada tahun 2009 ni. :
---Putus kekasih/sahabat baik/tutor/teman---
Awal tahun ni aku putus hubungan dengan seorang lelaki yang aku dah kenal sejak 2003 tapi rapat pada Disember 2004. Sekarang dah macam stranger. Sebab dia ada awek baru... Time ni, semua rase sakit yang tak pernah aku rasa, aku rasai. Pedih ya amat.
Peristiwa awal tahun inilah yang banyak gila efek hidup aku. Aku dah tak boleh belajar langsung, aku tak semangat nak belajar di uitm, aku jadi benci dengan Shah Alam. Even sekarang, bila aku ingat Shah Alam, aku rase sedih... cos banyak kenangan pahit di situ... more than the good ones.
And thus... when I lost my best friend, my tutor, pembakar semangatku untuk belajar, aku terus decide untuk tidak buang masa belajar benda yang aku memang tak minat. Aku tak nak buat seksa diri aku lagi... cukuplah. Sebab aku tahu kebolehan aku setakat mana...
Tapi takpe.. a brokenhearted me is just a brokenhearted me. And karma? Yeah... Most important thing is, I have learned something.
---A uni student no more.---
Since aku mengalami tragedi di awal tahun 2009, aku tidak lagi bergelar student pada awal tahun ni sampailah Julai 2009. Pada bulan Julai 2009, habis jer praktikal di Seri Manjung, aku terus tak balik Uitm Shah Alam dah. Dalam erti kata lain; AKU QUIT.
Mostly sebab result finals yang lepas memang suck gila. Macam hampas. Hampas kelapa pun tak macam result aku. Thermodynamics je aku lulus!! And then, sebab loan ptptn akan disekat. Paham-paham jela pointer aku jatuh sampai macam mana kalau jadi camtu... -_-"
Aku memang bukan dilahirkan untuk menjadi engineer. Jadi isteri engineer je kot?? huahuahua...
Habis praktikal dalam 11 Julai, then melepak kat umah di Beruas, Perak... tak buat ape... tanam anggur jer... Memang panas punggung ar dok umah cos duit takdak!
---Menempuhi alam pekerjaan---
Aku mula masuk kerja pada 17 Ogos 2009 di KL selepas sebulan menganggur. So, dari Perak aku berhijrah ke KL pula. Alhamdulillah... at least takde la lama sangat menganggur. Aku bersyukur pada saudara aku yang tolong aku carikan kerja. Aku mula belajar untuk earn money from hard work. Dan kerja ni banyak bagi aku ilmu berkaitan bidang automotif... it's cool.
Aku juga kena berulang agak jauh dari umah ke tempat kerja. Sekarang stay dengan saudaraku di Damansara Damai (not Sungai Buloh)... hari-hari pergi kerja di Jalan Sultan Ismail, KL. Merempit lak ai... Maka, aku belajar untuk berdikari dan mengasah skill mencilok di jalanraya. Satu perkara yang aku leh nyatakan di sini ialah, I hate KL because of the traffic. Really, really hate it. Tu nasibaik merempit.. kalau bawak kereta??? Mahu high blood pressure aku dibuatnya.
---Bertunang---
Yer.. ni recent event nih. Tetiba je aku dah menjadi tunangan orang pada 26 Disember 2009. Sampai sekarang macam tak caya pun ada. Cos aku ni... marriage-phobic sikit. Errmm... ntahlah. Takut sesangattttttttt...
Benda ni akan ubah laluan hidup aku. Cos lepas tunang, kahwin... Lepas kahwin, semua benda kena ikut jer cakap suami. Oh... doakanlah yang baik-baik sahaja untuk aku ya?
Aku memang risau... cos aku tengok pengalaman orang paling rapat dengan aku.
p/p/s: Darn it... aku kena kerja 1 Jan 2010. Baru ingat nak celebrate... tak pernah celebrate new year.. isk.

alhamdulIllah...



















